Sunday, October 22, 2017

4 Jenis Dan Tanda-tanda Mati Pucuk


Ramai kaum lelaki hari ini risaukan keadaan bila kepuasan seks tak dapat dicapai ketika bersama dengan isteri di ranjang akibat zakar lambat tegang, cepat pancut dan tidak tahan lama ketika seks bersama isteri.

Mati pucuk

Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.

Tapi tahukah anda, masalah yang dianggap remeh seperti SEMBELIT dan BUASIR adalah penyumbang utama kepada masalah mati pucuk.

Ia adalah kenyataan, apabila kurangnya kemutan pada bahagian otot di kawasan dubur yang mempunyai saraf yang berhubung dengan zakar, ia akan menyebabkan otot pada bahagian zakar juga lemah dan lembik.

Ramai yang menganggap, tidak membuang air besar setiap hari adalah satu perkara yang biasa atau normal, tapi sedarkah anda yang masalah tak berak merupakan perkara yang serius dan perlu dititikberatkan untuk mendapatkan kekuatan zakar yang lebih ampuh.

Sebelum mengamalkan suplemen atau ubat kuat yang berunsurkan herba terutamanya, sangat digalakkan untuk memastikan anda mempunyai sistem pembuangan najis yang baik.

Bagaimana yang dianggap sistem pembuangan yang baik?

Sistem pembuangan air besar yang baik adalah bila anda dapat membuang air besar setiap hari sekurangnya 3 kali dalam tempoh 1 hari.

Sekiranya anda tidak membuang air besar sebelum jam 9 pagi, ini menyebabkan toksin tidak dapat dikeluarkan dari badan, lantas menyebabkan anda kerap mengalami lenguh-lenguh pada bahagian tengkuk dan bahu.

Toksin ini merupakan racun yang tertinggal di dalam tubuh yang disebabkan oleh pemakanan seharian kita.

Apabila tidak diproses melalui proses pembuangan yang baik, ianya akan melipat kali gandakan toksin dalam badan, lalu tubuh anda akan mempunyai toksin yang tinggi.

Untuk mendapatkan penyelesaian masalah ini, amat dicadangkan untuk mengatasi masalah sembelit, bukan fokus pada ubat kuat dahulu, tapi anda perlu fokuskan pada cara bagaimana untuk pastikan diri anda bebas dari toksin.

Dan walaupun membuang air besar setiap hari, adakah anda pasti najis yang keluar itu berkualiti?

Najis anda tidak berkualiti boleh menyebabkan masalah mati pucuk apabila perkara berikut berlaku:
  • Najis yang keluar tidak terapung
  • Berwarna gelap atau hitam atau coklat gelap
  • Najis yang keluar seperti tahi kambing, pendek-pendek
  • Najis yang keluar tenggelam

Najis anda sepatutnya berwarna kekuningan, timbul sebahagiannya, panjang seperti pisang, dan lembut tidak keras.

Pembuangan akan mempengaruhi kemutan lelaki dan jangan fikir kemutan dari kaum hawa ketika seks sahaja, kerana kemutan lelaki juga amatlah penting untuk memastikan otot pada zakar anda kuat dan lebih tahan lama ketika bersama isteri.

Masalah Psikologi atau Fisiologi Punca Mati Pucuk?

Seterusnyua, punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi.

Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat.

Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi dan ini boleh diatasi.

Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.

Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan.

Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.

Tanda Tanda Awal Masalah Mati Pucuk

Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan anda. Sila AMBIL PERHATIAN sekiranya ANDA mengalaminya.

1. Zakar langsung tidak mampu menegang

Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.

2. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama

Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia boleh di ubati dan mungkin berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.

3. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani

Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.

4. Zakar yang tidak tegang seperti biasa

Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang menggelarnya lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.

Rawatan

Rawatan mati pucuk bergantung kepada punca. Tambahan testosterone boleh digunakan bagi kes disebabkan kekurangan hormon.

Bagaimanapun, punca sebenar kemungkinannya disebabkan kekurangan bekalan darah pada zakar disebabkan kerosakan lapik dalam urat darah.

Kerosakan ini lebih kerap berlaku kepada lelaki berusia dan sering kali dikaitkan dengan penyakit, terutama kencing manis, kesan akibat merokok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ukl

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon