SUBHAANALLAH. Seorang jemaah haji tidak menyangka, impiannya untuk dapat berjalan semula akhirnya termakbul hasil berkat doanya di hadapan Kaabah.
Bercerita pengalaman uniknya itu, Fatimah Abd Latif, 60 berkata, dia menyedari kakinya boleh bergerak semula selepas bangun tidur dan mahu bersiap menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.
“Kemudian, saya cuba bergerak tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah sahaja. Bagaimanapun, saya cuba lagi bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kaabah memohon supaya kaki kiri boleh bergerak dan sihat untuk menunaikan ibadah.
“Allah memakbulkan doa saya dan kami sekeluarga berasa terharu, sebak serta bersyukur atas nikmat ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sebelum ini, Fatimah disahkan mengidap angin ahmar yang mengakibatkan badannya lumpuh sebelah kiri sejak lima tahun lalu.
Difahamkan, ketika mula tiba di Madinah seterusnya bergerak ke Makkah dan menunaikan wukuf di Arafah, Fatimah antara jemaah haji yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak.
Fatimah merupakan antara 455 jemaah haji yang tiba ke tanah air dari Madinah menerusi penerbangan pulang terakhir pesawat sewa khas Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH8289.
BACA INI JUGA: Kisah Sahabat Nabi Yang 'Ditakuti' Doanya
Sumber: Harian Metro

Nikmat Allah bagi dengan pelbagai cara...Alhamdulillah....
ReplyDeleteAllahuakbar.. Besarnya kuasa Allah swt..
ReplyDelete