Tuesday, October 13, 2015

Selebriti Wanita Hollywood Tak Pakai Coli Sempena ‘No Bra Day’


Walau pun kurang diperkatakan di negara ini, ramai juga yang maklum ‘No Bra Day’ atau Hari Tanpa Coli sememangnya disambut di negara barat.

No Bra Day

Tarikh 13 Oktober dipilih oleh aktivis kanser payudara sejak 2011 sebagai hari yang diraikan untuk mengingatkan masyarakat tentang kanser payudara yang menjadi pembunuh utama kaum wanita.

Pada tarikh ini wanita digalakkan memakai pakaian tanpa coli sebagai simbolik menyokong penghidap kanser payudara yang berjaya melawan penyakit ini tetapi kehilangan aset penting buat wanita.

Kempen ini mendapat sokongan memberangsangkan apabila ramai kaum hawa berkongsi gambar tanpa coli mereka di laman sosial dengan hashtag #nobraday.

Malah, beberapa gambar selebriti Hollywood yang turut tampil ‘no bra’ sebagai tanda sokongan kepada kempen ini.

Sebenarnya kalau bukan sebab No Bra Day pun, selebriti Hollywood sudah lama diketahui gemar tampil tanpa memakai pakaian dalam.

Tapi di Malaysia, walau apa pun alasannya, tak payahlah nak mengada-ngada sambut No Bra Day bila keluar rumah macam wanita dan selebriti Barat.

Ia bukan sahaja menyalahi agama malah melanggar budaya Timur, adab dan tata susila seorang wanita.

BACA INI JUGA: Amalan Menampar Untuk Membesarkan Payudara!

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon