Friday, October 30, 2015

Sengketa Antara Zizan, Yusof Haslam Sah Gugurkan Kamal Adli


Teka-teki tentang khabar angin penguguran pelakon Kamal Adli dalam membintangi filem Abang Long Fadil 2, akhirnya terjawab apabila penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam tampil mengesahkan perkara tersebut.

Kamal Adli vs Zizan

Menurut Yusof, keputusan untuk mengugurkan Kamal daripada senarai pelakon filem itu diambil bagi mengelakkan sebarang konflik yang bakal berlaku kelak ketika penggambaran susulan perasaan kurang senang yang wujud antara pelakon utamanya Zizan Razak dengan Kamal.

Jelas Yusof, selain itu, penguguran Kamal yang juga pelakon utama Abang Long Fadil tahun lalu dibuat atas pertimbangan untuk memudahkan proses penggambaran filem itu nanti.

“Apa yang berlaku antara mereka rasanya tidak perlulah saya ulas lanjut. Sebagai penerbit saya perlu memikirkan jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak dan kelancaran produksi ini nanti.

“Saya tidak mahu wujud perasaan kurang selesa atau konflik dalaman timbul apabila mereka terbabit dalam penggambaran nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, heboh dakwaan menyatakan Kamal digugurkan atas permintaan Zizan kerana masalah peribadi yang dihadapi oleh mereka.

Bagaimanapun, Zizan tampil menafikan perkara tersebut dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak masuk akal kerana dia hanyalah seorang pelakon yang dibayar untuk bekerja oleh penerbit.

BACA INI JUGA: Pelakon Hollywood Yang Dipecat Dari Filem

Sumber: Harian Metro

5 comments

  1. Asalam SP..tiada manusia yang sempurna artis jg manusia biasa, moga mereka cepat berdamai. Saya peminat Zizan...harap Zizan sentiasa maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Dunia hiburan kita terlalu kecil untuk bermasam muka kan cikgu etuza..

      Delete
  2. Alahai...kenapa harus bermusuh,...pergilah main sama2..hahaha...dunia selebriti sekarang di ambang wati kot..hahaha

    ReplyDelete
  3. Macam-macam konflik artis sekarang..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon