Thursday, February 01, 2018

F1 Henti Khidmat Gadis Litar


Formula Satu (F1) tidak akan lagi menggunakan perkhidmatan gadis litar dalam kejuaraan akan datang selepas merasakan amalan itu “janggal dengan norma masyarakat moden hari ini”.

F1 Henti Khidmat Gadis Litar

“Kami tidak percaya amalan itu sesuai atau relevan untuk F1 dan peminatnya, baru atau lama, di seluruh dunia,” Pengarah Urusan Operasi Komersial F1 Sean Bratches dilapor sebagai berkata.

Penganjur acara itu berkata amalan yang sekian lama itu akan dihentikan dalam kejuaraan Mac 2018 depan di Melbourne, Australia, lapor The Guardian.

Gadis litar biasanya digunakan untuk memegang payung untuk pelumba dan mengiringi pemenang di atas pentas.

Mereka kadang kala berpakaian seksi dengan nama penaja dipamerkan pada pakaian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Gambar Seksi Gadis Litar Korea

sumber: mk

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon