Sunday, October 22, 2017

Misteri Kematian Joyce Vincent, Rangka Ditemui Duduk Atas Sofa!


Kisah kematian tragis seorang wanita, Joyce Vincent pada 2003 sehingga kini masih menjadi perbualan apatah lagi kematiannya itu begitu misteri.

Joyce Vincent

Mayatnya yang hanya tinggal tulang rangka itu ditemui sedang duduk di atas sofa dengan dikelilingi oleh beg beli belah dan hadiah krismas.

Joyce telah meninggal dunia di dalam apartmentnya selama tiga tahun sebelum pihak berkuasa menemui tulang rangkanya.

Dilahirkan di England pada 1965, Joyce merupakan anak bongsu dari lima beradik yang semuanya perempuan.

Dia dikurniakan wajah yang jelita dan mempunyai personaliti yang menarik.

Pada tahun 80-an, Joyce telah berpindah ke London dan di situ wanita itu menjadi terkenal selepas sering bergaul dengan penerbit dan pemuzik.

Sementara apartmen yang didudukinya pula adalah untuk wanita yang didera. Selepas mayatnya ditemui, polis telah memburu teman lelakinya untuk disoal siasat namun dia menghilangkan diri.

Joyce diketahui memang menjauhi diri daripada keluarga dan rakan-rakannya hinggakan dia sanggup berpindah dari satu tempat ke tempat lain.

Pada November 2003, Joyce telah mendapatkan rawatan di hospital kerana muntah darah dan didapati menghidap ulcer peptic. Dia dirawat di hospital selama dua hari.

Joyce juga menghidap asma dan kemungkinan besar kematiannya disebabkan penyakit berkenaan. Sebulan selepas dia mendapat rawatan di hospital, Joyce meninggal dunia di atas sofa.

Jiran-jiran juga tidak melaporkan perkara pelik mengenainya kepada pihak berkuasa meskipun mereka menghidu bau busuk dari apartmentnya.Hanya selepas dia gagal membayar sewa barulah pihak berkuasa mahu menyita rumahnya.

Mereka memasuki rumahnya pada 2006 dan menemui rangka Joyce. Keluarganya menyangka Joyce sengaja menghilangkan diri selama ini namun rupa-rupanya dia telah meninggal dunia.

Hingga kini punca kematiannya masih menjadi misteri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Lelaki 'Tamam Shud'

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon