Tuesday, November 28, 2017

Tiupan 'Bura' Angin Paling Ganas Di Dunia!


Jika anda seorang penggemar cuaca ekstrem, Jambatan Pulau Krk di Croatia adalah lokasi paling sesuai untuk dikunjungi.

Tiupan 'Bura' Angin Paling Ganas Di Dunia!

Di jambatan Pulau Krk ini, sering berlaku satu fenomena alam yang sukar dijangka iaitu Bura, angin paling ganas di dunia!

Krk atau juga dikenali Krcki adalah pulau paling utara di Laut Mediterranean, bersama-sama dengan Pulau Cres, pulau terbesar di Croatia.

Pulau Krk memiliki kepadatan penduduk berbanding pulau-pulau lain, melebihi 17,860 orang penduduk.

Pertambahan jumlah penduduk berlaku selepas pembukaan Jambatan Krk sekitar bulan Julai 1980.

Nama asal Jambatan Krk ialah Jambatan Thor, sempena penghormatan kepada Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito, sebelum ditukar nama menjadi Jambatan Krk.

Jambatan berukuran 1,430 meter panjang ini merupakan laluan penghubung antara tanah besar Croatia ke Pulau Krk dan disinilah fenomena Bura sering terjadi.

Bura atau Bora merujuk kepada tiupan angin kencang dengan kekuatan angin selaju 221.8 kilometer sejam yang direkodkan pada 1 November 2013.

Rekod itu kemudiannya dipecahkan lagi apabila Bura bertiup kencang selaju 224 km/j pada bulan Februari 2015.

Sekadar untuk perbandingan, angin dengan kelajuan 100 km/j mampu menerbangkan sebuah kereta!

Selain Jambatan Krk, Bura turut membadai jambatan lain termasuk Jambatan Maslenica dan Jambatan Pag.

Jambatan Maslenica merekodkan angin terkuat selaju 248.4 km/j yang berlaku pada 21 Disember 1990.

Kekuatan angin Bura tidak dapat dijangka. Kehadirannya selalu diluar dari ramalan.

Tiupan 'Bura' Angin Paling Ganas Di Dunia!

Saat cuaca tenang dan langit tidak berawan pun, Bura boleh muncul secara tiba-tiba, mengocakkan laut, menenggelamkan kapal dan bot, melemparkan ikan-ikan ke darat, mengoyakkan bangunan, melanda tanah sehingga runtuh dan menumbangkan tiang-tiang lampu.

Paling menakutkan, Bura juga membawa angin sejuk bersamanya. Tiupan angin sejuk ini ibarat pisau pemotong, menembusi lapisan pakaian dan menyiat kulit sehingga ke tulang sum-sum.

Suara angin Bura juga cukup digeruni dan menakutkan, terutama pada waktu malam.

Angin Bura berasal dari pergunungan Dinaric Alps atau Dinarides, sebuah rantaian pergunungan yang menjangkau dari Albania, Bosnia dan Herzegovina, Croatia, Itali, Kosovo, Montenegro, Serbia hinggalah Slovenia.

Hembusan angin timur laut yang dingin dan kering dari pergunungan ini kemudiannya akan bergerak melalui kawasan udara rendah di sepanjang Laut Adriatik.

Sebab itulah mengapa setiap jambatan yang merentasi Laut Adriatik akan mengalami fenomena angin Bura yang jauh lebih ganas berbanding di kawasan lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon