Tuesday, December 25, 2012

Di Halang Menaiki Kapal Terbang Kerana Terlalu Gemuk

Di Halang Menaiki Kapal Terbang Kerana Terlalu Gemuk

Peristiwa yang berlaku pada Mei tahun ini telah menjadi satu berita hangat apabila Kenlie Tiggeman telah melalui pengalaman pahit apabila pihak agen di pintu pagar bagi penerbangan Southwest telah memberitahunya yang dia 'terlalu gemuk' untuk menaiki penerbangan itu dan kejadian itu menyebabkan Kenlie mengambil tindakan menyaman penerbangan itu.


Penerbangan Southwest sebenarnya mempunyai polisi 'Customers of Size' yang mana memerlukan para penumpang yang merasakan diri mereka tidak dapat muat pada satu kerusi selebar 17 inci dalam penerbangan mereka yakni 'terlebih gemuk' perlu membeli satu lagi kerusi.


Menurut Kenlie, dia mahu satu standard industri diletakkan pada risalah-risalah tentang keperluan membeli kerusi kedua termasuk peraturan tentang masalah itu dan bukannya membiarkan kuasa menentukan pembelian kerusi kedua itu diberikan kepada atendan-atendan di pintu pagar semata-mata.

-SP

Monday, December 24, 2012

Wanita Selamat Tuduhan Membunuh Kerana Terlalu Gemuk

Wanita Selamat Tuduhan Membunuh Kerana Terlalu Gemuk

Kisah benar ini agak menyayat hati. Seorang wanita dari Texas, Mayra Rosales yang berusia 31 tahun telah mengaku membunuh anak saudaranya sendiri yang berusia dua tahun akibat secara tidak sengaja berguling keatas kanak-kanak itu semasa sedang menjaga kanak-kanak itu.


Dengan fizikalnya seberat 1,100 paun, kata-kata itu agak logik untuk dipercayai namun akhirnya para doktor mendedahkan yang kanak-kanak itu sebenarnya meninggal dunia akibat pukulan di kepala dan bukannya akibat tertindih.

Malahan, dalam pembelaan yang dilakukan oleh peguamnya juga, berjaya membuktikan yang Mayra sendiri terlalu gemuk untuk mengangkat tangannya sendiri jadi tidak mungkin dia mampu menindih anak saudaranya pula.


Akhirnya Mayra mengakui yang sebenarnya dia berbohong melakukan pembunuhan itu untuk melindungi kakaknya sendiri yang memukul anak buahnya itu menggunakan sikatnya beberapa kali pada hari kejadian.

Ternyata kegemukan Mayra akhirnya menjadi penyelamat kepada dirinya.

-SP

Saturday, December 22, 2012

Di Larang Masuk Penjara Kerana Terlalu Gemuk

Di Larang Masuk Penjara Kerana Terlalu Gemuk

Walaupun didapati bersalah atas kesalahan pergaduhan yang dicetuskannya disebuah kelab dengan menghempaskan sebuah gelas minuman ke atas kepala seorang lelaki yang lain, namun akhirnya Claude Jackson berjaya mengelakkannya dipenjara.


Claude telah bergaduh dengan seorang lelaki disebuah kelab hingga menyebabkan kecederaan pada lelaki tersebut, jadi dia didapati bersalah kerana menyebabkan kecederaan serius.

Namun, hasil laporan perubatan yang dihantar kepada Victorian Court menyatakan yang Claude dengan berat 190 kilogram pernah diserang sakit jantung sebanyak tiga kali sebelum ini dan masalah obesiti morbid sentiasa bersamanya selama ini.

Jadi kesimpulannya, laporan itu menyatakan yang jika dia dipenjarakan, kemungkinan besar masalah lebih besar akan terjadi.

Lelaki berusia 21 tahun ini telah menyesali perbuatannya dan akhirnya hanya menjalankan kerja-kerja komuniti atas kesalahannya itu dan kini terus mengelakkannya daripada terus terlibat dengan sebarang kejadian jenayah.

-SP