Friday, October 27, 2017

Gadis Kahwin Awal Berisiko Sakit Mental


Gadis yang berkahwin pada usia 18 tahun ke bawah lebih cenderung untuk menghidap masalah mental seperti kemurungan dan bipolar.

Bawah umur

Kajian oleh National Epidemiologic Survey on Alcohol and Related Conditions yang diterbitkan jurnal Pediatrics di Amerika Syarikat itu juga mendapati perkahwinan bawah umur juga boleh membawa kepada masalah ketagihan arak, dadah dan rokok.

Ketua kajian berkenaan Dr. Yann Le Strat telah membuat kaji selidik ke atas 18,000 wanita dan mendapati bahawa terdapat 41 peratus peningkatan dalam risiko masalah mental.

Penemuan ini membuktikan perkahwinan bawah umur boleh menyebabkan trauma psikologi.

Bagi membendung isu perkahwinan bawah umur di Malaysia pelbagai usaha dilakukan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

NGO-NGO ini antara lain mahu kerajaan menyekat perkahwinan bawah umur dan beranggapan perkahwinan bawah umur bukan jalan keluar kepada jenayah seksual.

Malaysia membenarkan gadis perempuan beragama Islam seawal usia 16 tahun berkahwin, selepas mendapat keizinan ibu bapa dan mahkamah syariah.

Sementara bagi bukan Islam pula, gadis berusia 16 dan 17 tahun perlu mendapat kebenaran menteri besar atau ketua menteri untuk berkahwin.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan terdapat lebih 9,061 perkahwinan kanak-kanak dicatatkan di Malaysia dalam tempoh antara 2010 hingga 2015.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pula mencatatkan sebanyak 6,268 kes perkahwinan bawah umur bagi umat Islam – di bawah umur 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun untuk perempuan dalam tempoh 2010 hingga 2015.

Dalam tempoh masa yang sama, sebanyak 2,775 kes perkahwinan bawah umur untuk orang bukan beragama Islam telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Sebab Mengapa Seronok Kahwin Muda!

sumber: astroawani

3 comments

  1. semoga panduan ini mengubah sikap remaja di Malaysia seelok2nya kawin lah dalam usia yang sebenarnya sesuai untuk kawin. 15 tu masih sekolah bah kan SP..

    ReplyDelete
  2. https://madey09.blogspot.my/2017/10/nov-dis-2017-hadiah-untuk-blogger-hebat.html klik manatau ada rezeki

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon