Thursday, November 05, 2015

'Shasha Steering Lock’ Dan Lelaki Langgar Keretanya Didakwa!


Lelaki yang bergaduh dengan seorang wanita selepas merampas petak parkir keretanya, merakam pergaduhan tersebut dan menyebarkannya sehingga menjadi viral di media sosial, didakwa di Mahkamah Majistret pada rabu.

Shasha Steering Lock

Kontraktor, Cheah Jeng Yeh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana membuat khianat hingga menyebabkan kerosakan kepada kereta Volvo milik Shasha Farina Mohd Shafie.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 28 Oktober di hadapan kedai nombor 43, Jalan SS15/5A, Subang Jaya pada pukul 7 pagi.

Bagaimanapun tertuduh tidak mengaku salah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000.

Majistret Salamah Salleh menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes itu.

Sementara itu, Shasha turut didakwa di mahkamah sama kerana melakukan kerosakan dengan mengetuk kereta Toyota Camry milik kontraktor terbabit menggunakan pengunci stereng.


Cheah (kiri) dan Shasha.

Shasha bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.

Rakaman video bertajuk ‘Amukan Shasha Steering Lock’ menjadi viral sejak beberapa hari lalu, memaparkan seorang wanita memukul sebuah kereta Toyota Camry menggunakan pengunci stereng selepas pemandu kereta terbabit dikatakan melanggar keretanya dan menolak bapanya.

'Saya cuma lindungi bapa dan harta'

“Video itu menampakkan saya seperti seorang wanita gila sedangkan saya hanya mahu melindungi keluarga dan harta saya”.

Dalam laporan akhbar The Star Online, Shasha berkata beliau hilang sabar selepas melihat bapanya dikasari, sehingga terjatuh, oleh pemilik kereta Toyota Camry yang mencuri tempat letak keretanya.

Ahli perniagaan berusia 35 tahun itu berkata parkir khas itu disewanya RM350 setiap bulan daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sejak enam tahun lalu.

Katanya, untuk ke pejabatnya, beliau terpaksa meletakkan kereta menghalang Toyota Camry terbabit kerana tidak ada parkir kosong.

Beliau terkejut apabila sejam kemudian terdengar bunyi hon panjang disusuli dentuman kuat di situ.

“Saya dan ayah keluar untuk melihat apa yang terjadi sebelum ayah ditolak seorang lelaki yang juga pemilik Toyota Camry itu sehingga jatuh dan lebam.

“Kejadian itu menyebabkan saya berang dan bertindak mengetuk bumper hadapan dan pintu kereta dinaiki lelaki itu menggunakan pengunci stereng,” katanya.

BACA INI JUGA: Video ‘Shasha Steering Lock’ Mengamuk Viral

Sumber: Mynewshub/Themalaymailonline

1 comment

  1. susah...semua orang pentingkan diri sendiri...kesabaran yang hilang hadnya...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon