Thursday, November 12, 2015

Sheeda Kecewa Jadi Bahan Ketawa Di Gegar Vaganza 2


Penyanyi dangdut era 90-an, Sheeda yang tersingkir dari program Gegar Vaganza (GV2) Ahad lalu mengakui, kecewa dan terkilan terhadap kritikan tidak membina yang diberikan juri kepadanya.

Sheeda-M.nasir

Menurut Sheeda atau nama sebenarnya, Rashidah Hamid, komen yang diberikan mengenai usianya tidak sepatutnya dijadikan bahan ejekan apatah lagi untuk diketawakan.

Sheeda yang meluahkan perkara itu menerusi laman Instagam, turut mempertikaikan sama ada program pertandingan itu berdasarkan vokal atau umur.

“Saya terima keputusan ini dengan hati yg terbuka tetapi terkilan dengan komen-komen yang diberikan oleh pihak juri.. saya menyertai @gegarvaganza_2015 atas semangat utk memeriahkan lagi industri muzik tanah air.

“Seringkali komen faktor usia menjadi bahan ejekkan dan ketawa terbahak-bahak.. berjuta rakyat Malaysia menonton melihat maruah saya diperlekeh sebegitu rupa.. saya bertanding atas dasar vokal atau umur?” tulisnya.

Sheeda

Bagaimanapun, Sheeda yang merupakan ibu kepada penyanyi Bienda tidak menyatakan gerangan sebenar juri yang dimaksudkan.

Komen M.Nasir Kurang Ajar, Bienda Tuntut Mohon Maaf

Terasa ibunya telah diaibkan, penyanyi Bienda yang juga anak kepada Sheeda menuntut supaya juri program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) iaitu Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal memohon maaf secara terbuka kepada ibunya.

Ini berikutan, Bienda atau sebenarnya Nor Razlinda Razli, 30, berpendapat komen yang diberikan oleh juri pada konsert malam Ahad lalu itu telah menjatuhkan maruah ibu dan keluarga mereka.

“Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

“Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian.

“Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

“Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta,” katanya kepada mStar Online.

Dalam konsert minggu empat yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, Sheeda mendendangkan lagu ‘Tiada Lagi’ bersama penyanyi Aweera.

Antara komen M. Nasir kepada Sheeada; “Saya melihat tadi seorang putera berkuda masuk (stage) dan sedang cuba menyelamatkan.. Snow White.. tapi yang dijumpa emak dia (Snow White)“.

Dialog itu dikatakan seolah-olah memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.

Komen itu mengundang ketawa orang ramai dan kemudian turut disambut oleh AC Mizal dengan berkata; “Aku dah agak dah.. aku dah agak dah..”

Ada juga netizen yang menyifatkan komen yang diberi M. Nasir agak melampau dan tidak wajar.

Sementara itu, beberapa artis dilihat memberi kata-kata sokongan kepada Sheeda menerusi ruangan komen Instagramnya.

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri



Sumber: Mynewshub.cc

3 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon