Wednesday, March 11, 2020

Aplikasi Ajaib Remini Ini Mampu 'Pulihkan' Gambar Kabur!

Aplikasi Ajaib Remini Ini Mampu 'Pulihkan' Gambar Kabur!

Setiap orang pasti ada saja gambar yang sangat sentimental buat mereka, lebih-lebih lagi gambar keluarga atau kenalan yang sudah bertahun lamanya, namun kualiti gambarnya yang sudah usang atau kabur membuatkan gambar tidak puas dilihat lebih-lebih lagi di zaman digital ini.

Remini photo enhancer

Namun kini, anda tak perlu lagi susah-payah mencari cara macamana nak terangkan gambar blur kerana ada sebuah aplikasi dinamakan Remini, menggunakan teknologi artificial intelligence (AI), mampu membuatkan gambar lama disunting kepada kualiti yang lebih jelas.

Tidak hanya tertakluk kepada gambar lama, sebarang gambar yang kabur juga mampu dinaikkan kualiti gambar melalui aplikasi ini.

Berikut merupakan antara gambar yang menjadi jelas selepas menggunakan aplikasi Remini.

Remini Apps
Remini-Blur

Menarik kan? Buat yang mahu mencuba, anda boleh muat turun aplikasi ini yang tersedia di Android dan iOS.

Memandangkan aplikasi ini memerlukan teknologi AI, anda mungkin perlu menunggu sehingga 24 jam untuk memproses gambar kerana jumlah pengguna yang semakin ramai menggunakannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, March 06, 2020

WhatsApp 'Dark Mode' Pengguna Android Dan iOS

WhatsApp 'Dark Mode' Pengguna Android Dan iOS

Selepas lama dinantikan para pengguna Android dan iOS, aplikasi permesejan WhatsApp secara rasminya telah mengumumkan kehadiran mod tema gelap atau lebih popular dengan nama Dark Mode buat semua pengguna.

WhatsApp Dark Mode

Melalui fungsi terbaru ini, warna aplikasi ini hadir dengan warna yang lebih gelap sekali gus membuatkan para pengguna lebih mudah untuk berhubung melalui WhatsApp dalam keadaan gelap tanpa menyakitkan mata.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi Dark Mode yang tersedia pada Android 10 dan iOS 13.

Buat pengguna Android 9 dan ke bawah, anda boleh mengaktifkannya dengan cara memilih tema gelap pada tetapan aplikasi WhatsApp.

Sebelum itu, pastikan anda sudah mengemas kini aplikasi WhatsApp kepada versi terbaharu.

Cara Aktifkan Dark Mode

Jika sekiranya anda berminat untuk menukar warna background pada paparan mesej Whatsapp bagi mengurangkan ketegangan sinar cahaya terang pada mata, berikut adalah cara mudah untuk mengubahnya.

1. Klik Setting dibucu kanan atas Whatsapp anda.

2. Klik Chat.

Dark Mode Setting

3. Klik Wallpaper.

Dark Mode Chat

4. Pilih solid color.

Dark Mode Wallpaper

5. Jika anda telah kemaskini kepada versi terbaharu Whatsapp, dan mahu mencuba versi Dark Mode sepenuhnya, sila pilih Theme dan pilik dark.

WhatsApp Dark Mode Theme

WhatsApp Dark Mode Result

6. Selesai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Wednesday, May 29, 2019

Data Pengguna Aplikasi Truecaller Tertiris Di Laman ‘Deep Web’?

Data Pengguna Aplikasi Truecaller Tertiris Di Laman ‘Deep Web’?

Truecaller merupakan aplikasi yang dapat memberi maklumat tentang panggilan telefon atau SMS daripada nombor yang anda tidak kenali dan jika anda salah seorang pengguna aplikasi ini, sila berhati-hati selepas ini.

Truecaller Deep Web

Namun, menurut perkongsian di laman Facebook OMG Hackers, dikhabarkan data peribadi anda kemungkinan besar telah tertiris ke laman deep web.

Rata-rata responden di perkongsian ini turut bersetuju ada menerima mesej berbentuk ‘scam’ yang pelbagai setelah menggunakan aplikasi Truecaller.

Dalam satu laporan terbaharu yang telah dikeluarkan media di India mengatakan, data pengguna Truecaller di sana tertiris di laman deep web dan pihak yang berminat boleh membeli data berkenaan pada harga sekitar RM9,000.

Namun, pihak Truecaller telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa syarikat berkenaan sangat mementingkan keselamatan maklumat peribadi pengguna Truecaller dan mereka tidak sesekali akan menjual data tersebut kepada pihak ketiga.

Mereka turut menafikan database pengguna digodam dan menyebabkan maklumat peribadi pengguna Truecaller tertiris kepada pihak luar.

Sekiranya anda pengguna premium untuk aplikasi ini, anda mungkin perlu bertukar ke aplikasi alternatif yang lain dengan aplikasi Whoscall antara yang disyorkan selepas Truecaller.

Anda ada menerima gangguan dari nombor tidak dikenali selepas menggunakan Truecaller?

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sunday, May 13, 2018

10 Aplikasi Yang Menghabiskan Cas Smartphone Dengan Cepat!

10 Aplikasi Yang Menghabiskan Cas Smartphone Dengan Cepat!

Selain daripada masalah kerosakan bateri, sebenarnya penggunaan aplikasi tertentu boleh menjadi punca bateri smartphone anda cepat habis.

10 Aplikasi Yang Menghabiskan Cas Smartphone Dengan Cepat!

Untuk pengguna Android, terdapat lebih kurang 10 aplikasi yang dikenal pasti dapat menghauskan bateri telefon dengan cepat.

1. Netflix

Budak-budak sekarang mana tengok TV kan, jadi ini antara aplikasi untuk menonton movie yang digemari oleh anak-anak muda.

2. Snapchat

Kejap muka kucing, kejap muka anjing. Suka kan? Ha, kalau korang nak tahu, makin banyak filter yang digunakan, makin kuat la dia ‘makan’ bateri handphone.

3. Photo Grid

Lebih kurang sama macam aplikasi Snapchat, Photo Grid ni pun menjadi salah satu sebab kenapa bateri handphone korang cepat ‘kong’.

4. LINE: Free Calls & Messages

Uish, tak sangka aplikasi yang selalu digunakan ini rupa-rupanya jadi penyebab bateri cepat habis.

Walaupun aplikasi ini percuma tapi jaga-jaga eh.

Jangan lupa bawa sekali power bank korang.

5. ES File Explorer File Manager

Aplikasi ini ada banyak sangat iklan selingan yang sedikit sebanyak boleh kacau hayat bateri telefon.

6. Beaming Service for Samsung

Aplikasi pre-installed pada Samsung Galaxy ini berfungsi untuk menyimpan barcode atau QR Code.

Selain cepat makan bateri, aplikasi ini juga mendapat rating yang sangat buruk di Google Play Store.

7. Clean Master

Walaupun aplikasi ini banyak kegunaannya, tapi ia merupakan pemakan bateri secara senyap.

8. Super Bright LED Torch

Gunakan je la torch light yang ada pada handphone korang tu kalau tak nak bazir bateri dengan penggunaan aplikasi torch yang lain.

9. Samsung Watch On

Aplikasi ini berfungsi sebagai alat kawalan jauh televisyen. Hmm, pakai remote TV je tak boleh ke wey? Hiks!

10. Amazon Shopping

Syok sangat shopping sampai tak sedar bateri handphone dah nak mati. Pernah?

Kesimpulannya, apa saja aplikasi yang korang guna, gunakanlah dengan baik.

Kalau dah tahu ia jadi punca bateri cepat kong, jangan lupa bawa powerbank sekali okay?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Sunday, March 25, 2018

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Dalam ratusan ribu aplikasi Android yang disenaraikan dalam Google Play, pernahkah anda tertanya-tanya apakah aplikasi termahal yang dijual di Google Play?

Kali ini, kami ingin berkongsi senarai 5 aplikasi paling mahal yang dijual di Google Play.

1. Abu Moo Collection
Harga: $400 ($2400)


5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Aplikasi termahal yang dijual di Google Play adalah aplikasi Abu Moon Collection. Penciptanya telah mencipta 6 siri aplikasi ini dimana setiap satunya berharga $400, menjadikan jumlah keseluruhannya $2400.

Setiap satu aplikasi dalam siri ini hanya memaparkan sebuah ikon batu pertama di telefon pintar anda.

Apakah kegunaan aplikasi ini? Tiada. Hanya untuk menunjuk-nunjuk anda seorang yang kaya dan mampu membeli aplikasi ini.

2. The Most Expensive App
Harga: $400

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Kegunaan dan fungsinya? Tiada. Ia hanya sebuah app semata-mata di mana apabila anda membukanya, ia akan memaparkan sebuah skrin hitam yang memaparkan tulisan “You’ll see a shiny diamond here" yang bermaksud, "Anda akan melihat sebuah berlian yang berkilat disini".

Rasanya, ia hanyalah prank bagi pengguna yang menggunakan kata kunci "The most expensive app" di Google Play.

3. Im Rich$
Harga: $384.99

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Aplikasi yang tiada fungsi, sebaliknya hanya memaparkan gambar berlian yang memenuhi skrin telefon pintar anda.

Walau bagaimanapun, aplikasi ini tetap dimasukkan dalam senarai ini memandangkan ianya sebuah aplikasi yang sah dan dijual di platform Google Play.

4. Zollinger’s Atlas of Surgery
Harga: $249

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Aplikasi yang berharga $249 ini mungkin aplikasi paling bermanfaat dalam banyak-banyak aplikasi yang ada dalam senarai ini.

Ianya adalah sebuah panduan perubatan yang menyenaraikan lebih 230 prosedur pembedahan sebenar.

Isi kandungannya diambil daripada buku Zolliger’s Atlas of Surgical Operations edisi ke-9 keluaran McGraw-Hill.

Aplikasi ini adalah untuk kegunaan para doktor membuat rujukan dan bukanlah untuk kegunaan orang awam.

5. Super Color Runner
Harga: $200

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Aplikasi ini berharga $200 dan merupakan aplikasi permainan termahal. Ianya adalah sebuah permainan mudah dimana karakter dalam permainan tersebut akan berlari tanpa henti sambil mengelak halangan dan mengutip barangan yang ada.

Walau bagaimanapun, membelanjakan $200 untuk permainan sebegini sememangnya satu pembaziran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Aplikasi Wajib Peranti Android Anda

sumber: iluminasi

Saturday, November 04, 2017

WhatsApp Kini Boleh Padam Mesej Tersalah Hantar

WhatsApp Kini Boleh Padam Mesej Tersalah Hantar

WhatsApp telah menambah satu lagi fungsi terbaharu yang sangat dinanti-nantikan penggunanya, padam mesej yang tersalah hantar!

WhatsApp Boleh Padam Mesej Silap

Menerusi fungsi berkenaan, apabila satu-satu mesej tersilap hantar, anda boleh memadamkan mesej tersebut sebelum sempat dibaca oleh penerima dan mesej yang dipadam itu akan digantikan dengan “Mesej Ini Telah Dipadam”.

Menurut WhatsApp, anda dibolehkan memadam mesej yang dihantar dalam tempoh 7 minit sahaja.

Sekiranya teks itu melebihi masa berkenaan, ia tidak boleh dipadam lagi.

WhatsApp Boleh Padam Mesej Silap

Untuk memadam mesej yang tersalah hantar itu, sentuh lama pada teks, tetingkap akan terpapar, pilih Delete For Everyone.

Fungsi padam mesej tersalah hantar ini sudah mula ditawarkan secara berperingkat dan anda perlu mengemaskini kepada versi WhatsApp yang terkini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Aplikasi Hebat Setanding Whatsapp

sumber: wiser

Tuesday, October 03, 2017

Aplikasi 'Ayo Poligami' Untuk Lelaki Dan Wanita Yang Mahu Berpoligami

Aplikasi 'Ayo Poligami' Untuk Lelaki Dan Wanita Yang Mahu Berpoligami

Satu aplikasi pencarian jodoh, "Ayo Poligami" yang dilancarkan di Indonesia mencetus kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ayo Poligami

Dilancarkan April 2017 lalu, aplikasi ini menyediakan ciri yang membolehkan pengguna mencari calon isteri kedua, ketiga atau keempat dengan mendedahkan status perkahwinan mereka berserta surat keizinan isteri untuk berpoligami.

Memetik laporan portal, pemilik dan pengasas "Ayo Poligami", Lindu Cipta Pranayama berkata aplikasi itu dibangunkan dengan harapan menemukan lelaki dan wanita yang rela untuk berpoligami.

“Pada asalnya, kami reka laman pencarian jodoh ini untuk membantu golongan bujang yang belum mendapat jodoh, tetapi semasa tempoh pembangunannya, muncul pula isu poligami,” kata Lindu.

Menurut beliau, poligami sebenarnya boleh meruntuhkan sesebuah rumah tangga jika si suami tidak meminta keizinan isteri pertamanya untuk bernikah lagi.

Jadi, itulah sebab dia menekankan keizinan pasangan sebelum seseorang mengambil keputusan untuk berpoligami.

"Kita sudah ada banyak aplikasi untuk mencari calon isteri, tetapi belum ada yang khusus untuk poligami; tiada pilihan untuk itu," jelasnya lagi.

Aplikasi itu, walau bagaimanapun, mendapat kritikan daripada kalangan wanita.

Menggunakan konsep seakan Tinder, aplikasi Ayo Poligami difokuskan buat mereka yang sedang mencari jodoh sama ada bersama janda, duda atau mungkin para suami yang ingin menambah bilangan isteri.

Lebih menarik, aplikasi ini sudah terbukti berjaya menemukan jodoh selepas terdapat pasangan di Indonesia berkahwin selepas berkenalan melalui aplikasi ini.

Mungkin idea ini dilihat sedikit aneh, namun melihatkan kepada komuniti rakyat Indonesia yang majoritinya adalah umat Islam, pembangun aplikasi ini berpendapat terdapat sesuatu yang boleh diubah dalam membolehkan para suami yang ingin berpoligami mencari jodoh dengan lebih mudah.

Setakat ini aplikasi Ayo Poligami cuma ditawarkan di Indonesia dan sedia untuk digunakan semula bermula 5 Oktober 2017, berikutan penyelenggaraan yang dibuat.

Pada pendapat anda, adakah aplikasi ini mampu berjaya sekiranya mula diperkenalkan di Malaysia?

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket | astroawani

Friday, September 08, 2017

Aplikasi 'Verify Halal' Semak Status Halal Dengan Imbas Kod Produk

Aplikasi 'Verify Halal' Semak Status Halal Dengan Imbas Kod Produk

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Serunai Commerce Sdn. Bhd. telah melancarkan aplikasi ‘Verify Halal’ bagi pengguna iOS pada awal Ogos 2017 lalu.

Aplikasi 'Verify Halal'

Aplikasi ini bakal memudahkan pengguna menyemak status halal sesuatu produk dengan hanya mengimbas kod produk menggunakan telefon pintar.

Ini sekaligus menunjukkan komitmen Jakim dalam membangunkan industri halal di negara ini.

Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan pengguna hanya perlu semak dan imbas kod produk menggunakan telefon pintar.

Malah, aplikasi 'Verify Halal' berkenaan turut membekalkan maklumat produk halal makanan, kesihatan dan kosmetik daripada Badan Pengiktirafan Halal Antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Serunai Commerce, aplikasi 'Verify Halal' ini bukan sahaja memberi akses kepada data halal Jakim, tetapi juga maklumat produk halal lain di negara-negara lain yang sudah diiktiraf Jakim.

Bermula Mei 2017 lalu, aplikasi ini sudah dilancarkan kepada pengguna Android dengan lebih 10,000 jumlah muat turun dan menerima maklum balas yang positif di kalangan pengguna.

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara Mengenali Logo Halal Yang Sah!

sumber: astroawani