Friday, January 31, 2014

Wanita Brazil Cuba Jual Dara Di Internet Batal Hasrat!

Wanita Brazil Cuba Jual Dara Di Internet Batal Hasrat!

Wanita Brazil yang sudah empat kali cuba menjual daranya kepada pembida tertinggi di Internet akhirnya membatalkan hasratnya itu.

Catarina Migliorini, 23

“Bidaan ditutup,” kata Catarina Migliorini kepada Huffington Post melalui emel.

Sebaliknya, Yahoo! Brazil melaporkan Catarina, 23, bercadang menyerahkan dirinya kepada pemenang bagi rancangan realiti ‘There’s Something About Catarina’ yang masih dalam peringkat perancangan di Brazil.

Bagi rancangan itu, 20 lelaki dari seluruh dunia akan bertanding untuk menjadi pasangan seks pertama Catarina selain memenangi hadiah AS$1 juta (RM3.3 juta).

(Baca: Gambar Gadis Jepun Yang Buat Lelaki Tersembur Darah! )

Sebuah laman web diwujudkan untuk mencari calon bagi rancangan berkenaan.

Ini kali keempat Catarina berusaha meraih untung daripada menjual daranya.
Kali pertama dilakukan pada Oktober 2012 melalui dokumentari Australia ‘Virgins Wanted’ membabitkan bidaan di Internet.

Pemenangnya jutawan Jepun dikenali sebagai ‘Natsu’ dengan tawaran sebanyak $780,000 (RM2.6 juta).

Bagaimanapun, Catarina kemudian menarik diri kerana ragu-ragu mengenai ‘Natsu’ dan identiti sebenarnya selain mendakwa hampir ditipu pembuat dokumentari itu. –Agensi

Monday, December 30, 2013

Pelajar Kolej Brazil Iklan Lelong Dara Buat Kali Kedua!

Pelajar Kolej Brazil Iklan Lelong Dara Buat Kali Kedua!

Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu.

Catarina Migliorini

Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang jutawan Arab.

Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online.

Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com.

Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab.

Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif’.

“Saya mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.

“Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang tawaran itu.

“Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar.

“Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Catarina, lelaki itu tidak bersetuju dengan tindakannya melelong daranya sehingga sanggup menawarkan AS$1.5 juta (RM4.9juta) kepadanya supaya menghentikan lelongan itu, berkahwin dengannya dan berpindah ke negara asalnya.

“Dia tidak suka dengan tindakan saya. Dia anggap tidak sesuai kerana saya cantik, muda, berbakat dan cerdik.

“Dia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.

“Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.

“Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak.

“Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya. -AFP

Thursday, July 11, 2013

Gadis Berjaya Lelong 'Perawan' Di Internet Masih Dara!

Gadis Berjaya Lelong 'Perawan' Di Internet Masih Dara!

Seorang wanita yang menjadi sensasi di Internet apabila melelong keperawanannya dengan harga AS$78,000 (RM248,095) tahun lalu kini berkata, dia diperdaya dan dieksploitasi.


Catarina Migliorini, 21, dari Brazil juga memberitahu, dia masih dara.

Dia memberitahu akhbar The Huffington Post bahawa lelongan di Internet yang mendapat perhatian ramai pada Oktober lalu itu yang dianjur penerbit filem Justin Sisely sebenarnya gagal.

“Saya berasa menjadi mangsa...saya diperdaya oleh Justin Sisely.

“Saya percaya dia cuba menipu saya dan yang lain,” katanya.

Jutawan Jepun berusia 53 tahun yang mengenal pasti dirinya di Internet sebagai “Natsu” memenangi bidaan untuk membeli perawan Catarina.

Tetapi apabila Catarina berada di sebuah restoran di Sydney, Australia untuk menemui Natsu, dia mendapati lelaki itu tidak sama dengan keterangan yang diberikan Sisely kepadanya. Mereka juga tidak melakukan seks.

Malah, Catarina berkata, dia ke Sydney dengan perbelanjaan sendiri.

Catarina kini percaya “Natsu” tidak wujud. Dia tidak pernah melakukan seks dengan lelaki itu dan dengan bangga mengatakan dia masih perawan. -AP

Wednesday, October 03, 2012

Pelajar Lelong Dara Di Internet

Pelajar Lelong Dara Di Internet

Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.


Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).

Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina.


Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.

Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.

"Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus," kata Migliorini.

"Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya.

Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.

Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.

Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.

Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks.