Friday, February 19, 2016

Malaysia-Bangladesh Meterai MoU Bawa 1.5 Juta Pekerja!


Malaysia dan Bangladesh minggu ini telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor di Malaysia.

Bangladesh

Menurut laporan berita The Daily Star, perjanjian baharu itu menyaksikan buruh warga Bangladesh akan direkrut ke dalam sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan

Perjanjian itu ditandatangani di sini di antara Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri Richard Riot dan Menteri Pekerjaan Luar Negara dan Kebajikan Ekspatriat Bangladesh Nurul Islam pukul 10 pagi tadi (pukul 12 tengah hari waktu Malaysia).

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menegaskan, pekerja Bangledesh yang akan dibawa masuk ke negara ini akan dilatih terlebih dahulu di negara itu dan menjadi pekerja separa mahir dan pekerja yang memenuhi spesifikasi keperluan khusus majikan di Malaysia.

Bangladesh [2]

Beliau berkata, majikan akan dikenakan empat syarat sekiranya ingin menggaji pekerja Bangladesh iaitu pekerja mesti diberikan perlindungan insurans; pekerja diberi kemudahan kediaman secara berpusat; gaji dibayar melalui bank; dan memberikan perlindungan keselamatan secukupnya.

Sementara itu, Najib pada akhir lawatannya ke California dilaporkan berkata akan membincangkan cadangan kontroversi membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh itu bersama timbalannya.

Untuk rekod, levi bagi pekerja Bangladesh ditetapkan pada kadar RM1,946.

BACA INI JUGA: Inilah Perbezaan Antara Pemimpin Dan Bos Di Malaysia

Sumber: SH

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon