Sunday, December 31, 2017

Apa Itu Penggubahan Wang Haram (Money Laundering)?


Pengubahan wang haram atau Money Laundering adalah suatu perbuatan untuk menukar wang atau nilai bahan lain yang diperoleh daripada aktiviti haram (keganasan, pengedaran dadah, perdagangan senjata haram, rasuah, pemerdagangan manusia dan sebagainya) kepada wang atau pelaburan yang kelihatan sah.

Apa Itu Penggubahan Wang Haram (Money Laundering)?

Pengubahan wang haram digunakan supaya sumber wang haram dan nilai-nilai material yang lain tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Money laundering dikatakan amat popular di peringkat antarabangsa terutamanya golongan pengedar-pengedar dadah, kongsi gelap, bookie, pemain judi dan kumpulan pengganas. Walaupun terdapat pelbagai undang-undang telah digubal di seluruh dunia, namun money laundering, amat sukar di kawal.

Dikatakan money laundering berasal daripada satu kumpulan kongsi gelap, penjenayah antarabangsa yang menggunakan duit hasil kegiatan jenayah untuk 'dilaburkan' atau 'dibersihkan' dengan menggunakan jalan-jalan yang berlandaskan undang-undang seperti menerusi aktiviti pembelian saham, stok, derivatif, futures, FOREX, insurans, pembiayaan industri/projek yang besar, terlibat dalam sektor hartanah dan sebagainya.

Malah 'penjenayah' menggunakan wang berkenaan bagi 'membiayai' dan 'membeli' bank-bank tertentu (yang bermasalah) untuk diniagakan menerusi pelbagai skim pinjaman berfaedah termasuk segala potongan cukai bagi 'membersihkan' wang berkenaan dan mengikut 'lunas undang-undang' serta dianggap sebagai 'revenue'.

Suatu laporan antarabangsa pernah dikeluarkan yang menyatakan bahawa kewujudan Money Laundering juga menandakan wujudnya operasi jenayah terancang (organised crime) dan transnasional.

Money Laundering juga amat cepat evolusinya di mana penjenayah amat bijak menyesuaikan teknik 'pelaburan' agar sukar dikesan tambahan pula dengan adanya teknologi ICT yang mempermudah dan mempercepatkan lagi urusan 'perniagaan'.

Apabila banyak keuntungan diperolehi dari 'pelaburan' money laundering, maka dengan sendirinya kekemungkinan 'keuntungan' ini digunakan pula untuk membiayai aktiviti jenayah adalah tinggi.

Antara cara-cara money laundering dilakukan ialah:

1) Pelaburan

Memandangkan money laundering melibatkan perniagaan 'tunai' yang besar, wang ini akan dilaburkan menerusi sistem kewangan atau ekonomi retail atau diseludup keluar dari sesebuah negara.

Matlamat mereka ialah untuk 'melarikan' wang berkenaan daripada 'sumber asal' bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa.

Kemudian ianya akan ditukar dalam bentuk cek kembara atau wang pos dan sebagainya.

2) Pelapisan

'Pelapisan' merupakan konsep menjadikan wang haram menerusi proses pusingan pelbagai tingkat yang kompleks termasuk menyerap ke dalam sistem pengauditan.

Tujuan utama 'pelapisan' dilakukan ialah untuk 'menidakkaitkan sejauh mungkin' wang berkenaan daripada 'sumber asalnya'.

Pelapisan biasanya dilakukan dengan aktiviti simpanan dan pengeluaran secara berulang kali menerusi akaun di bank-bank offshore di mana akaun-akaun ini melibatkan syarikat-syarikat 'kosong' yang menggunakan kaedah Electronic Funds Transfer (EFT).

Aktiviti ini amat sukar dikesan kerana wang berkenaan dibahagi-bahagikan kepada terlalu ramai individu dan 'syarikat-syarikat' dan lebih menyulitkan lagi, 'penjenayah' mengetahui bahawa apabila berlaku terlalu banyak transaksi harian di pihak bank-bank offshore, maka mereka akan mudah 'menyelinap masuk' tanpa dikesan.

Selain itu, mereka juga membuat pembelian stok, komoditi, FOREX dan lain-lain yang juga sukar dikesan kerana transaksi harian yang terlalu tinggi.

3) Integrasi dan Penyerapan

Wang haram diintegrasikan atau diserap ke dalam sistem kewangan dan ekonomi yang sah dan menjadikan wang ini akhirnya seolah-olah 'dimiliki secara sah' oleh 'penjenayah'.

Contohnya:

a. Dengan menubuhkan syarikat di negara-negara tertentu di mana 'transaksinya terjamin dirahsiakan'. Kemudian, mereka akan kononnya 'diluluskan' pinjaman yang berasal daripada 'wang haram'. Cara ini juga memberikan ruang untuk mendapatkan 'potongan cukai' dan 'pembayaran kembali' wang berkenaan dengan 'faedah'nya sekali.

b. Cara yang lain ialah menghantar invois yang bersabit dengan perniagaan impot/ekspot yang memudahkan penjenayah ini memindahkan wang berkenaan dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain atau dari satu negara ke satu negara yang lain.

c. Menggunakan kaedah EFT menerusi bank-bank yang 'dikuasai' oleh 'penjenayah' ini - (melalui pembelian, pelaburan, pembiayaan wang yang tinggi)

d. Membuka, menjalankan perniagaan menerusi syarikat-syarikat (berlesen) pemberi pinjam wang atau pembiayaan secara geran, pengurusan dana, malah pengurup wang.

Walaupun terdapat banyak undang-undang Anti-Laundering digubal di seluruh dunia seperti peruntukan menghadkan jumlah simpanan pada sesuatu masa, tempoh bertenang untuk pemeriksaan, tetapi penjenayah-penjenayah ini begitu bijak mengaburi mata pihak insitusi perbankan dan kewangan dengan hanya menerusi kaedah-kaedah menggunakan nama ramai individu, syarikat-syarikat yang menjalankan berbagai jenis perniagaan.

Kita perlu menentang dengan apa juga cara untuk membasmi kegiatan ini kerana ianya mampu melumpuhkan ekonomi negara dalam masa yang singkat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Pengaliran Wang Haram Paling Besar Di Dunia!

sumber: mutalibmd

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon