Saturday, June 28, 2014

Felixia Yeap Peluk Islam 5 Ramadan

Felixia Yeap Peluk Islam 5 Ramadan

“Saya akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis),” kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam ini.

Felixia Yeap Peluk Islam 5 Ramadan

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

“…5 Ramadan iaitu jatuh pada 3 Julai ini iaitu pada hari ‘birthday’ saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad,” katanya.

Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa.

Felixia Yeap Peluk Islam 5 Ramadan [2]

Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.

“Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah,” katanya. –Sinar Harian Online

Monday, June 09, 2014

Felixia Yeap Kecewa Gambar Seksi Dicemuh

Felixia Yeap Kecewa Gambar Seksi Dicemuh

Bekas model Playboy terkenal, Felixia Yeap berasa kecewa dan kesal apabila gambar-gambar seksi lamanya kembali menjadi tumpuan ramai dengan komen lucah dan negatif.

Felixia Yeap Kecewa Gambar Seksi Dicemuh

Berikutan itu, Felixia telah mengambil keputusan untuk memadam kesemua gambar-gambar tersebut.

"Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook, justeru saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu.

(Baca: Seni Ciuman Suami Untuk Merangsang Isteri)

"Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadan ini," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah model berusia 28 tahun itu lagi, dia turut berasa sedih apabila komen berbaur lucah yang ditulis telah mengundang persepsi negatif kepada dirinya.

Felixia Yeap Kecewa Gambar Seksi Dicemuh [2]
Daripada Playboy Bunny Kepada Hijab Felixia.

"Apa yang mereka komen pada gambar lama itu mengenai masa silam saya sebelum berhijab. Saya rasa golongan yang memberikan komen lucah ini merasakan diri mereka sangat baik dan lebih berkuasa daripada tuhan serta tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan."

(Baca: Wanita Islam Umpama Gula-gula!)

Dalam pada itu, Felixia berharap individu yang berbuat demikian supaya berhenti dari menulis komen-komen berunsur negatif kerana ia sedikit sebanyak menyebabkan emosinya terganggu.

"Saya Cuma boleh menyedarkan mereka apa yang mereka buat itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan kepada saya yang kini sedang mendalami Islam." [Sumber]