Thursday, November 05, 2015

KFC Halal Ditutup Akibat ‘Salah Faham'


Mula-mula kedai makanan KFC Halal ditutup pihak berkuasa Iran kerana didakwa mempromosikan jenama Amerika Syarikat, negara yang sering dikecam republik Islam.

KFC Halal

Polis Iran menutup KFC Halal dengan alasan ia tidak mempunyai lesen sah. Pengurusnya Abbas Pazuki mendakwa restoran itu tiada kaitan dengan Amerika Syarikat. Namun Kentucky Fried Chicken (KFC) mengugut saman KFC di Tehran.

Pemilik syarikat makanan segera itu bagaimanapun mendakwa kedainya bukan cawangan syarikat global Kentucky Fried Chicken (KFC), sebaliknya ia berasal dari Turki, lapor portal BBC News.

Namun warna dan lambang KFC Halal memakai merah putih yang sama dengan jaringan KFC dunia, termasuk simbol lelaki tua Colonel Sanders yang menjadi ikon peminat syarikat dari Kentucky itu.

Akibatnya, lapor Al Arabiya News, KFC berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik restoran di Tehran.

Pengurusnya Abbas Pazuki menegaskan KFC Halal tiada kena-mengena dengan syarikat di Amerika Syarikat dan tindakan pihak berwajib Iran semata-mata salah faham.

“Penutupan KFC Halal kerana salah faham. Kami sebahagian jenama yang dikenali KFC Halal, yang berasal dari Turki,” BBC memetiknya berkata kepada Tasnim News Agency.

“Kami milik orang Islam dan sasaran pasarannya untuk negara Islam,” katanya, dengan menambah syarikatnya “pesaing KFC dari Amerika”.

Ali Fazeli, ketua dewan perniagaan Iran, dilaporkan mengesahkan bahawa restoran KFC di negara itu tiada hubungan dengan syarikat global kerana pemimpin tertinggi republik Islam tidak mengiktiraf sebarang jenama Barat.

Dalam kenyataannya kepada Al Arabiya News, KFC di Amerika Syarikat melahirkan “rasa terkejut” dengan pembukaan “kedai haram” di Tehran.

“Tiada hak francais dikeluarkan di mana-mana tempat di Iran. Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan [di Iran] dan akan memulakan tindakan undang-undang terhadap sebarang syarikat atau individu yang mendakwa mempunyai hak untuk membuka cawangan KFC,” kenyataan itu dipetik.

Di republik itu, menurut saluran berita itu lagi, terdapat beberapa nama restoran yang bunyi seakan-akan jenama Barat, seperti Kabooki Fried Chicken yang seakan-akan KFC, Mash Donalds (McDonald’s), Subways (Subway) dan Pizza Hat (Pizza Hut) lapor Themalaymailonline.

BACA INI JUGA: Resepi Yang Di Kawal Umpama Berlian Dalam Bank

2 comments

  1. KFC halal ..yg KFC Keningau jg halal bah kan SP, tidak ingat pula ada sijil halal kah di sana, macam bakery tu tiada tampal sijil halal...selalu pergi beli di Tudan baru bakery..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan dulu cakap dapur diorang kotor. sikit kena tutup..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon