Tuesday, May 28, 2019

7 Khasiat Ajaib Lobak Merah Untuk Kesihatan


Lobak adalah sayur-sayuran yang mudah untuk ditanam dan membesar. Sebab itu kita boleh lihat ada di antara orang di kawasan perumahan boleh menanam sayur ini dan rasanya yang manis dan tekstur yang rangup menjadikan ia disukai oleh sesiapa sahaja.

Khasiat Lobak Merah

Bukan sahaja lazat, khasiat yang terkandung dalam lobak merah sangatlah banyak, berdasarkan kandungan nutrisi yang terdapat dalam sayur ini.

Jom kita lihat 7 kebaikan lobak merah untuk sistem badan anda.

1. Anti-kanser

Banyak kajian telah dibuat menunjukkan bahawa dengan makan lobak merah boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser kolon.

Ini keranan lobak merah mengandungi Falcarinol yang dapat mengurangkan risiko terkena kanser.

Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak merah yang melindungi akarnya dari penyakit kulat, namun bukan racun untuk manusia tetapi pencegah kanser!

2. Baik untuk mata

Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan dan kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.

Oleh itu, lobak merah adalah makanan yang baik untuk mata kerana ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan yang ditukar kepada vitamin A di dalam hati.

Beta-carotene juga membantu melindungi daripada degenerasi makula dan perkembangan katarak.

3. Mencegah penyakit jantung

Mengamalkan makan lobak merah juga dipercayai dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung, kerana serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

4. Mengurangkan risiko strok

Menurut satu penyelidikan dari Universiti Harvard, orang yang makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu peratusannya untuk mengalami strok adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebiji lobak merah sahaja dalam seminggu.

5. Menjaga kulit

Buat brader-brader maskulin yang sentiasa mengambil berat untuk kulit, ini berita baik untuk anda.

Tak perlu lagi berhabis duit beli supplemen untuk kulit, cukup dengan makan lobak merah sahaja.

Ini kerana lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.

Selain itu, lobak merah juga berguna untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi.

Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah adalah sangat berkesan untuk menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.

6. Anti penuaan

Ini pun berita baik juga untuk mereka yang nak awet muda. Lobak merah dipercayai dapat membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan negatif yang dikaitkan dengan penuaan.

Lobak merah juga kaya dengan beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.

7. Mengekalkan gigi cantik

Selain memberus gigi, anda juga boleh amalkan makan lobak merah untuk gigi yang cantik, kerana lobak merah boleh bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi.

Mineral semulajadi yang terkandung dalam lobak merah dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.

Makan lobak merah, anda sihat!

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon