Friday, November 10, 2017

'Tolonglah Faham Kesusahan Rakyat Apabila Harga Minyak Naik'

Loading...

Hari ini, rakyat terpaksa menerima situasi apabila harga minyak petrol mingguan meningkat iaitu RON95 sebanyak 7 sen manakala RON97 sebanyak 6 sen membuatkan ramai yang mengeluh.

'Tolonglah Faham Kesusahan Rakyat Apabila Harga Minyak Naik'

"Terima kasih menteri kerana prihatin dan ambil berat kesusahan rakyat Malaysia dan sayang pada rakyatnya," berikut luahan pengguna Facebook, Kashfhy Hashim saat dikhabarkan berita kenaikan harga minyak petrol mingguan.

Perkara itu nyata membebankan rakyat yang rata-ratanya menggunakan kenderaan untuk melakukan tugas harian.

Pengguna Facebook, Ariah Mustapa meminta penjelasan daripada menteri mengenai situasi itu.

"Boleh tolong jelaskan kenapa harga minyak di Malaysia naik sedangkan harga minyak dunia turun? Pada siapa soalan ini boleh diajukan?" soalnya.

Sementara itu, tidak kurang juga rakyat yang meluahkan rasa marah mereka terhadap kenaikan harga minyak ini seperti pengguna Facebook, Hadrin Bakri.

"Minyak makin naik, ringgit makin merosot, pekerjaan makin kurang, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) makin menindas. Apa nak jadi dengan negaraku," tulisnya.

Pendapatnya disokong pengguna Facebook, Rpeace Alias.

"Ya ALLAH, sampai 7 sen terus? mental aku. Dah la aku 'travel' jauh, terasa dizalimi pula," tulisnya.

Sementara itu, ada juga yang melahirkan simpati kepada pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang setiap minggu terpaksa berdepan kecaman orang ramai.

"Kasihan pegawai KPDNKK kena kecam, kita mereka hanyalah mangsa sedangkan 'ketua' mereka tak ambil tahu pun keperitan yang mereka alami," tulis pengguna Facebook, Iswan Isa.

Dalam pada itu, ada juga yang cuba berjenaka apabila mengharapkan hari rabu dilenyapkan dari pada hari mingguan seperti pengguna Facebook, Noranissa Naman.

"Macam mana nak lenyapkan hari rabu ye? asal hari rabu je mesti minyak naik," luahnya.

"Pemimpin negara cuma tahu menaikan cuka bila ingin memberikan imbuhan kepada kelompok rakyat yang lain, sedangkan banyak lagi kaedah-kaedah yang tak perlu menaikan cukai. Salah satunya ialah dasar penjimatan dalam pengurusan. Pemotongan elaun-elaun untuk mereka yang berjawatan tinggi di dalam kabinet dan hiraki perjawatan awam.Banyak elaun-elaun yang tak munasabah dengan nilai pemberian yang terlalu tinggi tak masuk akal langsung diberikan kepada PUAK-PUAK INI. POTONG atau HAPUSKANLAH. Sikit-sikit penaik harga minyak. KEPALA BAPAK DIA," - Mohd Shauki Khalil.

"Jangan bimbang pasal kenaikkan harga minyak ni, nak pru14 harga minyak jatuh mendadak. Najib akan kata, kita faham masalah rakyat, kita prihatin," -Haris Harithshah.

Bagaimanapun, ada juga pengguna yang berasakan bahawa harga minyak di Malaysia masih murah berbanding dengan negara-negara lain.

"Murah lagi kalau nak banding harga kat Nepal,India semua tu," tulis Mohd Ridzwan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Minyak Naik, Rakyat Sakit ‘Tuh Di Sini’

sumber: sinarharian

5 comments

Asalam..tertanya2 tanpa jawapan yang pasti..kenapa mengapa ..

Wsalam. Pertanyaan yang tiada jawapan kan cikgu etuza :(

Bila sudah berada ditempat tinggi, mungkin terlupa lupa kesusahan di tempat rendah.

Mungkin juga kalau bagi peluang untuk merasa di bawah baru faham perasaan di tempat rendah..

Korang ni, naik sikit, membebel, tapi BRIM nak juga, Hadap juga, kalau nak Brim, lupakan hal kecil ni.Nanti duit BRIm ni cover balik kenaikkan harga minyak, betul tak setuju tak dengan saya!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon