Tuesday, November 03, 2015

Video ‘Shasha Steering Lock’ Mengamuk Viral


Sebuah video memaparkan aksi amuk seorang wanita memukul kenderaan lain menggunakan besi pengunci stereng (steering lock) kini viral di media sosial.

Shasha Steering Lock

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 28 Oktober lalu itu dikatakan berpunca daripada seorang pemandu lelaki yang telah mengambil petak parkir berbayar wanita berkenaan.

Berang dengan tindakan semberono pemandu tersebut, wanita yang dikenali sebagai Shasha, 35, meletakkan kenderaannya berhadapan kenderaan terbabit supaya pemiliknya menyedari kesalahan yang dilakukan.

Selepas itu, berlaku sedikit kekecohan yang menyebabkan Shasha mula mengeluarkan besi pengunci stereng keretanya.

Mengulas kejadian tersebut, Shasha menegaskan dia bertindak memukul kereta lelaki yang tidak dikenali itu kerana mahu mempertahankan diri.

Katanya, lelaki yang menaiki kereta jenis Toyota Camry itu telah meletakkan kenderaannya di tempat letak kenderaan yang telah dikhaskan untuknya.

“Lelaki itu telah mengambil tempat letak kereta saya. Apabila saya suruh dia pergi ke petak letak kereta yang lain dia tidak mahu berbuat demikian,” katanya.

Shasha berkata, dia sengaja letakkan keretanya menghalang Toyota Camry tersebut kerana geram dengan perbuatan lelaki berkenaan.

“Lelaki itu yang berada dalam Toyota Camry telah menggerakkan keretanya dan melanggar kereta saya. Sedang saya bercakap di telefon lelaki itu kemudian telah mengambil kunci kereta saya,” katanya, lapor The Star Online.

Dia mendakwa lelaki terbabit juga telah memukul ayahnya yang berusia 67 tahun, yang ketika itu ada bersamanya.

Disebabkan hilang kesabaran dengan sikap lelaki itu, dia bertindak mengambil kunci stereng dan memukul kenderaan lelaki itu beberapa kali sehingga kemek.

Perlakuannya itu dirakam lelaki terbabit yang kemudian menyebarkannya di media sosial.

Dia tahu tujuan lelaki itu merakam adalah dengan niat mahu menunjukkan seolah-olah dia punca kejadian berlaku.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan, polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

BACA INI JUGA: Anneliese, Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri!



Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon