Monday, November 02, 2015

Radix Nafi Kopi Campurannya Ada Racun!


Notis daripada Kementerian Kesihatan memaklumkan kononnya produk Radix Kopi Campuran jenama HPA Industries Sdn Bhd dikesan mengandungi racun berjadual Sildenafil.

Radix

Pihak syarikat diarahkan memanggil balik produk berkenaan dalam tempoh 14 hari. Surat bertarikh 29 Oktober 2015 itu diviralkan pihak tertentu.

Fakta

HPA Industries Sdn Bhd menafikan produk keluaran syarikat itu mengandungi racun seperti didakwa.

Pengurus Pengeluarannya, Zakaria Abu Bakar berkata, berdasarkan rekod syarikat, produk yang didakwa mengandungi racun adalah produk tiruan, berdasarkan nombor batch 15FH06/00286 MAY 2017, di mana ia bukan keluaran syarikat.

Pengguna dinasihatkan membeli produk daripada agen sah. Laporan polis berhubung perkara itu dibuat Jumaat lalu di Balai Polis Kangar lapor Sinar Harian.

BACA INI JUGA: Cara Kebaskan Zakar Secara Semulajadi Agar Tahan Lama

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon