Thursday, December 07, 2017

Khasiat Bayam Sebagai Penambah Darah


Sayur Bayam yang telah dimasak dikatakan adalah sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana wanita berisiko mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

Khasiat Bayam Sebagai Penambah Darah

Dibandingkan dengan memakan daging merah yang juga kaya dengan zat besi, bayam kurang kalori dan bebas lemak.

Secawa bayam menyediakan kira-kira 3E peratus nilai zat besi sehari yang mampu memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusukan anak dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal.

Folat dalam bayam diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap.

Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi disebabkan kekurangan folat.

Vitamin A yang ditawarkan oleh bayam amat baik untuk diambil oleh ibu mengandung kerana vitamin A amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru fetus dan juga bagi ibu semasa menyusui bayi.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat bayamn amun begitu tetap perlu mendapat nasihat pengetahuan perubatan bagi mengelakkan kemudaratan kemudian hari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Makanan Penambah Darah

sumber: kerepekleariz

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon