Tuesday, October 01, 2013

Maknyah Beraksi Separuh Bogel Perjuang Hak Berbogel!

Maknyah Beraksi Separuh Bogel Perjuang Hak Berbogel!

Seorang maknyah yang melakukan semua aktiviti dalam keadaan separuh bogel semata-mata kerana mahu memperjuangkan kesaksamaan berbogel, telah menerima kecaman penduduk setempat.

Stacey Schnee

Stacey Schnee, 38, bukan sahaja mengayuh basikal separuh bogel dengan mendedah bahagian atas badan, malah dia turut memotong kayu, memandu, berkebun dan mengadakan barbeque dalam keadaan tersebut.

Keadaan ini menyebabkan penduduk setempat membuat laporan polis.

Masalahnya polis pula tidak dapat menahan Schnee kerana dia menutup puting payu dara dan memakai seluar, justeru Schnee dianggap sebagai tidak berbogel.

Undang-undang di Massachusetts menetapkan berbogel dan separuh bogel adalah haram.

Schnee merupakan anggota kumpulan Topless Equality, iaitu satu kumpulan yang memperjuangkan hak wanita untuk mendedahkan bahagian atas badan di khalayak ramai, sama seperti lelaki.

Stacey Schnee

Dia yang mempunyai dua anak menjalani pembedahan tukar jantina pada bulan Jun 2011 dan pembedahan membesarkan payu dara pada tahun lepas.

Jelasnya, sebelum pembedahan itu, dia terpaksa bergelut dengan identitinya dan mahu membunuh diri kerana hidup sebagai lelaki dan wanita, bukan satu perspektif yang biasa kepada kebanyakan orang.

Keadaan berubah selepas dia menjalani pembedahan tersebut.

“Saya sering mendedahkan payudara saya dan kadang-kadang berbogel di depan anak-anak saya.

“Bagi mereka, ia bukan sesuatu yang luar biasa dan mereka tidak peduli,’’ katanya.

Sumber: Mynewshub

Thursday, September 12, 2013

Wanita Malaysia Jadi Mangsa Diskriminasi Kerana Mengalahkan 10 Peserta Lelaki!

Wanita Malaysia Jadi Mangsa Diskriminasi Kerana Mengalahkan 10 Peserta Lelaki!

Peserta wanita ke angkasa lepas menjadi mangsa terbaru diskriminasi gender di Malaysia hanya kerana mempunyai kelebihan daripada peserta lelaki, susulan kejayaan Roshini Muniam melayakkan diri ke peringkat lima peserta akhir dalam pertandingan AXE Malaysia.

Pertandingan AXE Malaysia

Kontroversi diskriminasi ke atas wanita Muslim yang menyertai pertandingan ratu cantik pada Jun lalu mendapat perhatian umum, namun Roshini atau nama mesranya Rose juga menerima kesan sama apabila menerima kritikan hebat dalam Facebook selepas berjaya mengatasi 10 peserta lelaki lain dalam pertandingan tersebut.

Siswazah daripada Universiti Malaya itu dikritik pelbagai komen negatif dalam laman Facebook (https://www.facebook.com/AXEmalaysia), antaranya menggesa beliau menyertai pertandingan ratu cantik kerana ia sesuai untuk wanita.

"Banyak lagi competition untuk female only kat luar tu lady.. Don't ruin what's intended or most considered to be men only chance? Ini pertandingan je pun, beauty pageant untuk prempuan saja cuba ada lelaki try nak masuk... kecoh sedunia," komen salah seorang penggendali akaun Facebook dengan nama Geeky Fredward.

Seorang lagi penggendali akaun Facebook bernama Syed Wazien juga mempersoalkan penyertaannya, berkata: "What - a woman?! No way, hose!!!"

Pertandingan tersebut merupakan misi untuk mencari wakil Malaysia ke kem angkasa lepas di Florida, dimana wakil daripada 150 negara akan bersaing satu sama lain untuk merebut peluang ke ruang angkasa komersil.

Bagaimanapun, graduan dalam jurusan Bahasa Inggeris tersebut tidak lemah semangat sebaliknya berhasrat untuk membuktikan wanita juga mampu berjaya.

"Batu dan kayu mungkin mematahkan tulang saya, tapi kata-kata tidak akan melukakan saya.

"Saya akan buat yang terbaik untuk memenangi pertandingan ini kerana saya mahu menjadi inspirasi kepada orang biasa untuk memiliki impian dan matlamat," kata Roshini yang dipetik dalam laman Facebooknya.

Isu diskriminasi gender, ataupun seksis sering diperkatakan di Malaysia malahan di Parlimen juga telah diluluskan supaya mana-mana ahli Parlimen tidak mengeluarkan kata-kata seksis ketika perdebatan.

Antara kes-kes seksi yang mendapat perhatian umum ialah pada Mac 2011, apabila Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin berkata semasa debat dalam meluluskan Akta Perbekalan: “Bila wanita membawa kereta perlahan, mereka tidak sedar keadaan trafik. Apabila kita menghon kepada mereka, mereka jadi marah dan tunjuk isyarat tangan kepada pemandu lain”.

Selain itu, pada tahun 2007, ketika perdebatan hangat di Dewan Rakyat dengan ahli parlimen pembangkang tentang kebocoran bumbung di Parlimen, Bung Mokhtar berkata: “Mana ada bocor? Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan juga.”

Pada April 2011, ahli Parlimen Pasir Mas pada ketika itu Datuk Ibrahim Ali mendakwa isteri punca suami menjadi curang, dengan berkata: “Apabila suami memerlukan si isteri dan si isteri sedang memasak, si isteri akan berkata, tunggu sekejap, saya sedang memasak. Dalam perspektif Islam, isteri harus memberi prioriti kepada keperluan suami”.

Pada April 2006, Abdul Fatah Harun (PAS-Rantau Panjang) berkata bahawa kebanyakan janda adalah miang.

Baru-baru ini, empat peserta pertandingan ratu cantik dihalang daripada menyertai pertandingan ratu cantik kerana melanggar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang diwartakan pada 8 Februari 1996.

[Sumber]

Saturday, September 07, 2013

Guru Kaji Selidik Saiz Kemaluan Murid Diselar

Guru Kaji Selidik Saiz Kemaluan Murid Diselar

Kementerian Pendidikan Indonesia semalam mengutuk keputusan pegawai sebuah bandar kecil di Aceh kerana meminta pelajar menilai kemaluan masing-masing dalam kajian di peringkat sekolah.

Gambar hiasan.

Soalan kesihatan itu, diedarkan kepada pelajar berusia 11 dan 12 tahun di bandar Sabang - mengandungi gambar kemaluan dan mereka diminta menyatakan saiz kemaluan masing-masing.

Pelajar juga ditanya sama ada mereka pernah mengalami mimpi erotik. Seorang ibu, Nurlina berkata, anak lelakinya diminta melengkapkan kaji selidik itu yang memaparkan kemaluan lelaki dan perempuan.

“Ia menunjukkan kemaluan dari saiz paling kecil hingga terbesar dan pelajar diminta menyatakan saiz yang paling hampir dengan kemaluan mereka,” katanya.

Melihat kandungan kaji selidik itu, kata Nurlina, 40, dia mengarahkan anaknya tidak melengkapkan soalan berkenaan dan dia membuat aduan kepada sekolah.

Pegawai pendidikan merancang mengedarkan kaji selidik itu ke enam sekolah rendah di Sabang tetapi hanya satu sempat dilakukan sebelum ia mencetuskan kemarahan orang ramai.

Sementara itu, ketua Pejabat Pendidikan Sabang Misman berkata, kaji selidik itu cuba mahu menilai tahap kesihatan pelajar.

“Namun saya tidak tahu menahu mengenai kewujudan gambar yang terlalu lucah itu,” katanya.

Sami potong kemaluan sendiri

Gambar hiasan.

Sementara itu, seorang sami mengembiri dirinya sendiri kerana usaha memprotes penahanan seorang pemimpin kerohanian Hindu atas dakwaan merogol, kata polis semalam.

Baba Premdas, 60, ditemui berlumuran darah kelmarin di Uttar Pradesh selepas memotong kemaluannya kerana berang Asaram Bapu ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Amethi, Alankrita Singh berkata, pihak berkuasa belum pasti motif sebenar Premdas bertindak nekad begitu.

“Ada pihak berkata dia memprotes penahanan Bapu, tetapi sesetengah sumber memberitahu dia sendiri takut jika berada dalam situasi Bapu pada satu hari nanti,” katanya.

Premdas dipindahkan ke hospital untuk menjalani pembedahan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Walaupun polis mendapati kecederaan pada Premdas adalah akibat perbuatan sendiri, mereka tetap akan menyoal siasat sami terbabit.

Bapu ditahan kerana didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun beberapa hari lalu.

-AFP

Wednesday, September 04, 2013

Gadis Bertudung Dilayan Lebih Baik Di UK Berbanding Malaysia Sendiri!

Gadis Bertudung Dilayan Lebih Baik Di UK Berbanding Malaysia Sendiri!

Seorang pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) berkongsi status berkenaan kekecewaannya yang mahu mencari kerja sambilan sementara menunggu kursus KPLInya bermula.

Gadis Bertudung
Gambar hiasan.

Kenapa si gadis kecewa? Semuanya kerana beberapa lokasi meminta pekerjaan menafikan haknya untuk bekerja kerana dia bertudung atau memakai hijab.

Menurutnya, gadis itu Mira Kamil berkata beliau keluar mencari pekerjaan sementara di pusat membeli-belah KLCC dan dia beliau menerima jawapan yang cukup mengejutkan.

Dalam statusnya beliau berkata kedai barangan sukan Nike berkata "Kita memang nak pakai orang, tapi tak nak yang pakai tudung,"

Kemudian di kedai Topshop pula mereka berkata, "Sorry, pakai tudung tak boleh kerja sini,"

Mira kemudian menjengah ke kedai Esprit dan pertanyaan mencari pekerjaan disambut dengan gelak ketawa oleh pekerja di sana dan berkata, "We don't hire hijab people,"

Akhir sekali Mira berkongsi jawapan pihak kedai Isetan yang berkata, "Selalunya kita tak ambil orang pakai tudung kerja dengan kita," menurut status Facebook Mira.

Gadis Bertudung

"Saya sudah tinggal di United Kingdom lebih dari empat tahun dan sudah menjelajah banyak lokasi di Eropah dan juga di Atlantik Utara tetpi beliau tidak pernah berasa sedih memakai hijab.

"Tetapi kini saya dimalukan di negara sendiri kerana menutup rambut yang juga aurat saya."

"Merdeka?? Benarkah?? Betapa jelas ini bukan sebuah negara Islam, di UK tidaklah seteruk ini, saya terlalu kecewa," katanya di statusnya.

BACA INI JUGA: Isteri Solehah Punca Kebahagiaan Suami

Tuesday, September 03, 2013

Black Jesus Dikasi Sebelum Dibunuh Atas Tuduhan Merogol

Black Jesus Dikasi Sebelum Dibunuh Atas Tuduhan Merogol

Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka menetaknya hingga mati kerana membunuh remaja perempuan untuk dijadikan korban.

Black Jesus
Steven Tari (Black Jesus).

Steven Tari, pesalah rogol yang disyaki memakan mangsanya dibunuh di sebuah kampung terpencil di Papua New Guinea minggu lalu.

Akhbar National melaporkan dia diburu 80 lelaki sebelum dibunuh, kemaluannya dikasi dan diheret dengan tongkat yang diikat pada lehernya sebelum dicampakkan ke dalam perigi buta.

(Baca: Black Jesus Dicekik Sampai Mati!)

Tari menjadi buruan sejak melarikan diri dari penjara di Madang, timur negara itu bersama 48 banduan lain pada Mac lalu.

Mayatnya digali polis, pekerja penjara dan pekerja kesihatan Jumaat lalu. Seorang doktor di Hospital Modilion, Gawi, berkata, mayatnya mempunyai beberapa kesan tetakan.

‘Dia ditetak dan dikelar dengan pisau di lengan, kaki, dada dan perut hingga menampakkan ususnya. Kemaluannya juga dikasi,” kata Gawi.

Tari, paderi Lutheran yang gagal dan lebih dikenali sebagai Black Jesus didapati bersalah pada 2010 kerana memperkosa remaja perempuan yang menjadi pengikut gerejanya dan dihukum penjara 10 tahun.

Ketika itu dia mempunyai beribu-ribu pengikut di kampungnya, termasuk askar bersenjata yang bertugas melindunginya.

Antara ajarannya ialah remaja perempuan perlu ‘berkahwin’ dengannya sebagai mentaati suruhan Tuhan. -AFP

Sunday, September 01, 2013

Black Jesus Dicekik Sampai Mati!

Black Jesus Dicekik Sampai Mati!

Seorang pemimpin kumpulan agama yang menggelar dirinya Black Jesus dan diketahui membunuh pengikut sendiri untuk mendapatkan darah mereka, dibunuh dalam kawasan hutan di Papua New Guinea, kelmarin.

Black Jesus
Gambar fail menunjukkan Tari ketakutan selepas dia dibelasah 
dan diikat sebelum diserahkan kepada polis pada 2007.

Bekas penuntut Bible yang gagal dalam pembelajarannya, Stephen Tari dilaporkan pernah mengetuai 6,000 pengikutnya di kawasan pergunungan di negara itu.

Enam tahun lalu Tari, 40, didakwa membunuh sekurang-kurangnya tiga remaja perempuan digelar sebagai Gadis Bunga dan ibu mereka dipaksa menyaksikan dia meminum darah mangsa.

Menganggap dirinya sebagai “Jesus sebenar” Tari cuma disabitkan kesalahan atas tuduhan merogol tiga tahun lalu sebelum kerajaan memperkenalkan hukuman mati terhadap kesalahan bunuh atau rogol.

Dia juga menjadi seorang daripada 48 banduan yang memboloskan diri dari penjara enam bulan lalu. Sejak itu, Tari menjadi pelarian dengan sejumlah pengikut sebelum hidupnya ditamatkan di tangan orang awam apabila membunuh seorang wanita dan cuba membunuh seorang yang lain.

Dikelilingi penduduk kampung, Tari dipercayai dibelasah dan dicekik hingga mati bersama seorang daripada pengikut setianya di kawasan terpencil Gal di utara wilayah Madang kelmarin.

Disebabkan lokasi kejadian jauh di pedalaman polis tidak dapat mengesahkan sama ada Tari benar-benar membunuh seorang wanita kerana mahu menghidupkan semula ajaran kepercayaannya.

Ketua Polis Madang, Sylvester Kalaut berkata, tempat Tari dibunuh terletak beberapa kilometer dari bandar dan memerlukan masa kira-kira empat jam berjalan sebelum sampai ke situ.

“Kami menghantar polis dan doktor ke situ untuk mengetahui punca kematian Tari,” katanya. -Agensi

Sunday, August 18, 2013

Syarikat Tindas Pekerja Arah Pakai Lampin Pakai Buang!

Syarikat Tindas Pekerja Arah Pakai Lampin Pakai Buang!

Macam-macam hal!! Sebuah syarikat kerjasama antara Amerika Syarikat dan Korea Selatan di Honduras kini dituduh oleh kesatuan kerja dan bekas pekerja selepas mereka memaksa pekerja memakai lampin pakai buang dewasa bagi meningkatkat produktiviti.

Gambar hiasan

Biarpun pentadbiran syarikat berkenaan menafikan dakwaan itu, satu siasatan sudah pun dijalankan menentukan kebenaran dakwaan itu.

Sabtu lepas Setiausaha Agung Konfiderasi Pekerja Umum di Honduras, Daniel Duron mendedahkan tindakan mengetepikan hak asasi manusia itu oleh syarikat Kyungshin-Lear Honduras Electrical Distribution System beribu pejabat di Korea Selatan itu.

Syarikat itu didakwa pekerjanya memakai lampin pakai buang dewasa bagi mengelakkan mereka pergi ke tandas membuang air kecil. Lebih malang syarikat tidak membekalkan lampin pakai buang itu.

Para pekerja terpaksa membeli sendiri lampin berkenaan dan mereka tidak dibenarkan meninggalkan meja kerja mereka, atau menghadapi risiko kehilangan pekerjaan.

Daniel membuat dakwaan itu berasaskan kepada beberapa keterangan dibuat pekerja syarikat Kyungshin-Lear dan mendesak siasatan dari pada pihak berkuasa.

Menteri Buruh Honduras Jorge Bogran pula memberitahu media, bahawa pihaknya sedang menyiasat dakwaan itu.

Wakil Undang-Undang syarikat itu Edgardo Dumas menafikan dakwaan sebagai palsu dan tidak berasas serta tegas mengatakan syarikat itu tidak langsung melanggar undang-undang buruh di negara itu.

Seorang pekerja Maria Gelano yang dipecat dari syarikat itu selepas bekerja selama tujuh tahun di syarikat itu mengesahkan dakwaan Daniel adalah benar.

“Amat memalukan, pekerja di sana perlu memakai lampin pakai buang dewasa kerana mereka tidak membenarkan pekerja pergi ke tandas, ramai pekerja di syarikat itu boleh mengesahkan dakwaan ini,” katanya.

Syarikat Kyungshin-Lear memulakan operasinya di Honduras 10 tahun lalu dan mempunyai kira-kira 3,500 orang pekerja. -Mynewshub

Sunday, July 28, 2013

Ahli Parlimen Terupload Gambar Kemaluan Di Instagram

Ahli Parlimen Terupload Gambar Kemaluan Di Instagram

Seorang anggota Parlimen Sweden secara tidak sengaja memuat naik gambar kemaluannya dalam Instagram ketika mahu menunjukkan tatu terbaru kepada pengikutnya di rangkaian media sosial itu.


Bekas pemimpin parti sayap kiri Sweden, Lars Ohly yang juga penyokong tegar kelab bola sepak Liverpool berhasrat memuat naik gambar tatu burung, lambang Liverpool di tepi betisnya.

Tetapi dia tidak sedar ‘burungnya’ juga kelihatan ketika dia merakam gambar tatu itu.

Ohly, 56, segera memindahkan gambar itu, tetapi tidak dapat menyekat kebanjiran komen yang diterimanya di media sosial.

Menteri Luar Sweden, Carl Bildt daripada parti lawan berjenaka: “Tahniah, akhirnya selepas beberapa tahun, kamu berjaya.”

Ohly yang tidak mahu memperbesarkan perkara itu berkata, dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar selepas ini.

“Saya secara tidak sengaja memuat naik gambar di Instagram menunjukkan lebih daripada yang sepatutnya,” katanya. -AFP

Saturday, July 27, 2013

Lelaki Telan Pil Kuda Ingin Jadikan Malam Pertamanya Luar Biasa!

Lelaki Telan Pil Kuda Ingin Jadikan Malam Pertamanya Luar Biasa!

Seorang pengantin lelaki bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengambil pil kuda semata-mata ingin menjadikan malam pertamanya luar biasa.

Gambar hiasan

Bagaimanapun tindakan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori hantu itu membawa padah apabila dia dicekup polis, dua hari selepas dia bergelar pengantin baru.

Pemuda berusia 25 yang baru naik pelamin bersama gadis pilihannya berasal dari Kampung Delong dalam satu majlis persandingan yang difahamkan berlangsung di Kampung Nibong itu ditahan dalam serbuan polis kira-kira jam 2 petang.

Dia ketika itu dipercayai berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil dadah.

Suspek yang mempunyai ahli keluarga berasal dari Bachok, Kelantan ketika ditemui turut mengakui menjadi penagih sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan lebih dua kali sebelum ini.

Pengantin baru ini dicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah dibawa ke ibu pejabat polis daerah setelah dicekup bersama rakannya kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Katanya, dia berjaya memujuk gadis yang kini menjadi isterinya untuk berkahwin setelah mendakwa sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya.

“Sebelum ini isteri saya tahu bahawa saya seorang penagih, akan tetapi demi cinta suci kami, dia sanggup melayari bahtera dengan berkahwin dengan saya.

“Namun dia tidak mengetahui bahawa saya ada mengambil dadah sehari sebelum naik pelamin sehinggalah saya ditangkap petang tadi,” katanya yang didapati positif dadah jenis methampethamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

[Sumber]

Tuesday, July 09, 2013

Sanggup Masuk Neraka Demi Kekasih!

Sanggup Masuk Neraka Demi Kekasih!

Seorang lelaki Yaman yang ditolak bapa saudaranya apabila dia melamar anak perempuan lelaki tua berkenaan menembak wanita terbabit di kepala sebelum membunuh diri.

Gambar hiasan

Lelaki berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Bassam itu pergi ke kediaman bapa saudaranya di Sana’a dan memberitahu, dia ingin berkahwin dengan sepupunya.

Bassam terkejut apabila bapa saudaranya menolak permintaannya kerana dia dan sepupunya itu saling mencintai.

Selepas lamarannya ditolak, Bassam mengeluarkan pistol dan menembak sepupunya di kepala.

Dia melihat ke arah keluarga sepupunya yang terkejut dan memberitahu mereka jika dia tidak dapat memiliki wanita itu, mereka juga tidak akan memilikinya.

Bassam kemudian berkata: “Biarkan dia (sepupunya) ke syurga,” lapor akhbar harian Kuwait Al Rai.

“Bassam kemudian mengacukan pistol ke kepalanya sambil melihat semula ke arah bapa saudaranya dan berkata:

“Dan saya akan ke neraka” sebelum menembak dirinya sendiri.

-Agensi

Tuesday, July 02, 2013

Guantanamo Diiktiraf Penjara Paling Tidak Berperikemanusiaan Di Dunia

Guantanamo Diiktiraf Penjara Paling Tidak Berperikemanusiaan Di Dunia

Pakar antarabangsa melaporkan, AS memilih Teluk Guantanamo sebagai kawasan pusat tahanan kerana ia selamat daripada gangguan al-Qaeda mahupun Taliban.


"Teluk Guantanamo ini bebas dari diganggu oleh aktivis hak asasi kemanusiaan antarabangsa selain AS boleh melakukan apa sahaja kepada banduan," kata pakar yang enggan mendedahkan identitinya.

Tahanan di Kem Delta dilaporkan, dikawal rapi sehingga setiap percakapan mereka dipantau dari Pentagon.

Sebuah lagi pusat tahanan, Kem Iguana, berkedudukan 1km dari Kem Delta menempatkan hanya tiga tahanan di bawah umur 16 tahun. Ia pernah ditutup pada pertengahan 2005 dan dibuka semula dengan menempatkan 38 tahanan.

Bekas tahanan Libya, Omar Deghayes memberitahu akhbar Newsday, matanya pernah disembur dengan serbuk lada.

"Mereka (tentera AS) berbaris, menyanyi dan ketawa sebelum menyemburkan muka saya dengan lada. Bukan sekadar itu, mereka turut menjolokkan jari yang dipenuhi serbuk lada ke mata saya," katanya.

Omar memberitahu, setiap hari ada sahaja seksaan berlainan dilakukan ke atasnya oleh tentera AS.

"Muka saya pernah dilumur dengan najis, dikenakan renjatan elektrik, dibogelkan dalam cuaca sejuk serta dibiarkan kelaparan selama 40 hari," jelas Omar yang dibebaskan dalam 2007.

Beberapa tahanan yang dibebaskan pada tersebut menjadi buta selain saksi tindakan keji tentera AS di penjara Guantanamo atau 'Gitmo'.

Bekas tahanan yang enggan dikenali berkata, melihat seorang askar menembak dan membenamkan banduan ke dalam air.

Malah, penghinaan paling menyedihkan apabila al-Quran disumbat ke lubang tandas.

"Saya pernah melihat sendiri seorang tahanan bernama Abdul Malik berasal dari Itali diseksa sehingga mati," katanya.

Bercerita tentang kisah penghinaan terhadap al-Quran, bekas tahan berasal dari Pakistan, Abdurahim mempunyai cerita.

Menurutnya, penghinaan terhadap al-Quran di penjara Guantanamo oleh tentera AS merupakan aktiviti rutin.

“Ia adalah rutin mereka, khususnya pada hari pertama tahanan Islam memasuki penjara.

“Mereka membuang kitab suci itu ke atas tanah, memijak-mijaknya dan mengatakan kepada salah seorang tahanan yang sedang disoal siasat bahawa tidak ada seorang pun dapat menghentikan mereka berbuat sedemikian,” kata Abdurahim dalam sebuah wawancara dengan televisyen Afghanistan AVT Khyber pada Mei 2005.

Tidak hanya seksaan secara fizikal yang dialami oleh para tahanan, tentera AS juga melakukan tekanan secara psikologi dengan pelbagai bentuk penghinaan.

Muhammad Al Qahthani, tahanan dari Arab Saudi menceritakan, dipaksa menggunakan pakaian dalam wanita dan menari dengan tahanan lain.

Lapor akhbar New York Times pada Julai 2004, selain diseksa dan dimalukan, askar AS juga melayan mereka seperti seekor binatang.

“Satu ketika, saya memasuki ruang soal siasat seorang tahanan yang dirantai tangan dan kakinya berkedudukan seperti janin dalam perut.

"Di sana tidak ada kerusi, makanan atau air. Kebanyakan mereka sudah terkencing atau buang air besar dan dibiarkan lebih daripada 24 jam.” lapor New York Times.


-Sinarharian

Monday, July 01, 2013

Baju Pengacara Wanita Terlondeh Ketika Siaran Langsung

Baju Pengacara Wanita Terlondeh Ketika Siaran Langsung

Sebuah video yang menunjukkan seorang pengacara wanita terpaksa menahan malu apabila bajunya secara tiba-tiba terlondeh ketika sedang bersiaran secara langsung.


Program tersebut sedang bersiaran secara langsung dan pengarah produksi tidak sempat untuk menamatkan siaran.

Kejadian sebegini sangat tidak professional dan amat memalukan.

Sebagai pengacara, mereka seharusnya tahu etika pemakaian yang sesuai dengan program yang dibawa.

Bukan itu sahaja, etika pemakaian dalam sesebuah rancangan televisyen dilihat sebagai satu penanda aras dalam menunjukkan kreadibiliti sesebuah organisasi media itu.

Tonton videonya disini..

-Mynewshub

Sunday, June 30, 2013

Kewujudan Mengarut Negara Gay Dan Lesbian Di Australia

Kewujudan Mengarut Negara Gay Dan Lesbian Di Australia

Pernahkah anda mendengar sebuah negara yang dinamakan Gay and Lesbian Kingdom of the Coral Sea Islands? Mungkin ramai tidak tahu negara ini sebenarnya wujud, walaupun tidak diisytiharkan secara rasmi, tetapi penduduk di sini telah mengisytiharkan kemerdekaan sendiri.

Negara Gay Dan Lesbian

Ditubuhkan pada bulan Jun 2004, Kerajaan Gay dan Lesbian Laut Coral Islands telah diwujudkan oleh sekumpulan penunjuk perasaan gay terhadap keengganan kerajaan Australia untuk mengakui perkahwinan sejenis.

Mereka menyewa kapal dipanggil Gayflower dan memilih Kepulauan Laut Coral sebagai lokasi mereka. Pulau utama yang dipilih untuk penempatan baru mereka dipanggil Pulau Cato.

Pemimpin penunjuk perasaan, Dale Anderson, diisytiharkan sebagai "maharaja" kerajaan itu, dengan gelaran Dale Anderson I.

Pada masa ini, selain daripada penduduk penunjuk perasaan, pulau itu sendiri tidak didiami dan kerajaan itu tidak diiktiraf oleh Australia atau mana-mana kerajaan di dunia.

Berikut fakta ringkas tentang 'negara diraja' ini:

Gay and Lesbian Kingdom info
Gay and Lesbian Kingdom info
Gay and Lesbian Kingdom info

BACA INI JUGA: Normalisasi, Seks Bebas Dan Dosa Sebagai Perkara Biasa

-Sentiasapanas.com

Tuesday, June 25, 2013

AS Hasilkan Peluru Bersalut Babi Untuk Menentang Pejuang Islam

AS Hasilkan Peluru Bersalut Babi Untuk Menentang Pejuang Islam

Sebuah syarikat persenjataan AS telah menghasilkan peluru berlapis lemak babi untuk digunakan terhadap Muslim.


“Dengan Jihawg Peluru, anda tidak hanya membunuh pengganas Islam, tapi anda juga akan menghantarnya ke neraka,” kata pemilik South Fork Industries dalam siaran akhbar yang dipetik oleh The Washington Post.

“Itu perkara penting, kerana ia akan memberikan suatu ketakutan kepada bakal syahid Islam untuk mereka fikirkan sebelum mereka memutuskan untuk melancarkan serangan. Tambahnya.

Syarikat senjata yang berpusat di Dalton Gardens, Idaho jurucakap syarikat berkata, “yang disebut Peluru Jihawg, adalah” Penghalang pertahanan diri (defensif) dari orang-orang yang ekstrimis yang bertindak atas nama Islam. ”

Menurut syarikat itu, peluru yang bersalut lemak daging babi, menjadikan peluru itu “haram”, atau bahan-bahan yang haram yang dapat menembusi dan masuk ke dalam tubuh Muslim.

Dikatakan bahawa peluru akan membuatkan seorang muslim yang ditembak walaupun dengan satu peluru itu akan menghalang dari masuk syurga.

Syarikat mengatakan peluru babi ini akan membuat “para pengganas” akan berwaspada dan berdamai melalui ‘Babi’.

Website syarikat itu juga membawa sejumlah slogan yang dianggap anti-Muslim, dengan menampilkan slogan-slogan seperti “Masukkan daging Babi di Muhammad”

Konsep syarikat tersebut tidak mempunyai pemahaman yang tepat dari ajaran al-Qur’an berkaitan daging babi.

“Tidak ada sekatan dalam Islam hanya kenalan langsung dengan daging babi, seperti yang dijelaskan dalam Al-Qur’an,” kata Shannon Dunn, pembantu profesor kajian agama di Universiti Gonzaga, The Washington Post.

Dunn berkata ayat-ayat Al-Quran hanya melarang mengguna daging babi dan bangkai.

“Setahu saya, umat Islam, tidak akan dilarang memasuki syurga hanya kerana tersentuh daging babi,” katanya.

“Bahkan ada beberapa penafsir yang menunjukkan bahawa umat Islam dibenarkan memakan daging babi jika dalam keadaan darurat, daripada bahaya kelaparan atau kejahilan, daging babi boleh menjadi dibenarkan jika dihadapkan dengan alternatif keterpaksaan seperti itu.” Tambahnya.

Diterjemahkan oleh detik islam dari sumber eramuslim.com

Sunday, June 23, 2013

Lelaki Mati Ketika Lakukan Aksi Seks Ganas

Lelaki Mati Ketika Lakukan Aksi Seks Ganas

Siasatan polis tidak menolak kemungkinan kematian Jeffri Mohd. Alee yang lehernya dijerut dengan tali pinggang di Flat Sri Lempah, Lorong Jugra, Jalan Klang Lama di sini pada Rabu lalu ada kaitan dengan cubaan melakukan seks ganas.


Mayat Jeffri, 25, dikatakan ditemui pada pukul 10 malam di dalam sebuah bilik di rumah tersebut dalam keadaan separuh bogel dan memakai rambut palsu wanita berwarna perang.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mangsa dipercayai bersama seorang individu lain dan kemungkinan baru hendak mengadakan hubungan seks berdasarkan kepada keadaan mangsa ketika ditemui.

“Pemeriksaan forensik tidak menjumpai kesan air mani pada tubuh mangsa namun siasatan awal yang dijalankan seakan-akan menjurus ke arah cubaan melakukan seks,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

-Kosmo

Friday, June 14, 2013

Majlis Perkahwinan Paling Teruk Di Dunia

Majlis Perkahwinan Paling Teruk Di Dunia

Pakar kesihatan terkenal di Hollywood, Rainbeau Mars yang terkenal dengan dvd yoganya itu boleh dianggap sebagai bakal pengantin paling teruk.


Apa tidaknya, semua tetamu yang dijemput ke majlis perkahwinannya yang akan diadakan di Kauai, Hawaii pada bulan depan, diminta melakukan pembersihan dalaman selama tiga minggu.

Dia yang akan berkahwin dengan Michael Karlin itu, telah meminta tetamunya melakukan diet dengan hanya memakan sayur segar selama 21 hari dengan menunya ditetapkan oleh Mars sendiri.

Menurut Mars, melalui diet ketat itu, ia akan membantu meningkatkan sistem imun badan selain mencegah penyakit, mengurangkan tekanan dan mencantikkan rambut.

Malah pada majlis perkahwinan itu juga, tetamunya akan disediakan aktiviti unik termasuk menunggung kuda, kelas pernafasan dan yoga.

Antara jemputan yang dijemput ialah selebriti Melissa dan Joan Rivers serta Josie Maran.

Dalam pada itu, ramai tetamu jemputannya yang terkejut dengan tindakan Mars yang menetapkan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan.

Namun Mars mempertahankan tindakannya itu dan menuduh orang ramai mempunyai persepsi salah terhadap perkahwinannya.

Jelasnya, sebagai pakar kesihatan, orang ramai sepatutnya mencuba gaya hidup sihat itu dan berterima kasih kepadanya kerana memberi peluang kepada mereka.

-Mynewshub