Monday, February 05, 2018

Menurut Kajian Memakai Tali Leher Boleh Menyebabkan Buta


Pernah memakai tali leher ataupun anda memang mengenakan tali leher setiap hari untuk ke tempat kerja? Tali leher dipakai oleh lelaki untuk ke tempat kerja setiap hari supaya kelihatan segak, kemas dan menunjukkan status kerjayanya.

Menurut Kajian Memakai Tali Leher Boleh Menyebabkan Buta

Disebabkan itu, tali leher juga menjadi salah satu keperluan dalam dunia fesyen namun, adakah anda tahu bahawa memakai tali leher sebenarnya membawa keburukan kepada pemakainya?

Tali leher bahaya

Ada beberapa kajian yang telah dijalankan mendakwa tali leher boleh menyebabkan kebutaan.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Ophthalmology, pemakaian tali leher yang terlalu ketat dalam jangka masa yang lama akan meningkatkan tekanan intraocular (IOP) atau disebut tekanan tinggi dalam mata dan boleh menyebabkan glaukoma.

Glaukoma adalah penyakit mata di mana tekanan cecair dalam bola mata menjadi terlalu tinggi sehingga merosakkan saraf optik yang membawa isyarat penglihatan dari mata ke otak.

Kerosakan ini tidak dapat disembuhkan sehingga menyebabkan kebutaan pada tahap yang parah.

Kajian

Satu kajian telah dijalankan kepada seramai 20 orang lelaki yang menghidap glaukoma dan 20 orang lagi yang tidak menghidapinya.

Setiap subjek diukur IOPnya dengan kolar kemeja terbuka, kemudian diikat tali leher ke tahap agak tidak selesa.

Selepas tiga minit, IOP subjek diukur sekali lagi, kemudian tali leher dilonggarkan dan selepas tiga minit, IOP subjek diukur buat kali ketiga.

Hasilnya, 60 peratus mereka yang menghidap galukoma mengalami peningkatan IOP apabila memakai tali leher dan 70 peratus subjek normal juga mengalaminya.

Apabila tali leher dilonggarkan, IOP kedua-dua subjek menurun.

Daripada hasil kajian, penyelidik memberi amaran tali leher yang ketat berisiko menyebabkan pemakainya menjadi buta.

Masalah ini sebenarnya pertama kali dikemukakan oleh Dr. Walter G. Walford, pada tahun 1917, dalam bukunya berjudul Dangers in Neckwear.

Beliau menulis tali leher yang ketat dan kolar berkanji akan memberi masalah pada seseorang kerana pengaliran darah ke otak akan terganggu.

Sekadar fesyen

Tali leher juga disifatkan sebagai tiada fungsi utama selain sekadar fesyen semata-mata.

Tali leher berbeza dengan tali pinggang yang berguna untuk memastikan seluar tidak londeh atau berada ditempatnya dengan sempurna, manakala stokin memberi perlindungan pada kaki.

Sebaliknya, tali leher pula hanyalah hiasan yang tidak bermanfaat dan harganya juga mahal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal Usul Dan Keunikan Tali Leher Croatia

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon