Wednesday, March 29, 2017

7 Tips Memilih Cincin Perkahwinan

7 Tips Memilih Cincin Perkahwinan

Perkahwinan hanya akan lengkap dengan kehadiran cincin yang tersarung cantik di jari manis sebagai tanda bahawa pemilik cincin itu sudah berpunya.

Tips Memilih Cincin

Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, tahniah diucapkan dan selamat melangkah ke satu fasa hidup yang baru bersama pasangan masing-masing.

Antara persiapan yang perlu diberi perhatian bakal raja sehari adalah pemilihan cincin yang sesuai untuk hari penyatuan dua jiwa.

Di bawah kami kongsikan 7 tips dan panduan untuk memilih cincin perkahwinan yang ideal untuk hari bahagia anda.

1. Emas Putih Atau Emas Kuning

Untuk menggelakkan tersalah memilih cincin, antara soalan bermain di minda adalah antara emas putih dan emas kuning.

Rata-rata pengantin kini lebih gemar memilih emas putih berbanding emas kuning dengan alasan untuk tampak lebih bergaya dan elegan.

Kerana pemilihan antara emas putih dan emas kuning ini sendiri memainkan peranan yang harus anda sesuaikan dengan ciri fizikal anda.

Untuk emas putih, ia adalah neutral iaitu membawa makna sesuai dengan semua orang. Sama ada yang berkulit putih atau sebaliknya.

Manakala untuk emas kuning pula, lebih tampak menarik dan cantik disarung pada mereka yang berkulit putih.

Oleh itu bagi memudahkan membuat pilihan, pilih antara satu yang mana yang menjadi pilihan hati untuk anda pakai sepanjang hayat anda? Keselesaan anda untuk menyarungkannya di jari manis anda selamanya.

2. Bersesuaian Dengan Keadaan Fizikal

Kesesuaian cincin tersebut dengan fizikal anda yang perlu dititikberatkan adalah kesesuaian warna kulit, saiz atau bentuk jari sama ada runcing, lebar, besar, kurus dan sebagainya.

Wanita berkulit hitam manis lebih menawan memakai warna emas yang agak pudar (matte) dan koleksi emas berona merah jambu.

Kulit sawo matang pula lebih terserlah dengan emas putih dan emas kemerah-merahan. Yang berkulit gelap lebih anggun dengan barang kemas rona emas kuning.

3. Sesuai Dengan Aktiviti Dan Pekerjaan

Seterusnya adalah sesuaikan cincin dengan aktiviti atau pekerjaan anda. Jangankan terlalu memilih cantiknya cincin, sehinggakan anda lupa akan pekerjaan atau aktiviti anda.

Sebagai contoh, anda berkhidmat sebagai seorang chef, mustahil untuk anda memakai cincin yang bertatah batu berlian yang besar mewah. Jadi buatlah pilihan yang bijak!

4. Budget

Pada awal pemilihan cincin, jangan terus membuat pilihan dengan terus membeli, sebaliknya cubalah bandingkan harga terlebih dahulu.

Dinasihatkan agar anda lakukannya enam bulan awal, supaya anda lebih sedia.

Bincangkan dengan pasangan design mereka gemari dan tuliskan budget yang anda tetapkan untuk membeli cincin.

Jangan pula dengan hanya membeli cincin, anda sampai tidak makan. Jadilah pasangan yang bijak dalam membuat pilhan.

5. Cincin Belah Rotan Atau Cincin Gelung Halus

Cincin belah rotan yang lebar dan bercorak membuatkan jari anda kelihatan lebih pendek. Seeloknya pilih cincin gelung halus kecil agar jari nampak lebih runcing.

Lebih menarik, pakai hanya satu cincin di jari manis pada sebelah tangan pada satu masa. Paling banyak dua cincin pada sebelah tangan sahaja supaya penampilan kelihatan kemas dan anggun.

6. Rekaan Cincin

Pilih reka bentuk cincin yang mudah untuk disuai padan dengan barang kemas yang ada dalam simpanan. Perbezaan antara cincin buatan tangan dengan buatan mesin adalah harganya.

Buatan tangan lebih mahal namun boleh diubah suai tanpa menjejaskan rekaan, manakala sebarang ubahsuai pada cincin buatan mesin boleh dilihat jelas, namun ia lebih berkilat dan kemasannya juga lebih cantik.

7. Batu Permata Atau Berlian

Set barang kemas bertatah batu permata lebih sesuai untuk majlis pertunangan sementara set barang kemas bertatah berlian adalah untuk majlis pernikahan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Rambut Dan Cincin Berayun Ditangan?!

Sumber: ikahwin | mynewshub

Thursday, March 09, 2017

Cara Mengukur Lilit Jari Sebelum Membeli Cincin

Cara Mengukur Lilit Jari Sebelum Membeli Cincin

Pernah anda lihat pengantin lelaki menyarungkan cincin di jari pengantin perempuan selain di jari manisnya? Sudah dipanggil jari manis, mestilah untuk lebih manis dengan disarungkan cincin di situ kan.

Ukur+jari

Susah kita nak lihat pasangan pengantin menyarungkan cincin di jari selain jari manis untuk cincin kahwin mereka oleh itu, adalah penting untuk bakal pengantin di luar sana mengambil berat akan cara mengukur lilit jari.

Mungkin ada yang di luar sana berpendapat untuk terus sahaja membeli di kedai, atau dengan kata lain dengan membuat ukuran terus menerus dari sana.

Tapi, bukankah lagi manis dan romantik jika anda tahu saiz ukur lilit jari pasangan anda. Bukan apa, senanglah nanti kalau anda rancang untuk surprisekan pasangan dengan hadiahkan mereka sebentuk cincin.

Ring+size

Kalau di kedai emas, mereka mempunyai alat khas untuk mengukur saiz jari anda dan terus memberi jawapan saiz cincin.

Oh ya, jangan tidak tahu pula ya, kerana setiap cincin mempunyai saiz yang berbeza. Yelah, kita pun mempunyai tangan dan jari yang tidak sama. Ada yang tirus panjangnya, ada yang bulat dan sebagainya.

Oleh itu dengan alatan khas (bentuknya bulat dan mempunyai cincin yang dari pelbagai saiz) yang mereka ada, anda hanya perlu masukkan cincin tersebut, yang mana bersesuaian dengan jari anda. Dengan itu, tahulah saiz cincin anda!

Manakala bagi cara manual yang anda boleh lakukan hanya di rumah. Cara dan alatan yang anda perlukan sangatlah mudah untuk didapati.

Alatanya adalah:
  • Kertas atau Benang
  • Gunting
  • Pensil
  • Pembaris

Caranya:

Ukur+jari

a. Tenangkan jari jemari anda. Gunting kertas anda lebih kurang 2cm lebar dan panjangnya pula, anggarkan sejengkal. Begitu juga benang. Gunting benang anda anggaran sejengkal.

b. Ambil kertas atau benang yang anda gunting tadi, lilitkan di jari manis anda.

Info tambahan: Ukurlah jari anda ketika siang kerana masa ini jari anda mengembang dan saiznya mungking berbeza jika anda membuat ukuran pada malam hari dan juga jangan ukur jari anda sewaktu masih basah, sebaiknya ketika kering.

c. Seterusnya, tandakan di mana kedua-dua hujung itu bertemu. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar. Cukup dengan keselesaan anda. Tandakan dengan pensil anda tadi

d. Setelah tandakan pertemuan kedua hujung benang mahupun kertas anda itu tadi, letakkan sebaris pembaris anda, dan ukurkan ukuran benang atau kertas anda itu tadi. Pastikan ukuran dilakukan di dalam “mm" ya!

e. Rujuklah panduan saiz cincin/ukur lilit jari. Siap!

Jadi inilah cara auto dan manual yang dapat admin kongsikan untuk anda mengukur lilit jari anda.

Ukur+jari

Jika ada pasangan di luar sana yang memilih untuk surprise pasangan anda, anda juga boleh guna taktik bandingkan jari anda dan pasangan. Cuma bimbang jika ukurannya tersasar sangat nanti!

Diharapkan, dengan tips ini dapatlah membantu bakal pengantin di luar sana menyelesaikan masalah cincin dihadapi.

Apapun, semoga berjaya dalam mengukur lilit jari ya!

BACA INI JUGA: Kenapa Cincin Tunang Dipakai Di Jari Manis?

Sumber: ikahwin

Wednesday, February 26, 2014

Kenapa Cincin Tunang Dipakai Di Jari Manis?

Kenapa Cincin Tunang Dipakai Di Jari Manis?

Anda tentunya tertanya-tanya kenapa cincin perkahwinan mahupun pertunangan sering kali dipakai di jari manis seseorang individu?

Cincin Jari Manis

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, mereka percaya bahawa setiap satu jari itu melambangkan simbolik perhubungan kita dengan manusia di sekililing kita.

Sebagai contoh, ibu jari mewakili ibu bapa, jari telunjuk (adik-beradik), jari tengah (diri sendiri), jari manis (pasangan) dan jari kelingking (anak-anak).

Demonstrasi ditunjukkan apabila kita menggabungkan kesemua kesepuluh jari, dapat dilihat masih ada ruang di antara empat jari tersebut untuk berpisah, tetapi tidak di jari manis.

Dari situ, mereka percaya yang jari manis memang dikhaskan untuk cincin perkahwinan kerana hubungan dengan pasangan suami isteri tidak mungkin dapat dipisahkan seperti mana hubungan dengan ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak.

BACA INI JUGA: Giler! Cincin Emas Bersalut Kulit Manusia

-SENTIASAPANAS.COM