Tuesday, May 01, 2018

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

Untuk mengurangkan sisa buangan gula-gula getah dan sampah, sebuah organisasi NGO I amsterdam, pereka jenama Explicit Wear dan syarikat Gumdrop bekerjasama menghasilkan kasut kitar semula daripada gula-gula getah yang dibuang oleh orang ramai.

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

Mereka menamakan model ini sebagai Gumshoe yang dihasilkan daripada teknologi sebatian kitar semula yang dikenali sebagai Gumtec melalui syarikat Gumdrop.

Sebatian ini terdiri daripada dua puluh peratus gula-gula getah.

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

GumTec berkata, ini merupakan projek pertama di dunia dimana model kasut dihasilkan melalui bahan buangan gula-gula getah.

Dengan penghasilan kasut 'Gumshoe', syarikat ini berharap untuk menjadi pioneer serta alternatif dalam menghasilkan sesebuah kasut.

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

Selain itu, pencipta ini juga ingin meluaskan projek ini ke bandar utama di negara lain.

Untuk percubaan pertama, mereka telah menghasilkan kasut gula-gula getah ini dengan tiga warna pilihan iaitu merah jambu, hitam dan merah.

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

Kasut ini akan mula dijual pada bulan Jun 2018 ini dengan harga sekitar $232 (RM908).

Balenciaga Jenama Paling Popular Mengalahkan Gucci

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

Sementara itu, selepas berjaya menggantikan jenama Gucci sebagai jenama paling popular di dunia pada tahun 2017 lalu, Balenciaga nampaknya berjaya mengekalkan kedudukannya selepas sekali lagi dinobatkan sebagai jenama paling popular buat suku pertama tahun 2018.

Kejayaan ini telah membuatkan jenama yang berasal dari Paris ini sebagai jenama paling popular selama 9 bulan.

Dari segi angka penjualan, jenama seperti Gucci, Off-White™, Stone Island dan Vetements masing-masing didapati menerima jumlah penjualan yang berkurangan.

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

Selain itu, jenama Prada berjaya menunjukkan peningkatan selepas berjaya disenaraikan sebagai jenama ke-11 paling popular hasil penawaran model Cloudbust.

Berdasarkan laporan daripada The Lyst, antara produk popular yang tersenarai adalah Off-White™’s diagonal hoodie, Balenciaga Speed Trainer, GG Logo Belt dan Gucci Slides.

Sekiranya anda merupakan seorang hypebeast yang sering mengikuti perkembangan fesyen, kami yakin anda cukup kenal dengan jenama dan model-model ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sunday, March 04, 2018

10 Jenis Kacamata Paling Popular

10 Jenis Kacamata Paling Popular

Ramai menyangka semua kaca mata hitam adalah sama namun hakikatnya, bagi mereka yang mementingkan gaya dan penampilan, kaca mata hitam banyak jenisnya.

Ada yang berbeza bingkai, berbeza warna kaca, berbeza juga bentuk dan saiz dan dari perbezaan inilah yang akan menghasilkan variasi untuk pemakai yang akan disesuaikan dengan citarasa, bentuk wajah dan bajet.

Mari kita kenali beberapa jenis 'shades' atau kaca mata hitam yang terdapat di pasaran.

1. Kacamata The Wayfarer

10 Jenis Kacamata Paling Popular
The Wayfarer Shades.

Jenis ini cukup popular masa kini. Mula diperkenalkan oleh Ray Ban sekitar 1956 dan jika berkunjung ke kedai kacamata tidak kira butik atau uptown sekalipun anda akan menemui kacamata jenis wayfarer ini.

Cukup popular dengan bingkai sederhana tebal dan menutupi mata sehingga kening, datang dalam pelbagai jenis warna kaca yang sesuai untuk dipadankan.

Kacamata jenis ini membuatkan kita rasa terjamin (secure), bingkai yang agak 'bold' bentuknya cukup sesuai dengan mana-mana golongan dan target fesyen.

Popularitinya mungkin disebabkan versatilitinya untuk pemakai, unisex, lelaki dan wanita sesuai.

Kadang-kadang ia tidak begitu melihat pada bentuk muka pemakai dan bagi mereka yang inginkan 'biasa-biasa' dan tidak begitu 'funky' ini pilihan terbaik.

2. Kacamata The Aviator
10 Jenis Kacamata Paling Popular
The Aviator Shades.

Dengan batang halus membentuk bingkai kacamata, tidak setebal bingkai wayfarer yang lebih menampakkan pemakainya kelihatan 'macho' dan matang.

Jika lelaki memakainya kelihatan maskulin dan jika wanita ia lebih kepada keseriusan karakter pemakainya.

Cukup dikenali dengan nama 'aviator' memandangkan jenis ini memang menjadi pilihan Tom Cruise dalam filem 'Top Gun'.

Kacamata keluaran Ray Ban ini sekitar 1936 adalah pilihan juruterbang ketika Perang Dunia Kedua, sebagai penahan sinaran matahari ketika penerbangan.

Nak nampak macho dan matang? Ini pilihan anda.

3. Kacamata Teashades (Round Vintage frame)

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Round Shades.

Jenis ini juga dikenali sebagai "teashades" dan "Lennon specs", jenis membulat yang banyak digunakan oleh kumpulan The Beattles.

Cermin mata round ini banyak ke arah mencari kelaianan selain dari tema komedi.

Kacamata jenis round ini boleh dianggap 'adik' kepada aviator kerana dari satu sudut kita dapat melihat kematangan dalam diri pemakainya.

Jadi, dari komedi sehingga ke kematangan, kacamata ini boleh dianggap 'rare'.

Seni kreatif kepada pemakai. Dari segi nilai dan ingin kelihatan vintaj. Round frame untuk anda.

4. Kacamata Clear Frame

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Clear Frame Shades.

Citarasa dan variasi karakter manusia berbeza-beza. Ada yang sukakan bingkai yang bewarna-warni, ada yang sukakan warna 'plain' dan ada juga yang tidak menyukai warna, ada sekadar bingkai dan lutsinar (transparent).

Terang lagi bersuluh, clear frame adalah kacamata jenis lutsinar bingkainya.

Bentuknya seakan wayfarer yang bentuk bingkainya agak tebal, untuk bingkai jenis ini memang tidak akan sesuai untuk jenis bingkai halus seperti aviator.

Bingkai lutsinar ini lebih menjurus kepada fesyen klasik dan pemakai yang tidak begitu inginkan perhatian yang serius namun ada nilai klasik, ini pilihan sesuai.

5. Kacamata Rimless

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Rimless Shades.

Rimless adalah semata-mata kaca dan pemegang ke telinga. Sesuai bagi mereka yang jenis simple, minimalist.

Tidak begitu menyerlah namun menggambarkan pemakainya benar-benar inginkan kacamata untuk faktor tertentu dan tidak begitu mementingkan gaya.

Akan tetapi ia tetap menampakkan gaya matang dan simple.

Anda simple orangnya, kaca mata rimless paling sesuai.

6. Kacamata Brownline (Semi-Rimless)

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Brownline Shades.

Jika rimles tanpa bingkai kaca, kali ini dengan bingkai kaca namun separuh sahaja. Macam nak tak nak. Kaca mata jenis ini juga dikenali sebagai 'brownline'.

Mungkin jenis ini ada bingkai pada bahagian separuh lagi namun agak nipis berbanding separuh atasnya.

Dari simple kepada ada gaya sedikit untuk jenis 'brownline' ini. Simple dalam gaya. Itu frasa yang agak sesuai mungkin.

Jenis ini juga dikenali sebagai clubmaster.

7. Kacamata Oversized

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Oversized Shades.

Ini adalah 'king' dan 'queen' dalam kacamata. Seseorang yang inginkan nampak diva dan 'vogue', inilah pilihan anda.

Kacamata jenis ini sebagai kaca mata mata lalat. Besar gedabak, mungkin sesekali boleh tertutup lubang hidung.

Bergaya, diva dan level konfiden yang tinggi adalah pemakai jenis ini.

Bagi yang bukan diva ia sesuai untuk berada di pantai atau kawasan cahaya yang silau dimana akan menghadirkan karakter misteri si pemakai.

8. Kacamata Shield

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Shield Shades.

Kacamata jenis ini adalah lebih kepada unsur futuristik. Pernah layan filem terminator? Pasti anda kenali bentuk kacamata ini. Mungkin sesuai untuk mereka yang gemarkan trend dan muzik tekno.

Bentuk bingkai yang 'smooth' dan membentuk lengkok tanpa penghujung adalah ciri pada cermin mata ini. Untuk mereka yang gemarkan filem 'back to the future'.

Sesuai untuk pemakai yang futuristik dan inginkan gaya masa depan.

9. Kacamata Shutter Shades

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Purple Shutter Shades.

Agak 'rare' sebenarnya. Sukar ditemui pemakainya di mana-mana. Bagi muzik video atau ke majlis 'funcky' mungkin mudah ditemui.

Dengan jalur-jalur pada cermin memberikan karakter meronta-meronta dalam jiwa si pemakai.

Jika anda sesuai menjadi lady gaga, bolehlah mencari kaca mata ini. Peminat tarian 'shuffles' banyak mengenakan pemakaian shades ini.

Gaya ? Ia agak lebih kepada personaliti untuk mencari kelainan dan peringkat keyakinan yang tinggi.

10. Kacamata Sukan (Sport)

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Sport Shades.

Begitu jelas namanya, untuk aktiviti sukan. Sukar tertanggal dan tahan silau. Dua sifat yang diperlukan untuk atlit perlukan dalam memilih kaca mata. Sekali pandang seumpama melekat pada muka. Longgar-longgar tak sesuai untuk aktiviti lasak.

Dalam lasaknya ada juga gaya, apalagi bila memilih cermin yang memiliki tona warna dari terang ke pudar.

Bagi yang inginkan bergaya saja-saja dengan kaca mata ini, tidak salah kerana ia masih dalam skop untuk bergaya selain dari menu utamanya iaitu untuk aktiviti sukan.

Sejarah Trend Pemakaian Kaca Mata

Awalnya trend kacamata (untuk bergaya) bermula sekitar 1920-an. Zaman ini sudah begitu maju dari industri perfileman dan hiburan untuk negara yang menjadi penjajah dan yang bukan dijajah.

Bagi mengelakkan dikenali oleh peminat atau paparazi yang 'hardcore', pemakaian kaca mata hitam bermula dengan pelakon filem atau personaliti terkenal dalam bidangnya, satu alat penyamaran selain dari menghalang pandangan silau cahaya terang.

Dari masa ke masa, ia mula tular dan menjadi 'trend' masyarakat sehingga ke hari ini.

Maka wujudnya syarikat jualan kaca mata seperti Ray Ban, Oakley, Prada Eyewear, Persol, Gucci, Emporio Amani dan pelbagai lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Penemuan Dan Penciptaan Cermin Mata

sumber: belangtarung

Wednesday, January 17, 2018

4 Gaya Tudung Yang Menggambarkan Personaliti Anda

4 Gaya Tudung Yang Menggambarkan Personaliti Anda

Pada masa kini ada pelbagai jenis gaya tudung dari yang biasa-biasa sehinggalah kepada yang luarbiasa gayanya. Ada wanita yang tidak kisah tentang gaya tudung yang dipakai dan ada juga yang terlalu mengambil berat tentangnya. Ini kerana setiap gaya tudung yang dipilih mencerminkan personaliti diri pemakainya.

Ada 4 kumpulan personaliti yang akan dijelaskan di dalam artikel ini iaitu Natural, Romantik, Klasik dan Dramatik.

1. Natural

4 Gaya Tudung Yang Menggambarkan Personaliti Anda

Wanita yang memilih gaya Natural menggemari warna lembut atau muted (suram) seperti kelabu, muted pink (pink belacan), cream dan sebagainya.
  • Suka tudung yang ringkas, mudah dan jimat masa ketika bersiap.
  • Tudung sarung atau instant adalah pilihan utama.
  • Gemar memilih jenis kain seperti lycra atau bawal sebab selesa, mudah diurus dan tak renyah.

Mereka akan memakai apa sahaja yang mudah dipakai dan cepat siap adalah kriteria tudung pilihan nombor 1 mereka.

Itu menyebabkan mereka kurang gemar teknik penggayaan shawl yang terlalu banyak ‘steps’ sebab bagi mereka agak kompleks dan memakan masa utk bersiap.

Mereka juga cenderung memilih aksesori (keronsang/pin tudung) yang ringkas dan kecil.

2. Romantik

4 Gaya Tudung Yang Menggambarkan Personaliti Anda

Wanita Romantik gemar tampil dengan gaya tudung yang bersifat ‘loose’ dan ‘flowy’ kerana ia menyerlahkan unsur feminin kepada pemakai.
  • Suka lilit shawl gaya loose dan flowy.
  • Cenderung pilih stail feminin dan warna pastel.
  • Suka perincian seperti manik, bunga atau lace.
  • Gemar fabrik lembut seperti chiffon.

Bagi mereka, tampil feminin juga perlu kelihatan bergaya jadi, mereka tahu bagaimana menggunakan selendang yang memiliki manik, bunga atau lace.

Biasanya mereka mempunyai koleksi tudung yang banyak terutamanya selendang (shawl) jenis fabrik lembut seperti chiffon.

Mereka sangat menggemari gaya yang memerlukan aktiviti ‘lilit-melilit’. Bagi mereka itu adalah part of creativity dan tiada masalah ambil sedikit masa untuk bersiap.

Dari segi pemilihan warna, mereka gemar warna yang terang seperti merah, hot pink, kuning dan sebagainya, selain daripada warna lembut,

Kebanyakan wanita Romantik gemar memakai aksesori sebagai pelengkap gaya tudung mereka. Mereka akan rasa ‘kosong’ kepada penampilan jika tiada aksesori.

3. Klasik

4 Gaya Tudung Yang Menggambarkan Personaliti Anda

Wanita Klasik lebih menonjol kepada wanita berkerjaya kerana mereka lebih mementingkan praktikaliti, dan keselesaan berbanding gaya.
  • Suka gaya yang kemas, smart dan polished.
  • Mementingkan kualiti material
  • Suka tudung dan baju warna sedondon

Jadi, mereka kurang gemar gaya yang longgar dan beralun. Ini kerana mereka amat mementingkan penampilan diri yang kelihatan kemas, smart dan polished.

Dari segi warna, wanita Klasik cenderung memilih warna bold seperti merah dan biru. Mereka juga jenis setia pada satu jenama sahaja apabila mereka rasa sudah selesa dengan tudung tersebut.

4. Dramatik

4 Gaya Tudung Yang Menggambarkan Personaliti Anda

Wanita Dramatik adalah wanita yang berani kerana mereka suka bereksperimen dengan pelbagai gaya tudung yang tersendiri.

Ini menunjukkan mereka juga kreatif dalam penggayaan tudung.
  • Gaya tudung unik, ada stail tersendiri
  • Suka warna atau corak bold dan terang
  • Gemar pakai aksesori pelengkap gaya

Kebanyakan wanita Dramatik cepat belajar teknik tutorial tudung dengan hanya melihat gambar, video atau mencipta gaya sendiri.

Ada sesetengah golongan Dramatik tidak mementingkan harga atau jenama tudung. Yang penting adalah gaya tudung supaya mereka nampak unik dan stailo.

Kenapa Ada Personaliti Kelihatan Hampir Sama?

Personaliti Natural dan Klasik kelihatan seperti hampir sama. Tetapi ada perbezaan yang ketara, iaitu:
  • Warna: Wanita Klasik cenderung memilih warna bold seperti merah dan biru berbanding wanita Natural: Wanita Natural gemar warna lembut atau muted (suram).
  • Pemilihan Tudung: Wanita Klasik lebih gemarkan atau setia kepada satu-satu jenama yang dia sudah selesa.
  • Tujuan pengayaan: Wanita Klasik amat mementingkan kelihatan kemas, smart dan polished. Wanita Natural lebih kepada laidback dan casual style.

Apapun ada sesetengah orang mempunyai gabungan lebih daripada 1 personaliti apabila menggayakan tudung.

Bagaimana Jika Ada Lebih Daripada 1 Jenis Gaya?

Sekiranya anda mempunyai beberapa ciri dalam beberapa kumpulan personaliti, berkemungkinan anda ada lebih daripada satu stail personaliti. Apapun ini adalah panduan ringkas sahaja.

Dapatkan konsultasi bersama perunding-perunding imej yang bertauliah jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut dan tepat tentang stail personaliti anda.

Apa Gaya Tudung Anda?

Anda sudah baca artikel ini, adakah anda sudah tahu apakah gaya tudung dan personaliti anda?

Apa jua sebab pemilihan gaya tudung, pastikan ianya menutup aurat anda sebagai seorang Muslimah. Dan jangan cepat menghukum pula orang lain selepas mengetahui stail personaliti ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sunday, January 14, 2018

Kenali Keunikan Kimono Jepun

Kenali Keunikan Kimono Jepun

Rekod sejarah mengatakan bahawa Kimono sebenarnya berasal daripada Dinasti Han. Prototype Kimono Jepun hari ini berasal dari pakaian tradisional masyarakat cina Han. Perlu diketahui bahawa pakaian tradisional di China berbeza dan berubah berdasarkan dinasti.

Kenali Keunikan Kimono Jepun

Ini tidaklah menghairankan kerana mengadaptasian budaya Cina ke dalam masyarakat Jepun lalu disesuaikan dengan lokal genius tempatan memang berlaku sejak abad kelima lagi.

Namun, rekod sejarah mencatatkan bahawa permulaan pemakaian Kimono moden seperti hari ini adalah bermula pada Fasa Heian yang berlangsung pada (749-1192).

Selepas zaman berzaman, pemakaian Kimono di Jepun menjadi tradisi dan mula bertukar menjadi fesyen semasa. Maka, kimono yang asalnya tidaklah berwarna-warni dan penuh dengan corak-corak mula berubah.

Ketika fasa Kamakura (1192-1338) dan Muromachi (1338-1573) di Jepun, kimono berwarna cerah mula dipakai.

Pada Fasa Edo (1603-1868), setiap wilayah di Jepun dikuasai oleh bangsawan. Setiap samurai pula akan memakai pakaian kimono masing-masing yang corak-corak dan warna pada pakaian mereka melambangkan setiap wilayah mereka berkhidmat dan berasal.

Namun, tradisi pemakaian Kimono ini mula ditinggalkan dalam kehidupan seharian rakyat Jepun apabila pada pemerintahan Maharaja Meiji, ketika era budaya dari barat begitu menguasai orang Jepun.

Ketika itu, pakaian-pakaian yang datang dari barat begitu ditekankan. Bahkan pegawal kerajaan dicatatkan ketika itu diwajibkan memakai pakaian barat. Lantas, pakaian yang bagi saya sangat indah ini mula dilupakan oleh orang Jepun.

Hari ini, kita sangat jarang untuk melihat orang Jepun memakai Kimono, tidak kira dari kaum lelaki atau perempuan. Hanya pada festival dan keraian tertentu sahaja kita dapat melihat rakyat Jepun memakai pakaian indah ini.

Sedikit Perihal Kimono

Tahukah anda untuk memahirkan diri memakai Kimono anda harus menghadiri kusus tertentu? Ya, di Jepun siap ada kurus cara memakai kimono yang betul kerana pakaian ini bukan sebarang pakaian.

Kimono tidak dijual dalam keadaan yang sudah siap, sebaliknya ianya dalam bentuk kain yang dipanggil Tanmono. Dan anda tidak boleh menjahit kimono menggunakan mesin sebaliknya harus dalam proses tradisional menggunakan tangan!

Kimono biasanya dibuat dari sutera Jepun yang dicetak dengan teknik yang dipanggil sebagai Yuzen”. Yuzen membawa maksud teknik cetakan berulang.

Selalu terjadi salah faham di mana orang menyangka bahawa corak yang dipakaikan pada kimono itu dilukis.

Pada zaman dahulu, ketika seseorang mahu mencuci kimono mereka, maka mereka perlu membuka setiap helaian kain yang sudah dijahit sebelum disambung kembali untuk dipakai. Tetapi peredaran zaman telah membuatkan tradisi ini ditelan masa.

Kimono Kaum Lelaki Dan Wanita

Kimono lelaki ada pelbagai jenis. Montsuki adalah paling formal di kalangan kaum lelaki. Untuk pengetahuan semua, terdapat lambang keluarga yang dipanggil sebagai Kamon di bahagian punggung pemakai.

Kimono ini biasanya dalam warna biru tua dan hitam. Ki Nagashi pula ialah pakaian Kimono yang dipakai secara santai hari-hari oleh setiap lelaki pada hari yang tidak rasmi.

Berbeza dengan kaum lelaki, kimono yang disarungkan oleh kaum wanita lebih kompleks. Terdapat pelbagai jenis kimono yang dipakaikan ikut individu dan keraian tertentu.

Senarainya ada di bawah.

1. Tomesode

Tomosode adalah Kimono yang paling formal dan dipakai oleh wanita yang sudah berkahwin. Seperti mana Montsuke, terdapat lambang keluarga pada bahagian tertentu Kimoni ini.

Ciri khas Tomesode adalah motif yang indah pada ”Suso” (bagian bawah sekitar kaki). Tomesode dipakai ketika menghadiri resepsi perkahwinan, pesta dan upacara yang rasmi.

2. Furisode

Kalau Tomesode dipakai oleh golongan wanita yang sudah berkahwin, berbeza pula dengan Furisode yang dipakai gadis yang belum berkahwin lagi.

Ciri khas Furisode adalah pada bahagian lengannya yang terjuntai ke bawa dan sangat lebar. Kimono ini adalah dalam warna-warni yang sangat cerah dan bercorak yang mampu menangkap mata memandang.

Furisode selalu dipakai pada waktu menghadiri upacara Seijin Shiki iaitu Hari Menjadi Dewasa, menghadiri resepsi perkahwinan rakan-rakan, dan melakukan kunjungan ke kuil Shinto di hari-hari awal Tahun Baru, Hatsumode.

3. Homongi

Homongi adalah Kimono formal untuk wanita yang sudah berkahwin atau andartu. Biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan, festival rasmi, Tahun Baru, dan upacara minum teh.

4. Iromuji

Iromuji adalah jenis Kimono semiformal yang boleh Kimono formal jika mempunyai lambang keluarga yang terdapat pada bahagian tertentu kimono ini.

Kimono jenis Iromuji umumnya tidak bermotif dan berwarna merah jambu, biru muda, kuning muda atau warna-warna lembut. Iromuji dipakai pada waktu menghadiri majlis perkahwinan atau upacara minum teh.

5. Tsukesage

Tsukesage adalah Kimono semiformal untuk wanita yang sudah/belum menikah. Menurut tingkatan formalitinya, Tsukesage hanya satu paras dibawah Homongi.

Kimono ini dipakai ketika menghadiri majlis perkahwinan, festival rasmi Tahun Baru, dan upacara minum teh yang tidaklah terlalu formal.

6. Komon

Komon adalah Kimono santai untuk wanita yang sudah/belum berkahwin. Ciri khasnya adalah motif sederhana kecil yang berulang-ulang.

Dikenakan pada waktu menghadiri majlis alumni, makan malam, bertemu dengan teman, dan menonton pertunjukan.

7. Yukata

Yutaka dipakai pada perayaan-perayaan pada musim panas. Yutaka mempunyai warna yang cerah dan reka bentuk yang mudah.

Berbanding dengan kimono yang lain, Yutaka adalah lebih mudah untuk dipakai dan senang dijaga. Yang paling penting, kimono ini murah berbanding jenis-jenis Kimono yang lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Masyarakat Jepun Mendidik Kanak-kanak Dan Pelajar Yang Luarbiasa!

sumber: thepatriots

Wednesday, December 06, 2017

Tudung Pro Hijab Nike Dilancarkan Secara Rasmi

Tudung Pro Hijab Nike Dilancarkan Secara Rasmi

Mendengar masalah yang dihadapi atlet Ibtihaj Muhammad juara lawan pedang yang sering dipotong mata kerana kerap kali tidak dapat mendengar arahan pengadil dengan jelas dan bagaimana dia struggle untuk memakai tudung ketika bertanding, Nike telah menghasilkan tudung Pro Hijab untuk atlet atlet berhijab.

Tudung Pro Hijab Nike Dilancarkan Secara Rasmi

Ibtihaj Muhammad bukan satu satunya atlet yang menghadapi masalah tudung. Pereka pereka Nike telah berjumpa dengan atlet atlet terkenal yang menghadapi cabaran memakai tudung ketika bertanding dan dari perjumpaan mereka, lahirnya prototaip Pro Hijab.

Pereka memberikan prototaip awal kepada beberapa orang atlet, termasuk atlet angkat berat Amna Al Haddad, figure skater Zahra Lari, kedua duanya dari United Arab Emirates, untuk menguji tudung tersebut dalam sukan masing masing.

Tudung Pro Hijab Nike Dilancarkan Secara Rasmi

Atlet-atlet di Timur Tengah, termasuk pelari Manal Rostom, jurulatih Nike Run Club Dubai dan Zeina Nassar, peninju Jerman mencuba tudung tersebut setiap hari.

Nike mengumpul data maklum balas prestasi atlet dan komen mereka terhadap penampilan pemakaian itu.

Tudung Pro Hijab Nike Dilancarkan Secara Rasmi

Rekaan awal seperti keupayaan untuk adjustable fit ditolak kerana menyebabkan Pro Hijab menjadi berat.

Matlamat utama pakaian ini untuk menjadikannya ringan, sejuk dan bebas rintangan semaksima mungkin.

Tudung Pro Hijab Nike Dilancarkan Secara Rasmi

Pereka akhirnya memilih untuk mereka Pro Hijab dalam saiz XS/S dan M/L untuk disesuaikan dengan sebanyak bentuk kepala yang boleh.

Nike Pro Hijab mula dijual bermula awal 2018 laman web Nike dan juga butik-butik Nike di seluruh dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Maksud Logo NIKE?

sumber: thevocket

Friday, November 03, 2017

Rolex ‘Paul Newman’ Daytona Jam Tangan Paling Mahal Di Dunia!

Rolex ‘Paul Newman’ Daytona Jam Tangan Paling Mahal Di Dunia!

Dalam acara lelongan yang berlangsung pada 26 October, sebuah jam tangan milik pelakon Hollywood, Paul Newman telah dibida pada harga USD17.8 juta (lebih kurang RM75.5 juta) menjadikannya jam tangan paling mahal di dunia setakat tahun 2017.

Rolex Paul Newman Daytona

Jam Rolex ‘Paul Newman’ Daytona ini menewaskan rekod yang dipegang jam tangan Patek Philippe 1518 yang dijual pada tahun 2016 pada harga 11 juta.

Jam tangan Rolex ini cuma mengambil masa 12 minit untuk terjual.

Harganya dibuka pada harga USD1 juta sebelum pembida melalui telefon membuat bidaan terus sebanyak USD10 juta membuatkan dewan bidaan senyap dengan bidaan berkenaan.

Dengan harga jam tangan rolex ini, ia sememangnya mampu membeli beberapa sports car namun ternyata sangat bernilai buat collector Rolex yang menang bidaan untuk jam tangan paling mahal ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Jam Tangan Swiss Berusia 400 Tahun!

sumber: thevocket

Wednesday, March 08, 2017

Nike Pro Hijab Khusus Untuk Atlet Wanita Muslim

Nike Pro Hijab Khusus Untuk Atlet Wanita Muslim

Kepada anda yang sedang mencari tudung paling sesuai untuk aktiviti lasak, Nike baru menghasilkan Nike Pro Hijab dengan atlet figure skating dari UAE, Zahra Lari adalah atlet pertama yang telah mencuba produk ini.

Zahra+Lari+Nike+Pro+Hijab

Tudung Nike Pro Hijab ini mudah dipakai, ringan serta menggunakan fabrik yang stretchy dan terdapat lubang-lubang kecil pada tudung ini untuk menambahkan pengudaraan.

Nampaknya Nike Pro Hijab ini juga sangat sesuai dipakai ketika berjoging.

Nike Pro Hijab akan dijual dengan 3 warna pilihanwarna, hitam, kelabu dan obsidian.

“Nike Pro Hijab ini direka setelah kami menerima permintaan untuk produk seperti ini dan kami berharap ianya dapat membantu atlet dari seluruh dunia dengan kualiti dan keselesaannya,” kata salah seorang pengarah wanita Nike, Megan Saalfeld.

Zahra+Lari+Nike+Pro+Hijab

Nike Pro Hijab ini hanya akan dijual bermula pada tahun 2017.

Kudos Nike untuk usaha yang murni ini dan kita yakin, jenama tudung tempatan pasti akan mengeluarkan tudung versi mereka untuk kegunaan atlet juga selepas ini.

BACA INI JUGA: Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Sumber: thevocket