Saturday, October 19, 2013

Afiq Muiz Sifatkan Tuduhan 'Curi' RM30,000 Mengarut

Afiq Muiz Sifatkan Tuduhan 'Curi' RM30,000 Mengarut

Pelakon Afiq Muiz menyifatkan tuduhan dia sengaja melarikan diri dari syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. setelah menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000 sebagai mengarut.

Afiq Muiz
Afiq Muiz.

Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, berkata, hanya orang tidak mempunyai akal sahaja yang menuduhnya berbuat demikian kerana dia dan syarikat produksi berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah.

"Saya masih lagi bernaung dengan Global. Tuduhan orang ramai yang mengatakan saya larikan duit produksi itu adalah mengarut. Hanya orang bodoh saja kata saya larikan duit Global Station.

"Mereka menuduh saya tanpa usul periksa. Jika benar saya larikan duit mereka, sudah lama saya ditangkap. Sedangkan pihak sana (Global) yang menyekat baki wang saya.

"Cuma baki wang tersebut akan diberi mengikut persetujuan kami menerusi urus janji yang sudah dibincangkan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis

Terdahulu, Afiq sudah menerima pendahuluan sebanyak RM30,000 selepas mengikat kontrak sebagai artis residen produksi berkenaan namun aktor itu direhatkan seketika ekoran kontroversi berhubung pergaduhan dia dengan ibunya, Hasliza Mohd, 48.

Selepas beberapa bulan kontroversi itu reda, syarikat produksi berkenaan cuba menghubungi Afiq namun dia tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tambah Afiq, dia tidak muncul dalam sebarang karya Global Station kerana pada ketika itu dia sibuk menjalani penggambaran drama di bawah produksi lain.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Afiq kini sedang menjalani penggambaran drama Angin Syurga bersama aktres Jue Aziz dan Leez terbitan RTM dan bakal muncul dengan drama Ratu Syuhada untuk siaran televisyen sama.

"Alhamdulillah, tawaran kerja saya semakin berlambak. Ternyata kontroversi tidak menjejaskan karier lakonan saya.

"Pada Disember ini pula saya akan ke Korea bagi menjalani penggambaran drama di bawah terbitan syarikat produksi Pujangga Kreatif," ujarnya.

Sumber: mStar

Wednesday, July 03, 2013

Afiq Muiz Akhirnya Berdamai Dengan Ibunya?

Afiq Muiz Akhirnya Berdamai Dengan Ibunya?

Masalah selesai. Itulah penjelasan yang keluar dari mulut Afiq Muiz yang menyifatkan isu antara dia dan ibunya sudah pun selesai.


Memetik kenyataan Afiq Muiz menerusi laporan Berita Harian, dia merasakan bahawa sudah tiba masa untuk menghentikan segala kisah peribadi beliau.

Seolah kecewa, Afiq Muiz berasa tiada guna untuknya menegakkan kebenaran kerana kenyataan yang dia berikan sering ditokok tambah.

“Tidak guna saya beriya iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan.

“Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah,” jelas Afiq Muiz kepada wartawan BH.

Pada masa yang sama, Afiq Muiz enggan memberi penjelasan bagaimana dia serta ibunya menyelesaikan isu mereka itu.

Selain itu, Afiq turut menjawab persoalan media yang melihat dia begitu mesra bersama Eina Azman berpegangan tangan bersama di Bangsar.

Jelas Afiq, dia dan Eina hanyalah rakan biasa.

Semoga penjelasan Afiq Muiz ini bukanlah sekadar menutup kesilapan diri sebaliknya berharap supaya hubungan antara dia dan ibunya memang benar-benar telah baik.

[Sumber]