Thursday, January 25, 2018

12 Khasiat Barli Untuk Kesihatan Anda Patut Tahu

12 Khasiat Barli Untuk Kesihatan Anda Patut Tahu

Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Terdapat dua jenis serat pemakanan Barli iaitu serat mudah dilarut dan serat tidak mudah larut. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini.

12 Khasiat Barli Untuk Kesihatan Anda Patut Tahu

Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong Barli daripada variety ‘waxy’ yang lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli lain.

Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.

Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Berikut adalah beberapa khasiat penting Barli untuk kesihatan tubuh dalam merawat dan mencegah penyakit.

1. Barli membantu meredakan sakit perut dan sembelit.

2. Barli membantu melawaskan masalah kencing.

3. Barli meningkatkan kesihatan dan fungsi buah pinggang.

4. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi.

5. Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.

6. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

7. Barli juga mampu mengurangkan tekanan darah. Dikatakan dengan memakan barli mampu merendahkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

8. Dikatakan juga antioksidan yang terdapat di dalam barli mampu membantu anda kelihatan lebih muda. Ini adalah kerana barli mampu membantu membuang toksin daripada tubuh sekaligus mampu memberikan anda penampilan lebih muda dan kulit lebih sihat.

9. Barli juga dikatakan kaya dengan selenium yang mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh.

10. Anda yang mengalami masalah rambut dikatakan baik mengambil barli kerana ia mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut sihat.

11. Air barli juga dikatakan dapat membantu menangani masalah kencing kotor. Bagi ibu-ibu hamil yang sering mengalami masalah kencing kotor boleh mencubanya juga.

12. Barli juga diamalkan bagi menyejukkan badan terutama bagi pesakit demam.

Kandung dalam Barli
  • Fiber.
  • Vitamin dan mineral penting (Vitamin B3).
  • Thiamin (Vitamin B1).
  • Selenium.
  • Iron.
  • Mag.nesium.
  • Zinc.
  • Phosporus.
  • Copper dan Niacin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sebiji Epal Sehari Untuk Kesihatan Jantung, Paru-paru Dan Kolesterol

sumber: islamituindah