Sunday, October 25, 2015

Postonja, Gua Batu Kapur Paling Mengagumkan Di Dunia!


Sambil menggenggam jamung, seorang lelaki bermisai tebal dan berambut lurus, Luka Cec, perlahan-lahan berjalan menembusi lohong gelap dilereng bukit, berhampiran sebuah kampung dikenali sebagai Postonja.

Postonja [2]

Dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang ada didalam gua itu. Gelap, pekat! Laluannya sempit. Hanya muat tubuhnya sahaja.

Tetapi, sifat ingin tahu Luka membuak-buak. Lebih-lebih lagi selepas membaca satu manuskrip abad ke 17 yang ditulis oleh Johann Weichard Valvasor, menceritakan tentang kewujudan sebuah gua pelik diperkampungan tersebut.

Dalam manuskrip bertajuk, The Glory of The Duchy of Carniola itu, Johann menerangkan dalam gua itu dipenuhi tiang-tiang batu berbetuk pelik.

Dia menyamakan tiang-tiang tersebut dengan haiwan-haiwan seperti ular dan kala jengking, serta mengaitkannya dengan kewujudan raksasa dengan wajah yang menakutkan.

Bukan hanya haiwan, Johann turut menulis tentang kewujudan terlalu banyak lubang, lorong, jurang dan lohong yang berbahaya didalamnya.

Disebabkan itu, penduduk tempatan sendiri tidak berani meneroka lebih jauh kedalam gua.

Mereka takut dengan gambaran dan mitos yang melingkari gua batu kapur Postonja, seperti yang tertulis dalam manuskrip Johann.

Namun, itu semua tidak mematahkan semangat dan niat Luka Cec. Dalam kegelapan gua bawah tanah itu, dia terus berjalan, menyusup, merangkak dan mengesot.

Dia yakin apa yang ditulis Johann, dua abad sebelum itu sebenarnya boleh diterjemahkan secara ilmiah.

Dia mahu memecahkan mitos gua batu kapur Postonja yang menakutkan manusia selama ini.

Walaupun sudah berjalan jauh, namun penghujungnya masih belum ditemui. Sangat pelik kerana jika dilihat dari luar, bukit itu tidaklah terlalu besar dan tinggi.

Tetapi, kenapa laluan didalamnya terasa sangat jauh seperti tiada penghujung?

Setelah bersusah payah menyusup laluan gua yang berliku, akhirnya Luka tiba disatu kawasan dengan permukaan yang amat luas.

Ia merupakan suatu pemandangan yang sangat luarbiasa! Dan apa yang telah Luka temui?

Postonja

Melalui cahaya samar jamung, dia merasakan seperti satu dunia misteri yang bergemerlapan terbentang luas dihadapannya.

Sebuah laluan baru gua batu kapur yang didalamnya dipenuhi struktur geologi stalaktit dan stalagmit berusia jutaan tahun!

Difahamkan, pembentukan stalaktit dan stalagmit adalah 0.1 milimeter setahun. Kalau 100 tahun bersamaan 1 cm. Bayangkan sendiri berapa usia gua batu kapur Postonja ini!

Penemuan pada tahun 1818 itu telah menjadi titik tolak kepada perkembangan industri pelancongan di Postonja.

Hanya setahun selepas itu, ia dibuka kepada orang awam yang mahu melihat dengan lebih dekat jaringan gua batu kapur yang sangat mengagumkan ini. Dan, Luka sendiri telah menjadi pemandu pelancong pertama di Postonja.

Pada tahun 1872, laluan didalam gua ini telah dilengkapi dengan sistem rel kereta api, namun hanya separuh jalan sahaja. Selepas itu dikehendaki berjalan kaki mengikut laluan yang disediakan.

Seterusnya pada 1884, ia ditambah dengan pencahayaan elektrik, bagi memudahkan pelancong menikmati keindahan pemandangan gua batu kapur ini dengan mata kepala sendiri.

Postonja - Visitors

Sehingga ke hari ini, gua batu sepanjang 20.57 kilometer yang terletak di dataran tanah tinggi, antara pergunungan Alpen Julien dan Dinaric ini merupakan antara tempat pelancongan paling terkemuka di Slovenia.

Selama hampir 200 tahun dibuka, ia telah menggamit lebih daripada 35 juta pelancong setahun.

Malah, pada tahun 2014, Postonja telah tersenarai didalam buku Guiness Book of Records sebagai gua batu kapur paling ramai dikunjungi pelancong diseluruh dunia.

Didalam gua ini juga terdapat sebuah jambatan yang dibina untuk menghubungkan laluan pejalan kaki.

Ia dinamakan sebagai Jambatan Rusia kerana telah dibina oleh tawanan perang Rusia ketika era Perang Dunia Kedua.

Selain keindahan alam semula jadi, satu lagi keunikan gua ini ialah lebih 200 spesis haiwan.

Ada spesis pelik yang kita sendiri tidak pernah dengar. Salah satunya ialah Olm, haiwan yang menjadi ikon gua Postonja.

Haiwan amfibia bertulang belakang ini hanya boleh ditemui dikawasan lembab bawah tanah disekitar Itali dan Slovenia.

Postonja - Olm

Ia adalah haiwan yang sangat sensitif. Kulitnya pucat dan matanya buta. Orang tempatan menggelarnya sebagai anak naga kerana bentuknya yang panjang dan mempunyai empat kaki.

Disebabkan buta ia mempunyai deria bau dan pendengaran yang sangat tajam.

Jadi, apa tunggu lagi, boleh anda berkunjung kesana..

BACA INI JUGA: Keindahan Perkampungan Giethoorn Yang Sangat Mengagumkan

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

  1. Menarik betul lokasinya..
    Entah bila nak berkunjung ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an dapat berkunjung suatu masa nanti kan..hehe

      Delete
  2. Panjangnya gua tu... Inilah tanda kebesaran Allah SWT, ciptaannya yang sungguh unik dan indah...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon