Wednesday, March 17, 2021

Wang Fizikal Bitcoin (BTC) Bakal Di Perkenalkan?!

Wang Fizikal Bitcoin (BTC) Bakal Di Perkenalkan?!

Sebuah firma yang baru dibangunkan, Noteworthy dikhabarkan sedang berusaha untuk menghasilkan wang fizikal Bitcoin (BTC) pertama, merupakan idea daripada bekas pengarah Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Bahagian Ukiran dan Percetakan (BEP), Larry Felix, bersama pengerusi Bitcoin Foundation, Peter Vessenes.

Bitcoin
Gambar hiasan.

Noteworthy menfokuskan kepada objektif mahu membawa Bitcoin ke dunia sebenar, memudahkan urus niaga luar talian terutama bagi mereka yang tidak mahir dengan teknologi dan lebih selesa untuk berurusniaga secara offline.

Bagaimanapun, pihak mereka masih lagi belum mendedahkan contoh sampel bagaimana rupa Bitcoin sebenar yang bakal dihasilkan tidak lama lagi.

Pada masa yang sama, Noteworthy ada menjelaskan wang fizikal Bitcoin akan hadir bersama cryptographic microprocessor yang selamat dan menyediakan sekuriti digital gred berkualiti bagi setiap wang yang dicetak.

Melalui cara itu, setiap not yang dihasilkan sukar untuk ditiru, diciplak atau digubah.

Sebenarnya idea ini bukanlah sesuatu yang baru kerana pernah diketengahkan oleh golongan penyokong kripto suatu masa dahulu, tetapi sehingga sekarang masih gagal dijayakan.

Jika Noteworthy berjaya menghasilkan Bitcoin fizikal, ini membuktikan tiada perkara yang mustahil.

Namun persoalannya, bila dan bagaimana penerimaan komuniti global Bitcoin?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: intraday

Monday, May 13, 2019

7,000 Bitcoin Hilang Selepas Laman Web Di Godam

7,000 Bitcoin Hilang Selepas Laman Web Di Godam

Menyebut tentang bitcoin, pasti ramai yang cukup kenal dan tahu mengenai kripto, wang digital paling popular di dunia ini yang telah mula ditawarkan untuk transaksi secara online dengan meluas sejak beberapa tahun lalu.

Binance Bitcoin Hacked

Disebalik penggunaannya, transaksi kripto bitcoin nampaknya masih belum mampu untuk bebas daripada aktiviti godaman dimana baru-baru ini sebanyak 7,000 bitcoin berjumlah $40 juta (~RM166.26 juta) lesap.

Jumlah yang besar ini sekali gus meletakkan aktiviti godaman ini sebagai antara yang terbesar dalam sejarah setakat ini.

Menurut CEO platform kripto Binance, Changpeng Zhao, pihak mereka memerlukan sekurang-kurang seminggu untuk menyelidik aktiviti penggodam tersebut memandangkan mereka memiliki saiz data yang besar.

Aktiviti ini juga dilakukan dengan sangat teliti dan hebat dimana ramai yang tidak menyangka mereka mampu melakukannya.

Meskipun kesemua transaksi telah dibekukan, difahamkan para pengguna bakal tidak terkesan dengan aktiviti godam ini.

Jumlah bitcoin yang hilang dilaporkan bakal digantikan semula oleh Secure Asset Fund for Users (SAFU).

Kejadian ini bukan sahaja memberi peringatan buat Binance malah platform serta pengguna lain untuk lebih berhati-hati dalam menjalankan transaksi kripto terutamanya bitcoin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, April 20, 2018

Hukumnya HARUS Membeli Dan Menyimpan Bitcoin

Hukumnya HARUS Membeli Dan Menyimpan Bitcoin

Pasti sudah ramai yang kenal dengan kriptowang Bitcoin yang berjaya mencipta fenomena pada akhir tahun 2017 lalu kerana peningkatannya yang mendadak pada ketika itu membuatkan ramai yang berminat untuk mendapatkannya.

Apa Hukum Bitcoin

Tidak kurang juga mereka yang menjadikan Bitcoin sebagai bahan MLM.

Berikutan peningkatan pengguna yang mula terlibat dalam kriptowang, perbincangan mengenai hukum kriptowang dikaji dengan lebih terperinci sebelum mengeluarkan fatwa buat orang ramai.

Berdasarkan kajian Muhammad Abu-Bakar selaku panel syariah institusi kewangan Indonesia, beliau berpendapat hukum bertransaksi menggunakan Bitcoin adalah halal.

Selain itu, panel syariah daripada Jerman juga turut bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Muhammad Abu-Bakar.

Berikutan pengesahan hukum syariah yang diumumkan, didapati harga Bitcoin turut meningkat lebih $1,000.

Jelas berita memainkan peranan yang penting dalam peningkatan dan penurunan sesebuah nilai kriptowang.

Dr Zaharuddin selaku panel syariah yang arif mengenai kewangan Islam turut mengeluarkan pendapat mengenai Bitcoin.

Menurut beliau, membeli Bitcoin untuk menyimpan nilai adalah harus hukumnya.

Dalam erti kata lain membeli Bitcoin untuk melawan kesan inflasi yang berlaku setiap tahun.

Begitu juga dengan pembelian dan penjualan yang melibatkan kriptowang.

Hukumnya adalah harus mengikut Dr Zaharuddin.

Dalam pada itu, adalah dinasihatkan buat para pengguna menyelidik dan memahami terlebih dahulu mengenai kriptowang untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa scam atau ejen e-wallet yang tidak bertanggungjawab.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bitcoin Faucet Percuma Untuk Pengumpul Cryptocurrency 2018

sumber: thevocket

Wednesday, January 03, 2018

Apa Itu Bitcoin Gold (BTG)?

Apa Itu Bitcoin Gold (BTG)?

Bitcoin Hard Fork. Satu lagi tarikh penting dalam sejarah Bitcoin. Apa yang telah berlaku? Ramai yang sudah tahu, tetapi bagi mereka yang masih belum tahu, blockchain Bitcoin telah melalui satu lagi hard fork dan mencipta satu matawang kripto baru, iaitu Bitcoin Gold (BTG).

Apa Itu Bitcoin Gold (BTG)?

Proses yang berlaku lebih kurang sama seperti yang pernah berlaku dengan Bitcoin Cash sebelum ini dan anda tidak perlu melakukan apa-apa persediaan untuk menerima matawang kripto baru ini.

Mengapa hard fork ini berlaku?

Jika hard fork yang berlaku pada 1 Ogos 2017 lalu berkaitan dengan isu scalability yang dihadapi Bitcoin, hard fork kali kedua ini adalah berkaitan isu monopoli aktiviti mining Bitcoin.

Seperti yang kita tahu, sistem Bitcoin menggunakan algoritma SHA-256 dan kadar kesukaran mining Bitcoin naik dan turun berdasarkan tempoh masa untuk membentuk 2,016 blok sebelumnya.

Monopoli melalui penggunaan ASIC

Pada awal kewujudan Bitcoin, penggunaan CPU biasa mencukupi untuk mining Bitcoin, namun begitu lama kelamaan dengan kadar kesukaran yang semakin meningkat, miners mula mencari jalan untuk mining Bitcoin dengan lebih efektif dan efisyen.

Mereka mula menambah baik cip sedia ada dan mencipta Application Specific Integrated Circuits (ASIC), yang mula digunakan untuk mining Bitcoin.

Lama-kelamaan, dengan hash power yang meningkat disebabkan penggunaan ASIC ini, aktiviti mining Bitcoin menjadi semakin mahal dan sukar bagi mereka yang tidak mempunyai cip tersebut.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat besar mula membeli kelengkapan ASIC dengan banyak dan akhirnya, merekalah yang memonopoli aktiviti mining Bitcoin.

Semakin ramai miners yang menyertai mining pool mereka, semakin banyak ASIC yang digunakan dan ini menyebabkan aktiviti mining Bitcoin kini lebih centralized dan kuasa di tangan kumpulan miners ini yang berpusat di China.

Bitmain adalah syarikat yang memiliki lebih 28.9 peratus daripada keseluruhan processing power dalam aktiviti mining Bitcoin melalui mining pool AntPool dan BTC.com.

Untuk perspektif dalam bentuk kewangan, angka 28.9 peratus ini bersamaan dengan sejumlah Bitcoin yang dilombong setiap hari yang bernilai lebih kurang USD$2 juta.

Bitcoin Gold ingin mengembalikan akses mining kepada sesiapa sahaja

Dari segi kepakaran dalam industri, Bitmain dilihat sebagai syarikat yang sangat progresif dan sepatutnya diraikan namun begitu, ramai pengkritik dalam komuniti Bitcoin menganggap monopoli syarikat itu adalah bertentangan dengan konsep decentralized Bitcoin, dan terdapat risiko di mana rangkaian blockchain Bitcoin dimanipulasi oleh Bitmain yang boleh menjejaskan keseluruhan ekosistem Bitcoin.

Kesan daripada itu, sekumpulan miners merancang untuk membuat satu lagi hard fork ke atas blockchain Bitcoin dan menjana Bitcoin Gold.

Menurut developer Bitcoin Gold yang menggunakan nama samaran “The Sorrow”, Bitcoin Gold akan menggunakan algoritma mining yang berbeza daripada SHA-256, iaitu Equihash.

Equihash adalah protokol proof-of-work yang digunakan oleh matawang kripto Zcash, dan ia berdasarkan ruangan memori. Dalam erti kata lain, kebolehan untuk mining Bitcoin Gold adalah berdasarkan jumlah memori (RAM) yang ada dalam komputer.

Untuk permulaan, kadar kesukaran mining Bitcoin Gold akan diselenggara setiap blok, berbanding Bitcoin yang diselanggara setiap dua minggu. Ini adalah untuk memberi kemudahan kepada miner yang menggunakan GPU untuk membentuk blok mengikut kadar kesukaran.

Kod sama yang digunakan dalam Bitcoin Cash, replay protection, juga digunakan untuk mengelakkan pengguna daripada membelanjakan Bitcoin ataupun Bitcoin Gold tanpa sengaja.

Adakah Bitcoin Gold akan bersaing dengan Bitcoin?

Menurut developer Bitcoin Gold, matawang kripto itu bukanlah pesaing Bitcoin dan tidak akan menjejaskan rangkaian blockchain Bitcoin yang sedia ada. Jumlah Bitcoin tidak akan bertambah dan akan kekal pada 21 juta.

Bitcoin Gold boleh dianggap sebagai contingency plan jika hard fork berkaitan protokol Segwit2x akan datang tidak berjalan dengan lancar.

Seperti misi Bitcoin Cash, Bitcoin Gold juga ingin mengembalikan konsep decentralized Bitcoin yang terancam kesan daripada monopoli satu golongan miners.

Oleh itu, penyelesaian yang diutarakan oleh Bitcoin Gold dilihat sebagai pelengkap sistem Bitcoin yang sedia ada berbanding Bitcoin Cash yang telah membahagikan komuniti Bitcoin kepada dua (penyokong dan penentang Bitcoin Core), Bitcoin Gold tidak menjejaskan komuniti Bitcoin, hanya memberi peluang kepada lebih banyak GPU miners untuk menyertai aktiviti mining.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: coin

Friday, December 22, 2017

Pengasas Bitcoin.com Jual Kesemua Bitcoin Miliknya!

Pengasas Bitcoin.com Jual Kesemua Bitcoin Miliknya!

Jangan terlalu gembira dengan nilai Bitcoin yang sedang naik mendadak ketika ini kerana pengasas bersama salah satu laman Bitcoin terbesar di dunia, Bitcoin.com telah menjual kesemua Bitcoin yang dimilikinya dan membuat kenyataan bahawa matawang kripto ini secara digitalnya ‘tidak berguna’.

Pengasas Bitcoin.com Jual Kesemua Bitcoin Miliknya!

Emil Oldenburg adalah chief technology officer (CTO) untuk Bitcoin.com menambah bahawa pelaburan dalam matawang kripto ini adalah pelaburan paling berisiko yang anda boleh lakukan.

Ramai ketika ini yang gelap mata apabila melihat nilai matawang ini yang naik mendadak dan mahu membuat pelaburan tanpa berfikir panjang.

Emil mempunyai sebab yang tersendiri kenapa beliau berbuat demikian.

“Kos untuk membuat pemindahan Bitcoin sangat mahal ketika ini. Jika saya menjual bitcoin ketika ini, setiap transaksi akan dikenakan cas USD50 (RM200+-) dan saya perlu menunggu sehingga 12 jam untuk transaksi ini berjaya. Bagi saya, ianya satu yang tidak dapat saya terima,” terang Emil.

Emil kini melabur dalam Bitcoin Cash selepas menjual kesemua Bitcoin miliknya.

Bitcoin.com selepas ini akan berhenti membangunkan servis baharu untuk network Bitcoin lama dan akan memfokuskan kepada matawang kripto baharu iaitu Bitcoin Cash.

Tidak pasti apa perbezaan antara Bitcoin dan Bitcoin Cash buat masa ini tetapi bagi Emil, Bitcoin Cash adalah penyelesaian untuk masalah yang beliau hadapi dan akan menjadi masa depan matawang kripto.

Tiada siapa yang tahu permainan pemain matawang kripto jadi, melaburlah di saluran yang betul jika anda mahu berjinak dengan Bitcoin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, December 15, 2017

Adakah Bitcoin Matawang Atau Aset Pelaburan?

Adakah Bitcoin Matawang Atau Aset Pelaburan?

Pada tahun 2017 boleh dikatakan sebagai tahun Bitcoin, apabila matawang-crypto itu telah beberapa kali memecah rekod dan merupakan matawang-crypto (Cryptocurrency) paling popular dalam kalangan pelabur matawang digital.

Adakah Bitcoin Matawang Atau Aset Pelaburan?

Pada awal tahun 2017, bitcoin hanya didagangkan sekitar $800-$960 namun pada 8 November, harga 1 bitcoin sudah menghampiri $7,700.

Namun, tidaklah kita katakan harga bitcoin ini terus naik tanpa ada sebarang kejatuhan yang mendadak. Dunia sebenarnya telah beberapa kali menyaksikan junaman oleh harga bitcoin.

Baru-baru ini ia jatuh sekali lagi apabila penambahbaikan perisian yang dikenali sebagai fork itu dibatalkan. Harga bitcoin jatuh sehingga ke paras $5600, tetapi selepas itu ia mula melonjak kembali kepada $7230 pada hari ini.

Dalam komuniti bitcoin terdapat perdebatan adakah bitcoin adalah matawang walaupun ia disebut dengan matawang-crypto? Adakah matawang-crypto kita fahami itu seperti matawang fiat yang kita gunakan?

Kebanyakan pelabur masih beranggapan bitcoin adalah matawang walaupun ia belum berfungsi sebagai alternatif matawng fiat.

Dalam masa yang sama, ramai dalam komuniti bitcoin yang menyedari bahawa bitcoin menghadapi beberapa masalah iaitu tempoh-masa transaksi, penggunaan tenaga yang kurang efisien dalam melombong (mining) dan beberapa isu yang menghalang bitcoin menjadi matawang alternatif kepada USD,GBP dan Euro.

Menurut Linas Beliunas ( pakar strategi Fintech dan penganalisis matawng-crypto) berpendapat jika bitcoin ialah matawang alternatif ada

3 ciri-ciri yang perlu dipenuhi:
  • Medium pertukaran.
  • Unit akaun.
  • Penyimpan nilai.

1. Medium pertukaran

Sejak bitcoin mendapat tumpuan pada tahun ini, banyak industri dan syarikat besar telah mula menggunakan bitcoin sebagai pembayaran alternatif.

Salah satunya ialah Google yang mengunankan bitcoin sebagai pembayaran API dan dijangka Amazon juga akan mula menggunakannya.

Apabila disebut medium pertukaran maka kita maksudkan matawang RM5.00 boleh ditukarkan kepada RM5.00 yang lain kerana nilai sama dan boleh ditukarkan untuk membeli barangan.

Isu bitcoin ialah ia tidak beroperasi dengan baik sebagai medium pertukaran kerana sifat harganya yang bersifat ‘high volatility’ (mudah berubah). Ini menyebabkan ia tidak sesuai digunakan untuk membeli barang dengan bitcoin.

Berdasarkan pergerakan harga bitcoin, lonjakan dan penurunan harga adalah sangat tinggi sehingga mencapai 30-40%. Bebeza dengan matawang fiat, perubahann harian hanyalah di sekitar 1-3%.

2. Mempunyai unit akaun

Dalam ekonomi ia dikenali sebagai ukuran monetari. Contohnya matawang Ringgit Malaysia (RM) terdiri daripada unit akaun serendah 5 sen sehingga yang terbesar RM100 dan kita boleh gunakan ia untuk membeli barangan, aset atau liabiliti.

Namun disebabkan bitcoin adalah sangat volatile , maka ciri-ciri ini juga tidak dapat dipenuhi.

Pada ketika ini tiada lagi pemiutang yang mengunakan bitcoin sebagai unit akaun untuk kredit, hutang atau pinjaman rumah secara per se.

Kita boleh gunakan bitcoin sebagai perbelanjaan tetapi transaksi sebenar berlaku dalam matawang fiat.

3. Penyimpan nilai

Dalam 3 ciri yang disebutkan, ciri ini yang paling memenuhi kriteria bitcoin. Jika diteliti pergerakan bitcoin sejak mula didagangkan, tujuan asalnya sudah berubah daripada ingin menjadi matawang kepada penyimpan nilai.

Terkini bitcoin lebih berfungsi sebagai penyimpan nilai atau pelaburan alternatif.

Namun terdapat beberapa kes yang membeli bitcoin dan menyimpan kekayaan dalam bitcoin disbebabkan matawang fiat sudah tidak berfungsi, seperti yang berlaku di Zimbabwe atau Venezuela.

Inflasi yang tinggi menyebabkan permintaan bitcoin melonjak di negara Afrika Selatan.

Masih terdapat persoalan adakah bitcoin memenuhi kriteria ini dengan baik? kerana wang yang sebenar seharusnya mampu untuk mengekalkan nilai intrinsiknya (intrinsic value ) dalam tempoh yang sangat lama.

Kesimpulannya, adakah bitcoin adalalah matawang atau komoditi? Dalam komuniti bitcoin masih diperdebatkan termasuklah pakar ekonomi.

Menurut Beliunas pada ketika ini bitcoin lebih berfungsi sebagai komoditi ataupun crypto-aset kecuali ia telah memenuhi ciri-ciri matawang.

Bitcoin juga dijangka akan terus berkembang dengan beberapa institutsi yang turut melabur dalam penambah baikan sistem transaksi matawang digital.

Terbaru, salah satu operator pasaran hadapan (futures market) mahu melancarkan niaga-hadapan Bitcoin (Bitcoin futures).

CME (Chicago Mercantile Exchange ) kini menunggu kelulusan daripada regulator di Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Memahami Pelaburan Bitcoin, Emas Digital Pengganti Wang Kertas

sumber: moshed

Thursday, December 14, 2017

Afrika Selatan Terima Bitcoin Untuk Bayar Saman

Afrika Selatan Terima Bitcoin Untuk Bayar Saman

Pengurus saman trafik Fines4u di Afrika Selatan kini membenarkan pelanggannya membayar denda trafik yang berjumlah tinggi dengan menggunakan bitcoin. Keputusan yang dilakukan oleh Cornelia van Niekerk didorong dengan penerimaan bitcoin yang semakin mendapat sambutan menyebabkan banyak syarikat mula beradaptasi dengan membenarkan bitcoin sebagai medium transaksi.

Afrika Selatan Terima Bitcoin Untuk Bayar Saman

Fine4U merupakan orang tengah yang membantu perniagaan dan individu untuk membayar saman, menerima wang dan menggunakanya untuk membayar kepada agensi kerajaan yang terlibat. Van Niekerk telah menguruskan denda trafik sebanyak 500 syarikat dan 8000 individu.

Van Niekerk membuat keputasan untuk membenarkan perkhidmatannya dibayar dengan menggunakan bitcoin. Beliau memasuki pasaran bitcoin pada bulan Jun dan berhasrat untuk menambah lebih banyak bitcoin.

Pada awalnya Bitcoin lebih sesuai untuk disamakan dengan matawang digital, menyebabkan banyak perniagaaan dan peruncit mula menggunakannya sebagai medium. Namun matawang digital tersebut telah berevolusi dan lebih berfungsi sebagai aset.

Pelan Van Niekerk adalah untuk menerima Bitcoin, menyimpanya sebagai aset dan membayar denda mengunakan matawang lokal sebagai perkhidmatan.

Beliau akan menggunakan platform Luno untuk menerima bayaran dan depost matawang fiat buat pelanggangnya sebagai bayaran denda trafik.

Menurut penganalisis, pada ketika ini penggunaan bitcoin sebagai medium pembayara semakin merundum. Hal ini disebabkan ramai orang mula melihat bitcoin sebagai aset. Apabila disebut aset, maka ramai yang percaya, ia akan lebih bernilai pada masa akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: LUNO Platform Membeli, Menjual Dan Mengumpul Bitcoin

sumber: moshed

Saturday, December 09, 2017

USD$70 Juta Bitcoin Hilang Selepas Hackers Godam NiceHash

USD$70 Juta Bitcoin Hilang Selepas Hackers Godam NiceHash

Baru pelabur Bitcoin hendak bergembira dengan nilai Bitcoin yang kini sudah mencecah nilai lebih USD13,000, keluar pula berita laman melombong terkenal dan legit, NiceHash digodam Hackers yang telah mencuri Bitcoin bernilai lebih USD70 juta (RM285 juta) daripada akaun NiceHash.


CEO dan Co-Founder NiceHash, Marko Kobal dan Sasa Coh telah pun membuat permohonan maaf melalui live-streaming di laman Facebook dan menerangkan tindakan akan diambil untuk menyiasat kejadian ini.

Baru pelabur Bitcoin hendak bergembira dengan nilai Bitcoin yang kini sudah mencecah nilai lebih USD13,000, keluar pula berita laman melombong terkenal dan legit, NiceHash digodam Hackers yang telah mencuri Bitcoin bernilai lebih USD70 juta (RM285 juta) daripada akaun NiceHash.

Bitcoin NiceHash Digodam

Laman NiceHash kini menghentikan operasi seketika selama 24 jam. CEO dan Co-Founder NiceHash, Marko Kobal dan Sasa Coh telah pun membuat permohonan maaf melalui live-streaming di laman Facebook dan menerangkan tindakan akan diambil untuk menyiasat kejadian ini.

Nilai Bitcoin dijangka naik lagi sepanjang Disember ini tetapi dengan kejadian ini, mungkin pelabur perlu lebih berhati-hati dengan tempat mereka melakukan pelaburan.

High risks, high returns. Setuju?

BACA INI JUGA: LUNO Platform Membeli, Menjual Dan Mengumpul Bitcoin

sumber: thevocket