Disekitar Grand Canyon sering ditemui sisa peninggalan barang-barang lama milik Red Indian termasuk yang berusia ribuan tahun antaranya cebisan tembikar, manik dan batu-batu yang diukir dengan simbol-simbol budaya serta keagamaan seperti beruang, cicak, ular dan geometri.
Banyak kali dilaporkan, para pelawat atau pengembara yang mengambil barang-barang lama itu terpaksa memulangkannya kembali kerana sering diganggu.
Setiap malam mereka akan melihat jelmaan seseorang mundar-mandir di rumah, manakala pintu bilik akan terbuka dan tertutup sendiri.
Pejabat renjer Grand Canyon juga setiap tahun akan menerima dua atau tiga bungkusan berisi sisa-sisa tinggalan dari pengirim yang telah mengambilnya.
Di dalam surat yang turut dikepilkan, pengirim bungkusan akan menceritakan bagaimana mereka diganggu oleh jelmaan-jelmaan misteri selepas mengambil barang-barang di Grand Canyon.
Malah, ada diantara mereka ditimpa macam-macam bala sama ada di tempat kerja, hubungan dengan kekasih, masalah kesihatan, tekanan perasaan dan sebagainya.
Kenapa perkara pelik ini berlaku?
Masyarakat Indian mendakwa, semua ini terjadi kerana barang-barang tersebut mempunyai sumpahannya sendiri.
Ia adalah barang-barang suci yang dilindungi oleh roh nenek moyang mereka.
Sesiapa yang mencuri atau mengambilnya tanpa izin, pasti akan ditimpa musibah.
BACA INI JUGA: Grand Canyon, Keajaiban Ukiran Alam Berusia 2 Bilion Tahun!
-SENTIASAPANAS.COM