Friday, October 30, 2015

Tahukah Anda Tulisan Bergambar Tertua Dunia Terletak Di Malaysia?


Tahukah anda, 'Papan Turai' merupakan tulisan bergambar tertua di dunia yang terletak di Malaysia.

Papan Turai

Bahasa tulisan bergambar ini digunakan masyarakat Dayak Iban di Sarawak pada zaman silam.

Kewujudan Papan Turai membuktikan era kemajuan persuratan telah pun wujud dirantau ini dan masyarakat pribumi Dayak Iban merupakan masyarakat bertamadun yang telah lama dalam arus perdana sistem tulisan bergambar.

Perkembangan era tulisan diserata dunia turut membawa kemajuan dalam sistem tulisan masyarakat Iban.

Pada tahun 1947, seorang ilmuwan kesusteraan Iban bernama Dunging Anak Gunggu telah memajukan sistem tulisan turai dengan memperkenalkan sistem abjad Dunging.

Percayakah anda, mendiang Dunging telah berjaya mencipta 77 simbol yang mewakili fonologi (sebutan) dalam bahasa Iban.

Penemuan beliau ini telah diajar kepada beberapa orang anak saudaranya. Beliau telah memajukan dan memperhebatkan lagi alfabet ciptaan beliau itu selama 15 tahun sehingga akhirnya dapat menyingkirkan beberapa karakter/simbol yang berulang dan tidak berguna.

Beliau telah berjaya mengurangkan jumlah abjad itu daripada 77 buah karakter kepada 59 buah karakter pada tahun 1962.

Kini, Dr. Bromeley Philip (Pensyarah Linguistik UiTM Sarawak) telah menyelamatkan abjad ini dengan mengadakan kelas pembelajaran dan forum mengenai subjek ini.

Dengan kerjasama syarikat "Linguist's Software" dari Edmonds, Washington DC, huruf Iban dunging yang dikenali sebagai "LaserIban" kini boleh didapati dalam bentuk perisian untuk dipasang pada komputer.

Sistem tulisan ini boleh ditaip menggunakan komputer seperti tulisan Cina, Jawi dan Roman.

Perisian Font ini sesuai digunakan dengan sistem operasi komputer seperti Microsoft Windows dan AppleMac.

BACA INI JUGA: 5 Ciptaan Terhebat Umat Islam Yang Mengubah Dunia!

Sumber: Ohkitakorangsarawak

3 comments

  1. Tak pernah tahu pun cik akak pasal tulisan lama masyarakat iban nie...
    Mungkin ada terletak di mezium negeri sarawak....
    Nampak aneh je huruf abjad yang di sampaikan...
    Tapi penuh dengan istilah tersembunyi

    ReplyDelete
  2. saya tumpang bangga dengan kejayaan tersebut..cuma sayangnya bidang ini diluar minat saya..

    ReplyDelete
  3. Wah.. Memang unik.. Sejarah dan info yang tak pernah aiza tahu..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon