Sunday, December 09, 2018

Makanlah Bayam Jika Ingin Bebas Jerawat, Cantik Dan Sihat

Makanlah Bayam Jika Ingin Bebas Jerawat, Cantik Dan Sihat

Khasiat sayur-sayuran memang diakui dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan namun, alasan pahit dan tidak enak menjadikan ramai yang membenci sumber penting ini untuk diamalkan dalam diet seharian.

Bayam Hijau Merah

Bayam adalah antara sayur-sayuran yang kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi, kalium serta beta karotena.

Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Pembiakannya adalah melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim.

Anda ingin tahu khasiat sayur bayam ini? Jom semak di bawah ini.

1. Anti-Kanser

Sayur bayam sekurang-kurangnya mempunyai 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser.

Kajian mendapati bahawa ekstrak sayur bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit dan juga mengurangkan kanser payudara, ovari dan prostat.

2. Menguatkan Tulang

Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang.

Selain Vitamin K, sayur bayam juga mengandungi kandungan pembina tulang seperti kalsium dan magnesium yang berkhasiat kepada mereka yang memakannya.

3. Menjaga Kesihatan Jantung

Vitamin A dan C bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu kolesterol daripada melekat dan terbentuk dalam sayuran darah.

Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

4. Mengelakkan Tekanan Mental

Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan hanya memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari ia mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia.

5. Menguatkan Penglihatan

Zat yang terkandung dalam sayur bayam seperti lutein dan zeaxanthin juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan bertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran ultra ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

6. Penambah Darah

Bayam yang telah dimasak juga merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana pada ketika itu, wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

7. Menjaga Bayi Dalam Kandungan

Khasiat bayam juga dikatakan dapat membantu perkembangan saraf dan menghindarkan daripada berlakunya bibir sumbing pada bayi di dalam kandungan.

Malah, Vitamin A yang ada pada sayur bayam amat diperlukan bagi pembentukan sel paru-paru bayi dalam kandungan.

MANFAAT SAYUR BAYAM UNTUK KECANTIKAN

1. Menyembuhkan Jerawat

Sayur bayam terbukti efektif membersihkan jerawat dan menjaga kesehatan kulit kerana ia mengandungi Vitamin A dan Vitamin C di dalamnya yang berfungsi sebagai antioksidan yang melawan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat.

2. Sebagai Pelindungan Dari Sinar UV

Kandungan Vitamin B dalam sayur bayam akan melindungi kulit dari sinar ultra violet, sekali gus mengelak daripada kulit rosak akibat sinar matahari dan juga kanser kulit.

4. Memperbaiki Struktur Kulit

Bayam merupakan sumber vitamin A dan vitamin C yang cukup tinggi. Vitamin A berfungsi untuk mencerahkan warna kulit dan manakala Vitamin C berperanan penting dalam memperbaiki sel-sel kulit.

Amalkan makan sayur bayam setiap hari untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri-seri.

Info Ekstra!

Tahukah anda, bayam yang dimasak terlalu lama atau dihangatkan kembali akan mengeluarkan racun.
Kandungan nitrat yang terdapat di dalam bayam mampu menjadi racun yang boleh membawa kepada kanser.

Seeloknya, bayam yang digunakan untuk memasak adalah daripada bayam yang segar dan bukannya bayam yang sudah lama disimpan di dalam peti sejuk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Saturday, December 08, 2018

Makanan Tinggi Serat (Fiber) Untuk Kesihatan Usus

Makanan Tinggi Serat (Fiber) Untuk Kesihatan Usus

Makanan yang mengandungi serat (fiber) sebenarnya amat membantu di dalam sistem penghadaman dan juga paling kritikal sistem perkumuhan. Memakan banyak serat membantu individu setiap pagi di bilik air dan perlu diambil secara berkala dengan kuantiti mencukupi.

Makanan Tinggi Serat

Pengambilan kandungan serat yang rendah juga dikaitkan dengan kemungkinan serangan stroke, darah tinggi dan sakit jantung.

Daripada laporan Jabatan Kesihatan mendapati, kesedaran pengambilan bahan serat dalam makanan harian semakin berkurangan dan di US, dilaporkan rakyat mereka hanya mengambil kurang dari 3% daripada jumlah sebenar syor yang diberikan.

Persoalannya adalah, kenapa perlu mengambil serat?

Sebenarnya serat (Fiber) ini adalah bahan selulos yang tidak akan hadam didalam perut kita. Dalam bahasa biasa, bahan serat adalah seakan bahan yang kita makan dari pinggan dan akan berakhir didalam mangkuk tandas.

Ia boleh berada dalam dua bentuk iaitu Serat Larut (soluble fiber) dan Serat Tidak Larut (insoluble fiber).

Apa pun serat daripada tumbuhan lazimnya mempunyai kedua-dua komponen iaitu serat larut dan serat tidak larut.

Lazimnya, serat larut akan bertukar kepada bentuk Gel dalam perut dimana melalui proses penghadaman perlahan dan membantu mengurangkan rendah kolesterol dan glukos dalam darah.

Bagaimanapun, serat tidak larut berada dalam bentuk sama dari masa ia dimakan, didalam usus dan dibuang dari kolon. Ia memudahkan proses penghadaman bahan lain didalam usus dan tidak ada apa diserap darinya.

PENTINGNYA SERAT (FIBER)

Makanan yang kaya dengan serat semulajadi selalunya daripada beberapa jenis tumbuhan yang ditanam.

Individu yang kurang mengambil serat sering menghadapi masalah SEMBELIT, masalah sukar membuang air besar.

Ia mempunyai hubungkait terus dengan tiada atau kurang pengambilan bahan serat dalam makanan harian atau ada komplikasi lain.

Bagaimanapun, jika individu tersebut mengambil bahan makanan yang kaya dengan serat lazimnya mampu mengatasi masalah sembelit.

Dalam beberapa kajian oleh pakar permakanan di USA dan di beberapa pusat kajian mendapati, seseorang lelaki dewasa berumur kurang 40 tahun perlu mengambil sebanyak 38 grams bahan serat sementara bagi seorang perempuan memerlukan sebanyak 25 gram bahan serat.

Bagi lelaki dewasa berumur lebih 50 tahun pula memerlukan sebanyak 30 gram serat dan untuk wanita berumur lebih 50 tahun pula hanya sekitar 21 gram kerana orang dewasa sudah kurang mengambil makanan dan kapasiti untuk proses penghadaman juga berkurangan.

Sebagai penjelasan, orang muda boleh makan 15 keping roti diperkayakan dengan gandum (whole wheat-meal) untuk mencukupkan pengambilan serat sehari, selain kaedah paling mudah mengambil bahan serat.

Makanan yang kaya dengan bahan serat semulajadi banyak terdapat disekeliling kita.

MAKANAN TINGGI SERAT

Makanan di negara kita yang kaya dengan serat adalah buah-buahan tempatan seperti Avocado, Betik, Nenas, Mangga, Durian, Manggis, Jambu Batu dan Sayuran Berdaun Hijau, tomato, timun dan banyak lagi.

Sementara jenis makanan import yang kaya dengan serat adalah seperti Oatmeal, Berri, Roti dari Gandum, Kacang Putih, Kacang Hitam, Kacang Almond, Kacang Polong, Buah Apple, Buah Pear, Brokoli, Flokoli, Kacang Soya Hijau dan banyak lagi.

Sebagai contoh, Oatmeal mengandungi bahan seperti beta glucan yang merupakan jenis serat khusus yang memiliki kesan untuk menurunkan kolesterol dengan cekap dan juga meningkatkan fungsi sistem kekebalan tubuh.

Oatmeal didakwa merupakan campuran terbaik serat larut dan serat tidak larut.

Serat larut merupakan jenis serat yang boleh menurunkan kolesterol darah, manakala serat tidak larut pula membantu menjaga aktiviti pencernaan berjalan dengan lancar.

KHASIAT BUAH DAN SAYURAN TEMPATAN

Makan buah betik memang sangat memudahkan kita semasa buang air besar dan mengatasi masalah sembelit bagi kebanyakan individu.

Kehebatan buah betik adalah kerana ia mengandungi bahan Asid Amino yang mampu menghilang bahan yang tidak diingini dalam usus yang menyukarkan proses perkumuhan.

Makan jenis sayuran hijau (Green leaves vegetables) merupakan amalan yang sangat baik dalam pemakanan diet.

Telah diketahui sayuran berdaun hijau adalah sumber makanan yang kaya zat besi, beta-karoten dan serat.

Pakar pemakanan mendapati jenis sayuran hijau seperti bayam, lobak hijau, kangkong, sawi dan ulam-ulaman merupakan sumber serat terbaik. Satu cawan setiap kali sajian mengandung 4-5 gram bahan serat.

Kita di Malaysia amat beruntung kerana terlalu banyak bahan makanan yang kaya dengan serat (fiber) dari pelbagai jenis ulam-ulaman tempatan.

Selain daripada bahan ulaman ini kaya dengan khasiat permakanan, selalunya ia juga kaya dengan nilai perubatan tertentu.

Kalau anda juga sangat minat makan Petai (Parkia speciosa) sebagai contoh, ianya merupakan ulaman yang sangat berkhasiat yang kaya dengan serat dan juga membantu proses pembuangan air besar.

Sayur hijau yang dimasak, dicelur atau dimakan mentah sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita untuk mendapatkan bahan serat. Selain itu kita juga mudah untuk mendapatkan bekalan jagung manis segar.

Jagung Manis (Zea mays) adalah makanan berasaskan tumbuhan yang mengandungi banyak bahan Antioksidan.

Kajian saintis mendapati kadar setengah cawan minum air biji jagung didapati mengandungi sebanyak 3 gram bahan serat.

Banyak jenis makanan disekeliling kita yang kaya dengan serat untuk dipilih dan dimakan untuk meningkatkan tahap kesihatan usus secara semulajadi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: animhosnan

Wednesday, December 05, 2018

5 Kebaikan Mengambil Sarapan Pagi Yang Ramai Tidak Tahu

5 Kebaikan Mengambil Sarapan Pagi Yang Ramai Tidak Tahu

Jika anda gemar ponteng sarapan pagi, kami ingin berkongsi beberapa sebab mengapa anda dinasihatkan supaya mengubah cara anda itu.

Kebaikan Sarapan Pagi

Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita sebenarnya kekurangan tenaga dan sarapan adalah penting untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang untuk anda mulakan hari seperti biasa.

1. Sarapan boleh menurunkan berat badan

Tahukah anda, sarapan pagi boleh membakar kalori dalam badan? Sarapan pagi setelah semalaman perut kosong secara tidak lansung boleh meningkatkan metabolisme dan bererti proses pembakaran kalori akan menjadi lebih efisen.

2. Sarapan mampu tingkatkan kemampuan otak

Kajian yang dibuat di Universiti Swansea Wales mendapati sebahagian tenaga dalam bentuk glukosa telah habis digunakan sebelum kita tidur.

Oleh itu, sarapan pagi yang mengandungi glukosa akan digantikan semula dan ia juga merupakan salah satu bahan yang sangat penting untuk otak yang cerdas.

3. Membantu menunjukkan teladan yang baik

Jika anda mempunyai anak-anak, anda sentiasa mahu menunjukkan contoh yang baik bagi mereka dan dengan adanya sarapan, anda akan menunjukkan kualiti kepimpinan melalui teladan.

4. Landasan yang betul untuk menurunkan berat badan

Bersarapan pagi adalah landasan yang betul sekiranya anda mahu atau berniat untuk menurunkan berat badan.

Penyelidik telah mendapati bahawa orang-orang yang makan sarapan pagi lebih cenderung untuk mengekal dan mengurangkan berat badan.

Walaupun orang skip sarapan dengan harapan berat mereka akan turun dan makan lebih semasa tengah hari akan menyebabkan berat badan akan bertambah.

5. Tingkatkan metabolisme badan

Paras gula dalam darah adalah rendah pada waktu pagi oleh itu, anda perlukan tenaga untuk mengimbangkan semula paras gula dalam darah.

Anda perlu makanan yang boleh memberi tenaga diwaktu pagi untuk memastikan metabolisme sentiasa berterusan. Sebaiknya-baiknya, anda harus sarapan dalam tempoh dua jam selepas bangun dari tidur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wanista

Sunday, October 21, 2018

Turun 16 Kg Sebulan, Gadis Kongsi Rahsia Elak Ambil 2 Makanan Ini!

Turun 16 Kg Sebulan, Gadis Kongsi Rahsia Elak Ambil 2 Makanan Ini!

Turun berat badan 16 kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim kerana tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal, dia nekad membuat perubahan.

Turun 16 Kg Sebulan, Gadis Kongsi Rahsia Elak Ambil 2 Makanan Ini!

Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan.

Hari ni I nak share tips macam mana I loss my weight from 59kg to 43kg in 1 month.

Untuk pengetahuan semua, I punya tinggi 145cm. So can you imagine dengan ketinggian tu then berat 69kg? Tak tertanggung badan rasa.

So time tu I nekad nekad nekad, I kene diet (sebab masa tu nak masuk praktikal).

1. Hati kena kental

Kalau kejap nak diet kejap tak nak, jangan beranganlah berat tu nak turun. Serious talk. Yang penting uols kena ada goal korang.

2. Ini kena elak

Dari segi pemakanan, I tak makan langsung NASI, KUEW TIAW, MEEHOON, MEE, SPEGETTI, MAGGIE DAN ROTI (azab jugaklah).

In one month tu memang i tak makan semua tu langsung. Mula mula tu nangis jugaklah tengok orang kat rumah ni makan nasi tu semua.

3. Next, jangan sentuh ini

I tak sentuh langsung semua benda yang manis manis. Coklat, Aiskrim, air gas dan segala adik beradik dia (tapi kadang kadang terlepas jugak). Lagi satu paling pantang mak bapak dalam rules diet ni NO FAST FOOD.

4. Nak makan apa?

So mesti korang bengang kan, semua tak boleh nak makan. Habis nak makan apa kan? Actually, banyak je makanan yang boleh makan.

PAGI: Telur 2 biji

TENGAH HARI: Ambil lauk ayam, ikan, udang, ketam, dan sewaktu dengannya. Sayur! Itu paling penting nanti uols sembelit pulak.

PETANG: Makan lauk jugak. Menyirap jugaklah ibu sebab selalu habiskan lauk kat rumah.

MALAM: Jarang makan malam, tapi incase kalau lapar, makan buah atau kudap kudap.

KUDAPAN: Kalau lapar atau mulut korang memang jenis nak kena ada makanan dalam mulut kan.

Caranya goreng ikan bilis letak dalam tupperware. So kalau lapar mengonyel je lah makan ikan bilis tu.

5. Okey, part yang paling penting

EXERCISE. Pagi, petang, siang, malam buat zumba. Boleh pergi kat youtube search persian zumba. I follow step zumba yang tu.

Hari hari buat sampai naik hafal jugak lah step dia. Tak kan boleh kurus kalau korang malas exercise, trust me.

6. Lastly, minum air putih

Paling penting korang kena minum air putih. Putih tau bukan oren, purple hijau tu semua. Kalau korang rasa lapar je, minum air, lapar je minum air.

So tu je lah yang i buat dalam 1 bulan. Alhamdulillah hilang 16 kg. So good luck pada korang yang nak start diet tu ye.

There is no success without sacrifice.

BACA INI JUGA:

sumber: karangkraf

Sunday, October 07, 2018

Bahaya Makan Kentang Goreng!

Bahaya Makan Kentang Goreng!

Kentang goreng hangat dengan siraman mayonis dan sos cili pasti membuat anda ingin mencubanya namun, hati-hati kerana disebalik keenakan kentang goreng, ada bahaya yang tersembunyi!

Bahaya kentang goreng

Selain ia mudah disediakan, ianya turut menjadi pilihan ibu bapa untuk menjadikanya sebagai hidangan kepada anak-anak.

Tidak hairanlah kentang goreng menjadi makanan kegemaran kanak-kanak.

BAHAYA TERLALU KERAP MAKAN KENTANG GORENG

1. Mengandungi lemak

Tidak semua lemak harus dielakkan, ada banyak lemak baik seperti minyak zaitun yang boleh menjaga kesihatan anda.

Namun dalam kes kentang goreng, ia terkandung banyak lemak tepu yang tinggal di tubuh lebih lama dan masuk ke dalam aliran darah.

Akibatnya, terjadi tompok-tompok kecil yang boleh menjadi plak dan menutup aliran darah.

Plak ini menjadi faktor penyebab strok dan serangan jantung.

2. Kandungan garam yang tinggi

Kebiasaannya, selepas menggoreng, kentang akan ditabur garam bagi mendapatkan rasa yang enak.

3. Bahan pengawet

Warna kuning keemasan kentang goreng adalah warna tiruan dan bahan pengawet.

4. Lemak trans

Menggoreng dalam minyak yang banyak akan membawa lemak trans dalam tubuh anda.

Risiko Penyakit Akibat Kerap Makan Kentang Goreng;
  • Strok.
  • Serangan jantung.
  • Kencing manis.
  • Darah tinggi.
  • Kanser payudara.
  • Buah pinggang.

Kesimpulan

Pengambilan kentang goreng secara berpanjangan akan mengundang mudarat tanpa kita sedar.

Banyak penyakit yang berlaku pada hari ini, boleh dikategorikan sebagai kronik atau tahap yang bahaya oleh pakar perubatan.

Ini kerana, pemusnahan sel- sel badan juga berlaku secara perlahan tanpa kita sedar.

Oleh itu, seharusnya kita mengambil berat tentang pemakanan dan mempertimbangkan dengan tindakan yang bijak, bukannya mencari penyebab untuk menempah penyakit yang akhirnya mengundang maut.

Ini termasuklah mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana mencegah itu lebih baik daripada berubat.

Beringatlah, makan secara sederhana dan mengambil langkah-langkah tertentu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Saturday, July 07, 2018

7 Khasiat Beras Merah Berbanding Beras Putih Untuk Kesihatan

7 Khasiat Beras Merah Berbanding Beras Putih Untuk Kesihatan

Jarang sekali untuk penduduk negara Malaysia menggunakan nasi merah dalam pemakanan harian mereka sebaliknya lebih selesa makan nasi putih biasa ini kerana, kebiasaannya ramai menggunakan beras putih dalam masakan mereka dan jarang sekali menggunakan beras merah untuk memasak nasi.

7 Khasiat Beras Merah Untuk Kesihatan

Untuk pengetahuan anda, beras merah dikatakan lebih banyak manfaat dan khasiat jika dibandingkan dengan beras putih biasa.

Rasa beras merah memang dianggap lebih hambar tetapi sangat menyihatkan. Beras merah adalah sejenis beras yang mengandungi vitamin B dan E.

Beras merah memiliki banyak khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh serta boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

Malah, pengambilan beras merah juga baik untuk mengatasi stres sekali gus mengendurkan otot yang tegang.

Ini kerana terdapat zat-zat seperti kandungan mineral yang tinggi, vitamin serta serat semulajadi dalam beras jenis ini.

Menurut satu kajian dari Amerika Syarikat yang dibentangkan di Persidangan Tahunan Eksperimen Biologi, hanya dua jenis beras yang ada khasiat untuk cegah risiko serangan jantung serta tekanan darah tinggi iaitu beras setengah giling dan beras merah.

Anda yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, di sini kami kongsikan beberapa khasiat beras merah untuk diet anda:

1. Menurunkan kolesterol

Beras merah mengandungi minyak yang mampun berfungsi menangani kolesterol jahat.

Anda yang sedang menjaga diet pemakanan disaran mengambil bijirin oat atau beras merah pada setiap pagi sewaktu sarapan.

2. Mengandungi vitamin B-6

Vitamin B-6 membantu tubuh anda menjalankan fungsi organ dalaman dengan baik.

Ini kerana, vitamin B-6 mengandungi khasiat dalam menjaga keseimbangan daripada pembentukan hormon serotonin, sel DNA serta sel darah merah.

3. Kadar zink yang tinggi

Zink merupakan mineral yang berfungsi dalam penyembuhan luka selain menjaga sistem pertahanan tubuh agar dapat berjalan dengan baik.

Di samping itu, zink juga merupakan antioksidan yang mampu melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.

4. Serat tinggi

Serat adalah nutrisi yang sangat diperlukan dalam proses penurunan berat badan. Tanpa serat, anda akan berterusan berasa lapar dan sukar untuk berasa kenyang.

Oleh itu, anda disarankan mengambil beras merah setiap kali letika sarapan pagi supaya perut anda boleh menahan lapar hingga ke petang.

5. Kadar indeks glycemic yang rendah

Salah satu makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks merupakan beras merah.

Ia memiliki tahap indeks glycemic rendah yang berguna untuk mengawal kadar gula darah dan pengeluaran insulin.

Selain itu, beras merah juga berupaya meningkatkan tenaga untuk memaksimumkan kesihatan badan anda.

KHASIAT BERAS MERAH UNTUK BAYI

Dalam pada itu, selain mempunyai khasiat yang tinggi serta keupayaannya menurunkan berat badan, beras merah juga memberikan kesan baik kepada anak kecil.

Antara khasiat beras merah untuk anak kecil adalah:

1. Membuatkan bayi anda tidur lebih lena

Zat tepung yang terdapat di dalam beras merah dapat meningkatkan serotonin di dalam otak di mana ia berfungsi untuk membantu anak anda untuk tidur.

Manakala kandungan indeks glycemic yang rendah juga dapat membantu mengatur kadar gula yang ada di dalam darah.

Dengan memberikan anak kecil anda beras merah, mereka akan tidur dengan lebih nyenyak dan tidak mudah terjaga dari tidur pada waktu malam akibat kelaparan.

2. Mencegah sembelit

Beras merah memiliki kandungan serat yang tidak boleh larut di dalam air justeru, pengambilan beras merah dapat mencegah sembelit.

Anda disarankan untuk memberikan anak anda nasi merah setiap kali mereka mengalami masalah sukar untuk membuang besar.

Serat beras merah akan membantu menyerap air sehingga najis itu menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan.

Pengambilan nasi merah juga boleh membuat anak anda menjadi lebih sihat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Wednesday, May 02, 2018

Putus Cinta Kerana Gemuk, Gadis Ini Tunjuk Cara Kurus Tanpa Suplemen!

Putus Cinta Kerana Gemuk, Gadis Ini Tunjuk Cara Kurus Tanpa Suplemen!

Harapkan hubungan kekal sehingga ke jinjang pelamin, rupanya cinta terputus di tengah jalan apabila ditinggalkan kekasih hati dan inilah yang berlaku kepada seorang gadis di Selangor apabila dia ditinggalkan kekasih hatinya gara-gara fizikalnya yang dikatakan ‘gemuk’.

Putus Cinta Kerana Gemuk, Gadis Ini Tunjuk Cara Kurus Tanpa Suplemen!

Namun, perubahan positif pada fizikal yang ditonjolkannya setelah ditinggalkan kekasih telah menarik perhatian ramai netizen di laman sosial.

Raden Zaharatul telah berkongsi kisah pahitnya itu di akaun twitternya, @RadenZaharatul.

Berat badan Raden ketika itu ialah 63 kilogram serta mukanya dipenuhi jerawat sehingga digelar ‘gajah’ dan ‘jalan tar’ oleh teman lelakinya sebelum memutuskan untuk meninggalkannya.

Raden lantas berazam untuk melakukan perubahan pada dirinya.

Dia berkongsi tip dengan melakukan senaman sit up sebanyak 30 kali pada setiap hari serta
perbanyakkan minum air masak.

Raden juga mengaku tidak memakai produk atau melakukan rawatan apa pun pada wajahnya.

Usaha kerasnya ternyata membuahkan hasil apabila dia berjaya menurunkan berat sehingga mencapai 58 kilogram.

Tubuhnya kini kelihatan langsing serta kulit wajahnya menjadi semakin licin.

Di laman twitternya, Raden turut memberi nasihat buat wanita di luar sana, “If bf korang tinggalkan korang, improve diri korang jadi lebih baik. Jangan sedih2 okay”.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani