Monday, January 15, 2018

Suami Cerai Isteri Tidak Mandi Setahun!


Seorang lelaki di Taiwan nekad menceraikan isterinya ekoran tabiat buruk pasangannya yang hanya akan mandi sekali dalam setahun.

Suami Cerai Isteri Tidak Mandi Setahun!
Gambar hiasan.

Memetik laporan Shanghaiist, tabiat buruk isterinya itu telah menyebabkan mereka tidak lagi melakukan hubungan intim bersama lantas membatalkan hasrat mereka untuk memiliki anak.

Sebelum melangsungkan perkahwinan, lelaki itu mendakwa isterinya akan mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu, namun keadaan semakin parah setelah mereka berkahwin.

Selepas 10 tahun, isterinya hanya mandi sekali dalam setahun dan akan menghabiskan masa hampir enam jam bagi membersihkan dirinya setelah setahun tidak mandi.

Selain malas mandi, wanita tersebut turut memaksa suaminya untuk tidak bekerja dan menjaga bapanya yang sakit.

Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan terpaksa bergantung kepada ibu mertuanya.

Bagaimanapun, pada tahun 2015, lelaki ini nekad untuk berpindah keluar dari rumah tersebut dan bekerja di Hsinchu di utara Taiwan tanpa pengetahuan isterinya.

Walau bagaimanapun, selepas isterinya tahu dia bekerja, isteri tersebut memaksa suaminya itu berhenti dan pulang semula ke rumah.

Susulan kejadian itu, lelaki ini akhirnya nekad pulang ke rumah dan memfailkan penceraian terhadap isterinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bolehkah Isteri Minta Cerai Jika Tidak Puas Seks?

sumber: astroawani

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon