Friday, May 26, 2017

Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam RM1,000?

Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam RM1,000?

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017, CUEPACS telah memohon agar kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.

Bonus Raya 2017

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata beliau berharap jumlah imbuhan bonus itu pada tahun 2017 ini lebih tinggi berbanding RM500 yang diberikan tahun lepas bagi meringankan kos sara hidup yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu.

"Kita tahu kalau penjawat awam tiada insentif berkenaan belum tentu pada malam raya pun boleh beli baju raya lagi.

"Ini satu perkara penting buat penjawat awam menjelang ketibaan Aidilfitri nanti," katanya kepada pemberita.

Katanya lagi, beliau akan berjumpa dengan pihak kerajaan mengenai permohonan bayaran bonus CUEPACS untuk bantuan kewangan itu bagi penjawat awam dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, beliau menafikan laporan yang viral di media sosial yang mendakwa CUEPACS memohon umur persaraan penjawat dilanjutkan sehingga 65 tahun berbanding 60 tahun pada masa ini.

Kenyataan itu ternyata dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkannya di media sosial, katanya.

Tahun 2016 lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bonus Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam dan RM250 kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Kemaskini (2 Jun 2017)

BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017.

Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

BACA INI JUGA: Jumlah Penjawat Awam Malaysia 500,000 Bukannya 1.6 Juta!

sumber: kosmo

Friday, October 21, 2016

Bantuan Khas RM500 Sebagai Ganti Bonus 2016 Untuk Kakitangan Awam

Bantuan Khas RM500 Sebagai Ganti Bonus 2016 Untuk Kakitangan Awam

Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan dibayar kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai ganti kepada pembayaran bonus.

Bonus 2016

"Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik," kata Najib Razak.

Ujarnya, sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, Najib mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan.

Tarikh pembayaran bonus 2016 dalam bajet 2017 Kakitangan Awam dan pesara kerajaan akan menerima bayaran pada Januari 2017.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pekerja Kontrak 15 Tahun Berpeluang Diserap Ke Jawatan Tetap Mulai Julai 2016

Sumber: AA

Thursday, June 09, 2016

Bonus Raya RM500 Penjawat Awam Di Bayar 13 Jun 2016

Bonus Raya RM500 Penjawat Awam Di Bayar 13 Jun 2016

Perdana Menteri Najib Razak, mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

BONUS+2016.JPG

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini,” katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

“Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016,” kata perdana menteri.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.

BACA INI JUGA: MyDeposit, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, June 17, 2015

Tarikh Pembayaran Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam

Tarikh Pembayaran Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam

PM Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam Gred 54 dan ke bawah.

Bonus Hari Raya 2015

Turut diumumkan bantuan khas untuk lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen, dengan bayaran berjumlah RM250.

Kedua-dua pembayaran berkenaan akan dibuat pada 25 Jun, yang melibatkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion, katanya.

“Bayaran ini bagi membantu dan meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-14.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan dinaikkan daripada RM180 kepada RM300 sebulan untuk penjawat awam gred 41 dan ke bawah.

Beliau juga mengumumkan bagi mereka yang mendiami kuarters pula, yang selama ini tidak menikmati imbuhan tetap tersebut, turut mendapat faedah sebanyak 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan sebenar, yang layak bagi mereka.

Najib berkata keputusan yang berkuat kuasa mulai 1 Nov itu melibatkan lebih 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara, manakala implikasi kewangan pula ialah sebanyak RM1.04 bilion setahun. –BERNAMA

BACA INI JUGA: 'Ubatilah Orang Sakit Diantara Kamu Dengan Sedekah'

Monday, January 05, 2015

Gaji Dan Bonus Kakitangan Awam Dibayar 15 Januari 2015!

Gaji Dan Bonus Kakitangan Awam Dibayar 15 Januari 2015!

Selepas huru-hara seketika apabila tiada pembayaran bonus pada 5 Januari 2015 seperti yang diwar-warkan. Akhirnya Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, mengumumkan pembayaran bonus dan gaji kakitangan awam akan dibayar pada 15 Januari 2015.

Bonus15-Januari2015

Menurut laporan berita berita harian hari ini, Kerajaan setuju pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pembayaran pada 15 Januari ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.

"Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulanan Januari 2015.

"Kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali kepada penjawat awam yang terbabit banjir. Sehubungan itu, kerajaan kerajaan setuju pembayaran berkenaan diawalkan pada 15 Januari," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sumber: Bharian.com

Jadi, terjawablah sudah teka-teki yang membelenggu fikiran lebih sejuta kakitangan awam mengenai tarikh sebenar pembayaran bonus kan.

Kan senang dibuat pengumuman begitu. Takdelah sampai ada yang mengamuk dilaman sosial.

Cuma, harap-harap bukannya troll sekali lagi macam hari ni.. :)

-SENTIASAPANAS.COM

Ramai 'Mengamuk' Bayaran Bonus 5 Januari 2015 Ditunda!

Ramai 'Mengamuk' Bayaran Bonus 5 Januari 2015 Ditunda!

Nampaknya ramai kakitangan awam yang kecewa apabila pembayaran bonus tahun 2014 tidak diterima pada 5 Januari 2015 seperti yang diwar-warkan beberapa hari sebelum ini.

Tiada-bonus

Pembayaran bonus kakitangan awam seperti yang dinyatakan dalam pekeliling sebelum ini adalah pada 22hb Januari 2015 tetapi kemudian dipercepat ke tarikh 5hb Januari 2015 sebagai langkah prihatin kerajaan terhadap mangsa banjir besar di negeri-negeri terbabit.

Sebelum ini, menerusi aplikasi WhatsApp, bonus kakitangan awam yang dijadualkan akan dibayar pada 5 Januari 2015 terpaksa ditunda kepada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Bonus-2015

Pemberian bonus kakitangan awam 5 Januari 2015 walau bagaimanapun hanya membabitkan kakitangan awam kerajaan Persekutuan dan bukannya kakitangan awam kakitangan kerajaan negeri.

Kecewa Pembayaran Bonus 5 Januari 2015 Ditangguh

Ramai juga yang kecewa tiada wang bonus diterima seperti mana diumumkan.

Bonus-2015 [2]

Kakitangan awam Johor terima bonus lebih awal

Penjawat awam negeri Johor bagaimanapun tetap menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500, kata Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai surat pekeliling yang diedarkan secara meluas melalui aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Ismail mengesahkan pegawai awam persekutuan yang ditempatkan di kerajaan negeri, akan mengalami sedikit kelewatan dalam pembayaran bonus.

"Memang ada terima surat itu. Ia daripada Jabatan Akauntan Negara.

"Bagaimanapun, ia merujuk kepada pembayaran bonus pegawai awam persekutuan yang ditempatkan di negeri.

"Kelewatan adalah disebabkan masalah teknikal," kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Surat yang bertarikh (4 Jan) menyebut mengenai tarikh pembayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi tahunan 2014 telah ditunda kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. -BERNAMA

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, October 15, 2014

Bonus Kakitangan Awam Tidak Akan Dibayar Tahun Ini

Bonus Kakitangan Awam Tidak Akan Dibayar Tahun Ini

Bonus Kakitangan Awam. Bonus yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 untuk kakitangan awam minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bonus Kakitangan Awam 2015

Beliau berkata, bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.

"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Januari 2015.

"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada Isnin supaya kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember dan bukannya Januari depan.

Presiden CUEPACS, Azih Musa, berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekali gus meringankan beban kewangan mereka.

"Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Disember untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lalu, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari.

Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.-BERNAMA

#Hairan dengan statement diatas. Jadi, yang sebelum-sebelum ni terang-terangan la kerajaan buat kesalahan kan..