Monday, November 06, 2017

Wajah Ahli Sihir Kurun Ke 18 Dilakar Semula!

Loading...

Wajah seorang wanita yang digelar sebagai ahli sihir dan meninggal dunia dalam penjara sebelum sempat dibakar hidup-hidup pada kurun ke-18, telah dibentuk semula dengan menggunakan teknologi sains.

Wajah Ahli Sihir Kurun Ke 18 Dilakar Semula!

Lilias Adie, dari Torryburn, Fife, meninggal dunia pada tahun 1704 atas tuduhan melakukan seks dengan syaitan.

Mukanya dibentuk semula dengan bantuan artis forensik Centre for Anatomy and Human Identification, di Universiti Dundee, dengan menggunakan tengkoraknya.

Saintis percaya ia merupakan bentuk paling tepat.

“Inilah wajah wanita itu walaupun daripada cerita yang kita dengar, agak sukar memandang matanya,’’ kata saintis terbabit, Dr Christopher Rynn.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, apa yang menimpa Lilias dianggap sebagai mangsa kekejaman.

“Lilias telah dihukum bakar hingga mati namun dia meninggal dunia dalam penjara. Tetapi ada teori lain yang menyatakan dia membunuh diri,’’ kata Dr. Christopher.

Penduduk setempat telah mencari semula kubur Lilias, kemungkinan untuk mengelakkannya daripada kembali menghantui mereka.

Tengkoraknya disimpan di muzium Universiti St Andrews.

Tengkorak itu kemudiannya hilang sebelum ditemui dan disimpan di Perpustakaan Nasional Scotland.

BACA INI JUGA: 9 Petanda Rumahtangga Terkena Sihir

sumber: mynewshub

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon