Monday, October 17, 2016

Fesyen Pelik `Langkah Mayatku’ Untuk Orang Mati!

Fesyen Pelik `Langkah Mayatku’ Untuk Orang Mati!

Fesyen dalam kubur memang pelik bunyinya, namun sebuah gedung fesyen telah menghasilkan rekaan baju untuk dipakai oleh orang yang telah meninggal ketika berada di dalam keranda.

`Langkah Mayatku’

Ia sekaligus membolehkan orang mati masih dapat bergaya walaupun tertanam enam kaki di bawah tanah.

Fesyen pelik yang digelar sebagai ‘langkah mayatku’ ini turut menampilkan rekaan untuk lelaki dan wanita, lengkap dengan barang kemas dan aksesori.

Mereka yang ingin kelihatan cantik walaupun selepas mati boleh menggunakan koleksi ‘Over My Dead Body’ untuk memastikan mayat mereka segak pada majlis pengebumian.

Ia dihasilkan selepas satu kajian yang dijalankan di Britain mendapati ramai yang sanggup membelanjakan wang semata-mata mahu kelihatan bergaya meskipun sudah berada di dalam kubur.

Hasil kajian oleh Lyst itu mendapati 52% wanita mahu kelihatan bergaya dengan fesyen mahal dan ada pula yang hanya memilih pakaian malam sahaja. Wanita juga mahu dipakaikan kasut tinggi.

Soal harga tidak menjadi masalah kepada mereka asalkan dapat bergaya.

`Langkah Mayatku’

Menurut pengarah editorial Lyst, Katherine Ormerod, apa yang dipakai pada saat akhir akan memberikan gambaran mengenai personaliti seseorang dan itu yang mahu dibawa bersama ketika berada dalam keranda.

Rangkaian baju, barang kemas dan aksesori diperagakan wanita yang bergambar di dalam keranda, malah mereka turut dikenakan solekan untuk lebih nampak seperti mayat.

Macam-macam benda pelik direka, hakikatnya pakaian akhir hanyalah kain kapan berwarna putih, tidak kira siapa pun.

“Tidak hairanlah jika pakaian saat dikebumikan juga dipandang serius segelintir masyarakat.

"Buat apa memilih pakaian membosankan selepas meninggal dunia?

"Kematian adalah sesuatu yang abadi jadi tidak hairan jika pakaian dikenakan cantik dan menarik,” katanya.

Namun, hakikatnya emua orang adalah sama, hanya amal ibadat yang akan membezakan manusia di sisi Allah.

BACA INI JUGA: Misteri Keranda Bergerak Di Makam Chase Vault

Sumber: Mynewshub

Friday, April 03, 2015

April Fool, Budak Sabah Hanya Bergurau Google Beli Ideanya!

April Fool, Budak Sabah Hanya Bergurau Google Beli Ideanya!

Sejak semalam, tersebar satu laporan menyatakan tentang kejayaan seorang pelajar dari Sabah yang berjaya ‘menjual’ ideanya kepada syarikat enjin carian Google setelah menyertai satu peraduan.

Yusrim Karim Bodoh

Yusrim Karim, 15, dikatakan telah menerima tawaran lumayan daripada Google untuk bekerjasama dengan mereka apabila idea yang diberinya mencuri perhatian. Nak tahu tawaran apa diterimanya?

Diberi tiga pilihan, Yusrim kononnya ditawarkan untuk membuka syarikat di bawah tajaan Google dengan nilai projek USD36 juta, berkerja dengan Google dan bakal diberikan dana USD12 juta atau menjual ideanya kepada syarikat tersebut dengan harga USD50 ribu.

Memang kedengaran cukup membanggakan, malah ramai yang memuji kegigihan serta kepintaran remaja tersebut, namun semua itu rupanya sandiwara belaka.

Menurut laporan terbaru media massa, Google telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak pernah membuat peraduan sebagaimana didakwa dan tidak pernah menghubungi remaja terbabit.

Memetik kenyataan Ketua Jabatan Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Google Malaysia, Zeffri Yusoff, pihaknya menyangkal penuh laporan tentang kejayaan remaja itu dan menganggap ia hanyalah satu helah sempena ‘April Fool’.

Kata beliau seperti dilaporkan Harian Metro, “Kita tidak mahu panjangkan cerita ini, kami menjemput pelajar dan cikgunya datang ke pejabat untuk berikan hadiah April Fool.”

Remaja terbabit dikatakan cuma bergurau dengan guru-guru di sekolahnya apabila mendakwa pihak Google tertarik dengan perisian ‘Coker Chat’ yang diciptanya.

Dia mendakwa mengambil masa selama lima bulan bagi menghasilkan format yang mampu memudahkan pengguna seluruh dunia berkomunikasi menggunakan bahasa sendiri.

Apa-apapun, tahniah buat remaja tersebut kerana berjaya memperdayakan seluruh negara sempena ‘April Fool’!

Tahniah kerana selepas 15 tahun bersekolah, bukan akhlak mulia yang terhasil tetapi kebolehan dan kepandaian menipu orang lain!

Rasa-rasanya menjelang beberapa tahun lagi bakal jadi penipu besar di Malaysia..

BACA INI JUGA: Asal-usul Sambutan April Fool Yang Ramai Tak Tahu!

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, March 03, 2015

Nasihat Seorang Perogol Untuk Wanita

Nasihat Seorang Perogol Untuk Wanita

Insiden hitam yang menimpa, Jyoti Singh, seorang pelajar perubatan di India dua tahun lalu apabila dia dirogol, dibelasah dan disula sekumpulan lelaki sebelum meninggal dunia dua minggu kemudian menarik perhatian dunia dengan menyifatkan betapa kejam perlakuan tersebut kepada mangsa.

Mukes-Singh
Mukes Singh.

Namun, menerusi temubual eksklusif bersama portal berita BBC baru-baru ini, salah seorang suspek yang disabit bersalah dan menunggu hukuman dijatuhkan membuat kenyataan mengejutkan apabila menyalahkan mangsa berikutan serangan kejam insiden rogol dan pembunuhan itu.

Ketika ditemubual di penjara, Mukes Singh menyatakan seorang wanita yang keluar pada waktu malam perlu menyalahkan diri mereka kerana menarik perhatian golongan lelaki selain seorang wanita perlu lebih bertanggungjawab terhadap insiden rogol berbanding lelaki.

Menurutnya, kematian Jyoti ketika serangan pada Disember 2012 disifatkan sebagai satu 'kemalangan'.

“Apabila dirogol, dia (Jyoti) tidak sepatutnya melawan balik. Dia hanya perlu berdiam diri dan membiarkan dirinya dirogol.

“Selepas itu, mereka akan diturunkan dari bas itu apabila selesai merogolnya dan hanya memukul kawan lelakinya itu,” katanya dalam satu program berjudul “Storyville – India’s Daughter” yang bakal disiarkan BBC Four sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac ini.

Menurut laporan media sebelum ini, ketika kejadian Jyoti bersama rakannya Awindra Pandey,28, dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum diperdaya untuk menaiki bas yang dipandu Mukes bersama lelaki lain sebelum mereka diserang.

Kedua mangsa dipukul menggunakan batang besi sebelum Jyoti dirogol berkali-kali dan kedua mereka ditemui berbogel di jalan raya.

Jyoti meninggal dunia dua minggu kemudian manakala rakannya terselamat.

Bercerita mengenai insiden itu kepada BBC, Mukes bagaimanapun tidak mengaku terlibat dalam insiden kejam itu dan mendakwa hanya menjadi pemandu bas ketika kejadian.

Namun, tuntutan dia ditolak makhamah apabila menemui bukti DNA menunjukkan bahawa dia juga terlibat dalam insiden merogol Jyoti.

“Jika bertepuk sebelah tangan, ia tidak akan berbunyi.

“Seorang gadis yang baik tidak akan keluar jam 9.00 malam.

“Lelaki dan perempuan tidak sama. Kerja rumah dan mengemas rumah adalah untuk perempuan dan bukannya berkeliaran di kelab malam dan memakai pakai yang tidak betul (seksi).

“Kira-kira 20 peratus saja daripada perempuan adalah baik,” katanya.

Mukesh turut menambah, hukuman yang dikenakan kepadanya dan perogol lain akan lebih merisikokan mangsa rogol pada masa akan datang.

“Hukuman mati akan menjadikan perkara tersebut (rogol) lebih berbahaya kepada mangsa.

“Sebelum ini, mereka akan merogol dan mendakwa akan meninggalkan mangsa.

“Namun, sekarang apabila mangsa dirogol, perogol akan membunuh gadis tersebut (untuk mengelakkan diketahui),” ujarnya.

BACA INI JUGA: Tips Untuk Gadis Seksi Elak Perogol

Sumber: Malaysiandigest

Saturday, October 11, 2014

Bibir Paling Besar Dikatakan Cantik!

Bibir Paling Besar Dikatakan Cantik!

Habsyah – Ia merupakan kaedah yang digunakan sejak zaman purba untuk `mencipta’ kecantikan bertujuan menarik perhatian suami dan itulah yang dilakukan, Ataye Eligidagne, yang baru berusia 20 tahun.

Ataye Eligidagne

Dia memiliki bibir yang ditebuk lubang, paling besar di dunia berukuran 59.5cm dan 19.5 cm diameter.

Kaedah ini dilakukan dengan memasukkan cakera di lubang bibir sejak 1896.

Ia juga telah menjadi tradisi kepada kaum wanita di puak Surma yang menetap di perkampungan Omo Rover, di selatan Habsyah.

Prosedur ini termasuk kaedah mencabut dua batang gigi dan ia dilakukan ketika gadis ini berusia 15 hingga 18 tahun.

Mereka yang memiliki bibir yang berlubang paling luas ini juga mampu mendapat hantaran tinggi daripada kaum lelaki yang bakal menjadi suami.

Ataye Eligidagne [2]

Menurut Ataye, bibirnya itu ditebuk sejak tiga tahun lalu dan memberitahu dia tidak merasai kesakitan sepanjang proses itu dilakukan.

Malah katanya, tiada sebarang kesan negatif dilaluinya sepanjang memiliki bibir yang berlubang itu.

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, September 08, 2014

Jatuh Talak Satu Jika Suami Merokok!

Jatuh Talak Satu Jika Suami Merokok!

Di Selangor misalnya, lafaz taklik yang biasa diucapkan menyebut bahawa isteri berhak menuntut cerai secara Talak Khuluk di Mahkamah Syariah jika ditinggalkan selama empat bulan berturut-turut secara sengaja hingga memberi mudarat oleh si suami.

Jatuh-talak-satu-jika-merokok

Dalam pernikahan Islam biasanya diselit dengan lafaz taklik oleh pengantin lelaki bagi melindungi hak wanita daripada teraniaya selepas berkahwin.

Secara umumnya taklik bererti mengaitkan berlakunya talak apabila berlaku sesuatu perkara atau syarat yang telah dilafazkan suami.

Bagaimana pun dalam salinan pada sekeping kertas putih di atas, ia dikatakan 11 lafaz taklik disediakan keluarga seorang pengantin perempuan untuk dilafazkan bakal suami.

Antaranya termasuk jatuh talak satu jika suami meninggalkan rumah tanpa khabar berita selama tiga bulan, memukul, mengambil harta isteri, mempunyai hubungan sulit atau melarikan anak-anak.

Turut digariskan adalah jatuh talak satu jika suami berniat untuk berpoligami, tidak membenarkan isteri menghubungi ahli keluarga dan menghalang isteri daripada mengembangkan kerjaya.

Bagaimana pun syarat dilihat makin mengarut bila turut menyertakan taklik jatuh talak satu jika suami merokok termasuk secara sorok-sorok atau menghalang isteri melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum berkahwin.

Ikutkan taklik yang biasa pun tak senang-senang talak boleh dijatuhkan termasuk kena kemukakan pada mahkamah syariah terlebih dahulu tapi yang ini, terus jatuh talak satu jika merokok di belakang isteri atau berniat untuk berpoligami!

Benar perceraian dibenarkan dalam Islam tapi harus diingat, ia tetap perkara halal paling dibenci Allah Taala dan mendatangkan implikasi besar dalam kehidupan sesebuah keluarga.

Maka perceraian sepatutnya menjadi penyelesaian terakhir sekiranya masih ada jalan untuk penyelesaian.

Bukannya senang-senang dijatuhkan talak itu walaupun suami baru berniat nak kahwin lain – belum buat lagi.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Friday, June 06, 2014

Lelaki Bunuh Diri Wajah Kekasih Tidak Cantik

Lelaki Bunuh Diri Wajah Kekasih Tidak Cantik

Gara-gara terkejut melihat wajah kekasihnya buat pertama kali, seorang lelaki di Filipina bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah.

Filipino Girls
Gambar hiasan.

Mark Anthony Perez dikatakan terlalu kecewa selepas wajah kekasihnya tidak secantik dalam gambar yang dimuatnaiknya di internet.

Pasangan itu berpacaran empat bulan lalu selepas berkenalan menerusi laman sosial dan tidak pernah bertemu lantaran jarak tempat yang jauh antara satu-sama lain.

Kekasihnya kerap menggunakan aplikasi Camera 360 dan Retrica bagi mengubahsuai wajahnya untuk kelihatan cantik dan menarik.

Mark Anthony Perez

“Saya ingat awak sangat cantik, tetapi saya bodoh kerana percayakan gambar awak sedangkan semuanya telah diubahsuai,” katanya kepada wanita itu biarpun dia sudah mengenakan solekan tebal.

Selepas pertemuan itu, Mark menangis dan tidak mampu mengawal diri sehingga bertindak membunuh diri.

Dia mati serta-merta akibat kecederaan dalaman termasuklah pada paru-paru dan otaknya.

Gadis Terselamat Selepas Ditembak Dan Dicampak Ke Terusan

Saba Maqsood

Seorang gadis Pakistan, Saba Maqsood, 18, terselamat walaupun telah ditembak sebanyak dua kali oleh ahli keluarganya selepas mereka membantah keputusannya berkahwin dengan jejaka pilihannya.

Selepas ditembak, ahli keluarga Saba termasuk ayahnya, abang, pakcik dan makciknya kemudian mencampanya ke sebuah terusan.

Seorang jurucakap polis, Ali Akbar berkata tindakan ahli keluarga Saba itu sebagai mengajar anak mereka supaya tidak mengingkari perintah mereka yang menghalang Saba daripada mengahwini jejaka yang dicintainya yang tidak mendapat restu daripada keluarga Saba.

Saba Maqsood
Saba Maqsood
Saba Maqsood

Menurutnya lagi, mangsa telah mengahwini jirannya, Muhammad Qaiser lima hari lalu yang mana menentang kemahuan kedua ibu bapanya.

Selepas keluarga Saba mendapat tahu mengenai perkara tersebut, Saba telah dibawa ke sebuah daerah Hafizabad, ditembak sebanyak dua kali, diikat dalam sebuah guni dan kemudiannya dicampak ke sebuah terusan kerana mereka menyangkakan Saba sudah mati ketika ditembak.

Saba kemudiannya telah diselamatkan oleh orang yang lalu lalang di terusan tersebut dan akibat perbuatan kejam ahli keluarganya, Saba dilaporkan cedera di bahagian pipi dan tangan kanannya. - mynewshub

BACA INI JUGA: 'Klimaks Berkali-Kali Untuk Kekalkan Awet Muda'

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, February 17, 2014

"RM500 Upah Tembak Perdana Menteri"

"RM500 Upah Tembak Perdana Menteri"

Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ‘ustaz’ mencetuskan kontroversi di laman sosial Facebook apabila membuat status kononnya mendapat mimpi, diminta buat tawaran untuk menembak Perdana Menteri.

RM500 Bunuh Perdana Menteri

Lelaki itu ialah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, dalam mimpi itu dia mendapat panggilan telefon daripada seseorang mengatakan sesiapa yang dapat menembak Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima ganjaran RM500.

Selain itu, Ahmad Fahdli juga dilihat turut pernah muncul dalam Perhimpunan TURUN harga barang di Dataran Merdeka pada 31 Disember lepas melalui gambar yang dipaparkan di dalam Facebooknya.

“Tidak semena-mena mendapat panggilan telefon,”Ustaz, tolong war-warkan, siapa yang dapat tembak Perdana Menteri, saya bagi upah RM500,” Terkejut saya, tiba-tiba terjaga, rupanya bermimpi,” menurut status itu.

Jelas status digambarkan Ahmad Fadhli di dalam Facebooknya mengancam dan dilihat berbaur ugutan kepada Najib sebagai pemimpin negara biarpun dia mendakwa muncul ketika mimpi.

Ahmad Fadhli Shaari

Boleh pula dakwaan itu, menyertakan ganjaran RM500 yang ternyata tidak berbaloi dengan jenayah yang ditawarkan untuk dilakukan.

Berbaloikah RM500, untuk menembak seorang pemimpin negara. Bagaimana jika kos guaman yang terpaksa dibayar selepas ditangkap.

Jelas, ini satu lagi status hasutan melampau untuk mewujudkan kebencian kepada pemimpin negara.

Selain itu, status Ahmad Fadhli mengundang kritikan daripada pengguna alam siber yang mengutuk status berkenaan sebagai murahan dan tidak layak keluar dari mulut seorang ustaz.

Menurut satu komen, bagaimana jika Ahmad Fadhli muncul dalam mimpi orang lain melakukan kejahatan dan ia turut diceritakan di Facebook, maka ia bukan satu kesalahan kerana dia sendiri yang memulakannya.

Memalukan sahaja, jawatan tinggi tetapi mengeluarkan kenyataan status bertaraf murahan sebegini.

BACA INI JUGA: Najib Terima RM2.6 Bilion Ketika IS Belum Wujud! #KantoiLagi

Sumber: Mynewshub

Saturday, February 15, 2014

Wanita Ghairah Berbogel 'Permintaan' Tidak Di Penuhi!

Wanita Ghairah Berbogel 'Permintaan' Tidak Di Penuhi!

Seorang wanita di Arizona, Amerika Syarikat, Ashley Marie Prenovost, yang sedang ghairah dan mahu membuat seks menjadi hilang akal dan mengamuk sakan apabila teman lelakinya enggan menuruti kehendaknya.

Ashley Marie Prenovost

Mengikut laporan The Associated Press, apabila pasanganya menolak, wanita berusia 24 tahun itu mendukung anak mereka yang berusia 4 bulan dan berlari bogel di sekeliling rumah sambil menjerit, dalam kejadian Isnin lalu.

(Baca: Petua Hubungan Intim Hingga Ke Subuh)

Pihak polis Glendale berkata, ketika pihak itu tiba di kediaman Prenovost, wanita berkenaan berada dalam keadaan bogel dan diliputi darah dipercayai kerana menumbuk dinding.

Wanita gersang berkenaan kemudian ditahan pihak polis atas beberapa kesalahan termasuk penderaan kanak-kanak.

Sumber: Mynewshub.my