Friday, October 23, 2015

Senarai Filem Wajib Tonton Oktober 2015!


Selain musim terbaru filem Oscar bakal berlangsung, bulan Oktober pastinya akan menjanjikan pelbagai filem-filem menarik daripada pengarah antarabangsa dan juga tempatan.

Bulan Oktober bukan sahaja menawarkan filem seram sahaja, tetapi pelbagai genre filem seperti aksi-seram, seram-komedi sehingga romantik-seram untuk dipilih.

Kami senaraikan beberapa filem-filem yang wajib anda tonton sepanjang bulan Oktober ini!

Mr Holmes
Tarikh tayangan: 1 October

Mr Holmes

Berkisarkan selepas sudah bersara, Sherlock Holmes yang kini berusia 93 tahun cuba menggambarkan kembali butiran kes terakhirnya sebelum fikirannya tidak dapat berfungsi.

Diadaptasi dari novel "A Slight Trick of the Mind" nukilan Mitch Cullin pada tahun 2005, kita sering tahu mengenai eksploitasi dan kerja detektif watak fiksyen oleh Sir Arthur Conan Doyle, tetapi "Mr. Holmes" cuba meletakkan dari sudut perspektif manusia terhadap karakter sebagai seorang, seperti orang lain yang bergelut untuk mencari legasi selepas menjadi pudar dalam bayang.

Selepas kerap muncul dengan filem pecah panggung sebagai watak antagonis atau ahli sihir, ia bagus untuk melihat Sir Ian McKellen kembali membawa watak drama lagi, dan ia diarahkan oleh Bill Condon.

The Martian
Tarikh tayangan: 1 October

The Martian

Angkasawan Mark Watney pada mulanya berasakan dirinya akan mati apabila ditinggalkan di planet Marikh.

Dia kemudian berusaha untuk mencari apa sahaja yang dia ada di planet itu sementara menghantar isyarat kecemasan ke NASA, supaya mereka dapat datang menghantar pasukan penyelamat.

Diangkat dari novel Andy Weir pada tahun 2011, adaptasi ini adalah penyelamat kepada karya Ridley Scott selepas "Prometheus" yang mengelirukan.

Malah, selepas membaca lakon layar oleh Drew Goddard, ia telah membuatkan Scott mengambil keputusan untuk membuat projek seterusnya daripada membuat sekuel "Prometheus" (yang mungkin akan datang tidak lama lagi atau lambat lagi).

Disebalik menggunakan barisan pelakon yang sama seperti anda lihat pada filem pengembaraan angkasa lepas sebelum ini, "Interstellar" seperti Matt Damon dan Jessica Chastain, filem "The Martian" turut dibintangi Kristen Wiig, Jeff Daniels, Michael Pena, Kate Mara, Sean Bean, Sebastian Stan dan Chiwetel Ejiofor.

Bagaimanapun filem ini tidak dibuat berdasarkan teori sains Black Hole atau empat dimensi, tetapi "The Martian" memaparkan data sains sebenarnya planet merah itu yang disahkan oleh NASA sebelum mereka memulakan penggambaran.

Pan
Tarikh tayangan: 8 October

Pan

Seorang yatim-piatu telah dihantar ke Neverland, di mana dia telah bertemu puak-puak di sana dan keajaiban tempat itu, dan bekerjasama dengan Hook untuk menentang lanun keji Blackbeard.

Cerita asal kegemaran ketika kita kanak-kanak ini bukan lagi sesuatu baru (lihat "Oz the Great and Powerful"), tetapi mereka masih membuatkan kita kagum dengan pelbagai kemungkinan.

Diadaptasi dari skrip 'black list' tahun 2013, kami berasa lega apabila pengarah Joe Wright telah memilih skrip Jason Fuch, dan memberikan kebebasan kepadanya untuk meneroka dan membuatkan kita kagum dengan kesan khas terhadap Neverland.

Selain itu, apa yang membuatkan filem ini lebih menarik adalah ia diterajui oleh dua pelakon hebat iaitu Hugh Jackman dan Rooney Mara.

Rembat
Tarikh tayangan: 8 October

Rembat

Walaupun berlainan latar belakang, Chin Chye dan Malik adalah peminat tegar Harimau Malaya. Apabila mereka berhutang akibat kalah judi bola, mereka perlu mencari jalan untuk mendapatkan wang atau mereka akan berdepan masalah besar.

Walaupun pengarah Shamyl Othman tidak memenangi anugerah Pengarah Harapan di FFM 27, kami kagum dengan bakat baru dari Red Films ini menerusi filem "Kami Histeria".

Sekarang dia kembali dengan filem keduanya "Rembat" yang menjadi perhatian disebabkan barisan pelakon dari pelbagai bangsa.

Kami tidak pasti gandingan pelakon Ah Niu dan Shaheizy Sam berkesan, tetapi kami memuji pengarah kerana berani menghasilkan filem seperti ini.

Asterix: The Mansions Of The Gods
Tarikh tayangan: 8 October

Asterix: The Mansions Of The Gods

Tidak dapat menakluki perkampungan kecil Gaul, Julius Ceaser merancang membina bangunan Roman di keliling Gaul, supaya mereka yang ingkar akan mengikut budaya Roman sekaligus melengkapkan penaklukan oleh Ceaser.

Berdasarkan buku ke-17 komik bersiri Asterix, ia merupakan filem terbaru selepas sekian lama tidak muncul dengan filem animasi yang diadaptasi dari komik bersiri Asterix dan Obelix (kali terakhir filem animasi adalah pada tahun 2006 "Asterix and the Vikings" yang tidak ditayangkan di Malaysia).

Walaupun ini merupakan filem animasi 3D pertama siri ini, peminat pastinya gembira mendapat tahu bahawa penerbit di M6 Studio dan Mikros Images dari Perancis masih mempunyai ramuan rahsia untuk menghasilkan karya hebat.

Regression
Tarikh tayangan: 8 October

Regression

Pada tahun 1990, Detektif Bruce Kenner sedang menyiasat kes seorang bapa telah mendera secara seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 17 tahun.

Sementara mendapatkan kenyataan daripada suspek, dia mendapati bahawa memorinya mengenai insiden itu telah dikunci oleh seseorang yang tidak mahu Kenner menjumpai mereka.

Diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Ethan Hawke, Emma Watson dan David Thewlis, adalah sebuah filem thriller menarik bulan Oktober ini, tetapi ia bukan filem thriller biasa kerana ia ditulis dan diarahkan oleh pengarah Alejandro Amenabar.

Ramai mungkin mengenali Amenabar menerusi filem dibintangi Nicole Kidman, "The Others".

Knock Knock
Tarikh tayangan: 8 October

Knock Knock

Pada satu malam ketika bekerja seorang diri di rumah, seorang lelaki bernama Evan Webber mendapati dua wanita berada di hadapan pintu rumahnya untuk meminta bantuan untuk ke parti.

Selepas digoda dan tewas pada nafsunya, Evan terjaga dari tidur dengan rasa bersalah terhadap dirinya, kedua-dua wanita itu masih lagi di rumahnya, dan mereka bakal membuatkan hidupnya merana.

Tidak semua filem seram perlu ada unsur hantu atau entiti. Jika bulan lepas "Green Inferno" adalah filem yang membuatkan anda loya perut, pengarah Eli Roth muncul dengan filem "Knock Knock".

Visual dan teknologi yang dikemaskini dari filem "Death Game" pada tahun 1997, dan ulasan ketika tayangan perdananya di Sundance telah memuji lakonan didera oleh Keanu Reeves adalah babak wajib tonton dalam "Knock Knock".

Jika filem seram lain membuatkan anda tidak boleh tidur malam, filem ini akan membuatkan anda tidak membuka pintu untuk seketika waktu.

Goosebumps
Tarikh tayangan: 14 October

Goosebumps

Selepas berpindah ke kawasan kejiranan baru, seorang remaja Zach Cooper mendapati jirannya adalah penulis buku seram terkenal iaitu, R.L Stine.

Selepas membuka rak manuskrip berkunci dan melepaskan makluk-makhluk yang ditulis oleh Stine, Zach, Stine dan anak perempuannya, Hanna perlu memasukkan mereka kembali ke dalam buku sebelum mereka mengganas.

Bukan semua filem seram bulan ini hanya untuk golongan dewasa sahaja, kanak-kanak juga dapat berkongsi ketakutan terutamanya jika mereka gemar membaca buku "Goosebumps" oleh R.L. Stine.

Ia bukan filem seram seperti yang lain, kerana anda dapat melihat Slappy the Dummy, Lord High Executioner, mantises gergasi, badut pembunuh, mumia dan burung gagak.

Crimson Peak
Tarikh tayangan: 15 October

Crimson Peak

Selepas jatuh cinta dan berkahwin dengan suaminya, seorang penulis muda Edith Cushing mendapati suaminya, Sir Thomas Sharpe bukanlah seperti yang disangkakan apabila mereka berpindah ke rumah agam di utara England, yang mana dia berkongsi dengan adik perempuan suaminya, Lady Lucille Sharpe.

Ketika di sana, Edith mula mendengar suara aneh dan mendapati rahsia yang membuatkan Sharpe sanggup berbuat apa sahaja demi menyembunyikan daripadanya.

Bulan Oktober adalah bulan Halloween, jadi ia tepat pada waktunya untuk menyaksikan karya terbaru pengarah Guilermo del Toro.

Ditulis sejak tayangan "Pan's Labyrinth", del Toro akhirnya dapat merealisasikan projeknya itu selepas membuat perjanjian dengan Legendary Pictures, yang mana del Toro menghuraikannya sebagai "cerita hantu dan romantik gothik".

Ia turut dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Robert Wise, Stanley Kubrick, Mia Wasikowksa, Tom Hiddleston, Jessica Chastain dan Charlie Hunnam.

Bridge of Spies
Tarikh tayangan: 15 October

Bridge of Spies

Berdasarkan insiden U-2, apabila seorang juruterbang Amerika Syarikat ditangkap ketika terbang di udara Russia pada 1960, peguam James B. Donovan telah diminta oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk berunding dengan pihak Russia untuk membebaskan juruterbang itu dengan menukar seorang pengintip Russia yang ditangkap.

Permintaan kerajaan A.S. itu nyata mendapat bantahan daripada rakan sekerja, jiran, rakan dan keluarga Donovan, namun dia perlu membuat keputusan samada mahu meneruskan rundingan dan membawa balik rakyatnya ketika Perang Dingin.

Jika nama Steven Spielberg tidak cukup untuk membuatkan anda mahu tonton filem ini, kemudian diikuti dengan lakonan Tom Hanks pastinya akan mengubah pendirian anda.

Ini adalah koloborasi keempat Tom Hanks dengan Spielberg, kerana mereka tidak bekerjasama lebih 10 tahun selepas filem "The Terminal" pada 2004.

Walaupun "Bridge of Spies" sudah mempunyai nama besar dalam Hollywood, ia turut menambah Coen Brothers yang terbabit dalam penulisan untuk mengolah skrip asal oleh Matt Charman.

The Walk
Tarikh tayangan: 15 October

The Walk

Philippe Petit mempunyai impian, iaitu untuk berjalan di atas kabel di antara menara berkembar World Trade Center, meletakkan dirinya dalam situasi bahaya yang mampu meragut nyawanya.

Berdasarkan jalan menggunakan tali kabel oleh Philippe Petit diantara menara berkembar World Trade Center pada tahun 1974, "The Walk" mengisahkan ketika Philippe tiba di Amerika Syarikat untuk melakukan aksi ngeri berjalan di atas tali kabel.

Untuk membawa watak utama dalam filem biografi ini, Joseph Gordon-Levitt telah dilatih sendiri oleh Philippe untuk melakukan aksi itu, walaupun ia dilakukan di dalam studio dengan pengarah Robert Zemeckis menambah visual bangunan dengan menggunakan teknologi grafik 3D tercanggih.

Selain Joseph, ia turut dibintangi oleh Ben Kingsley, Charlotte Le Bon, James Badge Dale, Ben Schwartz dan Steve Valentine.

3688
Tarikh tayangan: 15 October

3688

Fei Fei adalah penjaga parker paling ditakuti di Singapura, yang mengeluarkan saman lebih cepat daripada anda menekan butang mengunci pada kunci kereta anda.

Bagaimanapun, dia terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga bapanya yang sakit tenat. Ketika itu dia mula meneroka bakat nyanyian yang ada pada dirinya.

Penonton filem Cina pada bulan ini akan disajikan dengan filem nostalgia. Selepas tujuh tahun tidak muncul dengan karya terbaru, pengarah dari Singapura Royston Tan kembali dengan filem "3688", yang diterjemah sebagai "Thinking of Fei Fei".

Selepas memberi penghormatan kepada muzik Hokkien Getai dalam dua karya terdahulunya, Roystan mahu menumpukan pada pemuzik klasik Fong Fei Fei, yang dibawa oleh penyanyi Singapura Joi Chua yang membuat penampilan sulungnya.

Kami merasakan filem "3688" ini boleh dikaitkan dengan kita semua.

Love Live! The School Idol Movie
Tarikh tayangan: 15 October

Love Live! The School Idol Movie

Bermula selepas musim kedua anime, pelajar tahun ketiga u's bakal menamatkan pengajian dan ia bermakna kumpulan idola sekolah bakal berpecah.

Bagaimanapun, satu emel telah dihantar kepada mereka, dan ia masa untuk konsert terakhir sebelum mereka mengucapkan selamat tinggal.

Oktober juga bulan untuk peminat anime. Walaupun kami boleh mencadangkan anda menonton filem "Attack on Titans", kami merasakan sembilan gadis dari siri "Love Live! School Idol Project" mempunyai lebih besar peminatnya, yang perlu diketengahkan apabila ia bakal ditayangkan di layar perak di Malaysia.

The Last Witch Hunter
Tarikh tayangan: 22 October

The Last Witch Hunter

Seorang ahli sihir telah dipaksa untuk bekerjasama dengan seorang ahli sihir bagi menghalang rancangan ahli sihir jahat di New York yang mahu memusnahkan manusia dari muka bumi.

Kita sering melihat Vin Diesel dalam kereta berkuasa tinggi, tetapi apabila jarang sekali kita melihat dia berlakon dalam filem fantasi dan sci-fi.

Ini kerana Diesel bakal muncul dengan filem terbarunya sebagai ahli sihir moden dalam "The Last Witch Hunter".

Ditulis oleh Cory Goodman (sebelum pengolahan di buat untuk produksi), ia diarahkan oleh Breck Eisner.

Selain Diesel, ia turut dibintangi Elijah Wood dan Michael Ciane.

Tales of Halloween
Tarikh tayangan: 29 October

Tales of Halloween

Pada malam Halloween, sebuah bandar kecil di Amerika telah diserang oleh pelbagai makhluk yang muncul dari mimpi ngeri.

Akhir sekali, sudah semestinya bulan Halloween akan padat dengan filem seram untuk tontonan anda semua. Jika anda tidak minat filem seperti yang kami cadangkan dalam "Crimson Peak", anda mungkin boleh memilih untuk menonton filem seram lain seperti ("The Diabolical"), ("Purgatory"), francais ("Paranormal Activity: The Ghost Dimension"), ("Under the Mask"), dan filem tempatan ("Pontianak Menangis").

Tetapi jika anda mahu filem yang berbaloi untuk anda membeli tiket wayang, anda patut tonton filem seram dari Epic Pictures Group ini.

Mempunyai 10 segmen dengan 10 pengarah tetapi menggunakan set yang sama dengan pelakon yang sama, "Tales of Hallowen" adalah filem lengkap untuk Halloween anda kali ini.

Selamat menonton!

BACA INI JUGA: Hotel Berhantu Paling Seram Di Amerika

Sumber: Cinema

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon