Thursday, August 24, 2017

Cara Paling Sadis Ajar Pemandu Enggan Bayar Parking


Sebuah syarikat pengurusan harta menggunakan cara yang luar biasa untuk 'mengajar' seorang pemandu yang enggan membayar kos parkir di timur laut China.

Enggan Bayar Parking

Kejadian itu yang berlaku di Benxi, wilayah Liaoning apabila pemandu kereta terbabit tidak mahu membayar parkir apabila pengawal keselamatan memintanya berbuat demikian.

Pemandu wanita itu turut bertelagah dengan pengawal keselamatan tersebut dan tanpa rasa bersalah meninggalkan keretanya di luar pondok keselamatan.

Tindakan wanita itu menyebabkan laluan masuk terhalang dan menyukarkan kenderaan lain memasuki kawasan tersebut.

Berang dengan tindakan pemandu itu, pihak pengurusan kawasan tersebut mengupah sebuah tren untuk mengangkat kereta wanita terbabit dan meletakkan kenderaan berkenaan di atas bumbung pondok keselamatan.

Enggan Bayar Parking

Pemandu wanita itu kemudiannya bertemu dengan wakil syarikat pengurusan dan mereka menyelesaikan pertikaian tersebut di sebuah balai polis berdekatan.

Selepas tamat berbincang, kereta wanita itu akhirnya diturunkan semula tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dia membayar kos parkir atau upah kren terbabit.

Lucu!

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon