Thursday, January 04, 2018

Dubai Negara Dan Kerajaan Pertama Menggunakan Sistem Blockchain

Dubai Negara Dan Kerajaan Pertama Menggunakan Sistem Blockchain

Penggunaan teknologi blockchain telah menjadi bahagian penting dalam usaha Dubai untuk membawa bandar dan negaranya ke satu tahap yang baru.

Dubai Negara Dan Kerajaan Pertama Menggunakan Sistem Blockchain

Pada bulan Julai lalu Dubai telah mengumumkan untuk menjadi kerajaanpertama di dunia yang mendukung dan menggunakan teknologi blockchain dalam kebanyakan urusan.

Pada bulan Oktober 2016, Dubai telah melancarkan “Dubai Blockchain Strategy” yang berobjektifkan penggunaan transaksi berasaskan blockchain pada tahun 2020.

Pelan strategik tersebut menyatakan bahawa semua dokuman kerajaan akan dimasukan dalam blockchain pada tahun 2020.

Pada tahun 2020, kerajaan UAE mengkhendaki semua permohonan visa, bayaran bil dan pembaharuan lesen yang merangkumi 100 juta dokumen dikendalikan melalui teknologi blockchain.

Berdasarkan laporan Smart Dubai, perlaksanaan strategi itu dapat menjimatkan 25.1 juta jam tenaga kerja dan dalam masa yang sama UAE dapat menjimatkan $1.5 billion setiap tahun. Produktiviti kerajaan dijangka akan meningkat dan menuju kearah kerajaan yang tidak menggunakan kertas (paperless) .

Pelbagai syarikat gergasi dan jabatan kerajaan telah menjadi bahagian dalam perkembangan teknologi blockchain bagi penggunaan dalam negara tersebut termasuk Smart Dubai, Dubai Smart Government, Dubai Multi Commodities Center (DMCC), BitOasis, Cisco, IBM, Kraken, Microsoft dan SAP.

Pada bulan Jun tahun 2017, Kerajaan Dubai telah mentandatangi perjanjian dengan startup UK yang berorientasikan blockchain iaitu ObjectTech bagi mencipta passport digital. Selain itu, bank UAE NBD juga melaksanakan penggunaaan blockchain bagi mengelakkan cek palsu dan meningkat lagi sekuriti.

Selain itu, Dubai juga telah mengaplikasikan sistem blockchain dalam pasaran hartanah. Penganalisis menjangkakan penipuan dapat dihalang, keyakinan pelabur akan semakin meningkat dan secara tidak langsung ia akan mendorong pertumbuhan positif dalam hartanah.

UEA dijangka akan menjadi negara contoh negara yang menggunakan teknologi blockchain dalam bidang kewangan, pentadbiran, perdagangan, kesihatan, dan masih banyak lagi melalui projek-projek yang sedang dikembangkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Blockchain?

sumber: moshed