Friday, January 05, 2018

Gambar Formasi Burung Gergasi Yang Menakjubkan Berjaya Dirakam!


Seorang jurugambar berjaya merakam gambar yang sangat menakjubkan saat detik penghijrahan burung Perling yang membentuk formasi seekor burung gergasi.

Gambar Formasi Burung Gergasi Yang Menakjubkan Berjaya Dirakam!

Jurugambar separa profesional, Daniel Biber, 53, yang berasal dari Hilzingen, Jerman berkata, dia merakam kejadian berkenaan di Sepanyol selepas melihat beribu-ribu burung dan kegiatan pengakap sepanjang tempoh empat hari berada di negara itu.

Dia berjaya merakam beberapa keping gambar menunjukkan burung-burung berkenaan membentuk seekor burung gergasi ketika menjadi sasaran haiwan pemangsa.

Gambar unik itu melayakkan dia memenangi pertandingan fotografi antarabangsa yang dianjurkan oleh badan pemerhati burung, Vogelwarte Sempbach di Switzerland.

Gambar Formasi Burung Gergasi Yang Menakjubkan Berjaya Dirakam!

Daniel Biber bagaimanapun berkata, dia hanya menyedari gambar unik dan berkualiti tinggi itu ketika melihat semula gambar-gambar di komputer.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon