Wednesday, May 31, 2017

Lelaki 007 Paling Sempurna Tewas Kerana Kanser

1983, di sebuah lounge Lapangan Terbang Nice, Perancis, dari jauh Mark Haynes sudah nampak kelibat lelaki yang amat dikenalinya, duduk berhampiran pintu berlepas penuh asyik membaca.

Roger Moore

Haynes, 7 tahun, kemudian memberitahu datuknya, “Itu James Bond, bolehkah bantu saya untuk mendapatkan autografnya?”

Tanpa mengetahui siapa itu James Bond atau Roger Moore sekalipun, si datuk pergi kepada lelaki kacak dengan ketinggian lebih enam kaki itu seraya berkata, “Cucu saya mengatakan anda terkenal. Boleh tolong tanda tangan di sini?” Lelaki idola yang digilai jutaan perempuan di dunia itu tidak lokek, lantas menurunkan tandatangan di belakang tiket kanak-kanak tersebut.

Apabila Haynes menerima semula tiketnya, dia kecewa. Sangat kecewa! Yang dicatat adalah 'Roger Moore', bukan James Bond sepertimana dia mengenali lelaki itu. Memberanikan diri, Haynes pergi semula kepada lelaki berkenaan dan memberitahu bahawa beliau barangkali tersalah tulis.

Dalam sedikit senyuman, memandang ke sisi kanan dan kiri, kening terangkat, lelaki itu kemudian bercakap sambil berbisik ke telinga Haynes. “Saya perlu tulis sebagai Roger Moore. Jika tidak, Blofeld mungkin mengetahui saya sekarang berada di sini.”

Haynes kembali ke tempat duduk keluarganya dengan seluruh sarafnya melonjak keriangan. Datuknya bertanya adakah dia sudah mendapatkan tandatangan yang tertulis James Bond? “Tidak! Saya sekarang sudah bekerja dengan James Bond, saya tidak boleh mendedahkan rahsia kami.”

Waktu bergulir sepantasnya, belasan tahun kemudian, Haynes terlibat bekerja sebagai penulis skrip rakaman yang melibatkan UNICEF. Kebetulan, Roger Moore perlu menyelesaikan satu tugasannya sebagai duta kepada badan berpengaruh dunia itu.

Menyelit di celahan kru lain yang ada di situ, Haynes cuba memberitahu Moore akan kisah yang disimpan kemas dalam kotak ingatannya, bagaimana mereka bertemu di lapangan terbang itu.

Moore gembira mendengarnya, sambil berkata “Maaflah, saya tidak ingat lagi, tetapi saya gembira anda dapat bertemu James Bond.”

Tidak habis di situ, usai penggambaran, Moore berjalan mendahului Haynes dan sampai di ruang koridor menuju ke keretanya, beliau berhenti.

Melihat sekeliling, ke kiri dan ke kanan, dengan kening terangkat, sekali lagi seperti berbisik Moore berkata dengan tenang.

“Sudah tentu saya ingat pertemuan kita di Nice. Tetapi saya tidak berkata apa-apa sebentar tadi, kerana banyak sekali jurukamera bersama kita, mungkin salah seorang daripada mereka bekerja untuk Blofeld.”

Haynes ketawa berdekah-dekah, sepertinya dia kembali ke alam kanak-kanak riang berumur 7 tahun. Itu kenangan mahal. Ohh! barangkali paling mahal oleh seorang kanak-kanak yang kemudian membesar dan jadi dewasa dengan idola agungnya.

Untuk mereka yang membesar dengan filem ikon fiksyen era moden itu, watak ejen 007 dan Blofeld bukanlah asing. Blofeld adalah musuh paling ketat buat lelaki yang dianggap sempurna di dunia, James Bond.

Sudah pastilah apa yang menjadi musuh ejen 007 itu, juga menjadi musuh buat seluruh peminatnya termasuklah Haynes.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, James Bond diingati oleh dunia bermula dengan Moore. Meskipun dia adalah Bond yang kedua, ejen 007 itu membius seluruh peminat produk francais TV paling popular itu selepas ditangani Moore.

Dilahirkan di Stockwell, London, pada 14 Oktober 1927, anak kepada Lillian dan George Alfred Moore ini bermula sebagai pelakon tambahan. Beliau berkhidmat sebagai tentera dalam Perang Dunia Kedua sebelum berpindah ke Amerika Syarikat.

Peranan yang melonjakkan namanya adalah melalui The Saint pada 1962. Watak sebagai ejen 007 pertamanya adalah melalui Live and Let Die (1973), diikuti The Man and Gun Golden, The Spy Who Loved Me, Moonraker, For Your Eyes Only , Octopussy dan A View to Kill.

Bakti manusiawi

Sifat yang begitu manusiawi, suka menolong ternyata bukan hanya pada watak dalam lakonan. Di ambang kemasyhuran, Moore sempat menjadi duta muhibah UNICEF.

Beliau berjaya meningkatkan penghasilan dana kepada lebih AS$90 juta (RM384 juta) melalui kempen Menghapuskan Kekurangan Iodin kepada kanak-kanak dunia, selain menghabiskan masa di seluruh dunia termasuk Ghana, Honduras dan Filipina.

Sumbangannya berbekas dan diperakui dunia melalui Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat UNICEF yang diterima di United Kingdom.

Sudah terang lagi bersuluh, pingat Darjah Paling Cemerlang Empayar British yang diterima dan membawa gelaran 'Sir' kepada Roger Moore dianggap sebagai pelengkap paling bergaya sepanjang usianya.

Pada 23 Mei 2017, memanjat usia 89 tahun, Moore akhirnya dipanggil pergi, dia meninggal dunia di Switzerland. Tidak banyak yang tahu, beliau mula bertarung dengan kanser prostat semenjak 1993 lagi.

Pada 2012 beliau pernah memberitahu media bahawa kanser kulitnya telah pun merebak dan menyekat beberapa aktiviti fizikalnya termasuk berjemur di pantai.

Berakhir sudah hayat seorang insan di dunia yang sebelum ini telah mengangkat dirinya sebagai lelaki Inggeris kacak, berpengaruh dan luar biasa hebat.

Berkongsi kesedihan, Deborah, Geoffrey dan Kristian mengumumkan bahawa ayah mereka telah meninggal dunia ‘selepas pertempuran yang singkat tetapi berani dengan kanser.’

Pada penghujung usia, sepertinya beliau tidak lagi mengenang segala kemasyhuran yang melangit itu. Diangkat sebagai duta kepada perihal kemanusiaan, itu adalah nilai yang paling mahal bagi seorang Roger Moore.

“Menerima penghargaan UNICEF, ia adalah satu-satunya perkara yang paling indah pernah saya lakukan di dunia ini,” katanya, beberapa tahun lalu.

“Tiada apa yang glamor tentang kematian. Ajarkan tentang cinta, kemurahan hati dan akhlak yang baik, siapa tahu dengan nilai-nilai itu, kanak-kanak juga dapat mendidik ibu bapanya di rumah,” demikian antara pesanan penting mendiang pada hayatnya.

Sebagaimana ejen 007 yang gagah bertahan dan tidak pernah takut kematian, Moore pernah memberitahu begini apabila diajak berbicara tentang episod tersebut.

“Ia seperti berada di dalam sebuah bilik yang berkunci, hanya kita seorang diri di dalamnya (kubur). Hanya setelah kunci bilik itu ditemui, kita semua akan berjumpa kembali.”

Syabas ejen 007 yang paling sempurna. Tugas kamu sudah selesai. Terima kasih Sir Roger Moore!

BACA INI JUGA: James Bond 007, Disebalik Jenama Hebat!

sumber: utusan

Apa Sebenarnya Perbezaan Kadazan dan Dusun?

Menurut huraian daripada Wikipedia, istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik.

Kadazan dan Dusun

Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu besar. Kalau diperhatikan dari segi jumlah penutur antara dialek Dusun dan Kadazan, didapati penutur dialek Dusun lebih ramai.

Kita melihat istilah yang selalu ditafsirkan (termasuk saya suatu ketika dulu, dan beberapa penulis tempatan) bahawa Kadazandusun merupakan satu bangsa.

Sedangkan, terdapat sedikit kekeliruan kecil di sini. Kesalahan di sini adalah disebabkan oleh kesilapan kecil dalam penggunaan huruf kecil ‘d‘. Sepatutnya ia ditulis, ditaip sebagai KadazanDusun untuk melihat perbezaan sesuatu bangsa itu.

Perkara ini mungkin boleh dianggap remeh oleh sesetengah pihak tetapi adalah molek sekiranya kita peka akan kesalahan kecil sebegini agar tidak ada kekeliruan pada generasi akan datang. Beleklah ke dalam kamus, Kadazandusun tidak wujud. Anda boleh pilih sama ada Kadazan ataupun Dusun.

Ada seseorang dari JPN berkata, “There is no classification of Kadazandusun as a race in the National Registration Department. It is either Kadazan or Dusun,”

This is the point that im trying to explain here.

As racial debate is a very sensitive issue, we should have at least taken the precaution or have avoided the term if we does not fully understand the salient meaning of it.

Itupun kalau tidak faham la. But for me, we should!

Tiada guna mendebatkan isu sebegini kerana ia tidak memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, sama ada orang Kadazan mahupun Dusun.

Cuma, apa salahnya kita berkongsi kan? Mungkin ada ketikanya kita harus membuat klasifikasi yang jelas akan kedudukan bangsa Kadazan dan Dusun agar tidak menjadi Kadazandusun.

Ada juga teori yang pernah dikeluarkan oleh beberapa orang bahawa Kadazan adalah bangsa Dusun yang menetap di kawasan bandar kerana istilah ‘kadai’ (BM=Kedai) yang digunakan. Donald Stephens (Tun Fuad) dikatakan telah menggunakan perkataan tersebut pada 1961 untuk orang Dusun di kawasan bandar.

Sejauh mana kebenarannya? Tiada bukti bah from Tun’s statement that Kadazans were ‘orang bandar’ rite?

The term ‘Kadazan’ was already in use when Sabah was still known as the British North Borneo way back in 1932. In fact, the word ‘Kadazan’ is not of recent origin. There was evidence that the term has been used long before the 1950s.

Kita rujuk kepada Owen Rutter, dalam bukunya, The Pagans Of North Borneo, yang dikeluarkan pada 1929, ada tertulis: The Dusun usually describes himself generically as a ‘tulun tindal’ (landsman) or, on the West Coast, particularly at Papar, as a ‘Kadazan’. (page 31).

Owen Rutter ni dahulunya pernah bekerja di Sabah (pada waktu itu Sabah dikenali sebagai British North Borneo) sebagai D.O (Pegawai Daerah) selama lima tahun dan seterusnya meninggalkan negeri ini pada perang dunia pertama.

Selain daripada itu, jika mengikut istilah kuno ‘Rinait‘ oleh para ‘Bobohizan‘ (istilah untuk Priestesses), ‘Kadazan’ bermaksud ‘orang atau ‘manusia’.

Pada 1961 Penampang adalah pekan kecil. Donggongon dan Kasigui sahaja yang menjadi tumpuan orang. Jadi, bukan semua orang dari Penampang pada masa itu ‘tulun mantad kadai‘.

Reference: Rev. Fr. Antonissen wrote the “Kadazan Dictionary and Grammar” as early as 1956 well before Tun Fuad’s attempt to label the non-Muslim Natives as Kadazans who, before then were conveniently labelled as the Orang Dusun, meaning ‘people of the Orchard’, or the farming people.

Terdapat kamus di Australia, “A Gift From The Australian People Under The Colombo Plan”. Mukasurat 9, statement dari penulisnya:- “When I came to North Borneo in 1932 and was detailed to work amongst the Kadazan in Penampang and surrounding village”.

Sekali lagi, statement ini membuktikan Kadazan wujud bukan kerana istilah ‘urang dari kadai’ oleh Tun Fuad pada 1961.

Justru, jangan gabungkan Kadazan dan Dusun menjadi Kadazandusun. Ia tidak membawa apa-apa maksud.

Anda pilih salah satu. KADAZAN atau DUSUN. Ataupun KadazanDusun.

Posting ini bukanlah membawa apa-apa makna untuk bertekak dengan sesiapa, tapi sekurang-kurangnya kita boleh melihat point yang lebih jelas akan istilah untuk bangsa kita (terutama Sabahans).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Pesta Tadau Kaamatan (Pesta Menuai)

sumber: ladymariah

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Mei)

Tanggal 31 Mei merupakan hari ke 151 (hari ke 152 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 214 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

MV Mavi Marmara
MV Mavi Marmara.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Dunia Tanpa Tembakau.

Peristiwa

1279 SM - Ramses II menjadi Firaun Kerajaan Baru Mesir.

1223 - Serangan Mongol: Angkatan Mongol menewaskan tentera gabungan Kiev, Galich dan Cuman di tebing Sungai Kalchik di Ukraine kini.

1678 - Lady Godiva berarak bogel menaiki kuda di Coventry, England.

1889 - Empangan South Fork runtuh, menyebabkan banjir yang meragut nyawa lebih 2,200 orang di Johnstown, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

1910 - Penciptaan Kesatuan Afrika Selatan.

1916 - Kaiserliche Marine Jerman dan Tentera Laut Diraja British bertembung dalam Pertempuran Jutland, pertempuran laut yang terbesar dalam Perang Dunia Pertama.

1931 - Kesatuan Afrika Selatan bertukar menjadi Republik Afrika Selatan.

1974 - Syria dan Israel memeterai persetujuan pengunduran untuk menamatkan Perang Yom Kippur.

1977 - Sistem Saluran Paip Rentas-Alaska disiapkan.

1981 - Gerombolan terancang polis dan separa tentera membakar perpustakaan awam Jaffna, Sri Lanka, memusnahkan lebih 97,000 buku dan manuskrip unik.

2009 - Pilihan raya kecil Penanti, Malaysia diadakan setelah Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan.

2010 - Demi menguatkuasakan sekatan Gaza, Tentera Laut Israel merampas sekumpulan kapal bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa, membunuh 9 orang di atas MV Mavi Marmara.

2010 - Horst Köhler meletak jawatan sebagai Presiden Jerman.

2013 - Asteroid (285263) 1998 QE2 dan bulannya membuat hampiran terdekatnya ke Bumi bagi dua abad akan datang.

Kelahiran

1857 - Paus Pius IX, seorang Paus.

1967 - Faizal Hussein, pengarah, pelakon, dan penulis skrip.

1981 - Daniele Bonera, pemain bola sepak Itali, A.C. Milan.

Kematian

2001 - Hormat Rafei, seorang Menteri Besar Selangor ke-9.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Mei)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Dunia Tanpa Tembakau, World No Tobacco Day

Sambutan Hari Dunia Tanpa Tembakau (rokok), World No Tobacco Day disambut diseluruh dunia pada tanggal 31 Mei setiap tahun.

Tembakau

Negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mencipta sambutan Hari Dunia Tanpa Tembakau pada tahun 1987.

Tujuan sambutan Hari Dunia Tanpa Tembakau ini adalah bagi menarik perhatian dunia terhadap keburukan tembakau dan kematian serta penyakit yang berpunca daripadanya yang boleh dielakkan dengan matlamat untuk mengurangkan kematian lebih kurang 3.5 juta orang setahun akibat masalah kesihatan berkaitan tembakau.

Lebih 10,000 kematian akibat merokok setiap tahun

Tabiat merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian di Malaysia setiap tahun, dengan sejumlah 11,056 kematian yang berpunca daripada penggunaan produk tembakau dicatat di hospital kerajaan pada tahun 2011.

Menurut Tinjauan Kesihatan Kebangsaan melalui Global Audit Tabacco Survey Malaysia 2011 menunjukkan kadar merokok dikalangan dewasa di negara ini adalah 23 peratus iaitu lebih empat juta perokok.

Kempen berterusan perlu diadakan bagi menyedarkan masyarakat mengenai risiko merokok dan kepada perokok pasif.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Tuesday, May 30, 2017

Makna, Syarat Wajib Dan Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

Dari Ibnu Umar r.a. katanya, “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan kepada semua orang Islam, laki-laki, perempuan, orang yang merdeka mahupun hamba, 1 (satu) Sha’ kurma atau gandum.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Syarat-syarat bagi Wajib Zakat Fitrah
  1. Mempunyai lebihan makanan atau harta dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

5 waktu dan masa mengeluarkan zakat fitrah

1. Wajib. Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Afdhal. Sebelum sembahyang Hari Raya.

3. Sunat. Sepanjang bulan Ramadhan.

4. Makruh. Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

5. Haram. Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Untuk mengelakkan suasana yang sibuk dan kesukaran bagi amil-amil dan juga kelalaian bagi pembayar itu sendiri sehingga melepasi waktu afdhal, maka dinasihatkan supaya zakat fitrah dikeluarkan lebih awal, iaitu mulai hari pertama bulan Ramadhan.

Maksud sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, “Maka sesiapa yang mengeluarkan (fitrah) sebelum sembahyang Hari Raya, maka itulah zakat yang diterima, dan sesiapa yang mengeluarkannya sesudah sembahyang Hari raya maka itu hanyalah merupakan sedekah sahaja.“

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kefardhuan Dan Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah

sumber: zakat-muib

9 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sandakan

Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di Sabah dengan banyak lokasi dan tempat menarik untuk percutian atau apabila berkesempatan melawat ke sini.

Kedudukan dan tempat yang betul-betul terletak di tepi laut membuatkan Sandakan tempat terbaik untuk mencari makanan laut yang enak, segar dan sedap.

Harga makanan laut di Sandakan juga lebih sedap dan murah. Sangat berbaloi.

Di sini kami ingin berkongsikan beberapa lokasi dan tempat menarik yang boleh anda lawati sekiranya berkunjung ke Sandakan.

1. Gua Gomatong

Gua Gomatong

Gua terbesar di Sabah ini terletak di daerah Sukau. Kira-kira 2 jam perjalanan dari Sandakan. Sekiranya anda berminat untuk melihat gua tempat dimana sarang burung layang-layang dipungut anda bolehlah ke Gua Gomantong.

Namun, jika anda mempunyai weak stomach bersiap sedialah dengan penutup mulut kerana bau di dalam gua ini bukanlah untuk semua orang.

2. Sandakan War Memorial Park

Sandakan War Memorial Park

War Memorial ini merupakan bekas kem tentera udara Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Taman peringatan ini dibangunkan bagi memperingati korban tebusan perang yang terlibat di dalam Death March menuju ke Ranau.

3. Rumah Agnes Keith

Rumah Agnes Keith

Mengambil gambar di dalam rumah Agnes Keith adalah tidak dibenarkan

Anda pasti pernah mendengar Sabah Land below the Wind. Namun pasti ada diantara anda yang tidak mengetahui nama Land Below the Wind diambil daripada buku tulisan Agnes Keith yang bertajuk Land Below the Wind dimana beliau menceritakan pengalaman beliau menetap di Sandakan, Sabah sewaktu perang dunia kedua.

Kini anda boleh melawat rumah yang pernah didiami oleh beliau dan keluarga semasa perang dunia kedua. Dengan melawat rumah ini anda boleh mengetahui kisah hidup beliau dengan lebih lanjut lagi.

Sekiranya anda seorang yang meminati sejarah terutamanya sejarah perang dunia kedua di kepulauan Borneo anda harus melawat Rumah Agnes Keith.

4. Labuk Bay

Labuk Bay

Proboscis Monkey atau monyet belanda hanya boleh ditemui di kepulauan Borneo dan semakin hari jumlah monyet belanda ini semakin berkurangan disebabkan pembalakan dan juga pencemaran alam.

Oleh itu, jika anda ke Sandakan jangan lepaskan peluang untuk ke Labuk Bay untuk melihat sendiri spesies terancam ini.

5. Sepilok

Sepilok

Dengan berkunjung ke Sepilok anda dapat melihat sendiri Orang Utan di habitat semula jadi mereka dan anda juga berpeluang untuk menyentuh spesies yang semakin pupus ini.

Namun, harus diingati bahawa orang utan adalah enam kali lebih kuat berbanding manusia. Oleh itu, sentiasalah berwaspada! Don’t get too excited!

6. Rainforest Discovery Centre (RDC)

Rainforest Discovery Centre (RDC)

Rainforest Discovery Centre (RDC) di Sepilok, adalah sebahagian dari Hutan Simpan Kabili-Sepilok, merupakan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan merupakan salah satu pusat pendidikan alam sekitar yang paling terkenal di Sabah.

Bersiar-siar di dalam hutan atau berjalan di sepanjang 147-meter panjang laluan pejalan kaki kanopi dan nikmati pemandangan hutan hujan yang indah, setinggi 28 meter di atas tanah.

Berjalan kaki pada waktu malam di sepanjang denai juga memberikan peluang kepada pelawat untuk melihat hidupan liar yang tinggal di dalam hutan ini, seperti pelanduk, musang, tarsier comel dan pelbagai jenis serangga dan burung.

Bagi pencinta flora, terdapat banyak yang boleh dilihat di taman ini antaranya kira-kira 250 spesis orkid asli yang berkembang mekar.

Keluarga orkid adalah kumpulan tumbuhan berbunga terbesar di seluruh dunia dengan kira-kira 25,000 spesis liar secara keseluruhan.

Peminat, ahli alamiah dan saintis yang sedang meningkat dari semua lapisan masyarakat akan dapat meneroka dengan lebih lanjut mengenai keajaiban hutan hujan melalui RDC yang unik yang membantu meningkatkan kesedaran masyarakat umum dan menghargai kepentingan pemuliharaan serta penggunaan sumber hutan yang mampan.

7. Bornean Sun Bear Conservation Centre

Bornean Sun Bear Conservation Centre

Berlainan dengan konsep Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, di Borneon Sun Bear Conservation Centre pelancong-pelancong akan berjalan di atas deck, canopy yang tinggi.

Di atas observation deck, bolehlah pengunjung memerhatikan tingkah laku sun bear ini berlegar-legar berbanding dengan sun bear yang berada di Zoo.

Sun bear adalah antara jenis beruang terkecil di dunia dan kalau kita duduk bertentangan dengan akar pokok yang besar dihadapan pun, kadang-kadang tak perasan yang sun bear ada antara celah akarnya.

8. Taman Buaya Sandakan

Taman Buaya Sandakan

Taman Buaya Sandakan merupakan salah satu daripada lokasi menarik yang hebat untuk dilawati di Batu 8, Jalan Labuk yang mengambil masa satu setengah jam dari bandar Sandakan.

Taman Buaya Sandakan merupakan taman buaya yang terbesar di Malaysia kerana memiliki lebih 3,000 ekor reptilia itu di dalamnya.

Selain peluang menyaksikan secara dekat reptilia terbesar di Sabah ini, taman ini juga turut menawarkan beberapa tarikan menarik lain termasuklah pertunjukan buaya dan ular.

9. Taman Nasional Pulau Penyu

Taman Nasional Pulau Penyu

Taman Nasional Pulau Penyu terletak di Kepulauan Penyu, yang berada di sepanjang Laut Sulu yang berjarak sekitar 3 kilometer dari utara Sandakan.

Pulau Penyu terdiri dari 3 pulau, Selingaan, Bakkungan Kechil dan Gulisaan (sering disebut dengan 'an' sebagai pengganti dari kata sambung tradisional 'aan'), termasuk samudera dan terumbu karang di sekitarnya.

Taman Nasional Pulau Penyu terkenal kerana penyu hijau dan penyu hawksbill yang mengubur telur-telur mereka di pantai-pantai kepulauan tersebut.

Taman Nasional Pulau Penyu meliputi wilayah seluas 17.4 km² amun, nama Kepulauan Penyu merujuk kepada 10 pulau, 3 diantaranya merupakan sebahagian dari Taman Kepulauan Penyu di Malaysia dan 7 masuk dalam wilayah Tawi-Tawi, Filipina.

Selamat melancong!

BACA INI JUGA: 14 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kota Kinabalu

sumber: thevocket | malaysia | kbb

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Mei)

Tarikh 30 Mei merupakan hari ke 150 (hari ke 151 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 215 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Jane Seymour

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Ketibaan Orang India di Trinidad dan Tobago.

Peristiwa

1431 - Perang Seratus Tahun: Jeanne d'Arc dibakar hidup-hidup di Rouen, Perancis.

1434 - Angkatan tentera Taborite yang diketuai Prokop Agung ditewaskan sepenuhnya dalam Pertempuran Lipany, menamatkan Peperangan Huss di Bohemia.

1536 - Henry VIII dari England berkahwin dengan Jane Seymour, dang perwara kepada kedua-dua permaisurinya yang pertama.

1911 - Perlumbaan kereta roda terbuka Indianapolis 500 pertama diadakan di Indianapolis Motor Speedway, Speedway, Indiana, A.S.

1967 - Jeneral C. Odumegwu Ojukwu mengumumkan penubuhan Biafra, sebuah negeri pemisah di bahagian tenggara Nigeria, mencetuskan Perang Saudara Nigeria seminggu kemudian.

1989 - Dewi Demokrasi, sebuah patung 10-meter yang diperbuat daripada busa polistirena dan papier-mâché, dinaikkan oleh pembantah pelajar di Dataran Tiananmen, Beijing.

2007 - Mahkamah Persekutuan Malaysia menolak rayuan Lina Joy untuk membuang perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.

2010 - Ribut Agatha menyebabkan banjir meluas di Amerika Tengah, mengorbankan lebih 180 orang.

2011 - Salah satu wabak terbesar E. coli pernah direkodkan melanda Jerman dan beberapa negara Eropah lain.

2012 - IUPAC menerima nama flerovium dan livermorium bagi dua unsur sintetik yang baru ditemui.

Kelahiran

1971 - Idina Menzel, pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat.

1980 - Steven Gerrard, pemain bola sepak Liverpool F.C.

1983 - Scha Al-Yahya, pelakon wanita Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Mei)

sumber: wikipedia

Peniaga Online Diberi Tempoh 6 Bulan Daftar SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mewajibkan semua peniaga dalam talian yang menjalankan perniagaan melalui pasaran dalam Internet atau menerusi syarikat e-dagang seperti Lazada, berdaftar dengan SSM dalam tempoh enam bulan akan datang.

Wajib Daftar SSM 2017

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata langkah berkenaan, yang turut menepati Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, bertujuan melindungi pengguna daripada ditipu selain memberi jaminan kepada pembeli.

“Langkah ini dimulakan dengan peniaga dalam talian yang menjual produk atau barangan menerusi platform Lazada dan akan diperluaskan bagi pasaran dalam Internet antaranya Fashion Valet dan sebagainya.

“Usaha ini akan kita lakukan menerusi memorandum persefahaman dengan syarikat e-dagang yang ada di negara ini secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan zakat korporat SSM di sini, malam tadi.

Turut hadir anggota Parlimen Tangga Batu, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah serta Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh merangkap Pengerusi SSM.

Mengulas lanjut, Zahrah berkata SSM akan memberi tempoh selama 30 hari kepada peniaga untuk mendaftar dengan suruhanjaya itu.

Beliau berkata, syarikat e-dagang turut dikehendaki memantau pendaftaran peniaga yang bernaung di bawah perniagaan mereka, dan peniaga yang gagal berbuat demikian akan digugurkan daripada menyertai platform dalam talian tersebut.

“Peniaga yang tidak mendaftar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda RM50,000 atau kedua-dua sekali,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, SSM menyampaikan sumbangan zakat korporat SSM berjumlah RM70,000 kepada 250 golongan asnaf serta sumbangan kepada 12 masjid di kawasan Parlimen Tangga Batu.

BACA INI JUGA: Peniaga Online Wajib Papar Nama, Nombor Syarikat

sumber: utusan

Monday, May 29, 2017

Sejarah Penggunaan Nama Etnik 'Kadazandusun'

“Dusun” merujuk kepada suku kaum peribumi terbesar di Sabah. Suku kaum ini tinggal di seluruh Sabah dan dikenali dengan berbagai nama mengikut daerah, umpamanya Dusun di Daerah Kota Belud dikenali sebagai Dusun Tindal manakala Dusun di daerah Keningau dan Tambunan dikenali sebagai Dusun Liwan.

Kadazandusun

Ada juga suku kaum yang tergolong dalam keluarga Dusun [sub-dusun] tetapi mahu dikenali dengan nama khas seperti Rungus, Tobilung, Lotud, Sungai dan sebagainya.

“Kadazan” secara amnya merujuk kepada suku kaum yang tinggal di daerah Penampang dan sebahagian Papar. Kadazan adalah sebahagian daripada keluarga Dusun dan turut dikenali sebagai Dusun Tanggara.

Usaha "Menjenamakan semula Dusun"

Dengan campur tangan politik, nama Kadazan dan Dusun ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’.

Terdapat usaha di kalangan ahli politik dan golongan intelektual seperti Ketua Menteri pertama Sabah berdarah Dusun-Inggeris iaitu Tun Mohd Fuad Stephen dan Peguam pertama berbangsa Dusun iaitu Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan untuk ‘menjenamakan semula’ suku kaum Dusun.

Ini kerana “dusun’ itu sendiri menggambarkan suku kaum ini ‘ketinggalan’- perkataan ‘dusun’ bermaksud 'kebun', 'ladang', 'kampung', 'tepi hutan' dan sebagainya.

Untuk mengubah persepsi orang luar, mentaliti dan martabat orang Dusun, ilmuan Dusun ini berhasrat menggantikan nama “Dusun” kepada “Kadazan” kerana pertama; Kadazan juga sebahagian daripada Dusun.

Perkataan “Kadazan” yang bermaksud 'kedai', 'bandar','orang' dsb lebih ummp!, lebih kaw! dan lebih world!.

Secara kebetulan, orang-orang Kadazan memang tinggal di kawasan bandar-bandar dan pinggir bandar(sub urban).

Penolakan dan Krisis Politik

Walau bagaimanapun, seperti mana dinyatakan tadi, penggunaan “Dusun” dan “Kadazan” telah digunakan secara amat meluas, sama-sama gah dan agak sukar bagi generasi lama untuk menerima cadangan nama baru sehinggakan isu ini membabitkan pertelingkahan orang-orang politik.

Pada tahun 1989, usaha Ketua Menteri Sabah pada masa iaitu YAB Datuk Seri Joseph Pairin yang berkeras untuk menamakan semua suku-suku kaum Dusun sebagai “Kadazan” telah ditentang habis-habisan oleh Timbalan Ketua Menteri iaitu YB Datuk Mark Koding [mendiang].

Datuk Pairin seorang Dusun dari Tambunan dan Datuk Mark seorang Dusun dari Ranau akhirnya tragedi berlaku bila Datuk Mark disingkirkan daripada parti yang memerintah iaitu PBS dan beliau menubuhkan parti sendiri iaitu parti AKAR untuk “memperjuangkan hak orang Dusun”. Parti ini mendapat sokongan padu Perdana Menteri YBhg Tun Dr Mahathir.

Pada masa ini jugalah dua badan kebudayaan tempatan ‘berperang’ sesama sendiri iaitu Kadazan Cultural Association (KCA) dan United Sabah Dusun Association(USDA).

Pesta Menuai yang dirayakan pada setiap bulan Mei ditukar nama oleh USDA sebagai “Tadau Kokotuan” manakala KCA menamakannya sebagai “Tadau Kaamatan” [maknanya sama saja iaitu Hari Menuai].

Dengan wujudnya parti AKAR, pelbagai krisis politik telah berlaku di Sabah pada awal tahun 1990-an.

Setelah krisis politik selesai, “Tadau Kaamatan” kekal sehingga kini dan KCA telah ditukar nama menjadi Kadazandusun Cultural Association (KDCA).

Dewan “Hongkod Koisaan” milik KDCA adalah dewan terbesar di Sabah amat popular umpama Dewan Merdeka PWTC di Kuala Lumpur.

Perbezaan

Ada beberapa sebab kenapa generasi senior Dusun tidak dapat menerima penggunaan nama Kadazan. Antaranya dari segi loghat bahasa memang amat berbeza, dari segi taraf hidup, dari segi cara berfikir dan sebagainya.

Lagipun kebanyakan orang-orang Kadazan adalah ‘mix’ atau telah bercampur dengan bangsa lain seperti Cina, Filipina, Eropah, Bajau dan sebagainya.

Dari segi agama, Kadazan kebanyakannya Kristian Roman Katolik manakala Dusun kebanyakannya Kristian Protestan/Kristian ‘lain-lain’ dan Islam.

Dusun dari daerah Ranau, yang kebanyakannya beragama Islam, paling kuat menentang cadangan nama baru ini.

Cadangan penggunaan “Kadazan” untuk menggantikan “Dusun” sebenarnya dialu-alukan secara senyap-senyap oleh generasi muda.

Oleh itu jangan hairan kalau di Sabah, ada keluarga yang datuk, nenek, mak, bapa, anak pertama, anak kedua “berbangsa Dusun” tapi anak ketiga dan seterusnya “berbangsa Kadazan”.

Keadaan ini menimbulkan masalah di kemudian hari kerana ada agensi kerajaan yang telah menetapkan kuota bagi kedua-dua Dusun dan Kadazan seperti kemasukan ke UiTM dan pinjaman MARA.

Lahirnya 'Kadazandusun'

Pada tahun 1999 parti UPKO telah mengambil inisiatif untuk “menyelesaikan perjuangan” pengasas UPKO lama iaitu Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephan. Tapi kali ini dengan cara berbeza.

Dalam perhimpunan agung UPKO, satu DEKLARASI telah dibuat di mana Kadazan dan Dusun “digabungkan” menjadi “Kadazandusun” [BUKANNYA Dusunkadazan, Kadazan/Dusun atau Kadazan-Dusun].

Seretak dengan perisytiharan ini, apa yang dinamakan sebagai “Bahasa Kadazandusun” atau “Kadus” telah mula diajarkan di sekolah-sekolah rendah dan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Bahasa Rasmi Kadazandusun adalah Bahasa Dusun Bundu-Liwan dari daerah Ranau/Tambunan/Keningau dan dicampurkan sedikit Bahasa Kadazan [Dusun Tanggara].

Orang yang paling gembira dengan perkembangan ini tentunya Datuk Mark Koding, kerana akhirnya “perjuangan” beliau “tercapai”. Parti AKAR dibubarkan tidak lama selepas itu dan ahli-ahlinya menganggotai UMNO.

Walau bagaimanapun sesiapa sahaja bebas memanggil dirinya Kadazan ataupun Dusun ataupun Kadazandusun, mengikut kesesuaian.

Felix AF3, Marsha AF3, Linda AF2, Nikki Malaysian Idol, Gracie Audition, Shanel Audition, Daphne Iking layak memanggil diri mereka Dusun kerana ciri-ciri seorang Dusun ada pada mereka; seperti wajah, nama, asal-usul, bangsa ibu bapa, bahasa yang boleh dituturkan, cara bertutur dan dibesarkan dalam kawasan yang majoritinya Dusun. Mereka juga boleh dipanggil Kadazandusun [Deklarasi UPKO 1999].

Yang berbeza cuma loghat. Ayat-ayat dalam bahasa Dusun lebih banyak menggunakan huruf ’h’ ‘r’, ‘y’ dan ‘w’. Manakala Kadazan lebih banyak menggunakan huruf ‘l’, ‘z’ dan ‘v’.
Semoga memberi manfaat.

7 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM (Siri 3/2017)

Jenama Qu Puteh sekali lagi menerima tamparan hebat apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengharamkan satu lagi produk keluarannya.

Qu Gebu AP

Larangan penjualan krim Qu Gebu AP krim itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Senarai 7 jenama tempatan dikesan mengandungi racun berjadual.
  1. Qu Gebu AP
  2. Night Glowing
  3. Night Glow
  4. Glowing Speed Gold Day Cream
  5. Glowing Speed Gold Night Cream
  6. Nour Ain Night Cream
  7. Royal Expert Whitening Cream

Menurut Noor Hisham, racun-racun berjadual yang dikesan di dalam produk-produk berkenaan adalah merkuri, hidroquinon dan tretinoin.

Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hidroquinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan.

Merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Malah ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Justeru, orang awam diminta berhenti segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Manakala, individu yang dikesan masih lagi menjual produk yang dinyatakan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Terdahulu, KKM pernah mengharamkan penjualan Qu Puteh Whitening Pro 9 selepas ujian mendapati krim pemutih ini mengandungi paras merkuri atau raksa, yang tinggi.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Sejarah Perkataan OK Dan Maksudnya Yang Ramai Tidak Tahu

OK menunjukkan signifikasi yang anda faham tentang soalan yang ditanya atau menyatakan ya kepada sesuatu dan umum sedia faham yang OK merupakan jawapan paling ringkas apabila ditanyakan sesuatu soalan.

Sejarah Sebalik OK

Walaupun sudah ringkas, ianya diringkaskan lagi oleh orang kita apabila cuma ‘K’ sahaja yang tinggal dan ‘K’ biasanya akan dijumpai melalui balasan pesanan menerusi SMS atau WhatsApp.

Saban hari kita menggunakan perkataan OK dan adakah anda tahu maksud OK? Adakah ianya mempunyai maksud tersendiri yang kita sendiri tidak tahu? Jadi mari kita ambil tahu sedikit tentang sejarah perkataan ok ini.

Asal-usul perkataan OK

Tahukah anda ianya bermula di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat pada hujung tahun 1830an di mana editor-editor akhbar suka untuk mencipta singkatan (akronim) kepada istilah untuk diisi dalam ruangan akhbar mereka antaranya OW (all right) dan WOOOFC (with one of our first citizens).

Pada 23 Mac 1839, istilah OK telah diperkenalkan buat pertama kali dalam akhbar Boston Morning Post untuk memberi maksud all correct (Oll Korrect).

Ejaan all correct dieja sedemikian sebenarnya hanyalah satira akhbar berkenaan tetapi nampaknya, perkataan OK survived sehingga sekarang berbanding istilah singkatan yang lain.

Tetapi, teori berkenaan OK bukan hanya datang dari akhbar Boston Morning Post ini sahaja.

Satu lagi teori adalah dari seorang rakyat Amerika bernama Martin Van Buren. Beliau adalah salah seorang calon untuk bertanding dalam pilihan raya di tahun 1849.

Beliau mempunyai nama panggilan ‘Old Kinderhook’ dan ada mengatakan bahawa Buren adalah seorang yang tidak pandai mengeja. Jadi setiap dokumen yang beliau terima, beliau akan tanda ‘OK’, dengan maksud all correct.

Sedekad dari tarikh itu, ramai yang mula menandatangani dokumen mereka dengan OK dan menggunakan terma ok di telegraph bagi menandakan semuanya dalam keadaan baik.

Kini masyarakat memandang OK sebagai sesuatu yang mudah untuk ditulis dan dicakap sambil memberi makna YA yang cukup jelas.

Sejarah Sebalik OK

Pada awalnya ramai yang skeptikal untuk menggunakan istilah OK untuk urusan rasmi kerana tidak mahu dipandang sebagai tidak pandai.

Mana tidaknya, all correct ditulis OK. Nampak sangat seperti anda tidak tahu mengeja all correct dengan betul.

Tetapi menjelang abad ke-20, OK sudah menjadi satu istilah yang mainstream dan diguna pakai oleh setiap individu. Istilah OK ini memudahkan komunikasi harian kerana ianya diguna pakai di seluruh dunia.

Anda sebut sahaja OK di Bangkok, London, Tokyo atau Dubai, mereka akan faham ianya cara untuk menyatakan kata sepakat atau ya tanpa perlu bercakap lebih.

Begitulah serba sedikit asal istilah OK ini walau bagaimanapun, istilah OK ini masih lagi tidak sesuai diguna pakai dalam penulisan rasmi; thesis contohnya kerana ianya tidak professional.

Anda tidak akan menemui perkataan OK dalam mana-mana tulisan rasmi. Ok?

Kalau semua sudah jelas, OK la tu.

Semoga mendapat manfaat, OK..

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Perkataan Bahasa Inggeris Yang Paling Panjang?

sumber: thevocket

Kadar Zakat Fitrah Malaysia 2017

Kadar bayaran zakat fitrah sepanjang Ramadhan 2017 di semua negeri seluruh negara menyaksikan tiada perubahan kecuali Johor yang melaksanakan penyeragaman.

Kadar Zakat Fitrah 2017 [2]

Kadar zakat fitrah di setiap negeri bagi bulan puasa tahun ini kekal dengan ditetapkan sama iaitu RM7 bagi seorang Muslim.

Perlis, Selangor, Terengganu, Sarawak serta Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; menjadi negeri terakhir mengesahkan secara rasmi kadar zakat pada Ramadhan kali ini tetap sama, RM7.

Negeri yang turut meletakkan nilai kekal RM7 sebagai kadar zakat fitrah tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan dan Sabah.

Manakala Negeri Sembilan dan Melaka juga tiada perbezaan apabila menetapkan kadar kekal masing-masing sebanyak RM6.50 dan RM6.70.

Johor melakar sejarah apabila Ramadhan kali ini memperlihatkan kadarnya diselaraskan kepada RM7 berbanding tahun-tahun terdahulu iaitu RM6 jika makan beras murah dan RM8 untuk beras premium.

Terengganu dan Perlis suatu ketika dahulu juga pernah menetapkan sehingga tiga kadar berbeza untuk pembayaran zakat fitrah bergantung kepada jenis beras dimakan sebelum diseragamkan kepada satu kadar.

Sementara itu, Majlis Ugama Islam Singapura dalam satu kenyataan mengisytiharkan kadar zakat fitrah untuk Ramadhan tahun ini ialah S$5.10 (RM15.75) bagi kadar biasa dan S$7.00 (RM21.62) bagi kadar lebih tinggi.

Ia meningkat sedikit berbanding S$6.90 (RM21.31) pada Ramadhan tahun lalu untuk beras premium tetapi untuk jenis murah, kadarnya tidak berubah kecuali perbandingan pada 2015 apabila ia ditetapkan S$4.90 (RM15.14).

Kadar rasmi tersebut menurut pihak majlis berkenaan adalah berdasarkan kepada pengiraaan purata harga 2.3 kilogram beras mengikut ukuran berat Baghdad yang dimakan oleh masyarakat Islam tempatan.

Sejak tahun 2005, majlis tersebut mula memperkenalkan dua kadar zakat fitrah berbeza iaitu menyertakan kadar lebih tinggi bagi individu Muslim yang berhasrat membayar zakat fitrah dengan lebih tinggi daripada kadar biasa.

Ini kerana mereka dikatakan secara lazimnya lebih berkemampuan dan menggunakan gred beras lebih mahal.

Senarai Bayaran Zakat Semua Negeri Ramadhan 2017
  • Perlis - RM7.00
  • Kedah - RM7.00
  • Perak - RM7.00
  • Selangor - RM7.00
  • Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Labuan) - RM7.00
  • Negeri Sembilan - RM6.50
  • Melaka - RM6.70
  • Johor - RM7.00
  • Pahang - RM7.00
  • Terengganu - RM7.00
  • Sabah - RM7.00
  • Sarawak - RM7.00

Selamat berpuasa dan jangan lupa bayar zakat.

BACA INI JUGA: Zakat Fitrah Patut Hasilkan 700 Jutawan Di Malaysia?

sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Mei)

Tanggal 29 Mei merupakan hari ke 149 (hari ke 150 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 216 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Sultan Muhammad al-Fatih
Sultan Muhammad al-Fatih.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Demokrasi di Nigeria dan Hari Penjaga Keamanan PBB Antarabangsa.

Berikut merupakan peristiwa penting dalam sejarah yang berlaku pada tarikh ini.

Peristiwa

1453 - Constantinople jatuh kepada angkatan tentera Uthmaniyyah pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih, mengakhiri Empayar Byzantine.

1660 - Pengembalian Inggeris: Charles II menaiki takhta England pada Hari Oak Apple.

1900 - Ibu negara Chad N'Djamena diasaskan sebagai Fort-Lamy oleh komander Perancis Émile Gentil.

1914 - Kapal samudera RMS Empress of Ireland karam di Sungai Saint Lawrence selepas berlanggar dengan SS Storstad, menyebabkan 1,012 orang maut.

1919 - Pencerapan yang dibuat oleh ahli astrofizik Arthur Eddington sewaktu gerhana matahari mengesahkan sebahagian teori kerelatifan am Albert Einstein.

1953 - Pendaki Sir Edmund Hillary dan Sherpa Tenzing Norgay menjadi orang pertama sampai ke kemuncak Gunung Everest.

1999 - Olusegun Obasanjo menjadi Presiden Nigeria, ketua negara Nigeria yang pertama dipilih dari kalangan awam selepas 16 tahun pemerintahan tentera.

2011 - Presiden Abkhazia Sergei Bagapsh meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan di Moscow.

2011 - Dalam perlumbaan kereta Formula Satu, Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Monaco 2011.

2012 - Dua gempa bumi melanda utara Itali, menyebabkan 27 orang maut dan lebih 20,000 lagi hilang tempat tinggal.

Kelahiran

1917 - John F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat ke-35.

1926 - Abdoulaye Wade, Presiden Senegal ke-3.

1979 - Arne Friedrich, pemain bola sepak Hertha BSC Berlin.

1981 - Andrei Arshavin, pemain bola sepak Arsenal F.C.

Kematian

1973 - Tan Sri P. Ramlee, seniman agung meninggal dunia pada usia 44 tahun akibat serangan jantung di kediamannya di Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.

1990 - Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3.

2011 - Sergei Bagapsh, Presiden Abkhazia ke-2.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Sunday, May 28, 2017

Jika Anda Beli RM400 Bitcoin Pada Tahun 2010, Nilainya Kini RM312 Juta!

Tahukah anda, jika anda pernah melabur USD100 (lebih kurang RM400) untuk cryptocurrency pada tahun 2010, nilainya kini mencecah lebih RM312 juta! Itulah realiti yang perlu anda terima tentang digital currency Bitcoin ini.

Bitcoin

Dalam jangka masa 7 tahun, nilai Bitcoin meningkat naik dari USD0.003 kepada USD2,389 dan sehingga hari ini pun, nilai bitcoin semakin meningkat dari hari ke hari.

Ramai pelabur kini menganggap bitcoin sebagai aset safe haven; di mana cryptocurrency ini bebas dari segala pengaruh geopolitik sesuatu negara.

Bitcoin boleh dikatakan sebagai network kewangan alternatif yang bersaing secara terus dengan industri bank dan kewangan konvensional.

Bitcoin mula kembali mendapat sambutan apabila semakin banyak pelabur dari Asia mula membuat pelaburan untuk cryptocurrency ini.

Jepun baru-baru ini telah meluluskan penggunaan Bitcoin ini sebagai legal currency. Jadi dagangan Bitcoin di Jepun kini semakin rancak.

Dengan peningkatan harga Bitcoin ini, ianya menolak laporan manistream media yang mengatakan pelaburan bitcoin ini adalah risky investment.

Menurut pengasas laman Gatecoin, Aurélien Menant beliau berpendapat yang nilai Bitcoin ini akan melebihi USD3,000 pada penghujung tahun ini.

Dalam tulisan Washington Post, “Kebanyakkan pelabur bersetuju peningkatan mendadak nilai matawang ini memang menarik tetapi ianya berkemungkinan sangat berisiko tinggi.”

Bitcoin memang nampak sangat too good to be true, tetapi adakah anda percaya dengan pelaburan matawang digital ini?

Atau anda lebih percaya kepada pasaran tukaran mata wang yang sedia ada?

What could go wrong kalau kita melabur dalam Bitcoin?

Itulah antara persoalan yang perlu dijawab terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan Bitcoin ini.

BACA INI JUGA: 7 Sebab Untuk Melabur Dalam Bitcoin

sumber: thevocket

11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kundasang Ranau

Bagi anda yang sudah merancang percutian ke Kundasang Ranau, disamping keseronokan cuaca sejuk ala-ala luar negara, sememangnya banyak tempat-tempat dan lokasi menarik yang boleh dikunjungi.

Kami senaraikan 11 lokasi antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Kundasang Ranau sempena percutian cuti-cuti Malaysia.

1. Pasar Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu

Pekan Nabalu

Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu masing-masing mempunyai pasar yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang segar dari kebun.

Selain itu, barangan menarik kraftangan dan makanan tradisional tempatan juga ada dijual di pasar ini.

2. Kundasang War Memorial

Kundasang War Memorial

Kundansang War Memorial merupakan sebuah istana kecil yang menempatkan tugu memperingati tentera-tentera Australia yang telah terbunuh sewaktu penjajahan Jepun.

Lokasi menarik ini terkenal dengan kejadian The Marching Death yang telah membunuh lebih daripada 2,000 orang askar Australia.

The Marching Death merupakan kejadian di mana semua banduan telah dipaksa oleh tentera Jepun untuk berjalan kaki tanpa rehat dari Sandakan hingga ke Ranau.

Di sini, selain menikmati kisah kejadian tersebut, pelawat boleh bergambar dan membeli pelbagai jenis produk kraftangan.

3. DESA Cattle Dairy Farm

DESA Cattle Dairy Farm

DESA Cattle Dairy Farm merupakan lokasi menarik sebuah ladang ternakan lembu dan kambing dan juga sebuah kilang pemprosesan susu lembu dan kambing.

Terletak kira-kira 8 km dari Pekan Kundasang, ladang ternakan ini dibuka kepada pelawat untuk melihat sendiri pemprosesan susu lembu. Anda juga boleh merebut peluang melawat tempat ini dengan membeli produk keluaran kilang ini.

Apa yang lebih menarik tentang lokasi ini adalah pemandangan dan suasana yang seakan-akan berada di New Zealand dan diberi gelaran "Little New Zealand in Sabah".

4. Taman Kinabalu

Taman Kinabalu

Kinabalu Park (Taman Kinabalu) merupakan sebuah lokasi menarik permulaan bagi pendaki-pendaki yang ingin mendaki gunung Kinabalu.

Di lokasi ini, pendaki boleh membuat pendaftaran, menempah mountain guide, atau juga menginap di hotel sambil menikmati udara segar, suhu yang sejuk dan juga pemandangan indah Gunung Kinabalu.

Bagi pelawat yang tidak mendaki gunung Kinabalu, anda boleh datang ke sini untuk bergambar dengan berlatar belakangkan gunung Kinabalu, beristirehat atau melawat Botanical Garden yang ada di sini.

5. Kebun Strawberry

Strawberry Garden Kundasang

Di Ranau juga terdapat banyak kebun Strawberry terutamanya di kawasan Kundasang kerana suhunya yang sesuai untuk penanaman Strawberry.

Antara kebun menarik yang dibuka kepada pengunjung adalah Strawberry and Rose Garden dan juga Strawberry Garden.

Selain menikmati pemandangan menarik kebun Strawberry, pelawat juga masuk ke kebun pelbagai jenis bunga yang ditanam di sini seperti bunga Rose.

6. Tagal Luanti

Tagal Luanti

'Tagal' Luanti merupakan sebuah sungai yang menjadi lokasi pelancongan kerana terkenal dengan spa ikan yang terdapat di sini. Berbeza dengan ikan-ikan lain yang takut dengan manusia, ikan-ikan di sungai ini amat suka dengan manusia.

Sebaik memasukkan kaki anda ke dalam sungai, ikan-ikan ini akan mula "mengurut" kaki anda sambil memberi makanan ikan kepada ikan-ikan ini.

7. Kolam Air Panas Poring

Kolam Air Panas Poring

Kolam Air Panas Poring merupakan sebuah lokasi pelancongan yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat tempatan Sabah dan juga pelancong asing.

Menariknya, air panas yang disediakan adalah air panas yang terhasil secara semulajadi dari bawah tanah.

Lokasi ini juga terkenal kerana terdapatnya beberapa tempat menarik yang berada di lingkungan kawasan ini.

Antaranya adalah seperti Air Terjun, Taman Kupu-Kupu dan Jambatan Kanopi. Anda juga berpeluang melihat tumbuhan Rafflesia yang tumbuh di kawasan ini.

8. Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah adalah satu-satunya ladang teh organik di Kepulauan Borneo dan juga seumpamanya di seluruh dunia. Berbeza dengan suhu yang dingin di Kundasang, suhu di ladang teh organik ini agak panas.

Tapi apa yang penting adalah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang anda boleh dapat apabila melawat ladang teh ini.

Ketika berada di ladang teh ini, anda boleh melawat ladang teh organik, melihat pemprosesan teh dan juga membeli pelbagai produk keluaran ladang ini.

9. Ranau Paragliding Park

Ranau Paragliding Park

Aktiviti paragliding juga terkenal di Daerah Ranau dan dijalankan di Ranau Paragliding Park yang terletak 6 km dari Pekan.

Paragliding merupakan sebuah aktiviti meluncur di udara menggunakan payung terjun lebar setelah berlari atau melompat dari sebuah lokasi yang tinggi.

Kawasan Ranau yang berbukit menjadikannya lokasi yang sesuai untuk aktiviti ini.

10. Mesilau Nature Park

Mesilau Nature Park

Mesilau Nature Park adalah lokasi kedua untuk memulakan pendakian menawan puncak Gunung Kinabalu.

Menariknya, lokasi ini merupakan lokasi pelancongan paling dekat dengan kaki gunung Kinabalu dan menjadi habitat kepada spesies terbesar periuk kera, iaitu Nepenthes Rajah.

Pelawat yang berkunjung ke sini boleh berjalan-jalan di kawasan sekitar sambil menikmati pemandangan puncak Gunung Kinabalu.

Suhu di tempat ini lebih sejuk berbanding Pekan Kundasang.

Semoga membri manfaat dan selamat melancong.

11. Tugu Replika Kobis

Tugu Replika Kobis

Tugu Kobis adalah salah satu lambang yang tidak boleh anda ketepikan bila sudah sampai ke Kundasang.

Tugu ini melambangkan bahawa Kundasang bukan sahaja terkenal dengan Gunung Kinabalu, kedinginan udaranya yang nyaman malah tempat ini terkenal dengan pengeluaran dan penanaman sayur-sayur terbaik dan segar terutamanya sayur kobis.

Semoga memberi manfaat dan selamat melancong.

BACA INI JUGA: 9 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sandakan

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Mei)

Tarikh 28 Mei merupakan hari ke 148 (hari ke 149 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 217 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Armada Sepanyol
Armada Sepanyol.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Republik di Armenia dan Azerbaijan (1918).

Mari kita baca peristiwa dan sejarah penting yang telah berlaku di dunia pada hari ini.

Peristiwa

1588 - Perang England–Sepanyol: Armada Sepanyol berlayar dari Lisbon ke Selat Inggeris.

1892 - Pencinta alam sekitar John Muir menubuhkan Kelab Sierra di San Francisco, A.S.

1905 - Tentera Laut Empayar Jepun di bawah Laksamana Togo Heihachiro memusnahkan Armada Baltik Rusia dalam Pertempuran Tsushima, pertempuran tentera laut yang muktamad dalam Perang Rusia-Jepun.

1918 - Republik Demokratik Azerbaijan diisytiharkan di Ganja selepas perpecahan Republik Persekutuan Demokratik Transkaukasia.

1936 - Alan Turing menghantar "On Computable Numbers, with an Application to the Entscheidungsproblem" untuk diterbitkan.

1961 - Akhbar British The Observer menerbitkan rencana Peter Benenson The Forgotten Prisoners, memulakan kempen menulis surat yang berkembang menjadi pertubuhan Amnesty International.

1975 - 16 negara Afrika Barat menandatangani Perjanjian Lagos, mengasaskan ECOWAS yang menggalakkan persepaduan ekonomi.

2008 - Nepal diisytiharkan sebagai republik oleh kerajaan barunya, mengakhiri pemerintahan Raja Gyanendra.

2010 - Sebuah kereta api tergelincir di Bengal Barat, India, mengorbankan lebih 100 orang, selepas landasannya disabotaj pemberontak.

2010 - Hampir 100 orang maut dan 120 lagi cedera dalam dua serangan di Lahore, Pakistan.

2011 - Mesir membuka semula Sempadan Rafah‎ dengan Genting Gaza, dijangka secara tetap.

Kelahiran

1919 - Lim Chong Eu, seorang Ketua Menteri Pulau Pinang ke-2.

Kematian

2014 - Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah; Sultan Perak ke-34.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Mei)

sumber: wikipedia

Saturday, May 27, 2017

8 Petanda Perang Dunia Ketiga Bakal Tercetus?

Sepanjang sejarah hanya pernah terjadi dua kali perang dunia, iaitu Perang Dunia I yang terjadi pada tahun 1914 sampai 1918 dan kemudian Perang Dunia II yang dimulai pada tahun 1939 sampai 1945.

Perang Dunia Ketiga

Meskipun zaman sekarang bukan zaman perang, tetapi nyatanya banyak peperangan yang terjadi di luar sana.

Ini sekaligus tidak menolak kemungkinan akan terjadinya Perang Dunia III yang bakal ‘meletus’ pada bila-bila masa sahaja atau mungkin dalam masa terdekat. Siapa tahu? Pastinya, jika Perang Dunia III terjadi, bumi ini akan hancur.

Petanda perang dunia ketiga sudah dapat dilihat akhir-akhir ini. Berikut ini adalah beberapa petanda umat manusia sedang menuju perang dunia ketiga.

1. Krisis Ekonomi Global

Perang Dunia I dan II memiliki perbezaan namun secara dasarnya memiliki persamaan yang utama iaitu mengalami krisis ekonomi global.

Krisis ini disebabkan pembiayaan terhadap ketenteraan yang semakin meningkat. Perkara ini terjadi awal Perang Dunia I dan awal Perang Dunia II hingga saat ini.

2. Korea Utara Semakin Berbahaya

Walaupun Korea Utara tidak tersenarai sebagai sebuah negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang kuat namun, Korea Utara berpotensi untuk menjadi negara yang sangat membahayakan.

Korea Utara dilihat seolah-olah mahu mencetuskan perang dunia ke-3 apabila beberapa siri ujian beluru berpandu dilancarkan walaupun berdepan dengan ancaman daripada kuasa-kuasa besar.

Malah pemimpin Korea Utara sendiri dilihat begitu yakin untuk mencabar negara kuasa-kuasa besar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan Korea Selatan dengan ancaman serangan nuklear.

Selain itu, secara geopolitik, Korea Utara dihimpit tiga negara yang mengancam kedamaian dunia iaitu Rusia, China dan Jepun.

Mereka boleh dengan sengaja membangkitkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan peperangan terjadi.

3. Iran Bernafsu Untuk Perang

Iran sebelum ini menghantar beberapa kapal perang menuju perairan nasional Amerika Syarikat.

Apabila Iran mengambil tindakan ketenteraaan, Amerika Syarikat akan menghentikan secara paksa perkembangan nuklear di Iran.

Panglima Tentera Iran menjelaskan Iran bersiap sedia berperang di darat ataupun di lautan.

4. Perjanjian Yang Mula Diingkari

Sejarah mencatat bahawa Jerman dan Soviet Union memulakan Perang Dunia II dengan aksi damai dan berjanji untuk tidak melakukan aksi ketenteraan dengan menandatangani perjanjian tidak agresif (non-agresif).

Namun, perjanjian itu hanya bertahan dua tahun sehingga Adolf Hitler mengirim Nazi ke Soviet Union.

Ini harus diambil perhatian kerana walaupun Rusia dan China pernah menandatangani perjanjian untuk tidak menggunakan nuklear pada 2013, namun tidak bererti mereka tidak akan melanggar perjanjian itu.

5. Amerika Syarikat Terlibat Aktif

Amerika Syarikat mula menghantar angkatan ketenteraannya ke semenanjung Korea sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang bentuk ancaman daripada Korea Utara.

Dalam masa yang sama, AS juga dilihat mula mempamerkan senjata terkini. Yang terbaru, AS mula mendedahkan satu senjata pemusnah yang digelar sebagai ‘ibu segala bom’.

Tindakan itu seolah-olah seperti ‘membalas’ tindakan Korea Utara yang sentiasa ‘menunjukkan’ kehebatan ketenteraan mereka melalui perayaan kebangsaannya.

Pakar sejarah dan ahli politik antarabangsa yakit Perang Dunia ke-3 ini hanya akan terjadi apabila AS terlibat secara aktif dalam konflik.

Contohnya dalam hal Laut China Selatan, AS terlibat lebih aktif daripada di Krimea

Dalam isu di Senkaku ini, AS menyatakan sokongan untuk mengusir aktiviti ketenteraan China dan membela Filipina serta Jepun yang dilihat sebagai ‘negara sahabatnya’ melalui bantuan ketenteraan.

6. Jepun Bersiap Sedia Untuk Berperang

China bukanlah negara yang mesra dengan negara di sekitarnya. Akhir tahun lalu, China secara agresif mengarahkan tentera lautnya menguasai Laut China Selatan yang beberapa bahagiannya di dakwa dimiliki oleh Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan lain-lain.

China juga mengancam akan ‘menendang’ keluar Jepun keluar dari daerah yang didakwa miliknya apabila negara matahari terbit itu berterusan ‘mengusik’ ketenteraman China.

Oleh sebab ini juga, Jepun juga tidak akan terus berdiam diri sebaliknya semakin agresif menghantar signal untuk berperang.

7. Konflik Pulau Senkaku Antara China dan Jepun

Lima pulau gunung berapi dan tiga kawasan berbatu yang membentuk Kepulauan Senkaku menjadi subjek rebutan tiga negara iaitu China, Jepun dan Taiwan.

Kawasan tidak berpenghuni berkeluasan tujuh kilometer (km) persegi itu terletak di timur laut Taiwan, timur China dan barat daya Jepun.

China menyatakan pulau Senkaku atau dikenali sebagai Diaoyu oleh mereka adalah sebahagian daripada China sejak zaman purba lagi.

Perebutan Pulau Senkaku ini juga dilihat dapat menjadi petanda kepada peperangan yang bakal meletus disebabkan perebutan pulau tersebut.

8. Ancaman Militan

Ancaman militan juga berleluasa yang mana ia diihat mampu mencetuskan perang dunia ketiga.

Terbaru serangan bom di sebuah konsert di Manchester, United Kingdom dan di Terminal Bas Kampung Melayu, Jakarta Indonesia.

Hasil siasatan awal menunjukkan kedua-dua insiden itu mempunyai kaitan dengan gerakan pengganas. Ditambah pula dengan kemunculan rangkaian pengganas seperti Daesh dan Negara Islam (IS).

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Kenali ‘Krav Maga’ Seni Tempur Tentera Israel

Di Malaysia, Krav Maga tidak begitu popular seperti seni bela diri yang lain namun di negara luar, Krav Maga terkenal antara top ten martial arts di dunia.

Krav Maga

Mengikut acuan, Krav Maga merupakan seni bela diri yang dibangunkan di Israel melibatkan pelbagai teknik seperti bergusti, bergelut dan memukul sebagai tindak balas kepada musuh dengan serangan yang kejam.

Secara dasarnya, Krav Maga bermaksud ‘pertempuran jarak dekat’ yang dikhususkan ketika pertarungan sebenar ‘real fight’, bukan hanya untuk aksi-aksi gempak seperti yang ditonton dalam filem. Dalam erti kata lain, Krav Maga adalah kemahiran teknik bertempur di jalanan.

Krav Maga pertama kali dikembangkan di Chekoslovakia oleh Imi Lichtenfeld sekitar tahun 1930-an.

Tujuan asalnya diajarkan kepada kaum Yahudi untuk mereka mempertahankan diri ketika itu. Kemudian ia terus bergembang dan menjadi satu latihan pertahanan yang diterapkan kepada tentera Israel termasuk unit angkatan khas IDF.

Tidak hanya di Israel, Krav Maga turut menjadi latihan dan dipelajari tentera Amerika dan terus merebak ke seluruh dunia seperti yang anda lihat pada hari ini.

Sesuai dengan tujuan mempertahankan diri, Krav Maga tidak termasuk dalam cabang olahraga dan tidak dipertandingkan.

Dalam Krav Maga, pelatih akan diajar cara menumbangkan musuh dalam waktu paling cepat.

Menyelesaikan perkelahian cara berdiri, duduk atau berhadapan dengan musuh yang bersenjata seperti pisau atau pistol.

Gerakan Krav Maga menerapkan gaya sederhana dan refleksif yang akan bekerja secara automatik ketika terdesak.

Sistem tempur Krav Maga beragam, namun tersusun. Ianya terdiri dengan pelbagai teknik yang di ubah suai mengikut keadaan tertentu baik dari hit & run sehinggalah the real deal.

Yang menarik dalam Krav Maga berbanding seni bela diri yang lain adalah tekniknya yang terus menerus diuji dan diperbaharui termasuk membuat penambahbaikan baru.

Tiada istilah sensei atau master dalam Krav Maga. Semua pelatih Krav Maga digelar Krav Maga Practitioner.

Gaya latihan Krav Maga kadang-kala boleh berubah, selalunya berlaku apabila disuaikan mengikut undang-udang tertentu di sesebuah negara sehingga mustahil untuk mengajar Krav Maga dalam sistem originalnya.

Terdapat satu pepatah dalam Krav Maga, “Krav Maga bukan tentang 400 teknik atau gerakan yang cantik dilihat, Krav Maga itu brutal, cepat dan efektif”.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket