Thursday, January 25, 2018

Cerpen: Isteri Orang Gaji Suri Rumah Sepenuh Masa

Cerpen: Isteri Orang Gaji Suri Rumah Sepenuh Masa

“Ni yang tak best ni. Mama suka sangat paksa Gee melakukan sesuatu yang bukan atas kehendak Gee. Kenapa mama? Kan dah Gee bagitahu dulu lagi yang Gee tak berminat nak berumah-tangga, layan suami, layan anak-anak. Rimas tau mama. Mama, tolonglah faham sikit perasaan Gee. Bagilah masa untuk Gee rehat-rehatkan sikit minda ni,” pinta Genelia seakan-akan merayu meminta belas kasihan.

Cerpen: Isteri Orang Gaji Suri Rumah Sepenuh Masa

“Gee ni memang anak yang degil. Okey tak pe. Mama bagi masa satu bulan je untuk Gee. Bawa calon suami sendiri atau kahwin dengan pilihan mama dan papa.

"Jangan ingat kali ni Gee boleh terlepas begitu je. Mama dan papa betul-betul maksudkannya,” Pn. Elina pula meluahkan rasa ketidak-puas-hatiannya. Pn. Elina sedikit rungsing mengenangkan sikap sambil lewa anak sulungnya itu.

“Tapi, mama…” baru je Genelia ingin mendesak mamanya supaya menarik balik permintaannya yang difikirkan melampaui batas tu.

“Gee, dengar baik-baik. Umur Gee tu dah menjangkau 28 tahun. Adik-adik Gee semuanya dah pun bernikah. Masing-masing bahagia bersama suami dan anak. Tinggal Gee sorang je. Jangan berdegil.

"Kalau Gee masih berkeras, papa tak teragak-agak nak halau Gee dari rumah ni. Dah tu jangan sekali-kali datang berjumpa kami lagi.

"Papa dengan mama malu kat kawan-kawan seperniagaan yang dah selalu sangat tanya berkenaan perkahwinan Gee,” tegas benar bunyi suara Encik Rashlee menegur anaknya.

Nescaya Genelia gagal. Pn. Elina dan En. Rashlee bertekad sepenuhnya. Kali ini tiada lagi belas-kasihan.

Genelia buntu. Apa lagi yang patut dia lakukan? Mana dia nak cari kekasih? Takkan dia nak kahwin dengan lelaki yang tidak dia kenali.

“Melampaulah mama dengan papa ni,” bentak hati kecil Genelia. Dia dah hilang idea.

Dah tak tahu apa lagi yang boleh dia lakukan untuk mengelak daripada topik yang sama. Sebulan tu bukannya lama sangat. Lebih-lebih lagi bagi orang macam Genelia yang tak pernah berkawan dengan mana-mana lelaki pun sebelum ini.

Kehidupan Genelia kini mula dirundum kemurungan. Terfikirkan jalan penyelesaian terbaik kepada isu yang dibangkitkan oleh keluarganya.

Pn. Elina dan En. Rashlee bukan tak perasan perubahan anak gadis mereka. Tapi sengaja tak nak ambil tahu. Kali ni biar Genelia terpaksa terima desakkan mereka.

Puas Genelia berusaha mencari calon yang sesuai untuk dijadikan suaminya kelak. Tak juga dia jumpa. Mana nak jumpa kalau pandang secara luaran je.

Dia sebenarnya takut nak mendekati lelaki-lelaki yang dia terserempak kat jalanan tu. Tempoh yang diberikan oleh mama dan papanya hampir sampai kepenghujungnya. Tinggal dua hari sahaja lagi.

Akhirnya, Genelia berterus-terang dengan keluarganya berkenaan masalah yang sedang melanda kotak fikirannya. Pn. Elina dan En. Rashlee hanya mampu tersenyum. Bukan niat nak mengejek.

“Gee fobia dengan lelaki? Kenapa pula?”

“Tak tahulah mama. Tapi, Gee takut nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Lebih-lebih lagi tang tu...” tanpa segan-silu dia keluarkan juga ayat yang tercekik kat leher dia tu.

Mama dengan papa dia apa lagi, terdekah-dekah ketawalah. Genelia dah malu teramat sangat. Dia lupa papanya ada sekali kat situ.

“Gee, papa tak tahu macam mana nak pujuk lagi. Kami dah bagi tempoh. Tapi, Gee tak juga bawa bakal calon menantu kami.

"Jadi, redha jelah ya dengan pilihan papa. Nanti Gee akan biasa juga. Pandailah suami Gee pujuk.”

Gee dah tak dapat nak menolak lagi. Mahu tak mahu kena juga dia terima calon papanya, yang entah sapa-sapa tu.

Manakala di banglo mewah milik Dato’ Akhmal pula lain ceritanya. Anak lelakinya, Ikram Shazlan yang memang serius nak mampus tu melenting tak tentu pasal apabila mama dan papanya menyampaikan hasrat ingin menjodohkannya dengan seorang gadis pilihan mereka.

Payah sangat dia nak bernikah sebabnya dia memang tak suka budak-budak perempuan sejak dibangku sekolah lagi kerana dipersendakan oleh Linda, bekas rakan sekelasnya dulu. Sejak itulah dia menanam dendam terhadap kaum hawa, kecualilah mamanya.

“Az, jangan macam ni. Mama pun teringin nak ada menantu macam orang lain. Tak kesian ke tengok mama? Az sorang je anak mama. Mana ada yang lain-lain.”

“Mama, Az dah banyak kali cakap tak nak kahwin. Kenapa pilih calon bila orang dah cakap tak nak?” sekali lagi Ikram Shazlan meluahkan kebenggangan jiwanya dengan tindakkan papanya.

“Az, papa buat ni atas kebaikkan semua. Kalau nak tunggu Az berubah, sampai bila-bila pun rasanya tak juga Az nak berubah. Kami ni bukannya muda lagi. Dah tua. Tunggu masa je. Kami tak nak kempunan tak dapat main dengan cucu.

"Kalau Az masih nak keras kepala lagi, teruskan. Papa dah tak kan masuk campur lagi,” luah Dato’ Akhmal.

"Kesal dengan perangai anaknya yang seorang itu. Tersentuh juga Ikram mendengar kata-kata papanya. Dengan berat di dada dia menerima pilihan papanya.

“Betul Az setuju?” tanya mamanya, Datin Maziaton sedikit ragu-ragu.

“Betullah, mama. Saya tak kisah siapa pun. Ikut suka mama dan papa. Saya just terima je,” balas Ikram.

Ternyata dia tidak ikhlas. Itu tak penting. Yang penting Ikram Shazlan bernikah. Dia dah mencecah 29 tahun, tapi masih ego dengan sikap kelelakiannya. Itulah yang bermain di kotak fikiran Dato’Akhmal dan Datin Maziaton.

Majlis akad-nikah mereka disambut dengan meriah sekali. Maklumlah persandingan yang ditunggu-tunggu ramai. Genelia dan Ikram Shazlan buat muka sekupang. Masing-masing geram dengan paksaan keluarga.

Pada malam pertama pasangan pengantin baru; perlahan-lahan Genelia melangkah masuk ke dalam kamar tidur barunya setelah selesai membantu Datin Maziaton berkemas sedikit apa-apa yang difikirkan perlu. Seram sejuk terasa seluruh badan.

Benda yang dia risaukan, satu sahaja. Emmm... faham-faham ajalah. Dia meninjau keadaan sekeliling. Sunyi dan sepi. Macam tak ada penghuni. Pelik! Mempelai lelaki hilang. Tak pernah terjadi di mana-mana sebelum ni.

“Patutnya aku yang kena lesap. Sebab... sebab.. aku yang nak elak diri daripada hubungan tu. Tapi, lain pula yang jadinya. Dia pun fobia ke?” omong Genelia bersendirian.

Pada sangkaannya, Ikram dah keluar awal-awal lagi. Silap tafsirannya. Ikram sebenarnya duduk kat beranda. Gelap! Jadi kelibatnya tidak kelihatan dengan jelas.

“Woi, perempuan!” jerit Ikram. Terperanjat Genelia. Hampir nak runtuh degupan jantung Genelia.

“Ingatkan hantu pocong mana. Rupanya suami aku yang terlebih sopan,” tak terluah kata-kata tersebut. Setakat dalam hati jelah.

“Pasal kaulah hidup aku tak tenteram dah. Gatal-gatal nak kahwin dengan aku,” herdik Ikram sekali lagi.

Dah lebih dah ni. Bila masa pula Genelia sibuk-sibuk nak kahwin dengan dia. Dahlah Genelia pun kena paksa. Pakai tuduh je.

Walaupun begitu, Genelia masih tidak menjawab walau satu perkataan sekali pun. Dia memang begitu. Tak suka panjangkan cerita dan tahap kesabarannya pun boleh tahanlah.

“Kau dengar ke tak?” riak suara Ikram masih lagi keras. Takut juga Genelia hendak menjawab. Dia hanya mengangguk.

“Kau boleh tinggal kat dalam rumah aku ni sebagai orang gaji tak berbayar. Dan... jangan mimpi aku akan layan kau sebagai seorang isteri. Ingat tu,” tambah Ikram lagi.

Genelia mengukirkan senyuman buat Ikram. Tak kisahlah orang gaji pun jadilah. Yang penting lelaki kat depan aku ni tak sentuh aku. Geli!

Tapi, tak logiklah; bekas pengurus Syarikat Ilham Sdn. Bhd. jadi orang gaji. Apa nak buat. Dah syarat pertama Genelia menerima pinangan daripada keluarga Dato’ Akhmal ialah tidak dibenarkan bekerja. Kena jadi suri rumah sepenuh masa.

“Baik, Encik,” setelah lama benar membatukan diri, Genelia akhirnya buka juga mulut dia tu.

“Bagus. Sekarang kau boleh pergi tidur,” arah Ikram, malas nak tengok muka Genelia. Dia tersenyum puas hati.

Dengar juga perempuan ni apa yang aku cakap. Gila! Dahlah senyum sorang-sorang. Memang sewel!

Genelia pula perlahan-lahan mengatur langkah menuju ke arah pintu bilik setelah selesai menyalin pakaiannya di dalam bilik air sebentar tadi. Baru je dia memulas tombol pintu, tiba-tiba terdengar suara Ikram.

“Hah! Nak ke mana tu?” sergah Ikram.

“Sa... saya... saya nak tidur kat dapur, Encik. Kan ke saya ni... orang gaji,” sindir Genelia. Dia memang benci dengan sikap bengis suaminya itu. Hisk, tak ada hati aku nak panggil dia suami.

“Apa? Memang sahlah kau ni gila. Kau orang gaji untuk aku sorang aja. Mama ngan papa aku tak ada kena-mengena. So, kau nak tidur... kat sini je. Jangan berani kau nak keluar dari bilik ni. Kau kena ikut perintah aku sebab aku ni suami kau.”

Dia yang tak betulnya. Kejab kata aku ni orang gaji. Kejab lagi kata dia tu suami. Yang mana betulnya. Confused!

“Kat sini? Tapi... tapi... kan... saya... saya...”

“Dah! Kau tak yah nak gelabah. Aku tengok kau ni dah serupa macam cacing kena tuang minyak panas. Aku tak akan sentuh kau. Kan aku dah cakap kau jangan mimpi disiang hari. Kau boleh tidur kat atas sofa tu. Katil ni... tak bolehlah. Ia milik persendirian. Faham?”

“Fa... faham, Encik,” tergugup-gagap Genelia menjawab.

Tanpa banyak bicara, Genelia melangkah menuju ke arah terletaknya sofa keras tu. Dia terlena juga kat situ akhirnya. Nasib baik tak sejuk sangat. Kalau tak kat mana Genelia nak cari selimut malam-malam buta macam tu.

Ikram pula sedap dibuai mimpi di atas katik empuk. Memang tak bertimbang rasa betul. Begitulah saban hari kehidupan harian Ikram dan Genelia.

Langsung tak nampak macam orang baru kahwin. Lebih-lebih lagi mereka dah batalkan rancangan mama dan papa mereka yang telah mengaturkan honeymoon mereka.

Ada sekali tu, Genelia yang sudah biasa dengan gelaran Encik, tersasul di depan mertuanya. Punya pucat si Ikram tu.

Nasib dia pandai mengawal keadaan. Tapi yang jadi mangsa Genelialah. Ada ke patut dia tuduh Genelia terpengaruh dengan satu telenovela Mexico, yang mana si isteri telah memanggil suaminya dengan gelaran senyor yang bermaksud Tuan. Pandai-pandai je.

Kini, dah genap 3 bulan mereka hidup serupa orang tak betul. Satu perkara yang tidak disangka-sangkakan berlaku. Ikram mula berubah sikap; ekoran daripada peristiwa yang berlaku 2 hari yang lepas.

Waktu tu mereka berada di dalam bilik tidur. Cahaya lampu terang-benderang. Ikram sibuk dengan tugasan pejabat yang sengaja dibawanya pulang. Manakala Genelia tekun mengemas kain-kain yang berselerak kat atas katil. Pakaian Ikram!

Tiba-tiba... pup! Bekalan elektrik terputus. Genelia memang sejak kecil lagi takut dengan kepekatan sebegitu. Tanpa berfikir panjang segera dia memeluk erat lengan gagah milik Ikram.

Ikram pula naik rimas dengan keadaan sebegitu. Dia berasa kelainan pada jiwanya sendiri. Tak boleh jadi ni. Segera dia cuba meleraikan pegangan erat Genelia.

“Lepaskan aku. Kau ni bangang ke?” bentak Ikram.

“Tolonglah. Jangan tinggalkan saya sorang-sorang kat sini. Please. At least tunggulah sampai bekalan elektrik pulih dulu. Saya... saya takut,” rayu Genelia.

“Ah! Lantak kaulah. Peduli apa aku. Kau lepaskan lengan aku. Aku benci kau,” sekali lagi Ikram berkeras.

“Please, Encik. Janganlah tinggalkan saya. Kalau Encik nak denda saya sekali pun saya sanggup terima. But, please... don’t leave me alone. Saya betul-betul takut.”

Kali ini Genelia mula menangis teresak-esak bagaikan budak kecil je. Tak sampai hati pula Ikram nak membiarkan Genelia dalam ketakutan.

Sebenarnya dia cuba meleraikan pegangan kemas Genelia bukanlah sebab dia benci. Tapi sebab... nafsunya sendiri.

Suami mana yang tak cair bila lihat isteri sendiri sedekat tu. Bauan wangi daripada tubuh Genelia mengugat keegoan Ikram. Sepasang matanya mula menjilat keseluruhan tubuh ramping milik isterinya.

Fuh! Nasib baik bilik kembali terang. Kalau tak mesti berlaku adengan romatik macam filem-filem hindustan pula. Tapi tak kisahlah. Hubungan sah...

Ikram tak senang duduk. Sekejab menoleh ke kiri. Sekejab menoleh ke kanan. Entah apa yang merungsingkan dia.

“Az, mama ngan papa nak keluar sekejab. Jaga rumah dan isteri tu. Kalau Az pun nak keluar bawa sekali si Gee tu,” pinta Datin Maziaton.

Ikram hanya mengangguk tanda faham. Ini peluang aku. Bisiknya bersendirian. Dia sebelum ni susah sangat nak mendekati Genelia. Tetapi tidak lagi kini. Dia dah mula mabuk asmara. Jatuh cinta dengan isteri sendiri padahal dulu dia yang terlebih-lebih jual mahal, mengalahkan perempuan.

Dia menjenguk ke laman. Hmm... ada kat sini rupanya. Tunggulah! Aku tengah datang ni. Waktu tu Genelia sedang sibuk mencantas pokok bunga matahari, kegemarannya.

“Arggggg!” jerit Genelia.

Terperanjatnya dia apabila tiba-tiba ada orang peluk dia dari belakang. Dahlah badan dia memang sensitif sangat. Naik bulu roma.

“Shuuu... apa jerit-jerit ni. Malu kalau jiran dengar,” bisik Ikram.

“Ok saya tak jerit. Tapi, boleh tak kalau Encik leraikan pelukkan Encik tu. Gelilah saya.”

“Geli? Emmm... pelik. Suami peluk pun boleh geli ke?”

“Encik tu boss saya. Bukan suami.”

“Ya ke? Tak pe... boss pun boleh ada hubungan secret dengan anak buah dia kan?”

“Apa merepek ni? Lepaskan saya. Rimasssssssssss!!!!” jerit Genelia.

Dia dah tak kisah orang dengar sekali pun. Ikram yang memang dah tak tahu malu tu mula bertindak liar apabila tiba-tiba je menghadiahkan kucupan ringkas ke belakang leher isterinya. Genelia apa lagi... tolaklah suami dia. Terkebil-kebil Ikram melihat tindakkan spontan Genelia.

“Ganas juga awak ya. Ingatkan awak ni memang sampai bila-bila pun boleh dibuli. Lembut! Tapi kasar juga. Ni yang buat saya bertambah suka,” tambah Ikram sambil mengenyitkan mata.

Genelia yang tak tahu nak buat apa berlari masuk ke dalam rumah. Malulah pula kalau orang tengok adengan-adengan romatis yang tak bertempat tu.

Ikram yang memang dah gila bayang tu hanya menurut jelah. Dia mengejar Genelia. Akhirnya... berjaya juga dia menarik lengan Genelia.

Kini, sekali lagi Genelia berada di dalam pelukkan Ikram. Kalau tadi Genelia dipeluk dari arah belakang. Kini, berdepan pula.

Muka Genelia dah merona merah. Hampir nak nangis. Ikram masih tersenyum basi. Lucu dengan gelagat isterinya yang fobia dengan hubungan suami-isteri. Tu pun dia dapat tahu daripada mak mertuanya beberapa hari yang lepas. Senang sikit nak buli!

“Sayang,” panggil Ikram lembut. Seram dengar suara dia.

“Lepaslah...Please!” rayu Genelia. Juga lembut.

“Manjanya isteri abang ni. Cairlah pula iman abang. Tapi kalau sayang nak tahu, abang dah jatuh cinta kat sayang.”

Huh! Lega rasanya bila dah berterus-terang.

“Jangan nak bergurau, Encik. Ingat saya ni orang gaji.”

“Emm... memang pun. Tapi orang gaji untuk abang je kan? Jadi, of course, kena layan abang sorang je. Lagipun abang serius ni. Tak ada niat nak bergurau. Mungkin cinta dah berputik buat abang. Bukan buat ayang. Tak pe... abang sanggup tunggu.”

Kata-kata ikhlas dari Ikram sedikit sebanyak memberi kesan kepada Genelia. Entah mengapa tiba-tiba dia dapat merasakan ketulusan hati suaminya.

Kalau sebelum ni dia cuba meronta-ronta minta dilepaskan. Tidak lagi kini. Dibiarkan sahaja pelukkan kemas Ikram. Ikram pula tersenyum manis apabila melihat Genelia tidak lagi memberontak.

Perlahan-lahan Ikram mendekatkan wajahnya. Dia sekali lagi menghadiahkan kucupan ringkas. Tapi, kali ini betul-betul singgah di bibir manja milik isterinya.

“Laa.. apa ni?”

“Apa pula?”

“Mengatal,” gerutu Genelia.

“Hisk! Pulak dah... Suami rasanya tak salah berkasih dengan isterinya kan? Dosa tau kalau isteri menolak. Kalau ayang tak suka abang tak pelah. Abang pun tak nak menganggu,” luah Ikram sambil meleraikan pelukannya.

Kemudian melangkah berlalu menuju ke kamar tidurnya. Dia bukan maksudkan pun. Saja nak bodek isteri dia. Dia yakin mesti isteri dia akan mengalah juga nanti.

Genelia terpinga-pinga melihat tindakan gila suaminya tu. Macam mana ni? Nak biarkan aja, rasa bersalahlah pula. Tak pelah... tak salah kalau aku mengalah.

Sebenarnya, pada malam dia memeluk suaminya.. Dia juga merasakan kelainan tersebut. Genelia yakin dia juga telah mula jatuh cinta dengan suaminya, Ikram Shazlan. Perlahan-lahan Genelia melangkah masuk ke bilik tidurnya.

“A... abang,” akhirnya keluar juga perkataan yang terkubur dalam hatinya sebelum ini. Ikram senyum. Aku dah berjaya!

“Emm... apa ayang panggil tadi. Encik?” sengaja dia menyakat Genelia.

“Tak... saya panggil abang. Kalau tak sudi tak pe.”

“Eh! Sudi... sudi... siapa kata tak? Kalau lebih dari tu pun abang sudi.”

Genelia malu teramat sangat. Dia tak dapat nak mengelak lagi. Suaminya yang sorang tu dah mula merayap keseluruh tubuhnya.

Akhirnya, terjadilah juga adengan malam pertama mereka yang tergendala dulu ekoran kebencian masing-masing pada alam perkahwinan.

Genelia yang pada mulanya gugup dan fobia tu berjaya juga ditenangkan oleh Ikram. Ikram dengan penuh berhati-hati membawa Genelia kepangkuannya.

“Terima kasih, sayang,” luah Ikram setelah mendapat sepenuhnya hak sebagai seorang suami. Genelia membalas pelukkan suaminya.

“Terima kasih pada abang juga.”

Akhirnya kedua-dua pasangan suami-isteri itu mula bercinta macam pasangan kekasih yang lain. Apa salahnya bercinta selepas berkahwin kan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cerpen: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang

sumber: teratak-dewi

Thursday, January 18, 2018

Cerpen: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang

Cerpen: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang

Kegelisahan orang-orang kampung di Serting ialah gangguan terhadap ibu-ibu yang baru melahirkan anak kerana selalunya mereka akan menghadapi keadaan turun darah kalau dibawa ke hospital bagaimanapun, kebanyakan mereka masih dapat diselamatkan apabila dibawa ke hospital.

Cerpen: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang
Gambar hiasan.

Ibu-ibu yang hendak melahirkan anak semakin bimbang akan mengalami tumpah darah ini, di samping mereka takut pula untuk beranak di hospital anehnya, kenapa tumpah darah ini sentiasa berlaku kepada ibu-ibu yang melahirkan anak-anak di kampung ini?

Disebabkan kebimbangan ini Ali Gemuk menemui Pak Hid di Bukit Kelulut bertanyakan masalah yang dihadapi oleh orang-orang di kampungnya.

Bagaimanapun, Pak Hid tidak dapat menjelaskan kedudukan sebenar, cuma dia merasakan mungkin ada gangguan dari 'penanggal' atau polong yang memang gemar menghisap darah perempuan baru lepas bersalin.

Secara saintifik memanglah tidak dapat digambarkan mengenai polong atau hantu penanggal ini, kerana yang dapat dilihat hanya perempuan yang menjadi mangsa itu terkena tumpah darah. Sedangkan yang sebenarnya hantu penanggal itu sedang menghisap darah hanyir dari ibu yang baru lepas bersalin itu.

Sebab itulah kebanyakan orang-orang di kampung akan menggantungkan duri mengkuang di bawah rumah setentang dengan tempat tidur ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Memang duri mengkuang ini menjadi sumpahan kepada hantu penanggal mahupun polong. Mereka tidak akan berani mendekatinya kalau ada duri mengkuang di situ.

“Habis, mengapa kalau bawa ke hospital boleh baik?” tanya Ali Gemuk pada Pak Hid.

“Bau ubat-ubat di hospital itu pun dia tak tahan” ujar Pak Hid perlahan.

“Apabila dibawa ke hospital tak payah lagi ubat pun tak apa lagi dah” katanya menjelaskan.

Bagaimanapun, dia tidaklah bermaksud supaya jangan diberi ubat kepada ibu-ibu yang mengalami tumpah darah itu.

Sebenarnya gangguan dari hantu penanggal atau polong itu tidak berani lagi mengikut mangsanya apabila mangsanya itu dipindahkan ke hospital.

“Jadi, macam mana kita nak buat Pak Hid?” Ali Gemuk merasa bimbang kerana isterinya sarat mengandung dan hampir akan bersalin.

“Dekat kampung kau pun ada orang yang handal, buat apa jumpa aku?” Pak Hid macam menyindir Ali Gemuk yang terburu-buru mencari dia, padahal isterinya lambat lagi akan bersalin.

Inilah kisah yang berlaku lebih 20 tahun dulu mengenai kejadian yang mengganggu ibu-ibu melahirkan anak menyebabkan mereka dalam ketakutan setiap kali akan melahirkan anak.

Ali Gemuk adalah salah seorang yang menghadapi masalah ini sebaik saja isterinya akan melahirkan anak sulung. Malah mengikut pendapat orang tua-tua perempuan mengandung anak sulung inilah yang menjadi idaman hantu penanggal itu.

Nenek saya pernah memberitahu bahawa hantu penanggal ini adalah manusia biasa yang tersalah menuntut ilmu semangat padi. Tujuannya adalah untuk membolehkan padinya berbuah dengan banyak, walaupun sawah yang dikerjakan tidak seberapa.

Ilmu semangat padi yang dituntutnya itu berubah menjadi hantu penanggal yang memerlukan darah perempuan yang baru beranak, bagi mengekalkan ilmu semangat padi itu menguasai dirinya.

Sekiranya dia tidak melakukan, maka hantu penanggal yang menguasainya itu akan memakan diri sendiri.

Oleh itu asal saja perempuan baru melahirkan anak mudah saja dia dapat mencium hanyir darah berkenaan.

Kecuali kalau wanita-wanita itu baru dibawa ke hospital, dia tidak dapat mengekorinya kerana bau ubatan moden ini melemahkan anggota hantu penanggal itu sendiri.

Kisah Ali Gemuk ini diceritakan sendiri oleh anak buahnya kepada saya, kerana semasa kejadian itu berlaku dia sudah pun berumur kira-kira 8 tahun. Dia masih ingat lagi kejadian yang berlaku kepada bapa saudaranya itu.

Saya pernah juga bertemu dengan Pak Hid dua tiga kali, tetapi tidak sempat pula bertanya mengenai kisah Ali Gemuk ini. Lagi pun dia tidak berapa ingat sangat dengan Ali Gemuk, kerana kampung mereka berjauhan.

Semasa saya bertemu Pak Hid beberapa tahun dulu, dia kelihatan menangis terisak-isak kalau menyebut kisah-kisah yang dikatakan aneh oleh manusia sekarang. Setiap kali dia menyebut nama Allah, Pak Hid akan tersedu-sedu sampai tidak dapat bercakap.

“Allah boleh melakukan apa saja, tak ada apa-apa yang aneh bagiNya,” kata Pak Hid kepada Ali Gemuk.

“Dekat kampung kau ada orang yang handal, buat apa kau cari orang tua buruk di Bukit Kelulut ni,” dia merendahkan diri apabila Ali Gemuk meminta dia membuat apa-apa tangkal bagi melindungi isterinya.

“Tolonglah bagi apa-apa tangkal pun Pak Hid,” Ali Gemuk merayu dengan penuh harapan.

“Aku tak boleh melindungi isteri kau, tangkal azimat juga tak boleh,” mengesat matanya yang mula digenangi air.

“Yang boleh kau minta tolong untuk melindungi isteri kau hanyalah Allah,” kata Pah Hid lagi.

Sedapat-dapatnya Pak Hid tidak mahu memberi apa-apa tangkal azimat bagi menghadapi gangguan hantu penanggal itu.

Dia hanya menyuruh Ali Gemuk melakukan sembahyang tahjud di tengah malam hari di samping memohon kepada Allah supaya dijauhkan sebarang bencana dari menimpa isterinya.

Bagaimanapun, dia memberikan doa kepada Ali Gemuk supaya diamalkan selepas sembahyang tahjud itu.

Hampalah Ali Gemuk hendak mendapatkan tangkal dan azimat dari Pak Hid, kerana orang tua itu enggan memberikannya.

Dari anak buahnya Johar yang menceritakan kisah ini semula kepada saya, memang Ali Gemuk melakukan seperti yang disuruh oleh Pak Hid.

Tetapi, Ali gemuk memang tahu mengenai diri Pak Hid yang warak orangnya itu. Kebanyakan orang hanya menganggap Pak Hid sebagai orang tidak siuman saja, kerana pakaiannya yang robak-rabek dan bertampal-tampal, di samping suka merungut-rungut sendirian.

Sebab itulah Ali gemuk sanggup mengayuh basikal sampai tujuh lapan batu dari Serting ke Bukit Kelulut, semata-mata mencari Pak Hid.

“Memang Pak Hid nampaknya macam orang tidak siuman saja,” ujar Johar bila mengingatkan semula sikap Pak Hid.

Kadangkala dia datang minum kopi di Batu Kikir, hanya beberapa minit saja dia duduk, lantas bangun mahu ke Segamat pula.

Padahal Segamat dengan Batu Kikir bukanlah dekat lebih 30 batu jauhnya. Tetapi memang orang nampak dia mengayuh basikal menuju ke arah ke Bahau untuk pergi ke Segamat.

Sebaliknya lima minit kemudian dia balik semula, untuk menghabiskan sisa kopi yang diminumnya tadi.

Perangainya inilah yang dikatakan orang tidak siuman. Satu waktu pernah terjadi dia sedang minum kopi di Batu Kikir, tiba-tiba saja dia bangun kerana hendak membeli kuih kuaci di Segamat.

Katanya dia teringin hendak memakan kuih dari kedai yang selalu dibelinya kuih kuaci apabila dia ke Segamat.

Disebabkan sudah selalu benar dia berkata mahu ke Segamat membeli kuih tersebut apabila sedang duduk minum di kedai kopi di Batu Kikir itu, orang cam betul-betul waktu yang dia bangun mencapai basikal untuk ke Segamat itu kira-kira pukul 11.00 pagi.

Kira-kira pukul 11.05 minit dia balik ke kedai itu membawa dua butir kuih kuaci yang katanya dibeli di Segamat.

Orang yang disuruh menunggu di kedai kuih di Segamat yang dikatakan itu telah balik dalam kira-kira pukul 3.00 petang hari itu memberitahu, memang Pak Hid ada datang ke kedai berkenaan membeli kuih kuaci pada pukul 11.00 pagi hari tersebut. Sejak hari itu barulah orang tidak berani lagi menuduh dia tidak siuman.

Memang terkejut besar orang yang menunggu di kedai di Segamat, kerana selama ini dia merasakan Pak Hid hanya bergurau saja mahu ke Segamat membeli kuih. Tetapi apabila balik dia hanya membawa dua butir saja kuih kuaci.

Kalau mahu dikira dari segi logik, adalah terlalu bodoh untuk mengayuh basikal lebih 30 batu semata-mata untuk membeli dua butir kuih kuaci yang harganya cuma 20 sen.

Lagi pun tidak sampai 5 minit pun masa perjalanannya dengan mengayuh basikal tetapi menuju ke satu tempat yang dikira pergi dan balik lebih 60 batu. Sebab itulah orang menganggap dia tidak siuman.

Tetapi setelah dapat dibuktikan bahawa kata-kata Pak Hid itu benar barulah orang berfikir, pada zahirnya Pak Hid seperti orang tidak siuman, tetapi apa rahsia di sebalik kelakuannya seperti orang tidak siuman itu hanya Allah saja yang tahu.

“Dari apa yang saya alami mengenai kelakuan Pak Hid ni, memang saya bersetuju dengan Ustaz, bahawa tidak ada perkara yang mustahil kalau Allah izinkan” keluh Johar memberitahu saya.

Johar pun memang sudah lama mencari saya, kerana dia mendapat tahu saya pernah ke Bukit Kelulut mencari Pak Hid ini.

Apabila bertemu dengan saya, barulah dia bercerita mengenai sikap aneh Pak Hid yang dianggap oleh orang-orang di sekitar kampungnya sebagai tidak siuman itu.

“Macam mana Ustaz tahu Pak Hid ni?” tanya Johar.

“Semuanya kehendak Allah” sahut saya tersenyum.

Memang orang merasa hairan kenapa saya suka berkenalan dengan orang-orang seperti Pak Hid ini.

Bagi saya zahirnya saja tidak boleh diberi penilaian dengan mata hati kita. Saya mencari Pak Hid pun kerana mahu bertanyakan sedikit sebanyak yang kita tidak tahu darinya.

“Saya tanyakan padanya sama ada kenal Ustaz atau tidak,” jelas Johar macam mengingatkan sesuatu.

“Tetapi, dia kata tak kenal,” katanya terangguk-angguk.

Saya tersenyum mendengar penerangan Johar. Memang itulah sikap Pak Hid, kalau ditanyakan padanya sama ada kenal atau tidak orang-orang yang pernah menemuinya, dia akan menjawab, “Ramai yang datang ke sini, mana saya nak ingat.”

Setelah orang ramai tahu tentang keluarbiasaan Pak Hid ini, ada juga orang menjemputnya ke rumah untuk membaca doa selamat. Pak Hid memenuhi jemputan orang berkenaan. Tetapi selepas dia membaca doa selamat, dia pun balik dengan tidak mahu menjamah makanan yang dihidangkan.

“Mengapa tuan tak makan dulu?” tanya tuan rumah kebingungan.

“Tadi awak jemput saya untuk baca doa selamat, bukan untuk makan,” jelasnya dan terus beredar dari situ.

Disebabkan orang sudah tahu bagaimana cara mengajaknya, maka apabila diajak dia kenduri akan disebutkan permintaan untuk membaca doa selamat dan terus makan sekali. Barulah Pak Hid mahu makan selepas dia membaca doa selamat.

Tetapi, ada juga tatkala sedang makan tuan rumah akan mempersilakan seperti kelaziman yang dibuat oleh orang-orang Melayu di kampung iaitu, “Jemputlah makan tuan, lauknya tak ada, cuma itu saja.”

Tujuan tuan rumah hanya sebagai merendah diri saja, bukanlah apa-apa tujuan di sebaliknya. Setelah mendengar kata-kata tuan rumah itu, Pak Hid akan makan nasi saja dengan tidak mengambil sedikit pun lauk.

“Bubuhlah lauk tuan...” tuan rumah akan memperlawanya.

“Eh, tadi kata tak ada lauk,” sahutnya dan terus menyuap nasi dengan tidak sedikit pun menyentuh lauk.

Selepas selesai kenduri, tuan rumah akan memberikannya wang sepuluh ringgit sebagai budi bahasa kelaziman orang-orang di kampung memanggil orang membaca doa di rumahnya.

“Tuan, ambillah sedekah ni,” ujar tuan rumah menghulurkan wang sepuluh ringgit.

Dengan pantas dia menepis tangan orang itu sambil katanya, “His, saya tak patut menerima sedekah, badan saya masih kuat lagi bekerja. Yang menerima sedekah ni fakir miskin.”

Jadi, kalau memberi dia wang memadai dengan serahkan saja sewaktu bersalam dan jangan berkata apa-apa. Dia akan mengambil sambil menadah tangan bersyukur kepada Allah.

Tetapi ada juga tuan rumah yang memberi wang sambil berkata, “Tuan, ini saya beri tambang-tambang kereta aje.”

Tuan rumah sengaja berkata begitu kerana tidak ada tujuan, walaupun dia tahu Pak Hid datang ke rumahnya dengan menunggang basikal.

Pak Hid tidak menolak. Dia akan menerima wang pemberian itu. Biasanya tuan rumah akan memberi sepuluh ringgit selepas selesai kenduri.

Dengan kata-kata tuan rumah tadi Pak Hid meninggalkan basikalnya di situ, lantas menaiki bas atau teksi sapu ke rumah di Bukit Kelulut.

Kalau tambang bas antara 30 hingga 40 sen, dia akan memberikan kesemua sepuluh ringgit itu dengan tidak mahu mengambil baki yang dipulangkan oleh kondakter bas.

Begitu juga kalau dia menaiki teksi sapu. Pemandu kereta akan mengenakan $1.50 saja, tetapi dia tetap memberikan kesemua sepuluh ringgit yang diberi oleh tuan rumah tadi.

Apabila dia sampai di rumahnya, dia akan naik sebentar ke rumahnya, kemudian berbalik semula ke rumah orang yang membuat kenduri tadi untuk mengambil basikalnya semula.

Sekali pandang memanglah nampak kelakuannya seperti orang tidak siuman, tetapi rahsia dirinya hanya Allah yang tahu. Itulah yang diceritakan oleh Johar kepada saya mengenai Pak Hid.

Dan itulah kesan yang diajarkannya kepada Ali Gemuk apabila lelaki itu datang meminta tangkal azimat darinya supaya menghalau hantu penanggal.

Ali Gemuk mematuhi arahan Pak Hid supaya melakukan sembahyang tahjud selama 44 malam sebelum isterinya melahirkan anak.

Memanglah terasa sukar pada mulanya untuk bangun tidur waktu malam hari tetapi kerana yakin dengan apa yang diajarkan oleh Pak Hid dia tetap tabahkan hati.

Lagipun bersembahyang tahjud memang dikehendaki oleh agama, kerana Allah sendiri menyuruh dibanyakkan berjaga malam untuk beramal ibadat.

Setelah selesai 44 malam dia menunaikan tahjud itu, isterinya belum juga sampai waktu untuk melahirkan anak. Oleh itu setiap lepas maghrib Ali Gemuk membaca Yassin.

Begitulah sehinggalah sampai waktu isterinya mahu melahirkan anak. Dengan izin Allah isterinya melahirkan anak dengan mudah, dan tidak merasa sakit yang kuat.

Semasa isteri Ali Gemuk melahirkan anak, Johar anak saudaranya ada bersama di rumah Ali Gemuk. Masa ini Johar baru berumur 8 tahun saja.

“Masa tu umur saya 8 tahun je Ustaz, tapi saya masih ingat juga,” jelas Johar memberitahu saya.

Isteri Ali Gemuk selamat melahirkan anak pada jam 6.00 petang. Terlalu gembira hatinya, kerana anak dan isterinya selamat. Dia terus mengazankan anaknya sebaik saja diserahkan oleh Mak Bidan.

“Tak ada kau cari tangkal apa-apa Li?” emak mertuanya cemas setelah isterinya selamat melahirkan anak itu. Ali Gemuk mendiamkan diri.

Dia yakin isterinya tidak akan dapat diganggu lagi hantu penanggal yang menakutkan penduduk-penduduk kampungnya.

“Bukanlah aku dah suruh kau siap-siapkan tangkal tu!” orang tua itu memarahi Ali Gemuk.

“Saya dah jumpa dengan Pak Hid,” sahut Ali Gemuk menjelaskan.

“Pak Hid pula?” soalnya heran.

“Pak Hid di Bukit Kelulut...” kata Ali Gemuk perlahan.

“Orang tua tak siuman tu,” emak mertuanya menyindir sambil mencemikkan bibir.

“Apa yang orang tua tu boleh buat, dirinya pun tak terjaga kau nak suruh dia buat tangkal,” ujarnya kesal disebabkan Ali Gemuk pergi menemui Pak Hid.

Ali Gemuk tidak menyahut. Dia tahu semua orang-orang di situ hanya mendengar saja mengenai diri Pak Hid yang dikatakan kurang siuman itu. Tetapi mereka tidak pernah mahu mendekati orang tua berkenaan.

Bagaimanapun, Ali Gemuk hanya mengetahui akan keluarbiasaan Pak Hid ini dari seorang polis pencen di Batu Kikir. Sebab itulah dia sanggup ke Bukit Kelulut sejauh lebih 7 batu semata-mata untuk menemui Pak Hid.

Kira-kira pukul 9 malam, kakak ipar Ali Gemuk terjerit dari tengah halaman menyebabkan seisi rumah kelam kabut. Semua orang yang berada di dalam rumah meluru keluar hinggakan isteri Ali Gemuk yang baru bersalin pun ditinggalkan seorang diri.

“Ada apa esah?” tanya emak mertua Ali Gemuk pada anaknya yang termengah-mengah ketakutan.

“Itu apa tu, apa tu dekat rumpun mengkuang?” dia menuding-nuding jari ke arah rumpun mengkuang berhampiran dengan telaga, dengan tidak memalingkan mukanya ke situ.

Semua orang memandang ke rumpun mengkuang berhampiran telaga di tepi sawah. Mereka nampak kepala manusia tersangkut dengan tali perutnya berjurai-jurai melekat pada duri mengkuang.

Pada bahagian tali perutnya nampak seperti api berkelip-kelip. Cepat-cepat Ali Gemuk menyuluh dengan lampu suluh ke arah kepala manusia yang tersangkut itu.

“Oh, kau rupanya nak ganggu isteri aku!” jerkah Ali Gemuk meludahkan ke tanah.

Selepas ini barulah emak mertuanya berkejar mendapatkan isteri Ali Gemuk di dalam. Didapatinya anaknya tidak apa-apa.

“Ada apa mak?” tanya isteri Ali Gemuk.

“Dah datang setan tu. Nasib baik tersangkut pada rumpun mengkuang,” rungut orang tua itu.

“Syukurlah...” sahut isteri Ali Gemuk.

“Tak sia-sialah Abang Ali jumpa dengan Pak Hid tu,” katanya setelah diberitahu oleh Ali Gemuk mengenai ajaran yang diajarkan oleh Pak Hid.

Sementara di tengah halaman orang-orang kampung sudah berkumpul. Mereka semua menyaksikan sendiri bagaimana hantu penanggal itu tersangkut pada rumpun mengkuang. Mereka tidak berapa kenal muka kepala siapa manusia itu, kerana ianya bukanlah orang dari kampung tersebut.

“Tak pernah orang dapat memerangkap benda macam ni,” ujar Tok Imam Lias sambil menyuruh orang kampung mengambil antan lesung.

Johar cepat-cepat mengambil antan lesung di bawah gelegar rumah. Pada mulanya emaknya menyuruh dia masuk saja ke rumah, tetapi Johar berkeras juga mahu melihatnya.

Dia tidak merasa takut untuk menyaksikan hantu penanggal yang tersangkut di rumpun mengkuang itu. Tetapi Ali Gemuk mempertahankan dia.

“Anak jantan apa salahnya nak tengok, buat apa takut dengan setan!” kata Ali Gemuk bersemangat.

Tok Imam Lias mengambil antan lesung dari Johar. Dia mengetuk kepala orang yang tersangkut pada rumpun mengkuang itu dengan antan lesung, tetapi kepala itu tidak mengelak. Matanya saja terkelip-kelip melihat lampu suluh yang meyilau ke matanya.

“Macam mana kau kurung setan ni, Li?” tanya Tok Imam Lias berpatah balik semula ke tengah halaman.

“Tak ada saya kurung, cuma saya buat apa yang disuruh oleh Pak Hid,” jelas Ali Gemuk.

“Tak usahlah kita bunuh, kita lepaskanlah dia,” Tok Imam Lias mencadangkan.

“Saya tak tau macam mana nak lepaskan,” sahut Ali Gemuk, kerana dia memang tidak tahu apa harus dilakukan selepas itu.

“Macam tu, kena panggil Pak Hid,” kata Tok Imam Lias menasihatkan.

“Tak usahlah kita bunuh, dia pun manusia biasa juga. Cuma mengamalkan ilmu sesat,” ujarnya kesal.

Emak mertua Ali Gemuk terdengar apa yang dicakapkan oleh Tok Imam Lias. Dia juga teringat akan pengakuan anaknya mengenai Pak Hid yang ditemui oleh suaminya Ali Gemuk. Terasa juga menyesal di hati orang tua itu kerana menuduh Pak Hid tidak siuman.

Baru Ali Gemuk mahu mencapai basikalnya, Pak Hid sudah sampai tersengih-sengih saja apabila melintasi orang ramai di tengah halaman.

“Awak nak panggil saya, Ali,” tegur Pak Hid memerhati Ali Gemuk sedang menyeret basikalnya.

“Tak payahlah panggil lagi, saya pun memang nak ke mari,” katanya lagi.

Bertambah hairan emak mertua Ali Gemuk, kerana macam tahu-tahu saja Pak Hid yang Ali Gemuk mahu memanggilnya.

Orang-orang kampung yang selama ini menuduh Pak Hid tidak siuman pun menjadi hairan dengan kejadian yang mereka lihat itu. Hanya baru disebut namanya oleh Tok Imam Lias, dia sudah muncul dalam masa beberapa minit saja.

“Macam mana Pak Hid tahu semua ni?” soal Ali Gemuk keheranan.

“Apa pula saya tahu semuanya, saya memang nak kemari,” Pak Hid menjelaskan.

“Macam mana isteri kau, dah bersalin?” dia tersengih-sengih saja macam menyindir orang ramai yang kehairanan dengan kehadiran dia di situ.

“Sudah...” Ali Gemuk mengangguk.

“Alhamdulillah,” sahutnya tersenyum.

“Tapi, macam mana dengan setan tu?” Ali Gemuk menudingkan jari ke arah rumpun mengkuang.

Kepala yang tersangkut di situ terlintuk saja tidak bergerak. Api yang berkelip-kerlap pada tali perutnya yang berjuntai macamkan kelip-kelip yang berterbangan.

“Hah syaitan tidak akan dapat melawan ilmu Allah,“ ujarnya menggertap bibir.

“Macam ni laa, Pak Hid,” Tok Imam Lias menghampiri dia.

“Janganlah kita bunuh dia tu, kita lepaskan dia,” dia meminta dengan penuh tanggungjawab.

“Terpulanglah pada Ali sendiri” beritahu Pak Hid tersengih-sengih.

“Dia yang kurung, biarlah dia sendiri yang lepaskan,” katanya mengerling Ali Gemuk.

“Saya tak tahu Pak Hid,” keluh Ali Gemuk serba salah.

Kemudian Pak Hid menarik tangan Ali Gemuk dan Tok Imam Lias mendekati rumpun mengkuang. Orang-orang kampung juga ikut sama mendekati rumpun mengkuang itu. Ada yang membawa lampu gaslin untuk menyuluh kepala yang tersangkut pada duri mengkuang.

Kepala itu tidak bergerak. Matanya terkebil-kebil memerhati orang ramai yang menontonnya. Perutnya berjurai-jurai dengan api berwarna hingga kawasan rumpun itu juga boleh diterangi oleh api yang ada di tali perutnya.

“Sekarang orang kampung sudah kenal kau,” kata Pak Hid mengejeknya.

“Kalau kau berani ganggu orang lagi, kau takkan dapat melepaskan diri kau!” dia memberi ingatan.

Kepala yang tersangkut itu tidak berkata apa-apa. Matanya saja terkebil-kebil. Memang ada juga setengah dari orang tua-tua kenal kepala tersebut. Tetapi mereka tidak menyangka pula orang yang baik sepertinya sanggup mengamalkan ilmu-ilmu sesat.

“Memang kau nak buat sial...” jerkah Tok Imam Lias.

“Mak bapak kau tak mengajar ilmu-ilmu syaitan, tapi kau sengaja nak memalukan emak bapak sendiri,” kata Tok Imam Lias menunjukkan kemarahannya.

Kepala itu tetap tidak berkata apa-apa selain dari matanya saja terkebil-kebil. Mungkin dia merasa malu kerana orang-orang kampung di situ sudah mengenali dirinya. Sekalipun dia datang dari kampung lain yang berdekatan tetapi kepalanya tidak dapat digerakkan.

Sebaik saja isteri Ali Gemuk bersalin bau hanyir darah itu sudah dapat diciumnya. Sebab itulah dia cepat-cepat keluar dari tubuhnya menghisap darah mangsanya.

Semasa dia menghisap darah itu memang jelmaan tubuhnya tidak kelihatan, akibatnya pada penglihatan mata zahir mangsanya itu seolah-olah terkena tumpah darah.

Kalau mangsanya tidak sedar perbuatan dia menghisap darah, sudah tentulah mangsanya menemui ajal.

Selepas menghisap darah dia akan balik ke rumahnya dan terus masuk ke dalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perutnya sebelum masuk semula ke dalam tubuh.

Apabila dia masuk di dalam tubuhnya adalah terbalik iaitu mukanya ke belakang. Kemudian perlahan-lahan dia akan memusingkan semula mukanya supaya balik ke hadapan. Ketika dia menanggalkan kepalanya untuk keluar dari badan, kedudukannya ialah menelungkup.

Sebab itulah kalau ada orang yang tahu sesiapa menjadi penanggal ini bolehlah menyerbu ke rumahnya dan balikkan tubuhnya supaya terlentang.

Jadi, apabila dia masuk semula kepalanya akan berpusing dari atas ke bawah. Esoknya akan dapatlah dilihat orang kepalanya berpusing dengan muka ke belakang. Ketika kepalanya tanggal dari badan, memang dia tidak sedar apa-apa kerana dirinya telah dikuasai oleh polong tadi.

“Ali tak mahu berdendam dengan kau,” Pak Hid mengingatkan.

“Baliklah kau, kerana kau tak akan dapat melawan ilmu-ilmu Allah,” katanya mencabar penanggal tersebut.

Pak Hid meminta Ali Gemuk memberikan airnya segelas. Setelah Ali Gemuk memberikan air tersebut, Pak Hid membacakan Al-Fatihah tiga kali, kemudian diikuti dengan Surah Ad-Dhuha.

“Dengan izin Allah saja kau boleh balik semula mendapatkan badan kau,” Pak Hid mendoakan.

Dia menyimbahkan air di dalam gelas itu sehingga menyinggahi kepala yang tersangkut pada duri mengkuang itu.

Selepas itu barulah kelihatan kepala itu menegakkan kedudukannya. Perlahan-lahan tali perutnya dapat dilepaskan dari cangkukan duri mengkuang. Kemudian dia terbang dan hilang dalam sekelip mata.

“Macam tulah ceritanya, Ustaz,” beritahu Johar selanjutnya.

“Kau kenal orangnya?” saya menduga.

“Tak tau, saya tak kenal,” ujar Johar mengerutkan dahi.

“Lagi pun masa tu umur saya lapan tahun, bukan cam sangat. Tapi memang bukannya orang kampung saya,” katanya lagi.

Saya hanya mengangguk-anggukkan kepala saya menyetujui kata-kata yang ditegaskan oleh Johar itu.

Selepas menghabiskan air kopi yang dihidangkan, saya pun beredar meninggalkan Johar.

~Tamat~

Penulis: Tok Awang Ngah
Tajuk Buku: Siri Berkelahi Dengan Syaitan
Kisah: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cerpen: Rintihan Dari Kubur

sumber: teritipmisteri

Sunday, January 14, 2018

Cerpen: Rintihan Dari Kubur

Cerpen: Rintihan Dari Kubur

Sepanjang lima bulan Daboh dalam kurungan pasung kayu, dia hanya tersengih-sengih saja setiap kali Dukun Sood datang. Kadangkala dia melambai-lambai tangan apabila Dukun Sood membakar kemenyan. Tetapi Daboh akan merungut-rungut sekiranya dia nampak Sarip Kubung tersandar pada tiang tengah.

Rintihan Dari Kubur
Gambar hiasan.

Dukun Sood sering mengingatkan Sarip Kubung supaya tidak berkasar dengan adiknya itu. Daboh sakit hilang akal, bukannya demam biasa. Dia tidak mengganggu sesiapa, cuma tersengih-sengih saja.

Dukun Sood menyuruh dikurung dalam pasung kayu, bukan bimbangkan Daboh mengganggu orang, tetapi supaya dia terkawal tidak dapat merayau-rayau ke sana ke mari.

Bila terlepas Daboh akan berjalan-jalan ke tepi sungai sambil tersengih-sengih. Perempuan-perempuan yang sedang membasuh akan bertempiaran lari bila ternampak Daboh, kerana ketakutan.

Sebenarnya Daboh tidak mengusik sesiapa pun. Tetapi disebabkan takut perempuan-perempuan itu lari bertempiaran. Daboh pula akan terlompat-lompat kesukaan melihat perempuan-perempuan itu lari.

Sarip Kubung pula akan menempeleng muka adiknya itu kalau dijumpainya merayau-rayau di keliling kampung. Dia akan mengheret Daboh memaksa adiknya balik semula ke rumah. Kadang-kala menangis juga Mak Leha melihat lutut Daboh berdarah-darah kerana diheret oleh abangnya.

Kira-kira lima bulan Daboh menderita dalam kurungan pasung kayu. Kalau Dukun Sood tidak suruh demikian tentulah lebih teruk Daboh diseksa oleh abangnya Sarip Kubung.

Manalah dapat menahan Daboh berjalan-jalan sambil tersengih-sengih memegang sebatang kayu, sedangkan fikirannya bukanlah seperti orang biasa. Dia hilang akal sejak beberapa lama. Puncanya tidak siapa pun tahu.

Tetapi seingat-ingat Mak Leha, mula-mulanya Daboh selalu duduk termenung. Dia tidak lagi mengikut kawan-kawannya memburu ke hutan, atau memikat balam, atau mendekut wak-wak. Disuruh makan pun, Daboh tidak mahu. Dia enggan bercakap dengan sesiapa.

Kemudian sedikit demi sedikit perangainya mula berubah. Dia mula bercakap seorang diri, tersengih-sengih dan ketawa sesuka hatinya bila masa saja. Dukun Sood yang dipanggil mengubatnya hanya dapat mengatakan Daboh terkena badi hutan.

"Kau tak boleh berkasar dengan adik kau, Sarip." Dukun Sood mengingatkan setelah mendengar cerita Mak Leha bagaimana Sarip Kubung melayani adiknya itu.

"Dia tu kena badi, susah nak diubat. Kena bersabarlah kita menjaga dia," nasihat dukun itu.

Sarip Kubung hanya mengangguk kepala. Sebenarnya dia tidak berniat untuk bersikap kasar dengan Daboh. Tetapi apabila dipujuk baik-baik Daboh tidak mahu mempedulikannya, sebab itulah dia terpaksa berkeras.

Kadang-kadang disuruh makan pun Daboh sengaja terberak atau terkencing di dalam pinggan, kecuali apabila disergah barulah dia mahu menurut perintah Sarip Kubung.

"Menjaga orang macam ni memang susah" kata Dukun Sood lagi.

"Tapi, kita kenalah sabar. Kalau tidak kita menjaga dia siapa lagi hendak diharapkan!" ujar orang tua itu mengingatkan.

Mak Leha memang tidak dapat berkata-kata lagi sejak Daboh jatuh sakit. Selepas Sarip Kubung berkahwin, hanya dengan Daboh sajalah dia tinggal di rumahnya. Daboh yang menyara hidupnya selama ini.

Kalau patut menoreh getah, Daboh akan pergi menoreh getah. Kalau patut ke hutan mencari manau, damar atau petai, dia ke hutan bersama kawan-kawannya.

Kadangkala Daboh memasang perangkap pelanduk, memburu denak, mendekut wak-wak. Memang Daboh anak muda yang rajin bekerja. Susuk tubuhnya gempal berambut kerinting, berkulit hitam manis.

Boleh dikatakan dalam kampung itu dia merupakan anak muda yang tampan juga. Kalau ada kenduri kendara selalulah dia bersenda gurau dengan anak gadis di penanggah.

Tetapi semenjak dia jatuh sakit, Daboh berubah sama sekali. Tubuhnya masih gempal tetapi comot selekeh tidak terurus. Baunya hapak kerana jarang mandi. Hanya sekali sekala saja emaknya dapat memujuk menyuruh dia mandi.

"Kenapa kau jadi macam ni Daboh!" rintih Mak Leha bila sekali sekala dia tidak dapat menahan perasaan terharunya melihat keadaan anaknya itu.

Daboh hanya tersengih-sengih melihat emaknya menangis merintih-rintih. Kadangkala dia menggaru-garu belakang dengan menggosokkannya ke dinding. Atau dia berjalan berligar-ligar di dalam kandang kayu yang dibuat berpasung itu. Daboh tidak akan menyahut apa-apa kalau emaknya merintih-rintih di depannya.

"Nasib kaulah Daboh, kalau pendek umur emak macam manalah kau Daboh," Mak Leha menahan kesedihan yang mengganggu jiwanya. Daboh hanya tersengih-sengih. Dia tidak peduli emaknya merintih-rintih tersedu di depannya.

Sama ada Daboh terkena badi binatang hutan, Mak Leha tidaklah hiraukan sangat kerana dia tahu Daboh memang gemar berburu. Pernah juga dia mengidap sakit telinga berdarah selepas dapat menjerat kijang.

Ketika kijang meronta-ronta dia dan kawan-kawannya merebahkan binatang itu ke tanah. Daboh menekan lututnya ke pangkal telinga kijang itu bagi membolehkan Lajis menyembelih.

Balik dari hutan itu semua mereka yang pergi seramai 8 orang jatuh demam. Lajis demam kena beguk hingga kedua-dua belah lehernya bengkak. Mat Jol yang memegangkan kaki pula kena bisul pada betis sampai sebulan lebih menghidap bengkak betis. Rasip meracau-racau takutkan orang besar mengganggu setiap kali terlena. Liham pula sakit mata sebulan biji matanya merah tidak boleh melihat. Sanip pula terberak-berak darah menghidap berbulan-bulan. Hendak dikatakan buasir bukannya penyakit buasir, tetapi duburnya terasa seperti luka baru sembuh.

Keenam-enam mereka terkena badi kata Dukun Sood. Lajis, Mat Jol, Rasip, Liham dan Sarip jeran sejeran-jerannya selepas dikatakan badi kijang itu. Baik saja dari sakit mereka tidak mahu lagi berburu binatang hutan.

Lajis yang menyembelih kijang terasa lehernya pedih bagaikan dihiris dengan pisau semasa menghidap beguk itu. Kalau beguk biasa dua tiga hari akan sembuh. Atau ianya boleh menjangkit pada orang lain. Sebaliknya beguk yang dihidap oleh Lajis sampai lebih sebulan. Terpaksa Dukun Sood berkebas dengan kain hitam dan mayang pinang.

Sementara Mat Jol yang memegangkan kaki, betisnya pula hinggap bisul. Betis itu membengkak sampai sebesar batang pinang. Dukun Sood juga mengubatnya dengan merendang bertih. Hampir sebulan dia mengidap barulah bisul itu meletus hingga keluar nanah bercampur darah pekat.

Rasip cuma duduk saja diatas badan kijang yang sudah rebah ke tanah. Dia tidak melakukan apa-apa. Tetapi apabila balik ke rumah dia kena demam panas seluruh badan. Setiap malam dia merepek meracau-racau takutkan orang besar datang mencekik lehernya. Dukun Sood berkebas dengan kain hitam juga di samping air tujuh geluk dari tujuh kuala sungai dibubuh bunga tujuh warna. Sampai kurus badan Rasip menderita sakit barulah dia pulih semula.

Sementara Liham pula kerana mahu cepat dia menerpa hingga pahanya menghimpit bahagian mata kijang. Mungkin itulah sebabnya dia mengidap sakit mata sebulan lebih. Matanya merah tidak boleh celik kalau berdepan dengan cahaya. Apabila bangun pagi kedua pelupuk matanya seperti kena gam melekat tidak boleh dibuka. Terpaksa pula dibasuh dengan air embun. Kadangkala mata itu pedih seperti dibubuh pasir.

Sanip yang melompat ke atas perut kijang itu berdiri dan menginjak-nginjak supaya binatang itu tidak dapat berkuat terkena pula sakit terberak-berak darah. Semuanya berubat kepada Dukun Sood. Mengikut cerita Dukun Sood memang mereka terkena badi kijang.

Begitu jugalah Daboh yang menghimpit pangkal telinga kijang itu dengan kepala lututnya, menyebabkan telinganya berdarah. Dia merasa menggelegak macam dimasuki lipas. Bila disumbat dengan kapas didapati kapas itu berdarah.

"Binatang hutan ada gembala, kalau tak tahu permainan gembalanya nanti kita yang musnah," Dukun Sood mengingatkan mereka supaya jangan lagi memburu binatang hutan.

"Yang kuat badinya burung puyuh..." jelas Dukun Sood menasihati anak-anak muda yang ghairah memburu itu.

"Yang kedua ayam denak, yang ketiga rusa dan keempat kijang. Nasib baiklah awak semua terkena badi kijang, masih boleh ditolong," beritahunya macam memberi amaran.

Lajis, Mat Jol, Rasip, Liham dan Sanip memang tidak berani lagi sebut perkara memburu di hutan. Tetapi Daboh tetap berdegil. Dia tidak mengalah walaupun dilarang oleh Dukun Sood.

Kalau kawan-kawannya tidak mahu ke hutan dia pergi berseorangan saja. Dia akan memasang jerat di tempat biasa dipasangnya. Tidak lama selepas itulah dia selalu duduk termenung tidak ketahuan. Akhirnya berubah menjadi seperti sekarang ini.

Dia merayau-rayau ke merata kampung dengan membawa sebatang kayu. Di mana ada pokok dia berhenti lantas bersandar melepaskan penat. Kadangkala dia bercakap seorang diri tidak tentu biji butir.

Bila terserempak Sarip Kubung dia akan berlari terhencot-hencot ketakutan. Abangnya akan menyergah dia menyuruh balik ke rumah. Tetapi Daboh tidak balik ke rumah. Dia lari ke mana saja ikut suka hatinya.

Mahu tidak mahu terpaksalah Sarip Kubung berkasar mengheretnya balik ke rumah. Tetapi selepas dikurung dalam pasung kayu, tidak payah lagi Sarip Kubung mengawasi adiknya merayau-rayau ke sekeliling kampung.

Dia hanya datang menjengah waktu hendak makan tengahari atau malam. Mana tahu kalau Daboh mengencing dan memberakkan makanannya, kemudian dibancuh-bancuh sebelum dimakan.

Emaknya memang sudah tidak berupaya lagi mahu menjaganya. Orang tua itu mudah menangis melihat perangai anaknya yang berubah sama sekali dari perangai biasanya. Dari seorang anak muda yang tampan, dia sudah menjadi hodoh kerana tidak terurus lagi pakaiannya.

Beberapa lama menderita Daboh pun meninggal dunia secara mengejut. Ketika ditemui oleh emaknya, Daboh tertonggeng dengan tubuhnya tersandar pada palang kayu pasung. Mulutnya berdarah dan matanya terbeliak.

Kematian Daboh itu seolah-olah terlepaslah beban Mak Leha menjaga anaknya yang sakit hilang akal itu. Dukun Sood hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat keadaan Daboh, kerana dia tidak berupaya untuk menyelamatkan anak muda itu.

"Inilah sakit badi binatang hutan," keluh Dukun Sood sewaktu jenazah Daboh dibawa ke kubur.

"Dia memang degil," Sarip Kubung menjelaskan.

"Sudah dilarang jangan pergi mencari barang hutan, dia pergi juga. Tengok Lajis, Mat Jol, Liham, Sanip, Rasip semua dengar nasihat Dukun Sood, hah selamat!" ujarnya seolah-olah menyesali sikap adiknya itu.

"Badi apakah agaknya Tok Dukun?" Lajis mahu tahu tentang peristiwa malang yang menimpa kawan baiknya itu.

"Entahlah" dia menggeleng kepala.

"Tak taulah pula binatang apa, tetapi biasanya yang keras macam ni ayam denak atau rusa," kata Dukun Sood mengagak-ngagak.

"Boleh jadi ayam denak" Mat Jol menyampuk.

"Mana kau tahu?" soal Lajis macam terkejut mendengar cerita baru dari Mat jol itu.

"Ada dia cakap pada aku" jelas Mat Jol mengingatkan balik cerita Daboh kepadanya sebelum kawannya itu jatuh sakit.

Semasa memasang jerat di satu kawasan lapang, dia telah dapat menjerat seekor bapak denak. Ketika dia mahu cepat menyerbu ke tempat jerat itu terpasang takut ayam denak itu terlepas, seekor ular hitam melintas di depannya menyebabkan dia tersentak. Daboh terkejut melihat ular melintas cepat di depannya, kemudian hilang ke dalam belukar.

Dia terpaksa membiarkan ular tersebut melintas, barulah dia mengejar jeratnya yang sudah mengena. Dalam keadaan kelam-kabut itu dia tidak nampak ke manakah perginya ayam denak terkena jerat itu. Tetapi di depannya berdiri seorang lelaki tua berpakaian serba hitam. Lelaki tua itu mengelek ayam denak terkena jerat tadi.

"Mengapa jerat ayam Aki?" tanya orang tua itu ramah.

"Tidak, saya jerat ayam denak," sahut Daboh kehairanan kerana ayam yang dikelek oleh lelaki itu bukannya ayam denak, tetapi ayam kampung biasa.

"Ayam Aki selalu mengekas di sini, mana ada ayam denak dekat sini," jelas orang tua itu lagi.

Daboh hairan juga kerana selama ini dia tidak pernah melihat lelaki berkenaan. Tetapi dari raut wajahnya orang tua itu sangat ramah dan baik hati. Dia tidak memarahi Daboh walaupun ayamnya terkena jerat Daboh.

"Tak ada ayam denak di sini. Semuanya ayam Aki yang mengekas di sini," ujarnya lagi sambil menunjukkan ke arah pondoknya di bawah bukit.

Bertambah hairan Daboh kerana selama ini tidak pernah dia melihat ada pondok di situ. Kalau mahu dikatakan dia tersesat, tidak ada tanda-tanda dia tersesat. Kawasan tersebut sudah biasa sangat kepadanya.

Malah, tempat dia menahan jerat denak itu sudah kerapkali dipasangnya jerat.

"Jangan pasang jerat lagi di sini ye, nanti terkena lagi ayam Aki," orang tua itu mengingatkan dia.

"Aki nak jual ayam-ayam tu, kalau tak jual ayam siapa nak belikan beras Aki," ujarnya menasihatkan Daboh.

Daboh mengangguk. Dia merasa tersalah tempat pada kali itu. Boleh jadi juga dia tersesat dari tempat biasa dia memasang jerat. Kadangkala kawasan pinggir hutan itu sama saja. Apabila melepasi satu bukit maka akan sampai ke kampung lain pula. Manalah dia kenal dengan orang-orang di kampung lain, terutama dengan orang tua-tuanya.

"Maaflah Aki..." sahut Daboh kesal.

"Saya tak sangka pula tempat ni dekat dengan rumah Aki. Lain kali saya tak datang lagilah," dia memberi jaminan tidak akan memasang jerat di situ lagi.

"Eloklah tu, ayam Aki memang mengekas dekat sini selalunya, nanti terkena pula ayam nenek lagi," ujarnya tersenyum sambil mengelek ayamnya dibawa balik.

Besoknya apabila Daboh datang lagi ke situ didapatinya tempat pondok orang tua yang ditunjukkan kepadanya semalam hanya belukar teberau saja.

Bulu ayam yang reras kerana menggelupur semasa terkena jeratnya juga memang bulu ayam denak. Inilah puncanya Daboh meradang seolah-olah dipermainkan oleh orang tua itu.

Dia telah mengambil ketul-ketul batu membalingkan ke arah belukar teberau yang dilihatnya ada pondok. Betul-betul meradang benar hati Daboh kerana jeratnya yang sudah mengena, tetapi ditipu oleh orang tua berkenaan.

Daboh masih berpegang kuat bahawa tidak ada badi pada ayam denak, sebaliknya dia telah ditipu oleh orang tua yang dilihatnya semalam.

Kepada Mat Jol dia menceritakan apa yang dilihatnya. Sejak itulah dia selalu termenung, kerana teringatkan peristiwa bertemu dengan orang tersebut. Dia berdendam kepada orang tua yang berpura-pura ramah dan baik hati itu, sebaliknya telah menipu dia.

"Mengapa kau tak beritahu Dukun Sood semasa arwah ni sakit?" soal Lajis kesal dengan sikap Mat Jol merahsiakan kejadian tersebut.

"Dia tak beri aku cakap dengan orang lain," jelas Mat Jol mempertahankan dirinya.

"Kau tak boleh dengar cakap dia," gerutu Lajis.

"Ah, sudahlah. Dah tak ada apa-apa lagi nak ungkit-ungkit," Sarip Kubung memarahi mereka berdua.

"Sekarang ni dia dah tak ada, tak guna lagi sebut fasal-fasal yang sudah," tegasnya.

Daboh selamat dikebumikan. Mak Leha yang paling sedih dengan kematian Daboh, kerana itulah satu-satunya anak bujangnya yang tinggal bersama dia. Ketiadaan Daboh bererti dia tinggal kesepian.

Memang dia boleh tinggal di rumah Sarip Kubung, tetapi apalah gunanya memberatkan bebanan anaknya yang sudah berkeluarga itu.

Malam selepas Daboh dikebumikan terdengar sayup-sayup dari kuburnya seperti merintih-rintih semasa dikurung dalam pasung kayu. Mak Leha memberitahu perkara itu kepada Sarip Kubung.

Disebabkan rumah Mak Leha memang berhampiran dengan tanah perkuburan, maka suara itu jelas kedengaran kepadanya.

Pada malam kedua, Sarip Kubung bersama dengan Lajis dan Mat Jol datang melihat ke kubur itu setelah Dukun Sood menyuruhnya membacakan Yassin di atas kubur.

Mereka bertiga bergilir-gilir membacakan Surah Yassin sejak pukul enam petang lagi sehingga sampai maghrib.

Waktu maghrib masuk saja terdengar lagi rintihan dari kuburmya meminta pertolongan. Setelah dijiruskan air Yassin rintihan itu mengendur. Tetapi rintihan itu berulang lagi kalau diberhentikan membaca Yassin dan dijiruskan dengan air Yassin di atas kubur.

Hingga hampir masuk waktu Isya' rintihan itu tidak kedengaran lagi. Mereka bertiga pun balik ke rumah, kerana Dukun Sood menyuruh mereka mengulangi sehingga 7 malam.

Disebabkan tidak ada lagi rintihan dari kubur Daboh, mereka mengambil keputusan untuk balik. Malam esoknya akan diulangi lagi membaca Yassin.

Sampai saja di rumah Sarip Kubung mendapati isterinya Jibah tidak sedarkan diri pula. Kelam-kabut dia kerana selepas satu, satu bala datang menimpa. Baru saja kematian adik, isteri pula sakit.

Malam esoknya disebabkan Jibah sakit, terpaksalah Sarip Kubung tidak pergi membacakan Yassin seperti yang disuruh oleh Dukun Sood.

"Macam kena kelintasan Jibah ni," keluh Dukun Sood melihat buih hijau keluar dari mulut perempuan itu.

"Hus, bala apa pula ni," Sarip Kubung menggertap bibir mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya itu.

"Sabarlah Sarip," kata Dukun Sood.

Mak Leha juga menasihati Sarip Kubung supaya bersabar. Sanak saudara Jibah juga menyuruh bersabar. Tetapi Sarip Kubung tidak dapat menahan sabar.

Manalah hatinya tidak remuk dengan kejadian di kubur adiknya yang merintih-rintih meminta tolong darinya, Jibah pula tiba-tiba saja kelu lidah dengan muntah hijau meleleh dari mulut.

"Jibah, kena badi juga ke?" Sarip bertempik melepaskan geramnya.

Memang selalunya Daboh akan mengirimkan dia daging kijang atau rusa sekiranya kena perangkap. Apakah orang yang makan daging binatang hutan juga akan dihinggap badinya?

"Sarip, sabarlah. Bawa astaghfar..." pujuk ayah mertuanya yang turut bersedih kerana anaknya sendiri sakit mengejut.

Orang-orang mula menduga mungkin kerana Sarip Kubung cuba menolong adiknya, maka badi tersebut menyerang Jibah pula.

Sebab itulah sebaik saja Sarip Kubung membaca Yassin di atas kubur Daboh, tiba-tiba saja Jibah tidak sedar diri.

Seminggu Jibah terlantar tidak sedarkan diri dengan air liur meleleh keluar hijau seperti lumut, akhirnya dia meninggal dunia. Selepas Jibah mati tidak lagi didengar rintihan Daboh setiap kali tiba waktu Maghrib.

Lajis, Mat Jol dan Rasip juga tidaklah lagi perlu membaca Yassin di atas kuburnya.

Dua tahun kemudian Dukun Sood pun berpindah ke Segamat. Sampai sekarang sudah lebih 20 tahun dia tinggal di Segamat.

Anak saudaranya Mahmud yang mengajak saya berjumpa dengan Dukun Sood ini. Dia berpindah ke Segamat pun kerana bekerja dengan pemborong pejabat ukur. Apabila taukehnya membuat kerja-kerja ukur di Segamat, dia mengambil keputusan untuk menetap di sana.

Sesiapa pun tidak tahu mengenai dirinya pernah menjadi dukun sebelum itu di Pahang. Anak saudaranya ini memang berasal dari Pahang, tetapi selalu juga dia menjengah Dukun Sood di Segamat.

Dari Mahmud inilah saya dengar cerita mengenai pengalaman Dukun Sood mengubat Daboh yang dikatakan terkena badi itu.

Dukun Sood termenung bila saya bangkitkan semula cerita Daboh ini kepadanya. Kemudian barulah dia mahu bercakap.

Perlahan saja dia memberitahu saya, "Sebenarnya badi tu tak seberapa, ada rahsia lain lagi."

"Betul ke kubur Daboh tu ada bunyi?" tanya saya.

Dukun Sood mengangguk dengan wajah terharu.

"Dia memanggil-manggil abangnya meminta tolong. Katanya panas tak tahan," ujarnya.

"Kalau dia hilang akal, macam mana boleh minta tolong?" saya mahu tahu lebih lanjut.

"Itu yang susah nak jawab," kata Dukun Sood lagi.

"Perkara dah berlaku dua puluh tahun, susah nak cakap," jelasnya macam tidak mahu menerangkan lebih lanjut kepada saya. Tetapi setelah Mahmud memberitahu mengenai diri saya, barulah dia mahu menerangkan.

"Ustaz tentu lebih tahu dari saya, Huwa auwalu walakhiru walzahiru walbatinu, wahuwal aliyul azim," dia menatap muka saya.

Saya terangguk-angguk mendengarnya. Mungkin Dukun Sood tidak mahu lagi mengenangkan peristiwa tersebut. Tetapi disebabkan saya bertanya, mahu tidak mahu terpaksalah dia menerangkan.

Lagipun Dukun Sood tidak mahu orang-orang di situ mengetahui dirinya pernah menjadi dukun.

"Saya tak berdukun lagi Ustaz, saya ni dah tua," dia merendahkan suaranya.

Disebabkan saya mahu sangat mengetahui rahsia kematian Daboh, Dukun Sood memberitahunya dengan rasa terharu.

"Sebenarnya, Sarip Kubung ternampak orang lelaki melompat keluar dari tingkap biliknya semasa baru balik dari surau," beritahu Dukun Sood.

Peristiwa ini tidak sahih, kerana Sarip Kubung hanya terdengar bunyi orang terjun ke tanah kemudian lari.

Dia bertanyakan kepada Jibah, tetapi Jibah sanggup menjunjung Qur'an mengatakan tidak ada siapa pun yang naik ke rumah.

Disebabkan Sarip Kubung orang yang kuat belajar agama, tidak beranilah dia menuduh Jibah berlaku curang terhadap dirinya. Bagaimanapun dia terpaksa memberitahu hal itu pada Dukun Sood.

Memang Dukun Sood tidak percaya Jibah boleh melakukan perbuatan demikian. Disebabkan Dukun Sood berkawan baik dengan ayah Sarip Kubung, dia menyuruh Sarip Kubung membuat sembahyang Tahajud selama 44 malam untuk membuktikan isterinya berlaku curang atau tidak.

Sarip Kubung melakukan seperti apa yang disuruh oleh Dukun Sood. Selepas 44 malam dia melakukan sembahyang Tahajud, didapati Jibah tidak ada apa-apa perubahan.

Yakinlah dia dengan pendapat Dukun Sood bahawa Jibah tidak berdosa. Hanya perasaan cemburunya saja yang menyebabkan dia ternampak kelibat orang terjun dari tingkap.

Hatinya menerima kesucian isterinya dengan tenang dan bersyukur pada Allah. Jibah pula merasa senang hati kerana suaminya tidak lagi mengesyaki dia berlaku curang.

Tidak lama kemudian Sarip Kubung sekali lagi dirundung malang bila adiknya Daboh pula kena badi binatang hutan. Daboh jadi hilang akal selepas dikatakan berjumpa orang tua ketika menjerat ayam denak.

Puas pula Sarip Kubung berusaha mengubat adiknya itu, tetapi akhirnya mati dalam keadaan mengerikan.

"Itulah kesan sembahyang Tahajud dan bacaan Yassin," keluh Dukun Sood mengingat-ingatkan kembali peristiwa 20 tahun lampau.

"Memang benar Daboh yang terjun dari tingkap rumah abangnya, sementara isterinya berlaku curang dengan adiknya sendiri. Tapi saya rahsiakan ini dari Sarip Kubung..." ujar Dukun Sood dengan rasa terharu.

Sebab itulah dia berdalih mengatakan Daboh terkena badi binatang hutan semata-mata mahu menyembunyikan perkara sebenarnya.

Daboh sendiri mengaku di depan Dukun Sood dengan penuh kesal, tetapi dia sudah tidak dapat menahan Sarip Kubung meneruskan sembahyang Tahajud dan membaca Yassin yang sudah dibuatnya hampir genap 44 malam itu.

~Tamat~

Penulis: Tok Awang Ngah
Tajuk Buku: Siri Berkelahi Dengan Syaitan
Kisah: Rintihan Dari Kubur

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cerpen: Mari Ikut Nenek Balik

sumber: tokawangngah

Saturday, November 12, 2016

Cerpen: Mari Ikut Nenek Balik

Cerpen: Mari Ikut Nenek Balik

"Anak-anak! Sudahlah main tu! Dah Maghrib ni! Cepat masuk rumah!" teriakan para ibu mulai berkumandang saat langit mula melabuhkan tirai jingga pekat.

Hantu Nenek jenggot
Gambar hiasan.

Namun, beberapa orang kanak-kanak masih ralit bermain lempar selipar ditengah halaman. Permainan sedang rancak, mana boleh berhenti begitu saja.

"Sekejaplah mak! Game belum habis ni!" bantahan mula kedengaran.

Anak-anak itu belum puas bermain. Malah mereka tidak mengerti, mengapa tidak boleh bermain sehingga ke malam.

"Masuk rumah cepat! Korang ni tak takut ke? Waktu Maghrib macam ni nenek jengkot suka berkeliaran! Dia suka bawak lari budak-budak macam kamu semua!"

Amaran itu serta-merta membuatkan kanak-kanak itu berhenti bermain. Nama nenek jengkot sudah cukup menggerunkan mereka.

Nenek jengkot memang senjata utama bagi ibu-ibu untuk menakutkan anak masing-masing yang degil tidak mendengar kata.

Entah macamana rupa nenek jengkot itu, sebenarnya tidak ada seorang pun yang tahu.

"Mak. Kalau orang tanya sikit boleh tak?"

"Nak tanya apa?"

"Mak pernah nampak ke rupa nenek jengkot tu macam mana? Kenapa panggil dia nenek jengkot? Jengkot tu apa? Macam jenglot ke? Kenapa orang takut sangat?"

Pertanyaan bertubi-tubi itu membuatkan ibu yang ditanya terdiam sambil menghela nafas panjang. Ada sinar ketakutan terpancar pada matanya.

Lambat-lambat, dengan suara separuh berbisik, emak itu pun menceritakan apa yang diketahuinya yang diturunkan oleh orang tuanya. Cerita turun-temurun.

Tidak pasti, adakah ianya sekadar dongeng semata ataupun nenek jengkot sememangnya wujud.

Bahkan, tiada sesiapapun yang pernah melihat rupa sebenar nenek jengkot kerana mendengar namanya saja pun, ramai kanak-kanak mencicit lari.

Ramai anak terus mendengar kata ibu bapa kerana bimbang dilarikan oleh nenek jengkot.

"Menurut kata nenek moyang mak, nenek jengkot tu rupanya macam nenek-nenek biasa. Tapi jalannya jengkang-jengkot sebab kakinya capik.

"Mungkin sebab itulah orang menggelarnya nenek jengkot.

"Tapi, kalau nenek jengkot dapat menangkap budak pada waktu maghrib dan budak itu melawan tidak mahu mengikutnya, rupa nenek jengkot akan berubah.

"Berubah macam mana, mak pun tak tahu.

"Sudah. Jangan banyak tanya pasal nenek jengkot. Kerap menyebut namanya, sama macam menyeru dia datang!"

Anak itu hanya memanggut-manggut kepala kononnya mengerti, padahal dalam hatinya terlalu banyak persoalan yang muncul.

Rasa ingin tahu bagaimana rupa sebenar nenek jengkot, sebab kalau cuma nenek tua, masakan ia begitu menakutkan.

Lumrah kanak-kanak yang terlalu leka bermain, sering tidak mengendahkan nasihat ibu bapa.

Malah, nenek jengkot terus dilupakan apabila bertemu dengan kawan-kawan.

***

"Jomlah balik. Mak kita dah sebut nenek jengkot tu.."

"Alaa.. bosanlah! Sikit-sikit nenek jengkot, padahal diorang sendiri tak pernah tengok rupa nenek jengkot tu macam mana!"

"Ha ah, aku pun pelik. Apa yang menakutkan sangat dengan nenek jengkot tu? Dengar nama macam kelakar je.."

Kanak-kanak itu meneruskan permainan. Langsung tidak terusik mendengar nama nenek jengkot!

"Aziq! Rafi! Sani! Balik! Korang jangan degil sangat! Datang nenek jengkot baru padan muka korang!"

Jeritan ibu-ibu berkumandang lagi apabila tidak seorang pun anak-anak mereka mendengar kata.

"Tengok. Mak aku pesan tak boleh sebut nama nenek jengkot tu. Macam menyeru dia datang. Tapi aku tak fahamlah. Bila kita main je, mak kita sebut nama nenek jengkot banyak kali boleh pulak.."

"Itulah pasal. Jangan-jangan nenek jengkot tu cuma cerita rekaan sebab tak nak bagi kita semua main sampai malam."

"Aku pun terfikir macam tu juga.."

Akhirnya mereka memutuskan untuk terus bermain walaupun ibu masing-masing terjerit pekik memanggil dari rumah supaya mereka pulang.

Tiba-tiba dalam remang Maghrib, kanak-kanak itu terlihat kelibat seseorang sedang berjalan terlompat-lompat.

"Dah nak malam ni. Mari ikut nenek balik," terdengar suara sengau garau menegur.

Mereka semua tergamam mendengar perkataan 'nenek'. Masing-masing cuba mengamati rupa seseorang yang sedang mendekati mereka.

Rupa-rupanya seorang nenek tua, berambut panjang dan berkain labuh menyapu tanah.

Hujung kakinya hanya kelihatan sebelah di sebalik juntaian kain itu.

"Err.. kami memang dah nak balik pun," Aziq memberanikan diri menjawab bagi pihak rakan-rakannya.

"Mari balik rumah nenek! Mari! Marilah.." tangan nenek melambai-lambai. Kelihatan kukunya panjang meruncing dipenuhi daki.

Masing-masing mula menggelabah mendengar ajakan nenek tua itu. Kenapa pula mesti balik rumah nenek?

"Aku rasa, ini nenek jengkot yang mak kita cerita tu. Jom kita balik cepat," Aziq berbisik kepada rakan-rakannya sambil mata mengawasi gerak-geri nenek yang mencurigakan itu.

Perlahan-lahan mereka menapak ke belakang. Tetapi nenek itu pun ikut sama melompat setakuk. Nenek itu cuba menghalang laluan mereka.

"Nak ke mana tu? Jangan nak lari, dah malam ni. Mari balik rumah nenek! Jangan degil! Kalau lari, nenek kejar!"

Mendengar amaran nenek itu, masing-masing tidak menunggu lama. Terus buka langkah seribu dan lari lintang-pukang.

"Nenek jengkot! Lariiiii..."

Tetapi nenek jengkot terus mengejar. Rupanya juga sudah berubah menjadi berkedut dan menakutkan. Ditambah pula dengan rambutnya yang mengerbang.

Entah macamana, Rafi tersadung sesuatu lalu terjatuh. Nenek jengkot melompat ke arah Rafi dan segera menarik kakinya.

Pegangan nenek jengkot begitu kuat sehingga Rafi gagal melepaskan diri.

"Tolong aku! Tolong!" Rafi menggelupar cuba melepaskan diri apabila nenek jengkot menarik Rafi masuk ke dalam kainnya.

Baunya saja hampir membuatkan Rafi pengsan. Bau kepam bercampur busuk bangkai.

Rafi juga merasa pelik kerana berada dalam kain nenek jengkot seolah-olah berada di satu dunia lain yang kosong dan gelap.

Aziq yang menyedari kejadian itu segera berpatah balik. Dia mencapai beberapa ketul batu lalu dilemparkan ke arah nenek jengkot.

Perbuatannya benar-benar menimbulkan kemarahan nenek jengkot.

Ketika nenek jengkot melompat lebih tinggi, Aziq melihat kaki Rafi lalu segera menariknya.

Rafi berjaya ditarik keluar lalu tanpa berfikir panjang, mereka segera berlari selaju mungkin.

Suara jerit pekik kanak-kanak menimbulkan rasa hairan ibu bapa. Namun, ketika melihat anak-anak mereka lari lintan-pukang, tahulah mereka bahawa nenek jengkot benar-benar telah muncul.

Sebaik anak masing-masing masuk ke dalam rumah, pintu dan tingkap dikunci rapat.

Dari luar kedengaran suara nenek jengkot memanggil-manggil setiap kanak-kanak yang ditemuinya tadi.

Lebih menakutkan, nenek jengkot mengetuk-ngetuk pintu setiap rumah sambil menjerit meminta kanak-kanak itu mengikutnya balik ke rumah.

Barulah semua kanak-kanak yang degil itu tahu rasa takut. Baru sedar bahawa nenek jengkot bukan sekadar dongeng tetapi ancaman Syaitan terhadap kanak-kanak.

Menjelang siang, masing-masing jatuh demam akibat terlalu terkejut.

Aziq dan Rafi paling teruk kerana hanya mereka berdua yang betul-betul bertentang mata dengan nenek jengkot. Sampai terbayang-bayang dalam mimpi.

Setelah dimandikan air kolah tujuh masjid dan minum air penawar, barulah keadaan mereka beransur pulih.

Rentetan peristiwa itu, mereka tidak lagi berani membantah cakap ibu bapa masing-masing.

Sebelum maghrib, masing-masing sudah pulang ke rumah kerana tidak ingin lagi terserampak dengan nenek jengkot!

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Antara Cinta Dan Niat

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, October 29, 2016

Cerpen: Antara Cinta Dan Niat

Cerpen: Antara Cinta Dan Niat

“Waalaikumusalam,” jawab Datin Zahara yang sedang menyiram pokok bunga dihalaman menyahut salam daripada Syahira..

Antara Cinta Dan Niat

“Eh? Naik teksi? Mana kawan kamu?” soalnya setelah melihat teksi yang berlalu dihadapan banglo mewah itu.

“Kereta Sarah rosak aunty. Tu yang Ira naik teksi,” ujar Syahira Imani sambil tersenyum.

“Laaa.. kenapa tak call aunty. Aunty boleh suruh Pak Mail jemput Ira.”

“Ishh aunty ni, tak payah susah-susahlah. Kesian Pak Mail. Dia pun nak rehat jugak. Ira dah besar.”

“Jangan kira besar tak besar sekarang ni. Aunty risau. Ya lah, pemandu teksi sekarang ni bukan boleh percaya sangat,” bebelnya berprasangka buruk terhadap pemandu teksi.

“Aunty, tak baik cakap macam tu. Bukan semua pemandu teksi dalam Malaysia ni macam yang aunty anggap tu.

"Ira naik teksi je pun. Bukan jalan kaki ke berlari ke melompat ke apa.”

“Dia ni..” sambil menampar manja dibahu Syahira.

“Ada je jawabnya. Dah.. pergi naik. Tukar baju. Pastu kita makan sama-sama.”

“Alright, Aunty,” balasnya sambil jari telunjuk dan jari hantu diangkat sebagai tanda ‘peace’.

***

Pintu bilik mandi ditutup rapat. Hanya kain tuala yang menutup pusat dan lututnya. Dia berjalan menuju ke katil.

Walaupun berasa sedikit tenang setelah mandi, namun jiwanya masih runsing.

Iphone berwarna putih dicapai lalu menghubungi seseorang. Berkali-kali, namun gagal.

Panggilan tidak dijawab. Dia runsing apa yang harus dibuat untuk mengantikan tempat Aida.

Dia sudah berjanji dengan rakannya, Razif untuk hadir ke majlis ulang tahun kelahirannya keesokan malam.

Malam itu juga semua rakan di zaman sekolahnya dulu turut hadir.

Dan, yang pasti, semua rakannya itu tahu yang Aizat Idham sudah punya kekasih hati, Aida.

Helaan nafas geram dilepaskan. Iphone yang elok berada dalam genggamannya dilemparkan ke dinding sekuat-kuat hati tanda geram dan marah.

Berkecailah objek yang bernama iphone itu dilantai. Dia memandang keadaan iphone yang berkecai itu tanpa rasa bersalah.

Dalam tersemput-semput dia menarik nafas mencari bekalan oksigen tambahan, sekilas dia terlihat kelibat seseorang melalui dihadapan pintu biliknya yang tidak bertutup dari tadi.

Dia bingkas bangun mendapatkan insan itu. Dengan hanya berpakaian tuala, pergelangan tangan wanita itu dicengkam.

“Ira! Ikut aku kejap,” katanya sambil menarik Syahira menuju ke biliknya.

“Woihh! Apa ni? Sakitlah!” Syahira cuba menyentap cengkaman itu, namun apalah daya, kudrat wanita.

Dengan nekad, Syahira cuba sedaya upaya untuk melepaskan cengkaman yang kuat itu.

Dia cuba mengerak-gerak dan mengoyang-goyangkan tangan supaya cengkaman itu terlepas. Dan akhirnya berhasil.

Aizat memberhentikan langkah, namun tangannya masih mencengkam pergelangan tangan Syahira.

“Kau diam boleh tak? Kau ikut je lah aku.”

“Tengkorak kau aku nak ikut kau. Kau tarik aku masuk bilik kau tu masalahnya sekarang ni. Kalau kau ajak aku ikut kau gi masjid tak apalah jugak.”

“Asal? Kau takut? Masuk jelah,” ditariknya tangan Syahira masuk ke bilik. Pintu bilik ditutup.

“Apa masalah kau ni, Aizat?” soal Syahira. Soalan itu tidak dijawab. Aizat menolak tubuh Syahira ke atas katil empuknya.

“Kau nak buat apa ni? Apa masalah kau ni?! Kau nak rogol aku ke apa?”

“A’ah! Dah lama aku tunggu. So?” dia mendekati Syahira.

“Ha?!! Auntyyyyyy!!!!!!!!!!!!” jerit Syahira. Aizat menekup mulut Syahira.

Tidak akan dibiarkan gadis itu menjerit menggagalkan rancangannya.

“Diam boleh tak. Takkanlah aku nak rogol kau. Memang taklah!” Tangan yang menekup mulut Syahira dilepaskan.

“Dah tu?!”

“Aku nak minta tolong dengan kau.”

“Tolong apa?”

“Tolong diam.”

“Ishh dia ni! Aku tumbuk jugak karang. Kau pergi pakai baju boleh tak. Seram aku tengok kau.”

“Asal? Sebab aku sadooo?”

“Ahh! Main-mainlah. Tak nak cakap, aku bla lah..”

“Okay-okay. Hmm.. aku nak minta tolong kau jadi girlfriend aku.”

Syahira menanyangkan muka pelik. Dia turun dari katil lalu berdiri menghadap Aizat yang sedang duduk dikatil.

“Kau demam ke apa? Apehal pulak aku kena jadi girlfriend kau?

"Dah tu girlfriend kau nak letak mana? Campak keluar? Bungkus masuk guni? Lipat masuk dalam sampul surat? Ke ada cara lain?”

“Kita orang dah putus...”

“Putus?? Apa jenislah kau ni. Perempuan punya vogue gitu kau boleh putus?

"Aku tak faham betullah dengan kau ni. Couple, putus. Couple putus. Habis tu sekarang kau nak suruh aku ganti tempat dialah?

"Kau nak aku berkepit dengan kau macam mana kau berkepit dengan dia? Cenggitu?”

“Ishh... kau diam kejap boleh tak. Dengar aku nak cakap. Boleh tak?”

“Tak boleh! Muktamad! Walau apa pun aku tak nak jadi girlfriend kau,” Syahira melangkah menuju ke pintu, namun Aizat dapat menghalang langkah Syahira.

Tangan Syahira ditarik kuat oleh Aizat menyebabkan badan syahira berpusing 180 darjah ke arah dada bidang Aizat. Aizat berdiri tiga inci menghadap Syahira.

Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.

“Malam esok je..”

Belum sempat mata Aizat menjelajah wajah Syahira, pintu bilik terkuak. Terpacul wajah Datin Zahara di balik pintu.

Melihat keadaan mereka begitu, terkejut Datin Zahara bukan kepalang.

Dengan keadaan Aizat yang hanya berpakaian tuala sambil tangan memegang tangan Syahira dan jarak mereka hanya 3 inci membuatkan Datin Zahara berfikiran bukan-bukan.

“Mama.. Mama jangan salah faham, Ma..” suara Aizat terketar-ketar.

“Apa yang kamu berdua buat ni?” soal Datin Zahara.

“Aunty.. Ir...”

“Dah! Stop! Mama tak nak dengar apa-apa. Sepuluh minit dari sekarang, Mama tunggu kamu berdua kat bawah.”

Syahira menolak Aizat, “Kaulah punya pasal! Aku nak kau yang bertanggungjawab.”

“Asal pulak? Kau yang masuk bilik aku.”

“Eh eh.. kau yang tarik aku masuk sini, gila! Eerrr!” pintu bilik ditutup kuat.

Gedegangg!!

***

Suasana hambar diruang tamu. Syahira hanya menundukkan kepala memandang permaidani berona ungu gelap.

Manakala Aizat diam membatu. Entah apa yang bermain di dalam kotak fikirannya. Datin Zahara memandang keduanya silih berganti. Dengan wajah yang tegang dia memulakan bicara.

“Okay, one of you, explain to me from A to Z.”

“Sebenarnya..” bersuara Syahira dan Aizat serentak.

“Biar aku explain!” kata Aizat.

“Tak payah. Nanti kau putar belit. Biar aku yang explain.

"Aunty, yang sebenarnya...” belum sempat Syahira menghabiskan ayat, Aizat sudah memotong.

“Ehh.. kau lagi putar belit.”

“Apa hal pulak?”

“Enough!” Datin Zahara bersuara. Syahira dan Aizat terdiam.

“Apa masalah ni? Mama suruh explain pun payah ke? Ha Ira? Susah? Sampai nak bertikam lidah semua?” Syahira dan Aizat menjeling sesama sendiri.

“Aizat, tell me what happened? Kamu berdua dah……..”

“Tak! Tak aunty.” Pintas Syahira.

“Kami tak buat macam yang aunty bayangkan tu. Kami tak terlanjur pun. Kita orang tak buat aksi atas katil tu.”

“Eh, bukan ke tadi kita..” celah Aizat.

“Tadi apa?” soal Datin Zahara.

Entah kenapa dengan Aizat ini, lagi mahu mengeruhkan keadaan.

“Beritahu Mama! Aizat Idham! Beritahu Mama apa yang kamu dah buat.” Nada Datin Zahara tegas.

Suasana sunyi seketika.

“Tadi Ira nak pulang buku Aizat,” bicara Aizat.

“Wei! Kau yang tarik aku masuk bilik kau!” bersuara Syahira pantas.

“What?! Aizat tarik Ira masuk bilik?” Datin Zahara terkejut.

Syahira dan Aizat masing-masing menundukkan kepala tanpa sebarang kata.

Datin Zahara mengeluh.

“Ira.. Aunty tahu, Ira tak akan berbohong dengan aunty. Cerita kat aunty apa yang Aizat dah buat.”

“Sebenarnya.. Aizat yang tarik Ira masuk bilik dia. Dia tarik kuat sampai Ira jatuh atas katil. Lepas tu Aizat paksa Ira..”

Datin Zahara masih menanti sambungannya. Dia membayangkan apa yang akan terjadi. Mungkin Aizat memaksa Ira.. Astaghfirullah halazim..

“Aizat paksa Ira jadi girlfriend Aizat…” suara Aizat hambar.

“Jadi girldfriend?” dahi Zatin Zahara berkerut.

“Kamu dah kenapa Aizat? Tak cukup ke girlfriend yang kamu dah ada? Sekarang kamu nak rosakkan Ira pula?”

“Mana ada Aizat nak rosakkan Ira. Untuk malam esok je Mama. Aizat sebenarnya dah putus dengan Aida.

"Aizat dah janji dengan Razif nak datang birthday party dia bawa girlfriend Aizat.

"Tapi, Aida tiba-tiba putuskan hubungan. Aizat buntu, Ma.

"Tu yang Aizat bertindak luar jangkaan tarik Ira masuk bilik Aizat, paksa dia ganti tempat Aida. Aizat tahu, salah Aizat,” jelas Aizat satu persatu.

“Tapi, Mama jangan risau. Anak angkat kesayangan Mama ni masih suci. Aizat tak sempat buat apa-apa pun lagi,” sambungnya lagi cuba berseloroh.

“Baik. Mama terima penjelasan ni. Tapi, Mama tak nak Ira jadi girlfriend Aizat.”

Mendengarkan kata Datin Zahara, senyum Syahira panjang sampai telinga. Akhirnya dia bebas dari menjadi girlfriend Aizat, Si Playboy.

“Alaa Mama.. esok je,” rengek Aizat.

“Mama tak mahu Ira jadi girlfriend Aizat, tapi Mama nak Ira jadi isteri Aizat.”

“What?” bersuara Aizat dan Syahira serentak.

“Tak payah nak ‘what’ sangat. Ini keputusan Mama. Sebagai hukuman kamu berdua.

"Nak tak nak, kamu berdua kena kahwin juga. Muktamad!” Datin Zahara berlalu pergi meninggalkan keduanya tepinga-pinga.

***

“Nah! Kad kahwin aku,” Razif menghulurkan kad jemputan kahwinnya kepada Aizat.

“Kau nak kahwin dah? Dengan Intan ke?” soal Aizat.

“Yalah. Dengan Intanlah. Dengan siapa lagi? Kekasih awal dan akhir aku tu.”

“Tahniah, Bro. In shaa Allah aku datang,” ujar Aizat.

Setelah beberapa saat perbualan mereka terhenti, Razif menyambung kata.

“Korang ni bila nak kahwin? Rasanya dah lama bercinta.”

Aizat dan Syahira berpandangan tanpa kata. Lidah kelu tak tahu nak jawab apa.

“Aaaa.. In Shaa Allah Zif, hujung bulan ni kita orang kahwin,” kata Aizat sambil memandang acah-acah mesra dengan Syahira. Syahira acah-acah senyum. Padahal dalam hati rasa nak muntah.

“What the surprise?!! Ternyata kau kahwin dulu dari aku?” Razif terkejut.

“Tu lah. Tadi aku nak bawa kad kahwin aku, tiba-tiba tertinggal pulak kat rumah. Sorry, Zif..” ujar Aizat.

Padahal kad kahwin pun belum design lagi.

“It’s okay, Bro! Tak ada hal. Ada kad ke tak ada kad ke, aku tetap datang wedding best friend aku ni. Eh! Jom masuk. Bapak aku dah panggil tu,” mereka melangkah masuk.

“Kau jangan lupa hutang kau,” bisik Razif.

“Maksud kau?”

“Kau tak habis cerita lagi.”

“Cerita apa?”

Razif memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah syahira. Aizat mengerti akan isyarat Razif.

***

Enjin kereta dihidupkan. Sudah 10 minit berlalu, namun Toyota Hilux itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bergerak.

“Sampai bila kita nak menjeruk dalam kereta ni?” bersuara Syahira memecah sunyi.

“Sampai kau pakai seat belt.”

“Seat belt?” soalnya pura-pura tak tahu.

“Selagi kau tak pakai seat belt tu, selagi tu aku tak akan jalan.”

Amboi..keselamatan sungguhlah. Bagus!

Syahira mengeluh. Mata memandang ke luar tingkap yang tertutup rapat.

“Dah la kena kahwin paksa. Lepas tu, pakai seat belt pun kena paksa. Parahlah!

"Masalahnya seat belt kau ni tak boleh nak tarik dari tadi.”

“Ha? Ye ke? Meh sini aku try tarik,” tangan Aizat pantas menarik seat belt di sisi kiri Syahira.

“Tak payah lah..” Syahira menoleh cuba menghalang tindakan Aizat.

Tatkala menoleh, hidungnya berlaga dengan hidung Aizat. Mereka berpandangan. Dapat dirasa nafas hangat lelaki itu.

Lama Aizat memandang wajah gadis itu. ‘Cantik jugak dia ni. Kenapa aku tak perasan dari tadi eh?

Kau ni Ira, buat tulang rusuk aku bergetar je ahh malam-malam gini! Bicara Aizat dengan dirinya sendiri.

'Handsome jugak dia ni. Kenapa aku tak perasan kehandsomeman dia ek? Padahal duduk satu rumah.’

Mata Aizat jatuh ke arah bibir Syahira. Apabila bibir Aizat menghampiri bibir Syahira, kedengaran cermin tingkap diketuk oleh orang.

Aizat cuba membetulkan posisinya dan cermin tingkap dibuka. Oh! Razif rupanya.

“Kenapa tak balik lagi? Kereta problem ke?” Soal Razif.

“Kereta aku okay. Aku cari handphone aku jatuh tadi. Tu yang tak gerak lagi tu,” jelas Aizat mengubah fakta.

“Ohh.. aku ingat apa tadi. Ya lah.. korangkan tak kahwin lagi. Kau tahu je lah Bro, bila berdua macam ni, mesti ada yang ketiga, Ye dak??

"Nak-nak pulak cermin tingkap kau ni gelap. Gelap sangat, Bro. Bahaya!” sakat Razif sambil menjeling ke arah Aizat.

“So, dah jumpa?” sambungnya.

“Dah, dah. Okay, Zif. Aku balik dululah. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam..” Cermin tingkap ditutup. Syahira hanya diam memandang ke luar tingkap.

Kejadian tadi sungguh bahaya. Kalau tak kerana Razif datang, mungkin Aizat akan meneruskan niatnya.

‘Cantik sangat ke aku malam ni?’

***

“So, abang ada plan lain?” soal Datin Zahara setelah menceritakan kejadian yang berlaku antara anaknya dan Syahira di bilik Aizat kelmarin.

“Benda ni tak boleh dibiarkan. Syahira tu budak baik.” tutur Datuk Mazlan.

“Abang tahulah perangai Aizat tu macam mana. Za tak nak peristiwa lama berulang lagi.”

“Tak apalah. Abang pun fikir elok jugak dia orang bernikah hujung bulan ni.

Lagipun, abang dah lama berkenan nak buat syahira tu jadi menantu sejak Ibu dia meninggal.”

Kedengaran enjin kereta masuk kepekarangan rumah.

“Ha, tu abang dia orang dah balik,” kata Datin Zahara, mengintai dijendela.

Pintu utama dibuka.

“Baru balik bakal pengantin? Cantiknya kamu Ira,” puji Datin Zahara.

Aizat mengakui kata-kata Mamanya di dalam hati. Syahira tersenyum tawar.

“Aaa, Ira naik dululah aunty, uncle. Assalamualaikum. Selamat malam.”

“Ye lah. Waalaikummusalam.”

Kaki laju menaiki anak tangga. Sudah 12 tengah malam. Dia perlu tidur. Esok kuliah.

“Aizat pun nak naik juga ni. Esok ada presentation. Nite ma, pa.”

Langkah laju meninggalkan Datin Zahara dan Datuk Mazlan tanpa sempat mereka berkata apa-apa.

“Wei Ira, aku mintak maaf pasal tadi. Aku tak sengaja,” kata Aizat setelah berjaya mendapatkan Syahira.

“Issh. Dah lah,” tutur Syahira malas.

“Wei, kejap lah. Aku minta maaf sangat. Aku tahu kau terkejut gila. Kau kena faham keadaan aku masa tu. Dan aku rasa kau pun sama juga tadi.

"Tiba-tiba diam, asal? terpegun tengok aku kacak sangat?

“Eeeii, perasan!”

“Mestilah perasan. Kan? Kau dah suka kat aku kan? Kau cakap je lah yang kau dah jatuh cinta kat aku.”

“Eeii, apehal pulak? Dah lah. Malas aku layan kau. Aku penat. Nak tidur.”

‘Sebenarnya, aku tak faham dengan perasaan aku sekarang ni. Aku dah jatuh hati kat dia ke?

'Kau dah kenapa Aizat? Dia tak akan terima kau. Kau dah lupa ke apa yang kau dah buat kat dia dulu?’

Sejarah lama menyinggah kembali setelah lama terkubur dalam ingatan.

‘Aku masih tak boleh lupa apa yang kau buat kat aku 5 tahun lepas. Susah untuk aku terima kau dalam hidup aku. Maruah aku mahal. Tapi, sekiranya ini takdir aku, aku redha.'

***

Dia mendapatkan Syahira yang sedang berjalan menuju ke dewan kuliah.

“Ehem.. habis kuliah karang aku tunggu kau kat parking kereta. Balik dengan aku.”

“Apasal pulak? Aku balik dengan Sarah.”

“Tak payah nak Sarah Sarah sangatlah. Balik dengan aku.”

“Ewah, ewah, ewah.. mentang-mentanglah aku dah jadi tunang kau, aku kena ikut cakap kau? Sorry to say lah.” lawan Syahira.

“Kau jangan dengillah. Balik dengan aku.”

"Kalau aku tak nak?”

“Aku report kat Mama.”

“Errghh! Sikit-sikit mama. Ye lah! Tapi kalau aku dah sampai, kau tak ada lagi, aku blah.”

***

Ternyata Aizat sudah lama menanti Syahira di tempat parking itu.

“Ha jom balik. Aku banyak assignment nak kena buat.”

“Amboi kau.. Bagilah salam dulu ke apa..”

“Ak…..”

“Chopp! Aku tahu dah apa kau nak membebel. Sebelum kau pok pek pok pek, meh sini buku kau aku letak kat belakang, dan kau dipersilakan masuk ke dalam hilux aku yang gah lagi mewah ni. Oh ye, pintu buka sendiri ye. Jangan nak bajet tuan puteri sangat.”

“Kau ingat aku hadap sangat ke nak naik kereta kau?!” geram dengan kata-kata Aizat itu, dia masuk ke dalam Hilux dan menutup sekuat-kuatnya pintu kereta.

***

Pagi subuh yang dingin itu, dia menatap gambar seseorang yang sangat disayanginya. Kini, dia keseorangan tanpa ibu di sisi.

“Ibu, kenapa semua ni jadi kat Ira? Kenapa Ira kena terima semua ni? Ibu, kenapa ibu pergi saat Ira sangat perlukan ibu. Ira rindu ibu,” dia bermonolog dengan titisan air mata mengimbau kembali suka dan duka hidupnya bersama arwah ibu.

Tinggal seminggu sahaja lagi dia dan Aizat bakal bernikah. Dia langsung tidak berminat untuk menjayakan majlis itu.

Datin Zahara, Datuk Mazlan masing-masing sibuk dengan tempahan catering, pelamin, baju, goodies dan sebagainya. Teruja mereka nak bermenantu jelas kelihatan.

Aizat tidak kurang hebatnya. Dia seolah-olah suka akan semua ini. Teringat semasa di butik pengantin. Aizat sahaja yang beriya-iya memilih dan me’macthing’kan baju pengantin.

Kejap-kejap yang ni tak sesuai. Kejap-kejap yang ni gelap sangat. Syahira hanya menunjukkan reaksi malas. Layannya hanya ala kadar.

Dia hanya mengikut sahaja apa yang dirancang oleh keluarga Aizat. Kalau ikutkan, mahu sahaja dia lari dari situasi itu. Tapi kemana dia mahu pergi?

Dia tidak punya siapa-siapa. Sebatang kara. Nak tak nak, terpaksalah dia turuti segala hal.

Jam tepat sepuluh pagi. Dimeja itu dia menghirup milo panas yang baru dibancuhnya.

“Minum sorang je? Untuk aku?” bersuara Aizat tiba-tiba memeranjatkan Syahira, hampir tersedak dia. Satu jelingan tajam diberikan.

Syahira hanya diam membisu menghabiskan baki air milo.

“Aku bercakap dengan meja ke apa ni? Ke aku bercakap dengan bayang-bayang aku sendiri?” soal Aizat menjengkelkan.

Dia masih diam.

“Okay, fine. Aku tahu, kau tak suka semua ni, kan? Kau rasa terpaksa kahwin dengan aku, kan?”

Diam. Masih tiada jawapan.

“Meh nak sikit air kau,” tanganya laju mencapai air milo itu lalu dihirupnya.

Syahira cuba mengambil kembali air milo itu, namun gagal. Pantas Aizat mengalihkan tangannya sebelum berjaya dirampas Syahira.

Dia bangun. Belum sempat dia membuka langkah. Aizat menghalang. Pergelangan tangannya dipegang Aizat.

“Kejap. Kau ni kenapa. Emotional?” soal Aizat.

Syahira menyentap pegangan Aizat.

“Kenapa kau tak halang semua ni? Kenapa kau biarkan semua plan mama dan papa kau terus berjalan? Ha? Kenapa?

"Aku tak nak jadi isteri kau. Kau takkan tak faham keadaan aku,” langkah diatur semula. Namun gagal.

Aizat berjaya mendapatkan Syahira semula dan menariknya sehingga badan Syahira mati didinding sebelah almari yang menempatkan pinggan mangkuk.

Dia cuba meloloskan diri dari keadaan yang seakan didakap oleh Aizat.

“Apa yang aku tak faham keadaan kau? Kenapa kau tak boleh jadi isteri aku?” soal Aizat.

“Ishh.. perlu ke kau cakap dekat-dekat macam ni? Tolonglah Aizat. Jangan buat aku macam ni.”

“Kau cakap dengan aku kenapa. Sebab peristiwa 5 tahun lepas?”

Syahira diam. Memandang tepat wajah Aizat.

“Aku tahu silap aku masa tu. Aku tak patut buat benda tu kat kau.”

“Aku tak suci, Aizat!”

“Aku yang buat kau tak suci!”

Syahira tertunduk.

“Aku terima perkahwinan ni tanpa membantah sebab aku nak tebus dosa aku kat kau. Salah ke?”

Syahira diam. Masih menundukkan kepala. Perlahan-lahan tangan Aizat mengangkat dagu Syahira agar dia memandangnya. Aizat merenung tajam ke dalam mata Syahira.

“Aku faham kau susah nak terima semua ni?”

“Aizat!” tegur Datin Zahara dari arah belakang.

Syahira yang berjaya meloloskan diri, melulu masuk ke bilik meninggalkan Datin Zahara dan Aizat.

“Ira..” panggil Datin Zahara. Namun tiada balasan.

“Kamu buat apa lagi ni?” sambungnya setelah pandangan kembali kepada Aizat.
 
Aizat hanya diam menundukkan kepala. Tiada jawapan.

Kalaulah Datin Zahara tahu keadaan sebenarnya, pasti dia tidak akan berfikiran bukan-bukan terhadap perbuatan Aizat.

***

“Ira rasa terpaksa ke kahwin dengan Aizat?” soal Datin Zahara yang datang menjenguk Syahira. Syahira memandang Datin Zahara dengan pandangan kosong.

“Aunty minta maaf. Tapi apa yang aunty buat ni untuk kebaikan kamu berdua juga.”

“Maksud aunty?” ujar Syahira.

“Aunty rasa, Ira masih ingat apa yang Aizat dah buat kat Ira 5 tahun lepas.

"Walaupun masa tu aunty sempat selamatkan keadaan, aunty masih risau kalau-kalau Aizat buat lagi.

"Bila aunty tahu yang Aizat tarik Ira masuk bilik dia tempoh hari, aunty teringat kejadian 5 tahun lepas tu,” bicaranya satu persatu, lembut dan berhalus.

Ternyata Datin Zahara masih lagi salah faham tentang kejadian dibilik Aizat tempoh hari.

“Sebelum benda buruk jadi, sebelum Aizat meragut kehormatan Ira..”

Kalaulah Aunty tahu yang Aizat dah pun meragut kehormatan Ira keesokan hari selepas aunty selamatkan keadaan, sudah tentu Aunty akan naik hantu.

Atau mungkin masa tu kita orang akan dikahwinkan. Atau juga, mungkin Aizat akan dipenjara.

“Ada baiknya kalau kamu berdua bernikah. Lagipun, aunty dah lama berkenan dengan Ira sejak hari pertama ibu Ira bawa Ira datang sini.

"Seingat aunty, masa tu Ira umur 17 tahun. Entahlah kenapa Aunty suka sangat tengok Ira.

"Aunty selalu berdoa supaya pilihan Aunty ni tepat.

"Lagipun Aizat tu satu-satunya anak Aunty. Aunty ada nyatakan hasrat ni pada arwah ibu Ira.

"Ibu Ira senyum je. Kata setuju pun tidak. Tak setuju pun tidak,” luah Datin Zahara.

“Tapi Ira ni anak orang gaji je Aunty. Tak layak untuk semua ni, apatah lagi tinggal dalam rumah ni,” katanya merendah diri.

“Aunty tak pernah berkira pun tentang hal tu. Bila Aizat cuba nak rogol Ira, Aunty tak senang duduk.

"Tapi, satu je Aunty nak tanya, kenapa Ira tak cerita hal tu pada arwah ibu?”

“Ir, Ira takut..”

“Ira tahu kenapa ibu meninggal?” tanya Datin zahara lagi.

“Sebab ibu jatuh.”

“Ira tahu yang ibu ada sakit jantung?”

Syahira mengangguk.

“Aunty minta maaf. Aunty cerita kejadian tu pada ibu Ira. Ibu Ira terkejut.

"Tiba-tiba nafas ibu Ira sesak. Arwah jatuh ke lantai, Aunty sempat sambut. Lepas tu..”

“Lepas tu Ibu meninggal?” pintas Syahira.

Datin Zahara mengangguk.

“Kenapa Aunty tak cerita hal sebenar ni kat Ira? Kenapa hari ni?”

“Aunty minta maaf,” katanya sayu.

“Tapi, sebelum arwah pergi, semasa arwah nazak, Ibu Ira tinggalkan amanat untuk Aunty.”

“Tolong jagakan Ira untuk akak. Kalau Datin masih berhasrat nak jodohkan Ira dengan Aizat, akak restu kalau itu yang terbaik..”

Datin Zahara mengimbas kembali bait-bait kata Kak Sarimah ketika arwah sedang nazak.

Air mata sudah mula membasahi pipi Syahira. Datin Zahara memeluk Syahira dengan erat.

Aizat yang sedari tadi berada di luar bilik syahira mendengar semua perbualan mereka.

Mendengarkan apa yang diceritakan oleh mamanya, rasa bersalahnya semakin menebal terhadap Syahira.

***

Tibalah saat yang dinanti-nantikan.

Hari ini Syahira Imani dan Aizat Idham akan diijab kabulkan.

Sepasang kurung moden berona putih suci terpakai molek ditubuh Syahira. Aizat memandang bakal isterinya yang berada tidak jauh darinya.

Dia mengakui kecantikan Syahira. Cantiknya luar biasa. Satu senyuman manis terukir indah dibibir Aizat kepada Syahira.

Setelah Aizat berjabat tangan dan selesai melafazkan ‘Aku terima nikahnya’ maka, sahlah mereka bergelar suami dan isteri.

“Boleh tak aku nak tanya sikit?” soal Aizat semasa melangkah menuruni anak tangga masjid.

“Apa dia?” ujar Syahira.

“Kenapa kau cantik sangat ni?” bisik Aizat ditelinga Syahira. Langkah mereka terhenti.

Syahira tersenyum memandang anak tangga.

“Takkan baru tahu..” jawabnya dan berlalu meninggalkan Aizat.

***

Perlahan-lahan dia mengambil bantal di sisi Syahira lalu dibentangnya di atas lantai bilik yang mewah itu. Saat matanya mula terlelap, satu suara membantutkan lenanya.

“Kenapa tidur kat bawah?” Soal Syahira setelah melihat suaminya tidur dilantai.

Aizat berpaling.

“Tak apalah. Kau tidurlah kat atas tu. Aku okay je kat sini.”

“Mana boleh macam tu. Ni bilik kau. Aku yang patut tidur kat bawah tu,” ujar Syahira pula.

“Tak payah nak mengada-adalah. Kau tidur je lah kat atas tu.”

“Tak boleh. Kau kena tidur sama-sama dengan aku. Kau suami aku. Takkan aku nak biarkan suami aku tidur kat lantai pulak,” ujarnya prihatin.

“Betul ni? Kau tak takut kalau aku apa-apa kan kau?” soalnya nakal.

“Apa-apa apa?”

“Ya lah. Mana tahu aku terpeluk kau ke, tercium kau ke. Karang kau kata kau nak… ehem ehem. Aku okay je,” katanya serius tapi nakal.

“Aku sepak jugak kau karang. Kau jangan nak buat hal! Tidur je lah atas ni! Ergghh!” kata Syahira bernada marah.

“Ye lah..” Aizat mengalah.

Selang sepuluh minit kemudian. Aizat masih tak boleh melelapkan mata. Dia memandang kipas yang berpusing.

“Ira..” Aizat memanggil Ira yang baring membelakanginya.

“Hmm..” Jawabnya malas.

“Kau dah tidur ke?”

“Aku tengah menoreh ni. Tak nampak ke?”

“Aku nak cakap sikit.”

“Esok je lah.”

“Mana boleh.”

“Kenapa pulak?”

“Ni antara hidup dan mati kita.”

“Kau nak mati dah ke?!” pantas Syahira memalingkan badannya menghadap Aizat.

Aizat merenung tajam mata Syahira.

“Okay sorry. Cakaplah nak cakap,” Syahira mengalah. Takut akan renungan Aizat.

Dia tahu Aizat sedang serius tika itu. Matanya juga memandang kipas yang berpusing ligat.

Beberapa saat kemudian, Aizat bersuara.

“Aku nak minta maaf pasal kejadian 5..”

“Dah lah! Kau tak payahlah ungkit kisah lama,” Syahira memotong.

“Kau ingat senang ke aku nak lupa? Dan aku tahu, kau sampai sekarang tak dapat lupakan kejadian tu.”

Syahira mengeluh lembut. Dia diam. Tak tahu mahu berkata apa.

“Kau kena tahu kenapa aku buat semua tu..”

“Apa maksud kau?”

“Aku dah lama sukakan kau, Ira. Kau je tak nak layan aku. Kau tahu tak kenapa aku selalu sakat kau? Sebab aku nak perhatian dari kau. Tapi kau still tak layan aku.”

“Kau..”

“Aku takut kau terkejut dengar pengakuan aku ni. Let me explain.” Aizat menarik nafas panjang.

“Masa Mama selamatkan kau dari tindakan bodoh aku 5 tahun lepas tu, sebenarnya aku tak ada niat pun nak buat semua tu.

"Aku kena cabar dengan kawan-kawan aku. Termasuk Razif. Dia orang tahu yang aku sukakan kau. Aku tanya dia orang macam cara nak dapatkan kau, nak buat kau jadi milik aku.”

“Sampai hati kau kan!” Syahira mula marah.

“Sabar. Aku tahu kau marah. Biar aku terus terang. Dia orang bagi cadangan tu pada aku.

"Dia orang suruh acah-acah nak perkosa kau, tapi jangan sampai perkosa betul-betul.

"Dengan cara tu, kau akan takut dengan aku dan ikut cakap aku. Aku boleh ugut kau. Tapi..”

“Tapi kau tak sempat. Mama datang selamatkan aku. Dan plan kau gagal! Lepas tu, esoknya kau..” Syahira mencelah. Mukanya merah menahan marah.

“Aku tak puas hati sebab tu aku dapatkan kau keesokkan hari tu! Aku dah rosakkan maruah kau dengan harapan bila kau mengandung kau akan kahwin dengan aku.

"Tapi sayang, Kau tak mengandung. Beberapa hari lepas tu, ibu kau meninggal.

"Apa yang aku nampak, kau kuat! Kau jalani hidup kau tanpa mempedulikan apa yang dah jadi.

"Aku sangat kecewa sebab kau masih tak nak layan aku. Asal kita berjumpa je nak bertekak.

"Dan fungsi Aida pula adalah supaya kau cemburu bila aku dengan dia. Aku tak cinta pun kat dia. Tapi masih gagal.

"Sampailah suatu ketika Aida tiba-tiba putuskan hubungan dan aku terdesak cari teman untuk ke party hari jadi Razif.

"Bila kau yang aku nampak, aku jadikan kau peluang aku. Aku tak sangka pula sampai ke peringkat ni aku dapatkan kau.”

“Kau ni memang binatang tahu tak! Kau memang jantan tak guna!” Syahira menarik selimut, turun dari katil, berjalan pantas menuju ke pintu bilik untuk keluar.

Aizat berjaya mengejar dan mendapatkan Syahira dalam pelukan.

Syahira meronta-ronta minta dilepaskan. Namun kudratnya tidak mampu menolak dakapan tubuh Aizat yang besar. Dia pasrah dalam dakapan itu.

“Aku minta maaf sekali lagi. Aku tahu tindakan aku tu tindakan paling bodoh di dunia.

"Dan aku patut terima caci dari kau. Aku tahu kau tak ada hati kat aku. Tapi aku akan usahakan untuk kau jatuh cinta kat aku.

"Aku cintakan kau Syahira Imani Binti Abdul Manaf,” bicara Aizat lembut ditelinga Syahira.

“Aku takkan jatuh cinta kat kau!”

***

3 TAHUN KEMUDIAN

“Aiman.. tolong panggilkan Abah turun breakfirst,” kata Syahira pada Aiman sambil membancuh teh untuk hidangan sarapan pagi.

“Malaslah ibu,” jawab Aiman.

“Tolonglah. Ibu tak larat nak naik atas,” ujarnya.

Tiba-tiba dia terasa dirinya dipeluk oleh seseorang dari arah belakang pinggangnya.

“Abang nak sayang yang panggilkan abang..” bisik Aizat lembut sambil mengusap-usap perut Syahira yang berusia 7 bulan itu.

“Ishh abang ni. Terkejut Ira.” Aizat tersenyum.

“Hmm.. wanginya.”

“Teh Cameron Highland memang wangi,” ujar Syahira.

“Bau teh dengan sayang tak jauh beza kan?”

“Abang nak samakan saya dengan teh eh..” Syahira berpaling lalu mengetuk manja bahu Aizat dengan sudu.

Aizat ketawa kecil. Seronok menyakat isterinya.

“Betullah. Tak percaya tanya Aiman. Kan aiman kan? Bau Ibu sama macam teh kan?”

Aiman mengangguk.

“Tapi bau Ibu lagi wangi dari teh. Hehehe.

"Ayah.. bila kita nak pergi Cameron highland lagi?” soalnya yang berusia 3 tahun.

“Lepas Ibu lahirkan adik Aiman dari perut Ibu ni kita pergi ye. Sekarang ni tak boleh. Nanti tiba-tiba Ibu terberanak dalam ladang teh tu, susah pula ayah nanti.”

Satu cubitan hinggap dipinggang Aizat.

“Eeee, mengadalah Abang ni. Apa susah, abang kendong je lah saya naik bukit ladang tu. Bukannya berat sangat pun.”

“Tak naklah Abang. Tak pasal-pasal patah pulak tulang belakang abang. Abang pulak yang masuk hospital.”

Cubitan kedua hinggap sekali lagi dipinggang Aizat.

Bila niat itu baik, maka baiklah seluruh hidupnya.

Jika halal suatu hubungan itu, maka bahagialah hidup dunia dan akhirat.

Cinta tak boleh diukur dengan batang pembaris, tak boleh ditimbang dengan alat penimbang.

Cinta itu fitrah.

Cinta indah jika kita tahu menghargainya.

Kejarlah cinta yang halal dengan meletakkan Allah nombor satu.

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Awaklah Hero Saya

Sumber: Penulisan2u