Tuesday, March 13, 2018

Kajian Buktikan Asap Vape Sama Seperti Toksik Rokok


Beberapa tahun lalu, penggunaan vape menjadi trending dan antara alasan popular digunakan oleh penghisap vape ialah rokok elektronik mereka ini lebih selamat jika dibandingkan dengan menghisap rokok.

Kajian Buktikan Asap Vape Sama Seperti Toksik Rokok
Gambar hiasan.

Namun, penjualan vape kini tidak lagi setinggi dahulu selepas fatwa pengharaman telah dikeluarkan dan begitu juga halangan jualan di beberapa negeri.

Ramai pengguna vape mengatakan larangan yang dikeluarkan tidak munasabah kerana rokok terjual dengan meluas walaupun jauh lebih berbahaya.

Kajian terbaru dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health mendapati pendapat ini adalah menyimpang dari fakta sains.

Sebanyak 56 jenis mesin vape telah diuji di dalam kajian ini namun analisa cecair vape yang digunakan tidak menemui peratusan logam toksik yang tinggi.

Tetapi, apabila ujian dilakukan ke atas asap yang dihasilkan, mereka menemui kepekatan yang tinggi logam toksik kromium, nikel dan kadmium.

Malah, kepekatan yang disukat adalah lebih tinggi berbanding yang ditemui pada rokok. Kepekatan plumbum pula sama seperti rokok.

Sumber logam ini adalah pada elemen pemanas di dalam vape. Ia lebih tinggi pada vape yang baru berbanding yang sudah agak lama digunakan.

Pengguna vape yang kerap menukar elemen pemanas turut terdedah kepada kepekatan logam toksik yang lebih tinggi.

Banyak kajian sedang dilakukan ke atas vape bagi melihat kesan jangka panjangnya terhadap kesihatan tubuh manusia.

Pada awal kurun ke-20, rokok pernah diiklankan sebagai baik untuk kesihatan dengan rokok disarankan oleh sesetengah doktor untuk penyakit seperti lelah.

Tetapi, selepas kajian dilakukan dengan lebih teliti, jelas sekali rokok menyebabkan kanser.

Cuma isu persoalan yang timbul adalah, kenapa rokok biasa masih tidak ditangkap penjualannya?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Vape Samalah Seperti Tangkap Orang Berkhalwat Tapi Biarkan Rumah Pelacuran..'

sumber: amanz

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon