Monday, October 05, 2015

Gambar Wang Dinar Viral, Johor Bersedia Keluar Malaysia?


Sekeping gambar rekaan wang Dinar Johor yang mempamerkan wajah pemerintah Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menimbulkan persoalan orang ramai di laman sosial.

Wang Dinar Johor

Gambar tersebut dimuat naik di Laman Facebook milik TMJ Supporters dengan kapsyen, “Saw in Facebook. Just a share” dilihat dengan sengaja mahu mewujudkan persepsi kononnya negeri itu bersedia keluar dari Malaysia.

Gambar wang kertas terbabit turut memaparkan cop Bank Johor Darul Takzim dan tandatangan Saifuddin Ali sebagai Gabenor Bank.

Meninjau komen diberikan, ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai gurauan, namun ada juga yang mendakwa ia sebagai keterlaluan dan tidak seharusnya dibiarkan kerana boleh mengganggu ketenteraman masyarakat sekaligus mewujudkan pergolakan dalaman.

“Kiamat makin hampir…..Perpecahan akan menyeronokkan bangse asing yg memang teramat suka dgn apa yg bakal terjadi….Melayu mudah lupe….penyatuan yg susah payah diperjuangkan olih anak Melayu telah mula hancur olih propaganda musoh Melayu…..kesiannye kat bangse Melayu niiii….,” tulis Ajoi.

“Kebodohan tahap maksimum!! Saya maksudkan nota tersebut bukan orang di dalamnya. Jangan pecahkan negara ini. Satukan rakyat dan negara bukan dengan propaganda tetapi dengan keikhlasan dan kerja keras,” kata Pravin pula.

Bagaimanapun, ramai juga dilihat menyokong idea yang tersirat di sebalik gambar Dinar tersebut.

Godwin Addren memberikan komennya, “sangat baik, kami akan menyokong” manakala pengguna Facebook lain, Kentz Wayne dan Mohd Asyraf juga bersependapat dengan komen itu.

Wang Dinar Johor [2]

Malah beberapa pengikut lain menyatakan minat untuk berpindah ke Johor sekiranya negeri itu berpisah dengan Kerajaan Persekutuan.

Raj Appoi berkata, “idea yang baik. Bolehkah saya berhijrah ke JB? Undi dan sokongan saya akan bersama TMJ selama-lamanya!”

Beberapa minggu lalu, kontroversi turut tercetus apabila Johor dikatakan mengeluarkan arahan berkaitan penggantian bendera Jalur Gemilang dengan bendera daerah selepas berakhirnya sambutan kemerdekaan Malaysia.

BACA INI JUGA: Uniknya Duit RM1 Aisyah Hingga Jadi Buruan Pengumpul Duit Lama

Sumber: Mynewshub.cc

2 comments

  1. tuan SP, saya telah bertukar url dari silenceblogz kepada blogger2u. com url blog tuan sy akan masukkan nnt... nnt updatekan juga url blog sy di bloglist tuan... mekasih :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon