Monday, November 30, 2015

'Sesiapa Yang Ingin Melihat Syurga Dunia, Datanglah Ke Dubrovnik!'


Anda tahu siapa yang mengungkapkan kata-kata diatas? Tak tahu? Orang yang berkata demikian adalah George Bernard Shaw.

Amazing Dubrovnik

Anda kenal siapa George Bernard Shaw? Tak kenal? Kalau nak tahu, George Bernard Shaw adalah seorang pengarah, pengkritik, ahli falsafah, sosialis dan pemenang hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun 1925.

Dia juga pernah menggondol anugerah Oscar 1938 melalui naskah filemnya, Pygmalion.

Sekarang mari kita baca pula mengenai Dubrovnik. Sejujurnya, mungkin tiada dikalangan pembaca yang pernah mendengar istilah mahupun perkataan Dubrovnik sebelum ini kan.

Dubrovnik sebenarnya terletak di negara Crotia dan mungkin satu-satunya yang kita tahu tentang Crotia sebelum ini adalah pemain bola sepak lagendanya, Davor Suker.

Davor Suker menjadi kapten pasukan Croatia ketika menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia tahun 1998. Itu saja.

Tapi percayalah, negara bekas jajahan Soviet ini sebenarnya menyimpan segudang keunikan yang tidak pernah terlintas pun dibenak fikiran, terutamanya kota bersejarah paling terkenal, Dubrovnik!

Croatia, sebuah negara berbentuk seperti bulan sabit, terletak dipesisir laut Adriatik.

Dubrovnik

Laut yang dikatakan sebagai perairan terbersih di dunia ini merentasi benua Eropah sepanjang 800 kilometer.

Bertentangan dengan negara ini ialah Itali, dan di laut ini juga terletaknya Venice.

Nun dihujung sabit paling bawah sekali itulah terletaknya Dubrovnik, sebuah kota tepi yang cantik dan dikenali sebagai permata di Laut Adriatik.

Dubrovnik memang sungguh menakjubkan. Kota berusia ratusan tahun ini dikelilingi oleh dinding tinggi yang menjadi benteng pertahanan ketika zaman kegemilangannya.

Pada tahun 1979, Dubrovnik telah dipilih sebagai salah satu kota warisan dunia oleh Unesco kerana ia mempunyai bangunan prasejarah seperti gereja, biara dan istana yang berkonsepkan Gothic dan Renaissance.

Seluruh isi didalamnya seakan monumen bersejarah, ditambah lagi dengan seni bina dan keindahan alam yang begitu indah, menjadikan Dubrovnik sebuah kota yang paling cantik di Croatia.

Kota ini juga mempunyai nilai sejarah yang menarik dan dramatik. Suatu ketika dahulu, ia dikenali sebagai Republik Ragusa, salah satu kuasa besar Empayar Rom sekitar abad ke-10 hingga abad ke-17 Masihi.

Selama beratus-ratus tahun, Republik Ragusa mendominasi perdagangan di Eropah dan menjalinkan kerjasama dagangan sehingga ke Turki, India dan Afrika.

Selain sebuah negara perdagangan, Republik Ragusa juga terkenal kerana seni dan budayanya.

Dubrovnik [2]

Ia mencapai kegemilangan sekitar abad ke-15 dan 16. Bahkan ketika itu, seluruh warga dan kerajaannya sangat menghormati konsep kebebasan manusia termasuk menghentikan perdagangan kanak-kanak pada tahun 1418.

Lebih 600 tahun dahulu, mereka sudah pun memikirkan tentang perkara ini!

Namun, pada pertengahan kurun ke-17, ketika kemajuan Ragusa sedang memuncak, daerah ini telah dilanda gempa bumi yang dahsyat pada tahun 1667. Kota ini hampir musnah sehingga merencatkan aktiviti perdagangan.

Mereka cuba bangkit semula tetapi pada awal abad ke-20, pasukan tentera Itali yang diketuai oleh Napoleon telah menawan kota Dubrovnik.

Pada ketika itu, seluruh bendera kerajaan Ragusa didalam kota ini telah diwarnakan dengan cat hitam sebagai tanda duka yang mendalam.

Kota ini mempunyai keluasan yang begitu besar iaitu lebih daripada 10 kilometer persegi. Ia dikelilingi tembok setinggi 25 meter dan mempunyai 15 buah menara pemerhati.

Dubrovnik [3]

Dinding benteng ini telah dibangunkan sekitar abad ke-13 dan 16 dan masih utuh sehingga kini. Salah satu pintu utamanya ialah Pile Gate.

Sebaik melangkah masuk ke sini, anda akan berasa seperti berada pada zaman lampau. Masa seperti berhenti bergerak.

Dimana-mana sahaja akan kelihatan bangunan-bangunan yang diperbuat daripada blok batu berwarna coklat keabu-abuan. Ia dipelihara dengan rapi, sama sekali tidak kelihatan modenisasi.

Jalan-jalan disini diperbuat daripada blok marmar. Sejak tahun 1468, ia menjadi laluan pejalan kaki selama berabad lamanya, sehingga kini tampak licin berkilat, seolah digosok setiap hari.

Didalam kota ini sahaja, terdapat pelbagai bangunan bersejarah seperti Small Onofrio, Sponza Palace atau Gothic Renaissance Palace - salah satu bangunan yang terselamat dari gempa bumi dahsyat 1667, Bell Tower, serta Rector Palace yang dibangunkan pada tahun 1441 dan kini dijadikan muzium.

Kota ini bukan sahaja ibarat muzium tetapi ia sebenarnya sarat dengan muzium!

Sungguh, kota ini begitu memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Kesan sejarahnya begitu agung dan ia pernah menjadi salah satu tamadun termahsyur dibenua Eropah suatu ketika dahulu.

Dubrovnik [4]

Fakta menarik kota Dubrovnik dan Croatia

Pada tahun 2014, jumlah populasi di Dubrovnik ialah seramai 42,615 orang.

Ketika era Perang Bosnia 1993-1995, ramai penduduk Islam Bosnia melarikan diri ke kota ini.

Kota ini turut menjadi salah satu lokasi penggambaran filem yang berlatar belakang konsep abad ke-10 hingga ke-15 Masihi. Antaranya ialah siri Game of Throne, lakonan Peter Dinklage.

Untuk sampai ke Dubrovnik, anda perlu melalui sempadan Bosnia iaitu daerah Neum sepanjang 10 kilometer. Hanya itu sahaja jalan untuk ke kota kuno ini.

Salah satu lagenda yang paling terkenal disini ialah Saint Blaise. Warga disini menganggap Saint Blaise sebagai dewa yang memayungi kota Dubrovnik. Jadi, anda boleh melihat gambar dan patung Saint Blaise ada dimana-mana sahaja didalam kota ini.

Sebahagian besar penduduk dikota ini beragama Kristian. Hanya sekitar 10 peratus daripadanya beragama Islam dan Serbs.

Dubrovnik_mosque

Terdapat lebih 5 gereja telah dibina didalam kota Dubrovnik. Masjid pun ada walaupun tempatnya agak tersorok. Penduduk disini juga sangat menghormati kebebasan beragama.

Masjid di dalam kota ini dahulu sebenarnya adalah sebuah gereja, namun masyarakat Kristian Croat telah memberikannya kepada masyarakat Islam untuk dibina sebagai Masjid.

Negara Croatia turut dikenali sebagai Republika Hrvatska.

Benar, hari dan tahun boleh berganti, tetapi tidak kota Dubrovnik yang tetap abadi dan setia dengan keaslian dan keindahannya!

BACA INI JUGA: Postonja, Gua Batu Kapur Paling Mengagumkan Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

7 comments

  1. 1st time dgr tpt ni SP...nmpak menarik tptnyer tuhhh...cantik kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat cantik, teringin rasanya nak lawat suatu hari nanti..:)

      Delete
  2. Wah..memang menarik..
    Kacak li jak..hihi..bahasa sarawak

    ReplyDelete
  3. Tengok gambar cantik je.. bila la dapat ke sana..

    ReplyDelete
  4. benar2 indah terpesona melihat lagenda negara itu..kalau ada rezeki mahu saja ke sana kan SP..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon