Friday, January 05, 2018

Misteri Bebola Api Terbang Gemparkan Colombia


Satu rakaman video yang dirakam oleh penduduk tempatan di Ocana, Colombia, menunjukkan satu bebola api misteri muncul di udara bandar ini selama beberapa minit.

Misteri Bebola api di Colombia

Bola cahaya misteri berwarna jingga itu dirakam perlahan-lahan pudar sebelum hilang sepenuhnya. Saksi berkata, cahaya itu hilang semasa bergerak di kawasan kejiranan Aguas Claras.

Pihak berkuasa dan penduduk Colombia masih keliru apakah cahaya tersebut, menurut media tempatan.

Ramai penduduk merakam fenomena aneh itu dan beberapa rakaman video menjadi tular di media sosial.

Rata-rata penduduk mendakwa cahaya aneh tersebut adalah sebuah kapal angkasa makhluk asing yang cuba mendarat di Bumi.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa itu mungkin api yang sedang marak atau objek terbakar.

“Ia bukan bintang. Ia bukan pesawat. Ia adalah Superman,” jerit seorang lelaki dalam bahasa Sepanyol.

Tonton videonya dibawah.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon