Thursday, May 10, 2018

PAKATAN HARAPAN Menang PRU14, Mahathir Umum Cukup Majoriti Bentuk Kerajaan

PAKATAN HARAPAN Menang PRU14, Mahathir Umum Cukup Majoriti Bentuk Kerajaan

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan telah menang di lebih 112 kerusi parlimen, yang membolehkan mereka membentuk kerajaan pusat.

pakatan harapan MENANG PRU14

Dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya, beliau mendakwa HARAPAN menang di enam negeri – Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah.

TAHNIAH PAKATAN HARAPAN.

DOA BEKAS PENGARAH SPRM MAKBUL

Mantan pengarah operasi siasatan khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohd Zin, yang kakitangannya telah memulakan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang sarat dengan skandal berkata doa beliau akhirnya termakbul dengan kemenangan gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Mahathir dan pasukan Anwar atas kemenangan pilihan raya yang menumbangkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bahri juga mengucapkan tahniah kepada 30 juta rakyat Malaysia kerana berani membuat perubahan.

"Slogan (saya) kamu ada kuasa, aku ada Allah insyallah termakbul sudah, inilah doa saya pada sepertiga malam selama ini.

"Lobang cacing tak perlu ku intai lagi dan insyallah kita akan menonton kes-kes yang tak pernah terlintas di benak kita selama ni," katanya.

Bahagian siasatan khas SPRM yang diketuai Bahri dibentuk pada tahun 2010 untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi, terutama yang melibatkan rasuah lebih daripada RM1 juta.

SRC, anak syarikat 1MDB dan kini di bawah Kementerian Kewangan, berada di bawah pemerhatian pasukan Bahri selepas RM42 juta wangnya ditemui dalam akaun bank peribadi Najib. Najib ketika itu juga menerajui Kementerian Kewangan.

Manakala siasatan SPRM terhadap 1MDB cukup rumit dan melibatkan banyak bidang kuasa di luar negara. Peguam negara ketika itu enggan mengeluarkan bantuan daripada segi undang-undang kepada suruhanjaya itu untuk bekerjasama dengan penyiasat asing.

Kes SRC cukup jelas kerana melibatkan sebahagian besar entiti tempatan.

Wang SRC didakwa didepositkan ke dalam akaun Najib dalam dua urus niaga - pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 - selepas diarahkan melalui dua syarikat, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Najib dilaporkan mendakwa tidak sedar wang tersebut dari SRC.

Apabila polis di bawah IGP Tan SRi Khalid Abu Bakar menyiasat SPRM tiga tahun lalu dan menahan tiga pegawai penyiasat operasi khas suruhanjaya itu berhubung dakwaan kebocoran kertas siasatan 1MDB, Bahri cukup marah.

"Demi Allah. Saya akan cari dalang (yang mengarahkan) penangkapan ini sehingga ke lubang cacing.

"Kamu ada kuasa sedikit saja, tapi saya ada Allah," katanya.

Khalid Abu Bakar telah menafikan polis campur tangan siasatan SPRM terhadap 1MDB.

Bahri kemudian ditukar ke Jabtan Perdana Menteri bersama pengarah komunikasi SPRM Rohaizad Yaakob.

Namun, kedua-duanya ditukarkan kembali ke SPRM selepas bantahan awam.

Pada akhirnya, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail telah membebaskan Najib daripada sebarang salah laku.

Wednesday, June 03, 2015

Minyak Naik, Rakyat Sakit ‘Tuh Di Sini’

Minyak Naik, Rakyat Sakit ‘Tuh Di Sini’

“Kos perjalanan balik kampung saya ke Terengganu meningkat. Kalau dahulu harga minyak hanya RM90,00 (isian penuh) tetapi sekarang sudah melebihi RM100.00”

Minyak Naik
Gambar hiasan dan gurauan semata-mata.

Demikian luahan pelajar ijazah kedoktoran dari sebuah universiti tempatan, Hussain Yusri Zawawi, 27, berkenaan beban kenaikan harga minyak mulai Jun ini.

Hussain yang juga merupakan penuntut di sebuah Universiti Awam di Lembah Klang berkata, walaupun kenaikan hanya 10 sen, namun beban tersebut benar-benar dirasainya apatah lagi dia merupakan seorang pelajar.

“Saya sudah berkahwin, memang memerlukan kereta untuk bergerak, kadang-kadang saya kena balik kampung di Terengganu untuk melawat keluarga saya, dan menjenguk keluarga isteri di Pahang.

“Ibarat lagu ‘sakitnya tuh di sini’, saya benar-benar terasa, ditambah dengan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tetapi sudah nama pun kehidupan, saya laluilah juga,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah kenaikan harga minyak ini sudah mula diterima oleh rakyat ekoran luahan perasaan daripada mereka makin kurang, Hussain berkata rakyat sudah sebati dengan keadaan ini.

“Kalau mereka (rakyat) bising sekalipun siapa yang mahu dengar? Cuma satu sahaja kerajaan dengarlah rintihan rakyat, kami terbeban tetapi tak tahu cara nak luahkan perasaan ini.

“Apatah hidup di bandar ini, kosnya tinggi, bila harga minyak naik sahaja, harga barang pun ikut naik, susahlah begini,” luahnya lagi.

Sementara itu menurut pekerja swasta, Zubir Ahmad, 31, dia juga turut terkesan dengan kenaikan harga minyak ini.

“Memang terasa sebab sudah jadi satu trend apabila harga minyak naik walaupun hanya 10 sen tetapi harga barang turut naik.

“Itu yang jadi masalahnya sebab jadi berganda-ganda bebanan, sudahlah harga minyak naik, harga barang juga turut naik.

“Peniaga ini pandai, mereka bijak ambil kesempatan, akhir-akhirnya yang ‘terkena’ rakyat juga,” katanya.

Oleh itu, ujar Zubir beliau berharap kerajaan bertindak tegas terhadap peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan dek kenaikan harga minyak ini.

“Apa yang menakutkan kami adalah bila harga minyak naik, harga barang melambung naik, jadi kerajaan kenalah tegas, ‘jaga rakyat betul-betul’,” katanya.

Manakala menurut, Rosnah Ali,28, yang juga merupakan seorang pekerja swasta dia juga sekata dengan Hussain dan Zubir.

“Bagi saya dengan kenaikan harga minyak ni sangat membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana seperti saya. Ini kebiasaannya seperti yang kita tahu jika minyak naik harga barangan lain pun turut naik. Sedangkan kerajaan pernah menafikan tentang kenaikan harga minyak baru-baru ini. Rakyat rasa tertipu.

“Ekonomi keluarga sekarang ini makin bertambah, dengan isu GST lagi barang-barang menjadi semakin mahal, pengguna dicas dengan harga berganda oleh peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan,” katanya.

Sementara menurut, Salmah Alias,28, yang juga merupakan pekerja swasta, kenaikan harga minyak kali ini akan memberi sedikit bebanan kepadanya.

“Harga minyak naik, sudahlah bulan puasa hampir tiba, apa yang merunsingkan saya nanti adalah harga makanan di bazar Ramadan, biasalah bila bulan puasa kadang-kadang kita nak juga merasa menu luar, tapi takut juga harga makanan akan naik dek kerana harga minyak ini.

“Kita selalu dikatakan ‘harga minyak naik tetapi jangan bimbang harga barang dan makanan tidak naik’ namun yang terjadi sebaliknya. Sudah kerap sangat, saya pun sudah muak.

“Cuma apa lagi nak dibuat, reda ajelah,” katanya.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Jun 2015 naik 10 sen seliter berkuatkuasa tengah 31 Mei lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

Harga minyak sejak Disember lepas telah ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal yang mana tiada lagi subsidi bagi RON95 dan RON97 memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.

Sejak mekanisme itu dilaksanakan, harga minyak telah berubah sama ada meningkat dan menurun dari satu bulan ke satu bulan berikutnya.

BACA INI JUGA: 10 Tumpahan Minyak Paling Buruk Dalam Sejarah

Sumber: Sinarharian.com.my

Wednesday, April 02, 2014

Luahan Hati Pelanggan Celcom Di TIPU Beribu Ringgit!

Luahan Hati Pelanggan Celcom Di TIPU Beribu Ringgit!

Saya tidak berniat menulis isu ini sehinggalah kejadian beberapa hari ini benar-benar mengugat kesabaran. Secara sejarahnya, saya mengambil keputusan menukar kepada Celcom sekitar tahun 2004 atau 2005 jika tidak silap saya. Kira-kira sudah hampir sepuluh tahun atau sedekad lamanya.

Luahan Hati Pelanggan Celcom Di TIPU Beribu Ringgit!

Salah satu sebab saya bertukar kepada Celcom adalah kerana merasakan inilah syarikat telekomunikasi yang ada wajah Melayu biarpun ia merupakan GLC ketika itu. Boleh panggil saya “bersifat perkauman” namun itulah faktanya.

Ketika rakan-rakan selalu mengkritik perkhidmatan Celcom saya selalu menyatakan bahawa perkhidmatan syarikat lain pun 2×5 sahaja. Memang ada kebenarannya pandangan saya itu, namun kadang-kadang ia turut dipengaruhi sifat “nasionalis bodoh” saya.

Namun sejak minggu lalu saya sudah hilang kesabaran sehingga menghamburkan perkataan “bangang” kepada Celcom apabila bil telefon saya: 0192210430 mencecah ribuan ringgit tanpa sebarang penjelasan yang munasabah. Hamburan di facebook tersebut telah dipetik oleh SuaraTV.

Kes I: Bil Meningkat Mendadak Dalam Masa Sehari

Celcom Bangang Penipu [2]
Kejadian bermula pada 28 Mac 2014 apabila saya menerima mesej pada jam 3.20 petang menyatakan bil saya sekarang berjumlah RM 782.12.

Kemudiannya pada hari yang sama pada jam 7.34 malam satu lagi mesej dihantar oleh Celcom menyatakan bil saya telah meningkat kepada RM 963.42.

Akhirnya pada jam 8.08 malam satu lagi mesej dihantar kepada saya menyatakan bil telefon saya sudah meningkat kepada RM 1195.45 dan talian saya terus disekat.

Bagaimana bil saya boleh meningkat beratus ringgit hingga mencecah RM 1000 dalam masa beberapa jam adalah sesuatu yang misteri.

Malam tersebut juga saya bekejar ke mesin pembayaran Celcom di Kuala Lumpur untuk membayar dan mengaktifkan talian tersebut.

Saya bayar sekitar RM RM 1140.00 (RM 380×3). Pada malam tersebut juga talian tersebut diaktifkan secara otomatik.

Sungguhpun tidak berpuas hati, saya berpendapat mungkin ini ada kesilapan semasa keluar negara minggu sebelumnya.

Namun saya pasti sangat tidak ada bil sebesar itu kerana saya telah memilih “Rakan Celcom” secara manual di negara tersebut yang menawarkan RM 38 sehari untuk penggunaan data internet.

Apa perasaan anda sekiranya dalam masa satu hari bil anda meningkat dari 500 ke RM 700 ke RM 1000 dan talian disekat pada hari yang sama? Redha sahajalah buat masa itu.

Kes II: Bil Meningkat, Celcom Tidak Boleh Jelaskan

Celcom Bangang Penipu [2]
Namun masalah yang dijangka selesai berulang lagi pada 30 Mac 2014. Pada jam 8.03 pagi saya menerima mesej menyatakan bil saya telah mencecah RM 521.51. Saya beranggapan mungkin ini kesilapan sistem.

Namun pada jam 12.32 saya menerima satu lagi mesej menyatakan bil saya kini mencecah RM 702.56. Dalam masa beberapa jam bil telefon saya telah meningkat sebanyak RM 200.00.

Saya terus menghubungi Celcom Care bagi mendapat penjelasan isu ini.

Antara soalan yang ditanya kepada saya ialah adakah encik menukar telefon bimbit baru.

Sambil menyatakan saya telah beberapa bulan menukar telefon baru, saya bertanya, apa kena mengena menukar telefon baru dengan peningkatan bil secara mendadak pada minggu lalu dan pada hari ini? Beliau tidak memberi sebarang jawapan.

Beliau kemudiannya bertanya adakah saya ke luar negara baru-baru ini. Saya kata ada pada minggu lalu dan saya menggunakan “rakan celcom” di sana dan menetapkan pilihan secara manual pada telefon bimbit saya.

Ini bermakna tidak mungkin akan ada peralihan daripada penyedia telekomunikasi rakan celcom kepada syarikat lain yang boleh meningkatkan bil saya secara mendadak.

Saya bertanya, “katakanlah ada kesilapan saya di luar negara tersebut pun, bagaimana bil ini boleh datang secara berperingkat-peringkat seminggu setelah saya di Malaysia?”

“Jika ada pun bil dari luar negara mengapa ia telah caj saya pada minggu lalu, dan mengenakan caj lagi pada hari ini?”

Pegawai tersebut berkata, “saya tidak dapat berbuat apa-apa encik. Kena tunggu bil encik keluar pada 13 April 2014 baru kita boleh siasat.”

Tanya saya, “Habis kalau talian saya disekat lagi saya perlu bayar lagi dan terpaksa tunggu 13 April untuk siasatan?”

“Encik boleh hubungi saya untuk aktifkan talian encik buat sementara waktu.”

Celcom Bangang Penipu [4]
Saya tahu pengaktifan seperti ini tidak bermakna apa-apa kerana ia akan disekat kembali dalam masa beberapa hari jika kita tidak menjelaskan bayaran tersebut.

Seperti dijangka talian saya disekat pada 31 Mac 2014. Saya memohon pengaktifan sementara dan diberi tempoh selama dua hari dengan had kredit RM 5 pada jam 6.51 petang.

Yang menyakitkan hati, lebih kurang sejam selepas pengaktifan sementara, saya menerima satu lagi mesej (jam 8.13 malam) menyatakan bil telefon saya telah meningkat kepada RM 1511.03. Talian saya terus disekat!

Dengan beberapa mesyuarat perlu saya hadiri malam tersebut dan keesokannya, saya fikir jika pada masa itu saya berjumpa CEO Celcom yang berambut panjang tersebut pasti saya tumbuk sahaja muka beliau!

Bayangkan hari kerja tanpa kemudahan komunikasi? Bayangkan terpaksa meminjam telefon kawan di hadapan pelanggan untuk menghubungi pejabat saya!

Memalukan, tapi itulah hakikat yang terpaksa saya hadapi.

Kes III: Celcom Blue Cube Sunway Penipu

Sekitar Jam 630 petang, 1 April 2014, saya ke pusat Celcom Blue Cube di Sunway Pyramid. Saya memaklumkan kepada pegawai bertugas masalah-masalah saya seperti di atas. Berikut lebih kurang dialog antara saya dengan pegawai tersebut.

Celcom: “Saya perlu tunggu bil encik dikeluarkan dulu. Buat masa ini saya hanya boleh aktifkan akaun encik untuk 3 hari sahaja.”

Celcom: “Sebenarnya akaun encik ada lebihan RM900.”

Saya: “Habis mengapa akaun saya disekat.”

Celcom: “Itu saya tidak pasti. Kena tunggu bil encik keluar 13 April. Kalau encik nak cepat saya boleh tukar kepada 3hb.”

Saya: “Mengapa tidak boleh hari ini?”

Celcom: “Tak boleh sistem kami memang macam tu.”

Saya: “Jadi jika saya hendak tukar kepada syarikat lain tidak ada masalah? Akaun saya ada lebihan RM 900.00kan?”

Celcom: “Ya, tidak ada masalah.” (Dengan wajah yang tidak rasa apa-apa kerugian seorang pelanggan bercadang berpindah ke syarikat lain.)

Memang saya merancang untuk menukar syarikat lain kerana bosan dengan masalah ini. Namun kerana hari telah lewat petang, akaun saya telah aktif saya ambil keputusan untuk balik ke pejabat dulu.

Namun pada jam 9.14 malam saya menerima mesej Celcom menyatakan bil saya mencecah RM 2393.10. Seminit kemudian talian saya disekat.

Celcom Bangang Penipu [5]
Baru dua jam sebelumnya saya dimaklumkan ada lebihan RM 900 dalam akaun dan akaun saya akan aktif selama 3 hari, sekarang talian saya disekat BUAT KALI KETIGA dalam masa 5 hari dan saya berhutang RM 2000 dengan CELCOM?

Saya tidak kisah membayar bil tersebut jika saya menggunakannya. Saya mahu penjelasan dari CELCOM sebelum saya membayar bil yang luar biasa ini.

Malangnya, saya tidak menerima sebarang penjelasan, dan tentulah tidak logik untuk saya membayar ribuan ringgit begitu sahaja.

Sangat aneh dalam dunia serba moden ini Celcom tidak boleh menjelaskan kepada penggunanya secara langsung apakah punca peningkatan bil secara mendadak dan mencecah ribuan ringgit?

Tidak logik Celcom hanya boleh menjelaskan peningkatan mendadak ini semasa bil dikeluarkan, tetapi pengguna perlu membayar apa saja caj yang dikenakan oleh Celcom sebelum bil dikeluarkan jika mahu talian kekal aktif. Ini perniagaan “Abu Jahal” atau “40 Penyamun”?

Apakah para pegawai CELCOM ini “kaki rasuah” sehingga membeli sistem yang ketinggalan zaman dan dan tidak efektif bagi perkhidmatan pelanggannya?

Saya juga ingin bertanya Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia, layakkah syarikat seperti ini terus diberi lesen perkhidmatan telekomunikasi?

Saya akan menulis siri ke-2 mengenai Celcom sedikit masa lagi. Saya memutuskan untuk tidak menukar syarikat telekomunikasi buat masa ini sebaliknya “memerangi” CELCOM sehingga mereka berubah.

BACA INI JUGA: Senarai Penipuan Syarikat Telco Didedahkan PPIM

sumber: mykmu

Thursday, January 09, 2014

PANAS! MA Hospital Serdang Sibuk Bersembang, Pesakit Derita 6 Jam!!!

PANAS! MA Hospital Serdang Sibuk Bersembang, Pesakit Derita 6 Jam!!!

Coretan ini adalah pengalaman salah seorang bapa yang membawa anaknya yang berusia 9 bulan di wad kecemasan Hospital Serdang malam Isnin (dan berlanjutan ke Selasa pagi) lalu.

PANAS! MA Hospital Serdang Sibuk Bersembang, Pesakit Derita 6 Jam!!!

Bukan tujuan untuk menyalahkan sesiapa tetapi kakitangan awam yang cuai dan mengambil mudah amanah yang diberikan harus ditegur serta diambil tindakan tegas.

Bapa berkenaan tiba di hospital itu pukul 9.30 malam dan perkara pertama yang dibuatnya mendaftar anaknya selepas itu melalui proses saringan.

Semua itu berjalan lancar dan pantas… hanya 10 minit…

Namun, dari 9.40 beliau menanti sehingga pukul 3.45 pagi untuk anaknya yang sedang demam mendapat rawatan.

Itu pun bukannya sebab nombornya sudah dipanggil, tetapi sebab sudah tidak bertahan maka beliau masuk ke bilik rawatan. Kalau beliau masih menunggu dengan badan anaknya yang sedang panas membara… entah pukul berapa lagi baru anaknya akan mendapat rawatan.

(Baca: Adik Khatijah, Pelajar Yang Terlalu Miskin Nak Bayar Yuran Sekolah!)

Apa yang dilihatnya sebaik masuk bilik rawatan…. dua kakitangan yang merupakan pembantu kesiahatan (MA) sedang rancak berborak sambil makan kerepek.

Dua orang duk makan kerepek… apa yang anda dapat rumuskan? Sudah semestinya tidak ada kecemasan kan? Kalau ada takkan dekat pukul 4 pagi boleh duduk makan kerepek sambil bersembang.

“Oh… kami baru nak panggil nombor ini” respon yang diberikan salah seorang daripada dua MA itu…. lebih pada nak cover line.

Oh yea… bukan bertujuan racist… tetapi andai la kalau Pengarah Hospital Serdang rasa nak buat kerja dan perbaiki mutu kerja kakitanganya, maka kedua kakitangan itu adalah perempuan India muda.

Tujuan kami letak untuk narrow down siapa yang kami maksudkan itu.

Ok… sekarang berbalik dari tempoh 9.40 malam (selepas saringan) hingga terpaksa menebalkan muka masuk ke bilik rawatan untuk anak dapat perhatian…apa yang dilihat bapa berkenaan?

Antaranya… budak-budak di bawah umur setahun ada yang menangis sampai sejam tanpa ada pegawai perubatan yang kisah. Ada ibu-bapa yang tak larat menunggu sehingga terpaksa pulang (mungkin berkerja pada esok hari), ada yang terpaksa berbaring di kerusi hospital kerana terlalu lama menunggu.

Sepatutnya keutamaan diberikan kepada anak-anak kecil tetapi itu tidak berlaku.

Hospital Serdang sudah bagus polisinya apabila 3 bilik rawatan dibuka pada malam itu… namun semua bilik macam hendak tak nak aje memberikan rawatan.

Hanya satu bilik menerima pesakit satu masa dan dua bilik diam. Seolah-olah ada persefahaman antara yang berkerja untuk bergilir-gilir melayan pesakit dan bukannya secara serentak.

Satu bilik kerja, dua bilik relax berjam-jam. Bilik yang berkerja tu pun hanya akan panggil dua tiga nombor sebelum pesakit terpaksa menunggu terlalu lama bagi nombor seterusnya. Lepas tu bilik lain pulak buat kerja sikit.

(Baca: Kebaikan Itu Terasa Menyakitkan)

Dan tentu dengan cara itu kakitangan yang sepatutnya berkerja boleh gilir-gilir tidur kan…

Akhirnya nanti semua bilik rawatan nampak macam berkerja dan melayan pesakit tetapi ia dibuat dengan bergilir-gilir sebenarnya. Pandai-pandai buat sistem kerja sendiri… Sangat licik taktik seperti itu bukan.

APA NI? Lawak jenaka ke dalam melayan pesakit?

Kerajaan membelanjakan bilion ringgit setiap tahun untuk perubatan percuma, polisi semua sudah diatur, tatakerja sudah diperjelaskan, piagam pelangan terpampang di dinding hospital… namun kakitangan hospital yang BIJAK PANDAI membuat sistem kerja sendiri seperti hanya satu bilik melayan pesakit dan dua lagi berehat.

Akibatnnya sampai kena tunggu dekat 6 atau 7 jam sebelum dilayan…

Penulis yakin semua itu sengaja dibuat dan kelemahan pemantauan hospital adalah punca terjadinya sikap seumpama itu.

Bapa berkenaan bukan mahu komplen tetapi itu sahaja pilihan hospital yang dia ada waktu itu… namun kakitanganya pula memilih untuk makan kerepek sambil bersembang sesama sendiri.

Sumber: Mynewshub

Wednesday, January 08, 2014

Pelajar Miskin, Nurkhatijah Yang Comel Akhirnya Di Bantu

Pelajar Miskin, Nurkhatijah Yang Comel Akhirnya Di Bantu

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Agama Integrasi (SAI) Ar-Rahmaniah di Taman Dagang, Ampang akan mewujudkan satu Tabung Dana Amanah bagi menyalurkan bantuan yang diterima oleh adik Nurkhatijah Abdullah, 7 tahun, dan Norsyafiqah Abdul Rahim, 9 tahun, bagi kegunaan kedua-dua mereka untuk pendidikan.

Nurkhatijah Abdullah

Pengerusi PIBG sekolah itu Kamaruddin Ab Rahman berkata pihaknya belum mengadakan mesyuarat membincangkan perkara berkenaan kerana ia baru sahaja diketahui pada 2 Januari lepas.

“Perkara ini baru sahaja tersebar dalam 2 Jan lepas dan kita masih belum mengadakan mesyuarat, biasanya mesyuarat akan diadakan pada minggu pertama persekolahan.

“Kita akan berbincang untuk mewujudkan satu tabung amanah bagi menyalurkan semua wang bantuan yang diterima dan akan digunakan untuk membiayai pendidikan Nurkhatijah sampai ke peringkat paling tinggi,” katanya kepada Mynewshub.my ketika ditemui di rumah Nurkhatijah hari ini.

(Baca: Adik Khatijah, Pelajar Yang Terlalu Miskin Nak Bayar Yuran Sekolah!)

Kini, keluarga Nurkhatijah menerima tetamu tidak henti-henti di rumah mereka di Flet Taman Dagang Fasa 2A yang ingin menziarah Nurkhatijah dan menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban datuk dan neneknya yang menjaga serta mengasuhnya sejak kecil.

Mohd Rodzi Ariffin, 61 tahun dan Shamsiah Yusof, 55 tahun, yang mesra dikenali sebagai Pak Long dan Mak Long kini bersyukur selepas kisah pembayaran yuran dengan duit syiling itu tersebar, kini bantuan mencurah datang dan mereka berasa lega apabila ada jaminan pendidikan cucu mereka akan berjalan dengan lancar pada masa depan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang datang membantu dan mendoakan mereka semua dikurniakan kemurahan rezeki kelak, itu sahaja yang mampu saya doakan,” kata Pak Long.

Setakat ini, antara pihak yang sudah hadir dan menziarahi Nurkhatijah ialah wakil dari Kelab Toyota, Kelab Motor Kecil, Kelab Motor Besar dari Rawang, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Alam Shah, Pemuda UMNO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka Ir Iskandar Abdul Samad.

Rumah Nurkhatijah Abdullah

Sementara itu, penulis sempat bertemu dengan Ustazah Khatijah Alang Abu Shuker selepas menziarahi Nurkhatijah dan guru muda itu mengakui agak takut dan terkejut dengan respon yang diterima daripada kisah murid bernama Nurkhatijah itu.

“Niat saya hanya untuk membantu Nurkhatijah dan Norsyafiqah, apabila bantuan menderu masuk ke dalam akaun saya, saya jadi takut dan bimbang tidak tahu bagaimana hendak menguruskan wang berkenaan jika ia terlampau banyak sehingga memaksa saya membekukan akaun saya.

(Baca: Pelajar Terima RM100 Bermula 15 Januari 2014)

“Kini pihak bank sudah membukakan dua akaun untuk Nurkhatijah dan Norsyafiqah bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka,” katanya Ustazah Khatijah Alang.

Bagi anda yang ingin terus menghulurkan sumbangan kepada dua insan ini bolehlah mendepositkan wang anda ke akaun mereka :-

Akaun Bank Rakyat Nurkhatijah Abdullah : 2206 2124 4780

Akaun Bank Rakyat Norsyafiqah : 2201 4156 5286

Sumber: Mynewshub

Monday, January 06, 2014

Adik Khatijah, Pelajar Yang Terlalu Miskin Nak Bayar Yuran Sekolah!

Adik Khatijah, Pelajar Yang Terlalu Miskin Nak Bayar Yuran Sekolah!

Pagi-pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.

Adik Khatijah

Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut.

Guru-guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut.

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.

Adik Khatijah

Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak.

Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat.

Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta-minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya.

Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya.

Saya juga ditunjukkan gambar anak-anak ini.

Adik Khatijah

Comel-comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain.

Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati.

Gurunya yang sebar di kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi.

Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain.

Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak – anak lain.

Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014.

Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.

Email: zunairahagi@gmail.com

Yuran Sekolah Dari Duit Syiling

Alhamdulillah, rupanya masih ramai yang prihatin. Saya menerima banyak pertanyaan, bagaimana nak salurkan bantuan.

Saya pun tidak sangka, entri tentang yuran duit syiling sebagai muhasabah diri mendapat perhatian pembaca.

Memang, kalau diikutkan, hidup di bandar besar, kosnya sangat tinggi hingga wujud istilah miskin bandar.

Kalau di kampung, macam saya di Sabak Bernam, boleh lagi bercucuk tanam, ikan masih boleh di pancing di parit atau sungai.

Sekurang-kurangnya, wang yang ada hanya digunakan untuk membeli garam dan gula. Namun harga barang yang meningkat menyebabkan kebanyakan yang hidup biasa-biasa ini yang paling terkesan.

“Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.” (Adh-Dhuha: 9-11)

Di sini saya update sedikit cerita pelajar berkenaan.

Menurut ustazah Khadijah bt. Alang Abu Shuker (guru pelajar tersebut),terdapat 2 orang pelajar yang dirasakan perlu dibantu, iaitu Nurkhatijah bt. Abdullah dan Norsyafiqah bt.Abdul Rahim.

Kedua-duanya anak yatim. Seorang tiada emak dan seorang lagi tiada bapa. Boleh berhubung terus dengan ustazah Khadijah untuk maklumat dan bantuan. Nombor telefon bimbit ustazah:017-3078400.

Sekadar renungan, Rasulullah s.a.w. sangat memuliakan anak yatim dan suka menggembirakan mereka. Lantaran Baginda s.a.w. juga seorang anak yatim. Jadi apalah salahnya, kalau sumbangan yang kita berikan dapat menggembirakan mereka, memberikan motivasi untuk mereka ke sekolah.

Allah s.w.t. melarang manusia berbuat zalim terhadap anak yatim. Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama. ALLAH subhanahu wata’ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3: "Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin".

Berbahagialah ibu dan nenek adik-adik tadi, gurunya dan orang yang membantu mereka sesuai dengan hadith di bawah kerana anak-anak ini bakal menjadi penghalang api neraka kelak.

“Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).

Terima kasih kepada semua dermawan. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa kalian.

Jazakallah hukhairan kathira.

[Sumber]

*KITA TERTANYA-TANYA, DIMANA PUSAT ZAKAT? DIMANA YB-YB KAYA-RAYA KITA? DIMANA 'MEREKA-MEREKA' YANG MENGAKU MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT?

Tuesday, December 24, 2013

Kisah Benar Anak-anak Yatim Dilayan Macam TAIK Oleh Dato' Penipu!

Kisah Benar Anak-anak Yatim Dilayan Macam TAIK Oleh Dato' Penipu!

*Sila sebarkan kisah ini demi keadilan untuk anak-anak yatim yang terlibat.

Kisah Benar Anak-anak Yatim Dilayan Macam TAIK Oleh Dato' Penipu!

Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan.

Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami.

Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Dato’ Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang sahaja. Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan.

Maka, kami kompromi untuk menyesuaikan diri kami mengikut masa Dato’ ini. Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir.

Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang diaturkan juga ditangguh dan dibatalkan tanpa notis atau dengan notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progres latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan.

Lebih dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam kerana Si Dato’ janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem cuti sekolah gara-gara acara ini.

Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Dato’ yang memetik nama Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu “Minta Sedeqah” yang bertajuk “Tolong Kami” dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Anak-anak kami sudah kami didik untuk tidak meminta-minta.

Furqan mereka mengatakan, adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk mereka mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu mengutip derma, bukan kita. Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena.

Bukanlah kami ini sombong kerana tidak meminta derma.

Tetapi kami lebih suka berbuat sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh memberi dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan kerana kami meminta-minta.

Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama composer, mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah apa-apa, kesemuanya dibatalkan tanpa notis.

Kehadiran terakhir Dato’ ini beberapa hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu Yayasan terkini oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang bernada tinggi kerana beliau tidak dapat hadir. Hancur suara anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama.

Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak ditepati oleh munafik ini.

PADA PETANG MAJLIS Program rehearsal protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi ditunda jam 1 petang. Itupun tertangguh lagi. Lagu “Ampuni kami” yang diminta telah dibatalkan.

Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka belum bersedia untuk beristighfar lagi agaknya. Lagu “Tema Yayasan” yang membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut dibatalkan. Yang diminta ialah lagu “Minta sedekah”.

Itu pun di’trimmed’ menjadi 3 ++ minit dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak.

Segalanya harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji untuk latihan secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi rakaman minus-one yang entah apa-apa. Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan seorang penyanyi India.

Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati penyanyi Diva berlatih. Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi?

Lagu diubah senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih dibatalkan semuanya.

Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama okestra. Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak bagi.

Dato’ menjanjikan 3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan persiapan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan.

Makan pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia juga telah disediakan. Dato’ juga dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan.

Anak-anak ini akan diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu.

Nama majlis itu sendiri adalah untuk meraikan anak-anak yatim kononnya.

Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol pada jam 1 petang.

Kami diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol Istana sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL janji untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..! Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana.

Pada ketika ini, kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Dato’ yang menjadi individu pengatur kami di sana gagal dihubungi.

Telefon tidak berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri muncul pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan bergelimpangan atas lantai tepi tandas.

Anak-anak diberikan satu rakaman dan memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua kena ubah semula.

Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja.

Dengan Dato’ masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom yang mewah.

Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel kesemuanya terlampau mahal untuk kami beli.

Bilik yang dijanjikan juga tiada, menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6 petang untuk waktu rehearsal yang BARU.

Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami 35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain. Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di lobi itu dan mencemar pandangan ‘orang-orang tertentu’.

Tambahan pula lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial yang macam “sial” lucahnya.

Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya?

 Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai.

Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang berjaya.

Sekadar Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada beliau.

Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta yang ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi “co-founder” yang lainnya.

Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di lantai dek kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh 3 minggu.

Salah seorang dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta dalam program makan malam yayasan itu. Dr. Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah juga.

Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu.

Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi gelandangan di situ. Tiada yang prihatin untuk tanya sudah makan ataupun belum.

Perut anak-anak sudah berkeroncong. Setelah pasti tiada lunch dari Dato’ penganjur yang tidak nampak muka, kami terpaksa menghantar wakil untuk mencari makanan luar. Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk mencari makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak.

Dalam menunggu makanan itu sampai, Dato’ dari Yayasan itu tiba-tiba muncul. Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru kepada anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke belum? Dah dapat bilik ke belum?.

Beliau hanya memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang jelas dilihat terbaring di lantai penjuru dinding itu.

Jam 5 petang kami diberikan 2 bilik kecil. Sebaik saja kami anak beranak mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30 petang baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan bermula jam 6 petang.

Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil keputusan hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain cukup alas perut makanan yang telah dibeli.

Jelaslah satu pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang ‘perutnya’ sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain.

Minta maaf diberikan lebih kurang sahaja.

Mungkin malu YANG AMAT BESAR lalu mereka berdua tidak berani berhadapan dengan co-founder, sampai kami pulang.

KONFLIK REHEARSAL Sebelum makan malam, sesi rehearsal bersama combo DBKL hampir dibatalkan kerana kesuntukan masa.

Mereka dahulukan latihan seorang anak India, Jamal dan Jaclin Victor sampai lancar.

Dengan tegas kami katakan kami dipanggil untuk rehersal dan tidak diberi peluang langsung.

Kami akan tinggalkan majlis kerana tidak mahu mengorbankan maruah anak-anak kami untuk membuat persembahan tanpa latihan.

Akhirnya anak-anak diberi peluang untuk mencuba.

Alhamdulillah latihan agak lancar biarpun cuma sekali.

Padahal anak-anak ramai yang DEMAM dan KEPENATAN, terutama sekali anak perempuan kami yang tidak boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan secara tak langsung membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh mereka yang sedang tidur itu.

Mereka sudah diajar tentang aurat itu bukan sekadar BALUT tetapi menutupi dan juga postur yang nampak dan menggamit aura.

Apapun, prinsip kami adalah untuk melakukan apa sahaja dengan bersungguh sungguh.

Memang kami didik anak anak kami untuk mendaulatkan Raja.

Atas alasan itu juga kami teruskan persembahan dengan bersungguh sungguh walaupun tidak dilayan seperti yang dijanjikan sejak menjejak kaki di hotel pagi itu.

Jika ini jemputan komersial biasa, pasti kami sudah tinggalkan sahaja majlis itu.

MALAM MAJLIS, kami jenuh menenangkan anak-anak kami yang terkurung awal dalam dewan, asyik bertanya kenapa maghrib itu tidak solat berjemaah macam biasa? Mereka juga pelik kerana dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi dinding HUJUNG dewan.

Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2 sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan “VVIP” kami di sebelah dapur.

Hiasan bunga di atas meja juga tidak sama.

Menu makanan yang sepatutnya menu masakan Cina pada malam itu tetapi yang sampai ke meja anak-anak “VVIP” majlis hanyalah “makanan gorengan mudah” dan tidak ditambah apabila habis.

Mujur kami didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam menjamah.

Seorang sudah terbiasa ambil satu dan tidak lebih. Tetapi kami sempat jeling meja anak-anak tahfiz dan yatim yang lain di sebelah kami yang licin tak berbaki.

Ada anak tahfiz yang baru 9 tahun umurnya mengatakan masih lapar.

Sebak kami mendengarnya kerana mereka juga senasib dengan kami dan kami juga rasa ia tidak mengenyangkan anak-anak kami.

Malang bagi mereka kerana murobbi mereka tidak ada bersama untuk membela.

Majlis yang dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu menyaksikan seolah-olah satu pertunjukan fesyen pula.

Anak-anak kami yang diletak di belakang asyik bertanya; “Ayah, ayah… boleh ke makcik tu pakai tudung baju ketat begitu?” Pakai tudung tapi dada terbelah begitu? “Boleh ke pakai sopan tapi kain terbelah sehingga ke pangkal paha?” “Kenapa pakaian Makcik itu terbelah di belakang”… Dan macam-macam lagi soalan yang terpaksa kami jawab kepada anak-anak kami.

Baik juga kerana boleh kami tunjukkan mana baik dan mana yang buruk. Pada kami, ia seperti satu penghinaan kepada seorang ketua Agama Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis berpakaian secara jahilliyah.

Duduk sahaja Sultan dan Sultanah, seorang MC wanita membuka tirai program dengan mempersilakan sebuah tarian kebudayaan persembahan JKKN.

Hati kami terdetik, di manakah daulat Ketua Agama Islam apabila disambut dengan tarian kebudayaan dan sepanjang aturcara sehingga pulang tiada langsung doa dibacakan.

Kami berbaik sangka lagi, mungkin kerana berkompromi dengan kira-kira 10-20% tetamu beragama lain.

Di dalam ucapan Dato’ Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu.

Kami mendengar dengan khusyuk. Pastinya dalam program yang singkat, beliau memberikan highlight kepada program yang paling besar sahaja.

Antara program yang dinyatakan ialah seperti; 1. Lawatan ke rumah anak yatim 2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim 3. Sunat beramai-ramai (50 orang).

Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan belanja lebih dari RM100,000.

Jika di”lajak”kan sekalipun mungkin boleh cecah RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang diperolehi.

Kami tak mahu menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami tinggalkan satu persoalan di sini.

Dalam ucapan Dato’ Wira, beliau membacakan banyak hadith tentang anak-anak yatim.

Antaranya adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak yatim.

Namun bagi kami, mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada meninggikan suara kepada anak-anak yatim.

Apabila hak asas mereka mendapat makanan itu juga dinafikan, kami kira itu lebih dari satu herdikan halal seorang guru kepada muridnya.

Kedudukan meja VVIP yatim, Jenis makanan berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan tengahari yang dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat.

Yang paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa. Sejak 8 tahun dengan residen seramai 109 orang, kami di RPWP jalankan usaha dengan cara berpuasa.

Semua co-founder mengeluarkan dana dan tenaga sendiri mentadbir rumah ini.

Mungkin pada malam itu, sebahagian pegawai Yayasan memandang kami yang MENGIRING ini sama seperti mereka yang mendapat faedah dari kutipan tetapi di sebalik itu mereka mungkin tidak NAMPAK. Dr Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah menubuhkan RPWP sebaliknya terus menjadi fakir.

Begitu juga co-founder yang lain. Semuanya korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak mengharap derma untuk menjalankan program harian kami.

Kami sedar, mereka rupanya tidak cukup atau mungkin tiada anak yatim di bawah naungan mereka. Anak-anak kami diwajibkan memakai badge Yayasan dan dengan itu ucapan Dato’ Wira boleh memberikan highlight kepada Sultanah yang di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak yatim.

Pengacara Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan penempatan untuk anak-anak kami kerana lencana Yayasan itu, atau mungkin diminta berkata begitu.

Jelas kami dah faham. Sebuah yayasan yang sebenarnya tidak/kurang memiliki atau menjaga anak-anak yatim secara sistematik, juga tiada laman web yang aktif dengan facebook yang baru 300 likes membuat makan malam dengan menggunakan Nama Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi mengutip derma korporat dan persendirian dengan jumlah yang banyak.

Kami tak mahu melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang pasti, tetapi yang nyata kami hanya di bawa untuk menyanyikan lagu “minta sedekah” dan langsung diletak di hujung dewan TANPA ADA SEORANG PUN pegawai Yayasan yang sudi menjengah meja-meja yang “Kononnya VVIP” itu.

Kehadiran anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen bagi penganjur mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka simpati penderma untuk menderma lagi.

Operasi kami memelihara 109 orang anak yatim dan asnaf yang menjadi residen berbeza sekali. Di atas tanah seluas setengah ekar dengan kos pembinaan, makanan berkhasiat, pendidikan dari pakar pendidik.

Prasarana asas yang memadai yang kami bina sendiri secara gotong royong lebih dari 8 tahun lalu.

Belanja bulanan kami hanya sekitar RM35,000-45,000 sebulan. Bukan mewah tetapi mencukup. Jika dihitung selama 1 tahun, kos operasi kami adalah sekitar RM500,000 sahaja.

Semuanya berkat infaq dan hasil perniagaan kecil kecilan yang kami tabungkan kesemuanya. Kuncinya ialah PUASA. Kami pihak co-founder MELABUR harta dan diri kami, BUKANNYA mengambil sebahagian untung dari pendapatan derma.

INILAH JULUNG KALI kami izinkan anak-anak kami turutserta dalam program malam amal setelah bertahun-tahun kami menolak permintaan banyak pihak lain untuk menggunakan Nama kami untuk tujuan ini.

Dan apa saja penyelewengan yang kami bimbangkan jelas terjadi pada kali pertama ini juga.

Kami kecewa dengan apa yang berlaku.

Kami pasti Tuanku Permaisuri Agong juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di belakang tabir.

Kami pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami menyuarakan perkara ini bagi pihak Yayasan mengambil pelajaran seperti tertutup.

Maka, artikel ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran kepada yang lain-lain.

Jika ada laluan yang lebih baik untuk kami memaklumkan perkara ini kepada Kebawah Duli Tuanku, pasti kami juga tidak gemar menyampaikannya dalam rencana terbuka sebegini.

Sebelum ini kita dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia yang anak-anaknya dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya mereka daif.

Tetapi dilihat, pengasasnya berkereta mewah dan akhirnya ia diharamkan.

Rupanya, kita mungkin akan saksikan apa yang terjadi ini adalah satu scam berprofil tinggi.

Pengutipan derma untuk anak yatim tanpa ada anak yatimnya.

Sebagai hamba rakyat, kami tidak rela jika nama raja yang menyayangi anak-anak yatim dan asnaf digunakan untuk kepentingan segolongan manusia.

Ramai yang meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan kerja kami.

Banyak lagi urusan kami yang lain untuk anak-anak ini. Cukuplah kisah ini diambil pelajarannya oleh masyarakat.

Para pengasas tidak hairan dengan makanan dan bilik hotel.

Tapi apa yg dilakukan terhadap anak-anak kami SANGAT KAMI TIDAK RELA! Kerana kami sayang mereka, kami tatang mereka macam minyak yang SANGAT penuh.

Sila ikuti beberapa klip video sebagai pengesahan berita.

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/23/petikan-perbualan-wakil-dymm-seri-paduka-baginda-ydp-agong/

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/23/di-sebalik-tabir-suasana-sambutan-ketibaan-dan-keberangkatan-pulang-tuanku-dymm-spb-ydp-agong/

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/22/persembahan-khas-anak-anak-rpwp-di-hadapan-dymm-spbydp-agong-tolong-kami/

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/04/rakaman-latihan-nasyid-untuk-persembahan-istana-di-hadapan-dymm-ydp-agong/

Alhamdulillah bersyukur beberapa anak dapat buah tangan angpau RM100 seorang dan kuih raya yang kami tidak tahu bila tarikh luputnya kerana bungkusan itu bertulis SELAMAT HARI RAYA 2013.

WARGA PRIHATIN

Sumber: Mynewshub