Wednesday, January 24, 2018

Skandal Alexis Sanchez Bayar Pelajar $1,000 Satu Malam!


Seorang pelajar mendakwa Alexis Sanchez menawarkan £1,000 kepadanya untuk seks yang dalam satu laporan eksklusif The Sun UK, Paulina Sobierajska, 20, berkata Sanchez yang sudah mempunyai teman wanita dan akan dibayar £505,000 seminggu selepas berpindah ke Manchester United telah bertanya kepadanya, "Berapa harga untuk 'bersama' dengan kamu?"

Skandal Alexis Sanchez
Alexis Sanches bersama teman wanitanya.

Sobierajska mendakwa Sanchez telah menjemputnya datang ke kediamannya, kemudian membuka bajunya dan mereka minum champagne bersama.

Dia berkata, sebelum mengenali penyerang dari Chile itu dia telah berbual dengannya di sebuah bar selepas seorang rakannya menghantar datang menyampaikan mesej daripada Sanchez.

"Ketika itu ada seorang lelaki melihat saya dan tersenyum. Saya tidak tahu siapa dia.

"Dia terus memandang saya dan tersenyum. Ia agak pelik.

"Kemudian seorang lelaki datang kepada saya dan beritahu bahawa saya ada seorang tetamu istimewa dan dia benar-benar berminat untuk bercakap saya.

"Saya bertanya siapa lelaki itu dan dia berkata orang itu adalah pemain bola sepak Arsenal Alexis Sanchez. Saya tidak tahu siapa dia.

"Dia beritahu Alexis minta dia tanyakan kepada saya berapa harga untuk ‘bersama’ saya. Saya terperanjat. Saya buat lawak dan berkata £10,000 untuk membuatkannya nampak bodoh."

Lelaki itu kemudian didakwa mengambil nombor telefonnya.

Sanchez yang sedang menjalinkan hubungan dengan aktres Mayte Rodriquez segera menghantar mesej WhatsApp kepadanya walaupun duduk hanya tiga kaki dari meja di mana Sobierakska dan rakannya minum.

Pemain yang akan menjadi pemain dengan bayaran tertinggi di Liga Perdana selepas perpindahannya dari Arsenal ke United itu terus menghantar mesej dalam bahasa Inggeris 'rojak': "Saya suka kamu.

"Jumpa kamu dan kawan kamu nanti. Adakah ia mungkin?"

Selepas wanita itu bersetuju, Sanchez didakwa menjawab, "Ok baby jumpa kamu nanti? Berapa kos untuk bersama kamu?”

Sobierajska sekali lagi berseloroh dan menjawab kosnya adalah £10,000.

Sanchez didakwa menjawab, "£500 seorang saya boleh bayar. Beritahu saya. Kamu boleh percayakan kami, jangan risau. Kita akan bergembira. Flat saya tidak jauh dari sini."

Dia kemudian menaikkan harga kepada £800, sambil menambah, "Saya sangat sukakan kamu. Jika boleh, saya nak bersama kamu sekarang. Kamu sangat hebat."

Beberapa minit kemudian Sanchez, 29, didakwa mengajaknya ‘bersama’ sekali lagi jika wanita itu tidak keberatan.

Sobierajska menjawab bahawa bahasa Sepanyolnya tidak begitu baik dan Sanchez terus memujuknya.

Skandal Alexis Sanchez
Antara mesej bahasa 'rojak' yang didakwa dihantar Sanchez kepada Sobierajska.

Sebelum meninggalkan Bar Novikov, Mayfair, Sanchez memberikannya wang kertas £20 berjumlah £1,000. Dia juga menghantar mesej alamat flatnya di Kensington dan berkata seorang kawan akan membenarkannya masuk.

Sobierajska pada Sabtu berkata, "Dia kata dia benar-benar sukakan saya dan minta saya sertai parti dan minum-minum di flatnya. Ia agak pelik tetapi saya kata pasti saya akan pergi."

Apabila tiba di flatnya, Sobierajska mendakwa dia mendapat sambutan hangat dengan Sanchez memeluknya dan menawarkannya Champagne.

"Dia buka baju dan menari depan saya untuk berseronok. Badannya sangat cantik’. Dia sangat lucu. Dia bercakap separuh Inggeris separuh Sepanyol dan dia lelaki kacak."

Sobierajska berkata dia terpegun dengan keadaan flat mewah Sanchez.

Selepas meninggalkan kediaman itu pada awal pagi 25 Ogos, dia mendapat teks daripada Sanchez sebelum pukul 4 pagi yang berbunyi: "Jumpa lagi."

Keesokan harinya terdapat satu lagi mesej, "Mmmm Baby apa khabar saya berada di Liverpool saya akan bermain esok.”

Ia menandakan permulaan hubungan mereka selama tempoh lima bulan di mana Sobierajska melawat rumah Sanchez sebanyak empat kali.

Wanita itu mendakwa Sanchez tidak pernah menyebut tentang teman wanita Chilenya, Mayte.

Lawatan kedua Sobierajska ke flat itu berlaku seminggu selepas yang pertama.

Dia berkata, "Kali ini kami sendirian. Dia datang menjemput saya di lif dan bersembunyi dari jiran-jirannya ketika mereka berjalan.

"Dia perlu keluar makan malam. Saya enggan pergi bersamanya kerana saya terlalu mabuk. Saya berada di sana selama dua jam. Susah untuk kami bercakap kerana bahasa Inggerisnya tidak bagus. Tetapi kami saling faham.

"Kali pertama saya berada di rumahnya dia cuba berpura-pura menjadi David.

"Saya tahu dia pemain bola sepak tetapi tidak tahu betapa popularnya dia.

"Dia sering memuji saya. Saya sudah sukakan dia dan saya fikir ia adalah permulaan kepada satu hubungan."

Wanita itu berkata dia pergi ke rumah sanchez buat kali ketiga selepas rakannya menempah teksi.

Dia berkata, "Apabila saya masuk Alexis berlari dan mengangkat saya dan berkata dia sangat gembira melihat saya. Kami ketawa dan dia membuka bajunya."

Sobierajska berkata teks daripada Sanchez terus diterimanya setiap kali mereka tidak bersama.

Pada 31 Ogos dia menulis, "Halo baby saya ingin jumpa kamu, akan kembali ke London dalam masa empat hari."

Pada 9 September dia berkata, "Saya merancang mahu jumpa kamu.

"Baby jika saya mahu jumpa kamu dan bersama kamu, perlukah saya bayar?"

Lawatan terakhir Sobierajska ke flat itu adalah pada akhir Oktober. Dia masih menerima mesej Sanchez sehingga sebelum Krismas.

Pada masa itu, dia akhirnya mendapat tahu tentang hubungan Sanchez dengan Mayte selepas melihat gambar mereka bercium dalam talian.

Skandal Alexis Sanchez Bayar Pelajar $1,000 Satu Malam!
Paulina Sobierajska.

Dia berkata, "Dia tidak pernah menyebut tentang wanita lain. Apabila saya melihat gambar mereka bersama, jelas hubungan kami adalah palsu."

Sobierajska berkata dia marah kerana Sanchez tidak jujur dan tidak menghormati dirinya dan teman wanitanya dengan bertindak demikian.

Sanchez menghantar mesej terakhir kepada Sobierajska pada 14 Disember dan cuba mengatur pertemuan lain.

Dia menulis, "Hello baby bagaimana kamu. Adakah kamu di London?”

Pada masa itu dia telah memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan rahsia mereka.

Sanchez dan Mayte pertama kali dikaitkan pada Julai apabila rakan sepasukannya di Chile, Claudio Bravo berkata penyerang itu telah bercinta.

Pasangan itu kemudian bercuti di Kepulauan Turks dan Caicos. Sanchez menyiarkan video dan gambarnya di Instagram.

Dia dipercayai telah menghabiskan cuti Krismas dan Tahun Baru dengan Mayte. Dia memberitahu sebuah majalah, "Saya berkongsi hidup saya dengan orang yang hebat."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon