Tuesday, November 03, 2015

Video Kejadian Bunuh Diri Di Jambatan Sungai Pegalan Keningau


Sebuah video yang dipercayai kes bunuh diri seorang lelaki berbangsa cina yang berumur dalam lingkungan 50an dengan terjun dari jambatan yang menghala ke Institut Perguruan Keningau viral di WhatsApp.

Bunuh+Diri

Usaha SAR oleh pihak bomba dan pasukan pencari dan menyelamat JPAM Keningau kini sedang giat dijalankan setelah mangsa gagal ditemui pada petang Isnin.

Bunuh+Diri [2]
Bunuh+Diri [3]
Bunuh+Diri [4]
Bunuh+Diri [5]

UPDATE
4 Nov 2015

Mayat ditemui

Mayat+bunuh+diri

Warga emas yang dipercayai terjun dari Jambatan Pegalan lebih kurang jam 1.50 petang pada Isnin ditemui mati lemas berhampiran kuari Mili Hasil Kampung Banjar kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, mangsa Tan Kim Sin 79, berasal dari Taman Bersatu Keningau ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.00 pagi pada Selasa.

Katanya, mangsa ditemui oleh pasukan operasi yang dianggotai pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan RELA yang meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa gagal ditemui pada hari kejadian kerana hari sudah gelap dan cuaca yang tidak mengizikan” katanya ketika dihubungi.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk dibedah siasat dan pengecaman ahli keluarga.

BACA INI JUGA: 5 Tajuk Berita Akhbar Paling Menggemparkan Dunia



2 comments

  1. sukar mengawal emosi menjadikan seseorang sanggup membunuh diri..

    ReplyDelete
  2. Cuba kawal perasaan walau tertekan macam mana sekali pun..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon